Tuesday, November 30, 2010

My Girl

Atau kalau anda baca dalam tulisan katakana...bunyinya samalah macam 'mai ga-ru' hehe. Drama ini adalah drama pertama Aiba Masaki (Arashi) pegang watak utama yang ditayangkan sekitar akhir tahun 2009. Lagu tema cerita ni pun dinyanyikan oleh Arashi iaitu 'My Girl' dan pastinya Aiba-kun lah yang paling excited bila nak perform lagu ni esp masa concert arashi tahun lepas. Drama ini mengisahkan Aiba-kun yang memegang watak Kazama Masamune yang tiba-tiba mempunyai anak perempuan, Kazama Koharu (Ishii Momoka) yang berusia lima tahun kot, masa Masamune habis belajar sekolah tinggi. Sebenarnya dia tak tahu pun dia dapat anak setelah menjalin hubungan dengan Yoko masa sekolah tinggi. Rupanya Yoko dah meninggal dunia masa Koharu-chan datang cari Masamune.

Masamune rasa terkejut tapi akhirnya dia ambil kesempatan untuk jaga Koharu sendiri daripada jagaan neneknya. Susahlah juga Masamune nak bahagikan hidup dia bersama seorang anak sedangkan dia sebelum ni kan bujang. Belum sempat kahwin dah ada anak..heee. Tapi dengan kehadiran Koharu dalam hidupnya jugalah Masamune menjadi lebih cekal dan serius dengan impiannya untuk menjadi fotografer yang berjaya. Masamune pun kira beruntung sebab ramai orang di sekelilingnya yang selalu beri nasihat, pendapat dan semangat supaya dia boleh menjadi seorang ayah serta memahami perasaan Koharu-chan. Di akhir drama ini, Sakurai Sho menjadi undangan khas yang memegang watak pengganti Masamune di tempat kerjanya selepas Masamune pergi ke US. Alah, Sho-kun muncul pun tak sampai sepuluh saat pun. Sekali dua kelip jer hehe...
Oh ya... Momoka ada juga hadir sebagai undangan dalam drama kaibutsu-kun sebagai anak werewolf. Comellah budak kecik ni...pandai tol dia berlakon. Tapi watak Momoka dalam My Girl nie memang buat orang terharu. Aiba-kun yang seorang periang ni pun sebenarnya mudah untuk mengalirkan air mata. Kalau tak caya, tanyalah arashic.. atau arashian... Tahniah ler pada Aiba-kun kerna akhirnya memegang watak utama dalam drama setelah bertahun2 juga peminat Arashi menanti penampilannya sebagai lead role =D
Pengajaran... usahalah sungguh2 untuk mencapai impian. Tapi ingatlah bahawa setiap impian itu perlukan pengorbanan. Satu lagi, sebenarnya memang sukar untuk fahami perasaan orang lain...kan.

Monday, November 29, 2010

Harry Potter and the Death of Hollow part 1

Emm... ini filem Harry Potter yang ke berapa ek? Rasanya saya tak pernah miss tengok dekat wayang hehe... minat jugalah cerita macam ni. Lain dari kehidupan harian saya yang biasa kan... hihi
Keseluruhan cerita menarik.. lebih hebat daripada dua episod sebelum ni yang agak perlahan. Kali ini menonjolkan lebih banyak aksi. Rasa puas hatilah bila tengok.. tambahan pula ceritanya lebih panjang. Lebih 2jam kalau tak silap tengok jam hihi tak mahu komen banyak...saya suka watak Ron yang kelakar. Ada jugalah diselitkan dialog lucu oleh Ron dan kembar George dan Fred... cuma... alamak! Starting dia aje dah wat saya tertanya2... apa yang berlaku? kenapa tetiba Vendelmort ada dekat dunia dan jadi d lord pula? Apa dah jadi? Dumbledore pula... ehhhh camne leh mati? Kenapa semua jadi huru hara dan perlu lindungi Harry pula ni? Nampaknya kenalah baca novel dia juga untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku agaknya. Sebab seingat saya, filem HP yang lepas tak ada pula citer pasal vendelmort dah dapat jasad kan... Entahlah.
Saya tak terkejut bila nampak Malfoy ada duduk semeja bersama Vendelmort.. yalah dari awal lagi memang dia benci sangat dengan HP. Tamban pula ayah dia memang orang kuat vendelmortlah kiranya. Tapi, yang tak fahamnya Prof. Snape ni... dia ni baik ke jahat? Sekejap nak protect HP, sekejap jadi jahat pula. Dalam aksi kali ni, dia pun ada bersekongkol dengan vendelmort juga.
Tapi nak diceritakan tentang apa itu Death of Hollow tu, ceritanya pasal 3 brother yang nak seberang sungai. Diorg gunakan magik untuk bentuk jambatan untuk seberang sungai. tapi..tiba2 ada makhluk kat tengah2 jambatan tu yang halang mereka...dipanggil Death. Death benarkan mereka seberang dan setiap orang akan dimakbulkan satu permintaan. Kenapa? tengok..baru tahu. Abang 1 minta tongkat sakti yang lebih hebat daripada tongkat sakti yang dia ada sekarang dan death memberikannya tongkat sakti yang terhebat dan tiada tandingannya. Abang ke-2 pula dapat batu suci dan abang ke-3 dapat jubah halimunan yang dapat mengelakkan dirinya dijumpai oleh Death. Ketiga-tiga item yang tiga beradik ni dapat menghasilkan satu simbol yang sering kali menjadi tanda tanya pada HP, Hermonie dan Ron dalam filem kali ini. Ops, Ron tak berapa ambil tahu pun haha
HP, Hemonie dan Ron juga ada dapat harta pusaka daripada Prof Dumbeldore yang diserahkan oleh Menteri Ahli Sihir lah kiranya namanya... Apa dia? Tengoklah ya sebab kesemua harta pusaka itulah yang akan berguna bagi mereka bertiga dalam filem ini... Oh ya, disebabkan ini hanyalah bahagian pertama, nampaknya kenalah tunggu beberapa tahun lagi untuk bahagian kedua. Tapi sayangnya sebab rancangan untuk tayangan HP 3D tidak menjadi.. dan rasanya sudah dibatalkan atas sebab2 tertentu. Harap2 untuk episod akan datang jadilah yer XD Oh...one more thing, ada sedikit scene yang tak berapa best lah...ops.. well, diorg kan masih under age kan...itu ajelah komen saya

