Jujurnya, saya sendiri pun tak tahu apa makna 'orthros' tu. Banyak kamus dah saya rujuk tapi masih tak jumpa maknanya. Bila merujuk kepada wikipedia, ia bermaksud upacara sembahyang di gereja sebelah timur. 'Inu' pula bermaksud anjing...jadi, maknanya... emm macam mana nak jelaskan ek.
Kita teruskan ajelah pasal cerita ni. Mesti ramai yang suka tengok drama ni sebab gandingan Hideaki Takizawa dan Nishikido Ryo (NEWS). Tapi, jalan ceritanya juga menarik. Walaupun agak perlahan tapi ada juga babak suspen. Oklah..ceritanya berkenaan dengan seorang pemuda yang memiliki 'Tangan Tuhan' atau God Hand, dimainkan oleh Hideaki. God Hand bermakna, dia boleh menyembuhkan apa juga bentuk penyakit dengan hanya menyentuh orang itu. Sementara Ryo pula membawa watak seorang cikgu (Aoi) yang memiliki Tangan Syaitan di mana dia boleh membunuh orang dengan sentuhan. Tetapi, jika mereka tidak mempunyai niat untuk membunuh atau merawat, sentuhan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.
Ryuzaki Shinji (Hideaki) di tawan dalam sebuah bilik bawah tanah kerana abilitinya itu dan sebab dia dituduh membunuh. Satu hari, dia berjaya melepaskan diri dengan bantuan Ryosuke Aoi (Ryo). Apabila dia menghebahkan keupayaannya untuk merawat, keadaan menjadi sangat kacau bilau. Pesakit di hospital tidak mahu lagi menerima rawatan. Mereka mahukan Ryuzaki menyembuhkan penyakit mereka segera. Ryuzaki menjadikan keadaan seperti trek permainannya. Dia mengarahkan Aoi untuk membunuh orang yang jahat sebagai pengganti nyawa untuk dia menyelamatkan orang lain. Pada mulanya Aoi akur, namun setelah keadaan menjadi semakin teruk, dia mula mahu menentang Ryuzaki dan menghentikan perbuatan Ryuzaki yang terus menghuru-harakan keadaan. Sehingga Aoi-sensei terpaksa bertindak untuk 'membunuh' Ryuzaki. Namun, pada masa yang sama, Aoi mendapati Ryuzaki adalah abang kandungnya. Sanggupkah Aoi meneruskan hasratnya untuk membunuh Ryuzaki setelah menyedari kebenaran itu?
Drama ini juga menampilkan seorang ahli Hey Say Jump iaitu Hikaru Yaotome yang memegang watak anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia ni seorang pengedar dadah atau pil khayal la kiranya cam samsenglah juga. Kehadiran watak ni banyak bawa huru hara... tambahan pula ayahnya orang kuat kepada calon yang bertanding untuk jawatan Perdana Menteri. Jadi, malulah ayah dia bila wartawan dapat tahu perihal anaknya itu. Namun, apapun dia tetap melindungi anaknya. Macam mana pula tu?
No comments:
Post a Comment