Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Idola Kecil 3

Gempak! Hebat! Sengit! Itulah perkataan yang boleh saya luahkan tentang program realiti kanak2, Idola Kecil musim ke3. Kalau saya yang jadi juri (haha, nasib baik saya takde kelayakan) mesti saya pening kepala. Tambahan pula, tiada undian untuk program ni. Penyingkiran hanya berdasarkan markah daripada juri2. Apalah yang boleh dikomen? Semua2nya bagus2... cuma mungkin kadang2 ada terkucil or tersumbang sikit or tak ada ekspresi muka. Tapi keseluruhannya memang hebat. Kalau ikutkan, persembahan adik2 ni lebih hebat daripada program realiti lain yang pernah saya tengok. maaflah ya... kalau ada yang terasa tapi memang tak boleh disangkalkan kebolehan dan tahap prestasi mereka ni. Pada usia muda, mereka sudah mempunyai imej tersendiri dan kebolehan yang kadang2 melebihi penyanyi yang ada. Rasanya juri pun punya pendapat yang sama kan...
Tahniahlah pada semua peserta dan tenaga pengajar mereka yang telah bertungkus lumus dan berkerja keras. Hasilnya memang tersangatlah puas hati. Tapi kan nak dengar juga komen Pak Nil ke, Adlin ke or juri Malaysian Idol dalam Idola Kecil. Apa agaknya yang mereka akan cakap ek? tapi satu ajelah yang saya risaukan... kalau yang perempuan, mungkin suara diorang tak banyak beza cuma yang lelaki ni... bila diorang dah pecah suara nanti, confirmlah suara diorang berubah kan. Tapi macam Harris, rasanya dah pecah suara. Kalau dengar dia nyanyi tanpa tengok orangnya, saya ingat orang besar yang nyanyi. Bila tengok... kecik aje budaknya. Tapi macam Afif dan Hadi, macam mana? Eh, Afif tu anak cikgu Hajar ke? Okeylah.... tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Siapa pula yang akan tersingkir? Aduh! Susah nak buat pilihan sebab semuanya bagus2

Thursday, December 2, 2010

let's have fun

Beberapa hari ni saya agak tertekan dengan beberapa perkara... masa2 nilah teringat pada cerita uta no oniisan, yang pernah saya ceritakan dulu. Emm..yalah. Kenta tu kan tension juga dengan kerjaya barunya sebagai teman menyanyi. Tapi bukanlah bermakna saya tak suka dengan kerja saya. Cuma mungkin tahap ketensionannya tu hampir samalah kot :p

Apapun, tak ada kerja yang senang dekat dunia ni. Semua kerja ada risiko dan cabarannya. Macam mana kita tangani dan berdepan dengan cabaran itulah yang menjadi persoalan. Walaupun acap kali menemui jalan buntu, kenalah terus berusaha untuk mencari jalan keluar. Dengan usaha gigih, pasti akan berjaya juga akhirnya kan. Bezanya cuma cepat atau lambat... itu bergantunglah pada... emm banyak faktor. Rujukan artikel atau internet, bantuan orang lebih arif, atau nasib?

So, time tension2 nie... sengaja releasekan dengan buat gabungan ekspresi Ohchan (Satoshi Ohno) dalam uta no oniisan tu. Memang banyaklah ekspresi muka dia dalam drama tu. Tak terkira banyaknya. Dari awal sampai akhir... macam2 ekspresi. Yang pelik pun ada...

Oklah... kalau Kenta dalam uta no oniisan akhirnya akan bangkit dan berusaha, saya pun boleh! Haha... saya juga teringat pada pesan seorang teman... kita tak semesti dapat apa yang kita inginkan. samalah juga dengan kehidupan. Kehidupan yang ditentukan untuk kita tak semestinya sama seperti kehidupan yang kita harapkan. Mungkin kehidupan yang ditentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita minta. Cuma kita aje yang butakan mata atau butakan hati, tak nampak sinar yang bakal menyinar di hujung perjalanan hidup tu. Jadi, terimalah seadanya dan teruskan usaha untuk terus perbaiki diri dan maju ke depan...