Police station

VCD police station ni dapat free biler beli dorama amber power. Pada mulanya ingatkan cerita ni tak best...macam vcd free yg pernah saya dapat sebelum ni. Cover luar dia pun tak berapa menarik... nampak macam cerita lama. Tapi rasanya memang cerita lama..mungkin lebih kurang 10tahun lepas.

Cerita dia mengisahkan perjalanan Rumi-chan sebagai seorang anggota polis siasatan setelah di tukarkan dari bahagian trafik. Dia jadi polis pun sebab nak teruskan hasrat suaminya yang terkorban ketika misi menyelamatkan seorang pemuda yang cuba bunuh diri. Rasanya mati lemas kot. Setiap episod biasanya kes yang berbeza... cerita ni kiranya macam versi lama bagi dorama My Boss. Tapi kalau nak dibandingkan dengan My Boss rasanya My Boss lebih menarik dan jalan ceritanya lebih jelas dan ada unsur suspen. Berbanding Police Station, ceritanya agak ringan sedikit dan ada unsur jenaka.


Oleh sebab ia VCD, jadi ada 8cd kesemuanya...mcm biasalah. Kalau nak habiskan tengok seluruh cerita mungkin akan ambil masa sampai seminggu baru habis kot haha... lainlah kalau tengok hujung minggu. Mahu berasap punggung tengok sampai habis. terima kasihlah kat kawan saya yang bagi pinjam cd ni. sekurang-kurangnya dapat jugalah release tension sekejap =D




Apa yang pasti... cerita ni boleh tahan menariklah. Cuma, saya tak berapa pasti cara diorang ni menyiasat. Macamlah ketua Kuroda-san tu hebat sangat (haha.. rasanya memang semua pegawai kat balai dia hebat2 kot ;p orang pun dgr aje nama Rashoumon tu dah kecut perut)...macam psikiklah pula. Sekali pandang dia dah boleh tahu siapa suspek. Itulah kelemahan cerita ni yang saya nampak. Sebab dia tak tunjukkan sangat siasatan atau bahan bukti yang dia ada. tak macam Conan atau jikembo..atau My Boss sendiri. sekurang2nya ada juga intipati berkenaan siasatan yang dijalankan dan membuatkan penonton juga berfikir, menganalisa dan meneka. Tapi Police station ni, senang sangat nak teka siapa suspeknya... walau apapun, ceritanya boleh tahan.

Saturday, November 20, 2010

The Final Stage

Drama special atau filem? Khabarnya telah ditayang di pawagam sekitar Singapura pada bulan puasa yang lepas. Tapi dekat Malaysia jarang sekali filem negara Matahari Terbit masuk ke sini. Nak tak nak... kenalah tunggu DVDnya. Sekarang ni dah ada dekat pasaran. Tapi limitedlah. The Final Stage, macam biasalah..permainan liar game yang boleh memenangi wang yang banyak jika menang tapi sebaliknya menanggung hutang yang banyak jika tewas. Bukan sembarangan... sebutnya sampai berjuta yen.
Kali ini, lebih dahsyat. Silap langkah, boleh menanggung hutang 1 bilion yen. Wah! Bukan melopong aje masa tu. Memang rasa macam hilang nyawalah kalau tetiba ada hutang banyak tu. Tema kali berbeza sikit. Kalau dulu, pemain kena saling menipu tapi kali ini mereka digalakkan saling mempercayai. Jangan tepesong ya dengan konsep Adam Hawa yang mereka cerita tu. tumpu kan aje pada permainan dia. Permainan kali ini mereka terpaksa mengundi tiga jenis buah epal. Emas, perak dan merah. Bagi undian yang paling banyak, kumpulan itu yang menang dan setiap orang akan menerima habuan 100juta. Yang kalah, macam biasalah, tolak 100juta. Tapi kalau semua orang undi epal yang sama sm ada emas atau perak, semua org akan ditolak 100juta. Cuma kalau semua orang undi epal merah, mereka akan menanglah. tapi tak ramai yang berani undi epal merah sebab takut ada pembelot yang undi epal lain. Sebab kalau ada org undi epal lain, org tu akan menang dan yang undi epal merah akan tanggung hutang 100 juta lagi. Emmm...memang ada pembelot pun. kalau tak, tak jadilah cerita liar game nie kan.
Sampai di pertengahan cerita, akiyama-san telah tewas kerana cuba melindungi nao-chan. Alamak, hero kalah? Tapi, lepas tu dia bermain semula. Macam mana dia boleh main semula sedangkan telah menanggung hutang 1.3 bilion? kalau ikut peraturan, pemain yang berhutang lebih drp 500juta akan automatik keluar permainan. Emm...nak tau jawapan, tengoklah sendiri ya. Kalau cerita banyak sangat.. xbest la pula nanti.
Pemenang keseluruhan akan memenangi 5 bilion yen. Apa jadi pada hadiah tu nanti? Siapa yang menang? Tapi kesudahannya masa nao-chan dan akiyama pergi jumpa penaja...hah yang tu, saya xberapa nak faham sangat. Apa maksud dia, penaja tak wujud? Selamat menontonlah ya. Siapa dah tahu jawapannya nanti jangan lupa beritahu saya ^_^
Pengajaran daripada cerita ni, memang baik jadi orang yang jujur...tapi janganlah jadi orang jujur yang bodoh. Bukan sepanjang masa kita perlu percaya pada orang. Kalau macam tu, kita sebenarnya mencampakkan diri ke lembah kesusahan. Silap2..kita yang merana. Berpada2lah dalam setiap perbuatan. Fikirlah baik buruknya walaupun nak sangat percaya kat orang tu...

