Thursday, November 18, 2010

Liar Game

Juga daripada adaptasi manga, mengisahkan tentang Kanzaki Nao yang merupakan seorang gadis yang jujur dan mudah percaya pada orang lain. Baginya, dia mahu mencipta dunia yang penuh dengan kepercayaan. Satu hari, dia menerima 100 juta yen sekaligus terpaksa mengikut satu permainan yang dinamakan Liar Game, dianjurkan oleh Liar Game Team (LGT). Wang berserta kad jemputan, diletakkan di depan pintu rumahnya. Bersama itu ada juga diberi satu video berkenaan penerangan tentang game tersebut. Menurut video itu, sebaik dia menontonya bermakna dia telah bersetuju untuk menyertai permainan itu. Jika dia mahu menarik diri, dia perlu memulangkan 100 juta yen itu dan debit 50 juta yen lagi. Akhirnya, Nao-chan terpaksa meneruskan langkahnya dalam permainan Liar game ini.

Lawannya yang pertama adalah bekas cikgu sekolahnya dan naochan sangat mempercayai cikgunya itu. Tanpa dia sedari, cikgu itu telah menipunya dan membelot kononnya mahu membantunya menyimpan wang 100 juta yen itu bagi pihak Nao-chan. Tetapi sebenarnya cikgu tu mahu memenangi wang itu. Nao-chan hilang arah dan seseorang mencadangkan dia supaya meminta bantuan daripada seorang genius penipuan, Akiyama-san. Akiyama-san mengatur strategi licik bagi memastikan kemenangan Nao-chan sehinggalah mereka berjaya memperdayakan cikgu itu. Kekalahan cikgu itu menyebabkan dia menanggung hutang kepada LGT. Namun, nao-chan yang baik hati telah menyerahkan kesemua wang yang dimenanginya kepada cikgunya untuk melangsaikan hutang.

Kisah Liar Game tidak berhenti sampai di situ saja. Liar Game round 2 muncul kembali dan kali ini, Akiyama-san mengganti seorang pemain untuk terus berada di sisi Nao-chan supaya dia dapat melindungi gadis itu. Strategi kali ini menyebabkan Nao-chan tewas pada round2 dan terpaksa berentap kembali dalam satu lagi game sebelum bermain untuk round3. tapi akhirnya nao-chan berjaya membawa kemenangan kepada kumpulannya dan juga lawannya dengan prinsip yang dipegang..iaitu kepercayaan supaya tiada siapa yang pulang dengan hutang. jalan cerita ini memang menarik dan suspen. Cuba test IQ anda sama ada anda boleh terpedaya akan penipuan dalam drama ini...

Setelah dua tahun, Nao-chan sangkakan hidupnya telah aman..tetapi dengan tak semena-mena dia sekali lagi menerima kad undangan Liar Game round 4 dalam Liar Game 2. Dalam LG2, muncul watak Ryo Katsuragi iaitu profesor muda yang licik dan lawan kepada Akiyama-san. Namun, sebenarnya sasaran utama katsuragi ialah nao-chan. Mampukah Akiyama menyelamatkan Nao-chan hingga ke akhirnya? Jawapannya...tonton dan anda ankan tahu jawapannya.

walaupun banyak watak antagonis dalam drama ini, tapi saya paling rimas dengan watak Fukunaga. Ish, sakit kepala dengan lelaki kepala cendawan nilah... Drama special cerita ini ialah paradise...the last ... lom tengok lagilah. Tunggu saya tengok nanti baru bagitaulah....

Selamat menonton ^_~

No comments:

Post a Comment