Wednesday, February 24, 2010

Mural..mural on the wall

Last month I got offer to make mural at a new class of PASTI Al-Ikhwan. After dne the draft and skecthing, i worked hard on coloring la pulak...as aku just booeh buat mural tu on weekends jer, so of course la it may take some time juga to finish them kan. Luckily aku memang suka melukis walaupun tak la pandai mana pun...amartur jer. Lepas aku siapkan sketching pada dinding yang dicat dengan pilihan warna krim, next weeknya aku pergi shopping barang untuk coloring step pula and the same Saturday afternoon, my work on coloring have been started. At first, total dinding yang aku skected cuma tiga jer, tak termasuk 1 dinding yang tetiba2 jer termasuk di saat akhir. One of their ustazah and my sis drawed on kitchen wall (yang tu aku x campur langsung) between i was focused on mine..maybe i can say that mural yang aku tengah buat masa tu ialah major attraction since keluasan dinding yang lebih besar and orang luar pun boleh nampak melalui tingkap kaca yang ada kat depan.






Nak ceritanya kat sini betapa gemuruh dan berdebarnya aku nak menyiapkan yang satu ni. Sebab masa yang teramatlah suntuk. Pada hari pertama, aku relaks ajer buat mural tu..yelah, dah penat berjalan shopping kan..tambahan pula, hari tu shopping compleks pon penuh sesak..tunggu bas pun lama. komuter pulak..cam biasalah asyik terlepas sebab sesak sangat dlm tu. Hari kedua, aku diberitahu yang kelas akan pindah hari Isnin keesokannya and i was.....OMG! What should i do? Doshio? How can I finish all of them in just 1 night? Sedangkan aku baru siapkan separuh jer dari major mural tu and 4 walls to go. Aku pun apa lagi, cepatkan tangan untuk siapkan mural jungle animal yang diminta. Dalam otak tak henti2 berkira2, sempat ke nak siapkan malam ni? Nak nangis pun ada. Memang tak kesah makan minum la sebab otak dah set nak siapkan malam tu jugak. Kena tidur kat situ pun xpe...x tidur pun xpelah. Janji siap!







Alhamdulillah, lepas tinjauan dibuat oleh beberapa pentadbiran PASTI, dan setelah berbincang semula sesama mereka dan ustazah2, perpindahan ke kelas baru ditangguhkan seminggu. Bukan semata2 mural yang belum siap tapi cat pun belum settle, malah kipas pun xsempat pasang lagi. Takkanlah nak biarkan budak2 belajar dalam keadaan panas kan. Luckily next Monday, esoknya la Hari Wilayah..so aku cuti dan dapatlah proceed kerja. sampaikan aku terus demam hari Selasa, sebab penat sangat. Uiiiit, nak angkat tangan sendiri pun xlarat hahaha Bayangkanlah, celik mata lepas solat Subuhdah prepare nak gi wat mural..balik kejap2 waktu solat Zuhur and Asar pastu sambung keje balik...bole katakan kebanyakan waktu habis depan mural tu la. Sampai tengah malam atau 2-3 pagi baru balik rumah. So dalam beberapa haru tu cuma tidur 3-4 jam jer...x apalah..enjoyed ^_*







So, hari Selasa tu aku MC sebab demam and mural tu pun dah siap. Nasib baik my sis pun tolong wat..kalau tak teruk juga nak siapkan sendiri dalam 4 hari tue.










So inilah hasilnya, mural jungle animal yang aku betul2 focus buat sendiri, tak siapa aku bagi kaco hahahaha dan banyak jugak la cabaran nak siapkan mural ni termasuklah cat tumpah atas mural hohoho nak nangis rasa masa touch-up balik tu HUAHUAHUAHUAHUA

Emmmm...pas tengok lukisan tu, ada juga yang berminat and mintak aku buat kat kelas diorg pula, through my bro-in-law..since dia termasuk dlm org yg incharge 4 this PASTI. Harap2 semua adik2 yang belajar kat situ and their parents suka dgn lukisan tu...hehe bkn apa, seronok biler org lain pun suka pada hasil kerja kita kan. RaSA lebih berbaloi2 ;p


Apapun aku memang enjoy buat mural nie and satisfied with what i've done

So, this weekend i've to prepare myself to start my new sketching at another class...yeah ^__^ gambarimasu!!!