Friday, November 19, 2010

Scrap Teacher

Drama ini mengisahkan tentang sebuah sekolah menengah rendah yang hampir ditutup kerana prestasinya yang semakin merosot dan bilangan pelajar juga semakin sedikit. Malahan, pelajar yang ada juga seakan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka. Bukan pelajar sahaja tapi tenaga pengajar pun tak bersemangat nak mengajar. Sehinggalah muncul Takahata-sensei yang berjiwa dan bersemangat besar mahu mendidik pelajar2 ni. Tapi tak berkesan sebab ramai pelajar tak mahu dengar. Pihak sekolah pun tak beri sokongan. Hanya seorang pelajar bernama Kusaka (Yuto Nakajima, HSJ) yang terus bersemangat. Tapi kalau setakat seorang aje yang nak belajar, apa sangatlah bezanya. Sekolah tu tetap akan tutup kerana prestasi peratusnya rendah.
Tiga lagi ahli HSJ, Ryosuke, Chinen dan Daiki tiba2 muncul dan bertukar ke sekolah ni. Sejak kehadiran mereka, banyak perubahan berlaku. Kiranya macam penyokong kuat Takahata sensei lah. Mereka umpama wira yang merealisasikan apa saja impian pelajar2 lain dan rancangan cikgu takahata yang mahu melihat sekolah itu terus beroperasi. Tapi mampukah impian mereka untuk menghalang penutupan sekolah itu berhasil? Saksikanlah sendiri yer... seuai sangatlah untuk golongan remaja terutamanya ^_^
Pengajaran: jangan putus asa untuk mencapai impian... kalau betul nak impian tu tercapai. tak ada perkara yang mudah, jadi usaha ajelah kuncinya...

Orthros no Inu

Jujurnya, saya sendiri pun tak tahu apa makna 'orthros' tu. Banyak kamus dah saya rujuk tapi masih tak jumpa maknanya. Bila merujuk kepada wikipedia, ia bermaksud upacara sembahyang di gereja sebelah timur. 'Inu' pula bermaksud anjing...jadi, maknanya... emm macam mana nak jelaskan ek.
Kita teruskan ajelah pasal cerita ni. Mesti ramai yang suka tengok drama ni sebab gandingan Hideaki Takizawa dan Nishikido Ryo (NEWS). Tapi, jalan ceritanya juga menarik. Walaupun agak perlahan tapi ada juga babak suspen. Oklah..ceritanya berkenaan dengan seorang pemuda yang memiliki 'Tangan Tuhan' atau God Hand, dimainkan oleh Hideaki. God Hand bermakna, dia boleh menyembuhkan apa juga bentuk penyakit dengan hanya menyentuh orang itu. Sementara Ryo pula membawa watak seorang cikgu (Aoi) yang memiliki Tangan Syaitan di mana dia boleh membunuh orang dengan sentuhan. Tetapi, jika mereka tidak mempunyai niat untuk membunuh atau merawat, sentuhan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.
Ryuzaki Shinji (Hideaki) di tawan dalam sebuah bilik bawah tanah kerana abilitinya itu dan sebab dia dituduh membunuh. Satu hari, dia berjaya melepaskan diri dengan bantuan Ryosuke Aoi (Ryo). Apabila dia menghebahkan keupayaannya untuk merawat, keadaan menjadi sangat kacau bilau. Pesakit di hospital tidak mahu lagi menerima rawatan. Mereka mahukan Ryuzaki menyembuhkan penyakit mereka segera. Ryuzaki menjadikan keadaan seperti trek permainannya. Dia mengarahkan Aoi untuk membunuh orang yang jahat sebagai pengganti nyawa untuk dia menyelamatkan orang lain. Pada mulanya Aoi akur, namun setelah keadaan menjadi semakin teruk, dia mula mahu menentang Ryuzaki dan menghentikan perbuatan Ryuzaki yang terus menghuru-harakan keadaan. Sehingga Aoi-sensei terpaksa bertindak untuk 'membunuh' Ryuzaki. Namun, pada masa yang sama, Aoi mendapati Ryuzaki adalah abang kandungnya. Sanggupkah Aoi meneruskan hasratnya untuk membunuh Ryuzaki setelah menyedari kebenaran itu?
Drama ini juga menampilkan seorang ahli Hey Say Jump iaitu Hikaru Yaotome yang memegang watak anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia ni seorang pengedar dadah atau pil khayal la kiranya cam samsenglah juga. Kehadiran watak ni banyak bawa huru hara... tambahan pula ayahnya orang kuat kepada calon yang bertanding untuk jawatan Perdana Menteri. Jadi, malulah ayah dia bila wartawan dapat tahu perihal anaknya itu. Namun, apapun dia tetap melindungi anaknya. Macam mana pula tu?

Thursday, November 18, 2010

Kaibutsu-kun special

Hah...DVD utk special belum keluar dekat market Malaysia. Tapi kalau beli direct dari Jepun, adalah. Tapi korang boleh download aje dari komuniti yang sub kan cerita ni. tapi kalau nak support, belilah yang ori =D
Special Kaibutsu-kun, diorg buat macam pementasan dan playback...kira macam ceritakan semulalah. Salah satu cerita yang diceritakan masa pementasan tu...ialah kedatangan tunang taro-chan ke dunia. dilakonkan oleh....jeng3...nak bagitau ke? kalo bagitau, xsurprise la nanti...jeng3....Becky. Alah pecah lubang.... masa nilah, utako-chan rasa cemburu sebab dia kan suka dekat kaibutsu-kun ni. Tapi...yang kurang bestlah Utako-chan rasa bila Becky ni cium pipi Taro-chan. Wah! Terkejut dia...dan makin cemburulah dia
Yang paling best bagi saya ialah babak selingan di antara cerita2 ni, di mana Kaibutsu-kun cuba belajar naik basikal. memang kelakar... Akhir sekali ada pula kemunculan Arashi dan sesi teka-tekilah kiranya di akhir cerita. Siapa yang kalah akan didenda makan kari Utako yang sangat pedas haha...

Kosodate play

Drama bersiri ini ala-ala sitkom dan dirakamkan di studio. Jika anda tonton cerita ni, pasti anda perasan...venue scene dia sama aje, dekat ruang tamu rumah. Siap ada suara latar yang ketawa lagi setiap kali dialog mereka ni kelakar. Drama ini mengisahkan, empat sahabat yang tinggal bersama . Seorang sebagai peguam, seorang pelajar research yang bakal jadi profesor, seorang fotografer, dan seorang promoter kelab. Perangai masing2 memang tak sama. Satu hari menerima seorang bayi lelaki di depan rumah mereka. tak tahulah anak siapa. masing-masing sangkakan anak kepada kawan mereka yang berkerja di kelab tetapi dinafikannya. akhirnya mereka putuskan untuk jaga baby tu. Lebih kurang drama Korea, One Mum and Three dadies lah ni. memang kelakar jugalah cerita ni. bayangkan lelaki bujang nak jaga baby tiba2. Kelam kelibut dan haru biru dibuatnya. memang tak rugilah tengok, boleh kata tak kering gusi jugalah. Tapi, anak siapa bayi lelaki tu? Bila dah lama jaga baby tu, masing2 dah timbul rasa sayang tapi tiba2 pula mereka dapat surat daripada ibu bayi tersebut yang mengatakan bahawa dia akan datang mengambil anaknya semula. Apa terjadi lepas tu? Tontonlah yer...

Shabake

Shabake adalah drama pendek lakonan Tegoshi Yuya (NEWS) yang memegang watak seorang budak lelaki yang mempunyai badan yang lemah. Kerana badannya yang lemah, dia hanya duduk di rumah sahaja dan berkawan dengan hantu. Kebetulan pula dia boleh tengok hantu. Oh, bukan kebetulan sebenarnya..tapi ada sebabnya. nak tahu, kenalah tengok sendiri hingga ke penghujung cerita. Drama ni kiranya ala-ala zaman Jepun kunolah dan boleh dikatakan fiksyen. Perjalanan ceritanya agak perlahan tetapi tidaklah begitu membosankan. Jangan salah sangka Tegoshi Yuya sebagai gadis tau...sebenarnya dia ialah seorang lelaki. Ramai yang cakap muka dia ni macam budak perempuan haha dalam cerita ini Yuya dilindungi oleh banyak jenis hantu...dan dia seolah-olah menjadi ketua bagi hantu-hantu ini. Tetapi disebabkan badannya yang lemah, dia tidak dapat berlawan dengan hantu2 jahat...Kalau tak silap drama nya kurang dari 2jam. Bolehlah ditonton untuk santai2...sambil makan tengah malam. memang cerita ni cerita hantu tapi tak seram pun. Rasanya yang takut pun boleh tengok...

Liar Game

Juga daripada adaptasi manga, mengisahkan tentang Kanzaki Nao yang merupakan seorang gadis yang jujur dan mudah percaya pada orang lain. Baginya, dia mahu mencipta dunia yang penuh dengan kepercayaan. Satu hari, dia menerima 100 juta yen sekaligus terpaksa mengikut satu permainan yang dinamakan Liar Game, dianjurkan oleh Liar Game Team (LGT). Wang berserta kad jemputan, diletakkan di depan pintu rumahnya. Bersama itu ada juga diberi satu video berkenaan penerangan tentang game tersebut. Menurut video itu, sebaik dia menontonya bermakna dia telah bersetuju untuk menyertai permainan itu. Jika dia mahu menarik diri, dia perlu memulangkan 100 juta yen itu dan debit 50 juta yen lagi. Akhirnya, Nao-chan terpaksa meneruskan langkahnya dalam permainan Liar game ini.

Lawannya yang pertama adalah bekas cikgu sekolahnya dan naochan sangat mempercayai cikgunya itu. Tanpa dia sedari, cikgu itu telah menipunya dan membelot kononnya mahu membantunya menyimpan wang 100 juta yen itu bagi pihak Nao-chan. Tetapi sebenarnya cikgu tu mahu memenangi wang itu. Nao-chan hilang arah dan seseorang mencadangkan dia supaya meminta bantuan daripada seorang genius penipuan, Akiyama-san. Akiyama-san mengatur strategi licik bagi memastikan kemenangan Nao-chan sehinggalah mereka berjaya memperdayakan cikgu itu. Kekalahan cikgu itu menyebabkan dia menanggung hutang kepada LGT. Namun, nao-chan yang baik hati telah menyerahkan kesemua wang yang dimenanginya kepada cikgunya untuk melangsaikan hutang.

Kisah Liar Game tidak berhenti sampai di situ saja. Liar Game round 2 muncul kembali dan kali ini, Akiyama-san mengganti seorang pemain untuk terus berada di sisi Nao-chan supaya dia dapat melindungi gadis itu. Strategi kali ini menyebabkan Nao-chan tewas pada round2 dan terpaksa berentap kembali dalam satu lagi game sebelum bermain untuk round3. tapi akhirnya nao-chan berjaya membawa kemenangan kepada kumpulannya dan juga lawannya dengan prinsip yang dipegang..iaitu kepercayaan supaya tiada siapa yang pulang dengan hutang. jalan cerita ini memang menarik dan suspen. Cuba test IQ anda sama ada anda boleh terpedaya akan penipuan dalam drama ini...

Setelah dua tahun, Nao-chan sangkakan hidupnya telah aman..tetapi dengan tak semena-mena dia sekali lagi menerima kad undangan Liar Game round 4 dalam Liar Game 2. Dalam LG2, muncul watak Ryo Katsuragi iaitu profesor muda yang licik dan lawan kepada Akiyama-san. Namun, sebenarnya sasaran utama katsuragi ialah nao-chan. Mampukah Akiyama menyelamatkan Nao-chan hingga ke akhirnya? Jawapannya...tonton dan anda ankan tahu jawapannya.

walaupun banyak watak antagonis dalam drama ini, tapi saya paling rimas dengan watak Fukunaga. Ish, sakit kepala dengan lelaki kepala cendawan nilah... Drama special cerita ini ialah paradise...the last ... lom tengok lagilah. Tunggu saya tengok nanti baru bagitaulah....

Selamat menonton ^_~

Kaibutsu-kun


adaptasi daripada manga...cerita ini mengenai seorang Putera raksasa (kaibutsu-kun) lakonan Satoshi Ohno dari Kaibutsu Land. Dia ni keras kepala dan Raja (Daio-sama) risaulah untuk menyerahkan takhta kepadanya. Tambahan pula ada pula demon Land yang bercadang untuk merampas kuasa dan memerintah 3 dunia, Demon Land, kaibutsu Land dan dunia manusia. Jadi daio-sama hantarlah taro-chan (kaibutsukun) ke dunia untul belajar bersama dracula, frankenstein dan werewolf. Dekat dunia, mereka berkawan dengan Hiroshi dan Utako. Datang jer rumah adik beradik Hiroshi dan Utako ni, mereka mesti nak makan kari. haihhh. Puak Demon Land pula ada buat kejahatan di dunia bagi tujuan menghidupkan semula putera mereka yang ditewaskan oleh daio-sama seratus tahun lalu...setiap episod, kaibutsukun akan belajar sesuatu yang baru...ikutilah perjalanan misi mereka...adakah putera demon-land berjaya dihidupkan semula dan apa akan terjadi seterusnya....yang pasti, banyak adegan lucu dan buatkan penonton sakit perut nak gelak dengan mimik muka kaibutsukun ni. kalau anda pernah tengok kartun kaibutsukun, percayalah...ia berbeza.

Hailah kaibutsukun...kalau semua nya terbaik..apa yang terbaik daripada yang terbaik~> berkorban untuk orang lain. Oh, ada satu episod yang mengharukan dalam drama ni..huhu...sedih...granny...

Pengajaran: jangan keras kepala...walau kita di atas, pandanglah ke bawah supaya kita sedar yang kita berpijak di tanah bumi yang sama. Pandanglah ke atas, supaya kita sedar betapa tingginya langit itu...jadi kedudukan kita taklah tinggi mana pun.

Soundtrack: Monster (Arashi) dan penampilan istimewa ialah Matsumoto Jun

Guess Room No. 0

Drama pendek ini ditayangkan selama lebih kurang 10-15 minit, sebelum pembikinan Saigo no Yokusoku. Drama ini bersiri..emm maknanya setiap minggu ada episod berbeza dan pelakon yang berbeza. Saya nak cerita tentang episod 3 dan 4 yang dibintangi oleh Satoshi Ohno yang merupakan seorang yang brilliantlah kiranya. Dia datang ke bilik no.0 ini bersama teman wanitanya. Bilik ni dikatakan tempat di mana kita boleh tentukan tahap IQ kita daripada DNA. Nak dijadikan cerita, Ohno yang bijak ni mendapat markah yang jauh lebih rendah daripada teman wanitanya yang kononnya lembap ni. Eh? Biar betul! Ohno tak puas hati dan dia buat ujian itu sekali lagi tapi keputusannya tetap sama. Emm, lepas tu teman wanita dia mulalah tunjuk belang dan bermula cerita imbasan terhadap kisah lampau Ohno ni... rupa-rupanya dia ni pernah bunuh bos dia yang benci sangat pada dia sebab dia pandai dan disukai ramai. Lepas tu paling dia marah bila bos dia juga merampas tunang dia. Itu apa yang saya fahamlah...cerita dia pendek jer...jadi susah nak kata best ke tak. Kalau nak cari DVD dia, mmg takkan jumpa lah. sebab dia tak hasilkan DVD atau VCD. tapi yang paling best...hehe, dengar ohno cakap english lol

Soundtrack: tokeijikake no umbrella (Arashi)

Stand Up

Emmm...drama Stand Up ni mengisahkan tentang 4 sahabat, pelajar sekolah menengah tinggi yang dikatakan 'suci' dan tidak pernah menjalin hubungan. Lakonan oleh Ninomiya Kazunari (Arashi), Yamapi (NEWS), Oguri Shun dan Hiroki Narimiya. Drama ni lebih kurang American Pie 1...yang ditayangkan sekitar tahun 2003. Kalau tak silap ketika itu, Nino berusia 20 tahun dan Yamapi pula baru berusia 18 tahun. Emmm..saya tak mahu komen banyak tapi bagi saya cerita ni kurang sesuai ditonton oleh remaja dan kanak-kanak. Saya sendiri pun susah betul nak tengok sampai habis. Keseluruhan ceritanya ok saja...cuma ada beberapa babak yang tak sedap dilihat...ops, tapi taklah teruk sangat.Pengajarannya jangan main beli aje DVD walaupun pelakonnya anda minat yerk...

Jalan2 di Singapura

Akhir bulan lepas, saya dan kawan2 ke Singapura atas tujuan untuk melaksanakan beberapa misi. Apa misi itu, hehe...biar kami saja yang tahu. Kat sini, saya nak sharelah beberapa cerita...jika anda berminat nak bercuti di sana. Pertama sekali, rajin2lah buka website singapore tours. Sebab dari situ, boleh tahu tarikan dan festival yang boleh anda lawati. Setiap bulan ada festival yang berbeza. Bagi mereka yang suka shopping, tengoklah kalendar di mana ada mega sale di sana. Jika anda mahukan keunikan perayaan, boleh datang pada bulan perayaan seperti Hari raya, Tahun baru Cina, Pesta Tanglung, atau Deepavali.

Rasanya semua dah tahu tentang tarikan Singapura yang terbaru iaitu Pulau Sentosa kan... emm banyak tarikan dekat pulau tu. rasanya jalan seharian pun tak cukup. Di sana, anda boleh masuk ke Universal Studio, Waterworld, Merlion Walk, etc. Tiket boleh dibeli secara online atau on the spot. Tapi ingat, extra surcharge akan dikenakan untuk Sabtu dan Ahad. Untuk ke Sentosa Island, anda boleh dapatkan bas atau kereta kabel dari Harbour Front. Tiket bas berharga SGD2 dan kereta kabel rsnya dlm SGD12. Dekat Sentosa Island, anda boleh naik bas dan monorail dgn percuma.

Kalau nak jalan2 di sekitar bandar Singapura ni, emm tak susah. jalan kaki pun boleh. Naik MRT pun boleh. Senang sangat. Semua tempat taklah jauh. Bagi yang nak mencari makanan Melayu, datanglah ke kawasan Kampung Glamor dan sepanjang Jalan Arab...banyak gerai makanan Melayu di situ. nak merasakan kehangatan makanan cina...jom ke China Town. Di Little India pula, ala-ala Little India Malaysia juga...nak cari sari, bunga, kalung, barang kemas...semua ada. Kalau nak shopping for sourvenior pula, pergilah ChinaTown, Orchard Road atau Bugis Street. Banyak juak kat situ...dan murah. kalau naik MRT, jika anda beli kad single..jangan buang kad tu lepas guna. Sebab bila anda nak beli kad yang baru, boleh pulangkan kad tu balik dan dapatkan semula SGD1. Semua urusan boleh di buat di mesin. Tak payah pergi kaunter pun tak apa. Senang sangat. Kadang2 ada petugas yang jaga tepi mesin tu.

Harga barang dekat sana tak lah mahal. lebih kurang macam dekat Malaysia. Cuma kalau diconvert kepada mata wang kita, agak tinggilah juga kan harganya. Contohnya, roti canai yang kami makan harganya SGD1, roti telur SGD1.50 (eh, roti dia besar punya tau), nasi beriyani gum SGD5, roti krim (macam Hawaii nya tu) SGD1.60. Lebih kurang jer kan. Tapi kalau dekat Sentosa Island mahal la..contohnya 100plus 500mL harganya dalam SGD2.70 sedangkan dekat kedai luar harganya hanya SGD2-2.20. Ala standardlah tu. Tempat pelancongan. Tambang bas pun murah jer...dalam SGD1 ke atas, ikut jarak.

Kalau nak shopping, pergilah ke Esplanade Mall atau Suntec. Suntec dekat dengan Fountain of wheel, datanglah masa ada pertunjukan iaitu malam. Kalau tak silap bermula jam 6 petang. Lepas tu, banyak lagi tempat yang boleh dilawati di sekitar situ seperti bangunan parlimen lama, jambatan tertua, tugu peringatan, Sungai Singapura, etc. Oh ya, boleh naik Singapore Cruise di sepanjang Sungai Singapura. Tiket rasanya dekat Merlion (betulkan saya kalo saya silap). Esplanade pula dekat dengan Marina Bay dan merlion. Emm, kalau anda datang ke Singapura pada akhir tahun dan bercadang untuk berjalan sepanjang hari jgn lah lupa bawa payung atau sunglasses...sebab panas terik. Oh sebelum terlupa, jika naik MRT jangan lupa dapatkan kad elink..jd murahlah sikit. Tapi kad ni boleh guna untuk naik bas juga. kalo nak cari hotel budget pula...mmg berlambak hotel budget dekat sana. Kalau tempat tu redlight spot pun, xperlu risau...xterkesan sangat pun. Asalkan tahu jaga diri hehe...satu lagi, tak payah risau orang Singapura masih ramai yang tahu berbahasa Melayu. So, tak payah nak segan silu bantai cakap Melayu haha....selamat berjalan ^_^

Ulasan drama -siri 2

1. Yamada Taro Monogatari
Emm..cerita ini menggandingkan dua ahli Arashi iaitu Ninomiya Kazunari dan Sakurai Sho. Nino memegang watak pelajar dari keluarga yang miskin dan Sho pula dari keluarga berada. Rasanya drama ni juga adalah adaptasi manga. Ia berkisarkan perjuangan Yamada Taro (Ninomiya), yang berkerja keras untuk menampung keluarganya, ibu dan 6 adik-breadiknya yang lain. watak yamada Taro ni digambarkan sebagai seorang yang cerdik, tampan, rajin dan bersopan. Bermacam pekerjaan sambilan yang dilakukannya termasuklah menyamar sebagai perempuan untuk berkerja sebagai pembantu rumah di rumah Mimura Takuya (Sho). Banyak adegan lucu dalam drama ini termasuklah ketika atuk Mimura Takuya yang jatuh hati kepada Yamada Taro kerana menyangkakan Yamada Taro adalah seorang gadis. Drama ini juga berteraskan kekeluargaan dan pengorbanan...saksikanlah cerita ini sendiri yer..Memang menarik. Penampilan istimewa ialah Satoshi Ohno sebagai, promoter jualan... dan lagu tema drama ini dipetik daripada single Arashi iaitu Happiness ^_^
Pengajaran: emm... rasa tersentuh dengan kepayahan yamada taro dalam mencapai impian dan cita-citanya membuatkan saya rasa... ok...tiada kejayaan yang mudah dicapai tanpa usaha yang gigih
2. Uta no Oniisan
Bermaksud 'abang yang menyanyi' mengisahkan tentang hidup Yano Kenta (Satoshi Ohno) yang mempunyai impian besar terhadap band rocknya tetapi tanpa diduga telah dikhianat oleh kawan2 bandnya dengan mengatakan bahawa mereka akan bubar. Bermula saat itu, Kenta berusaha untuk mencari pekerjaan sehingga pada satu hari, dia datang ke syarikat TV untuk temuduga pencarian penyanyi rock. Malangnya, Kenta telah tersalah masuk bilik ujibakat di mana dia ditemuduga untuk pencarian 'Kawan menyanyi' untuk satu rancangan musikal kanak-kanak. Kenta yang selalu tidak serius akan kerjanya membuatkan ramai orang sakit kepala dan bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang kerjayanya sebagai Kawan Menyanyi. Namun dengan semangat yang sering diberi oleh ketua, dia akhirnya sedar akan tanggungjawabnya demi menceriakan kanak-kanak. Sehingga satu hari, tanpa disengajakan dia diminta untuk bernyanyi dalam program tersebut sebagai 'Abang yang menyanyi' dan di situlah bermulalah kariernya sebagai 'uta no oniisan'. Namun, satu hari dia mendapat tahu tentang bekas ahli kumpulan rocknya yang kononnya bubar dahulu telah membuat album dan bakal mengadakan konsert. Pada masa yang sama, dia tahu bahawa dia sebenarnya telah dibuang dari kumpulan tersebut. Apakah keputusan Kenta selepas itu? Adakah dia akan merayu untuk kembali menyanyi sebagai kumpulan rock atau kekal sebagai abang yang menyanyi?
Dialog yang paling saya ingat dalam drama ini adalah semasa sesi ujibakat di mana Kenta ditanya bagaimana pendapat anda tentang kanak-kanak zaman sekarang dan jawapan Kenta adalah... kanak-kanak zaman sekarang sangat kasihan. Emm...saya cuba selami jawapan itu dan mungkin kerana itulah juga, karakter Kenta agak 'keras' dan degil...
Lagu tema...single Satoshi Ohno, Kumori Nochi Kaisei. Penampilan istimewa...Sho Sakurai, yatter-man yang dijemput dalam program uta no oniisan ^_^

Wednesday, November 17, 2010

Ulasan drama

Pertama kali saya menulis ulasan mengenai drama dan saya memilih untuk mengulas beberapa drama Jepun atau dorama yang pernah saya tonton. Kebanyakannya adalah daripada koleksi saya sendiri. Jadi bolehlah tengok berulang kali bila rasa bosan. Saya mulakan ulasan tentang drama yang dibintangi oleh ahli kumpulan Jpop terkenal, Arashi terlebih dulu.
1. Saigo no Yokusoku
Ini adalah drama kedua yang menggandingkan kelima-lima ahli kumpulan Arasi selepas Yellow Tears. Drama ini adalah sempena ulang tahun Arashi yang ke-10 pada November 2009. Saigo no Yokusoku atau bermakna Misi Terakhir mengisahkan rancangan dan usaha lima sahabat dalam menuntut bela kematian kawan sepermainan mereka di kolej iaitu ketua pasukan bola sepak yang terbunuh akibat kesan sampingan sejenis ubat. Ubat yang diketahui kesan sampingan itu tetap dipasarkan sebagai pain killer. Lima sahabat yang akhirnya tidak dapat melupakan kes kematian kawan mereka akhirnya berpakat untuk menawan bangunan milik ahli perniagaan yang bertanggungjawab atas kematian kawan mereka. Bom yang mampu memusnahkan seluruh bangunan di pasang dan mereka juga menawan pusat sekuriti bangunan serta semua kakitangan yang ada. Stategi dan taktik yang digunakan menjadikan jalan cerita ini menarik dan pasti membuatkan penonton punya banyak persoalan. Namun, apa yang dirancang tidak semuanya berjalan atas landasan. Mampukah misi lima sahabat ini tercapai...siapakah lima sahabat yang menawan bangunan itu dan apakah misi mereka sebenarnya? Tonton...dan tahulah jawapannya. Tak sangka pula, drama pendek ini akan terbitkan DVD. Terkejut juga bila jumpa DVDnya di kedai... Selamat menonton ^_^
Pengajaran daripada cerita ini; emmm...apa yang boleh saya katakan ialah, alangkah baiknya jika persahabatan yang terjalin itu tulus murni dan jujur. Pengorbanan seorang kawan sebenarnya sukar dicari dalam dunia ini... jadi saya agak terharu jugalah menonton drama ni. Bagi mereka yang mengenali dan mengikuti program Arashi... mereka pasti tergelak besar apabila karakter mereka yang sebenar ada diselitkan di akhir cerita di samping, karakter watak yang mereka pernah lakonkan dalam drama lakonan mereka sebelum ini. Contoh... watak Domyoji dan 'Maou'...
2. Hana Yori Dango
Drama bersiri ini adalah aplikasi drama popular Taiwan, Meteor Garden. Drama ini terdiri daripada season 1 dan 2, dan special di New York. Drama ini dibintangi oleh seorang ahli Arashi iaitu Matsumoto Jun yang memegang watak sebagai Domyoji (atau Dong Meng Si dalam Meteor Garden) di samping Inoue Mao, Oguri Shun, Matsuda Shota dan Abe Tsuyoshi. Rasanya ramai orang tahu jalan ceritanya. Bezanya tak banyak dengan Meteor Garden. Sekarang ni pun dah ada versi Korea yang mula ditayangkan tahun lalu, bertajuk Boys Over Flower dan khabarnya akan keluar pula versi Filipina dan China kelak. Bagi peminat cerita ini pasti ada yang tertunggu-tunggu juga kan versi yang berbeza...? Oh, lagu tema drama HYD ni dinyanyikan oleh Arashi sendiri. Salah satunya berjudul... Wish.
3. Maou
Setelah Korea menayangkan The Luciper, Jepun pula sekali lagi menghasilkan drama dari drama manga terkenal berjudul Maou. Maou mengisarkan tentang kisah seorang peguam dua muka yang menyimpan rahsia dan dendam di sebalik wajah tulusnya. Watak peguam ini dimainkan oleh Ohno Satoshi (Riida Arashi) yang mahu menuntut bela atas kematian adik dan ibunya terhadap keluarga budak lelaki yang bertanggungjawab (dimainkan oleh Toma Ikuta). Pada awalnya, dia hanyalah seorang budak biasa. Tetapi setelah kematian adik dan ibunya, dia berazam tidak akan berdiam diri setelah lelaki yang membunuh adiknya terlepas daripada hukuman. Dia bertekad mahu memusnahkan keluarga itu dan mahu mereka rasakan apa yang dirasainya selama ini. Lantas dia menukar identiti dan menjadi seorang peguam. Rancangannya berjalan lancar, dengan menggunakan kad tarot sebagai amaran kepada mangsa. Namun, rahsianya hampir terbongkar dengan kehadiran seorang wartawan yang menyelidik asal usulnya. Dalam masa yang sama, muncul pula perasaan cinta yang memujuknya untuk berhenti. Tetapi dia (Ohno Satoshi) menolak dan terus dengan tekadnya. Undangan istimewa drama ini ialah Ninomiya Kazunari, juga ahli Arashi...yang memegang watak sebagai anak seorang peguam keluarga Toma yang mati dibunuh. Penampilannya hanya dalam 15 saat sahaja...
Secara jujur, saya dah menonton kedua-dua versi Jepun serta Korea. Pada saya, penyampaian watak seorang pelakon adalah penting dan pada saya penyampaian watak bagi Maou lebih berkesan, oleh semua pelakon yang terlibat. Jadi saya lebih terkesan menonton Maou berbanding The Lucifer. Bagi mereka yang minat manga atau minat drama mengisarkan tentang penyiasatan...emm rasanya sesuai juga menonton drama ini. Lagu tema bagi Maou juga dinyanyikan oleh Arashi dari single mereka... Truth. Gandingan merah dan hitam dalam setiap persembahan dan PV lagu ini menonjolkan rasa misteri....
Pengajaran yang dapat saya lihat di sini, setiap perbuatan ada balasannya sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya. Keadilan seharusnya dipertahankan... jika buka di dunia, di akhirat kelak pasti ada balasan yang menanti. sama-samalah renungkan...
Setakat ini dulu ulasan saya... drama lain akan saya ulaskan di lain waktu. Selamat menonton ^_^