Wednesday, November 17, 2010

Ulasan drama

Pertama kali saya menulis ulasan mengenai drama dan saya memilih untuk mengulas beberapa drama Jepun atau dorama yang pernah saya tonton. Kebanyakannya adalah daripada koleksi saya sendiri. Jadi bolehlah tengok berulang kali bila rasa bosan. Saya mulakan ulasan tentang drama yang dibintangi oleh ahli kumpulan Jpop terkenal, Arashi terlebih dulu.
1. Saigo no Yokusoku
Ini adalah drama kedua yang menggandingkan kelima-lima ahli kumpulan Arasi selepas Yellow Tears. Drama ini adalah sempena ulang tahun Arashi yang ke-10 pada November 2009. Saigo no Yokusoku atau bermakna Misi Terakhir mengisahkan rancangan dan usaha lima sahabat dalam menuntut bela kematian kawan sepermainan mereka di kolej iaitu ketua pasukan bola sepak yang terbunuh akibat kesan sampingan sejenis ubat. Ubat yang diketahui kesan sampingan itu tetap dipasarkan sebagai pain killer. Lima sahabat yang akhirnya tidak dapat melupakan kes kematian kawan mereka akhirnya berpakat untuk menawan bangunan milik ahli perniagaan yang bertanggungjawab atas kematian kawan mereka. Bom yang mampu memusnahkan seluruh bangunan di pasang dan mereka juga menawan pusat sekuriti bangunan serta semua kakitangan yang ada. Stategi dan taktik yang digunakan menjadikan jalan cerita ini menarik dan pasti membuatkan penonton punya banyak persoalan. Namun, apa yang dirancang tidak semuanya berjalan atas landasan. Mampukah misi lima sahabat ini tercapai...siapakah lima sahabat yang menawan bangunan itu dan apakah misi mereka sebenarnya? Tonton...dan tahulah jawapannya. Tak sangka pula, drama pendek ini akan terbitkan DVD. Terkejut juga bila jumpa DVDnya di kedai... Selamat menonton ^_^
Pengajaran daripada cerita ini; emmm...apa yang boleh saya katakan ialah, alangkah baiknya jika persahabatan yang terjalin itu tulus murni dan jujur. Pengorbanan seorang kawan sebenarnya sukar dicari dalam dunia ini... jadi saya agak terharu jugalah menonton drama ni. Bagi mereka yang mengenali dan mengikuti program Arashi... mereka pasti tergelak besar apabila karakter mereka yang sebenar ada diselitkan di akhir cerita di samping, karakter watak yang mereka pernah lakonkan dalam drama lakonan mereka sebelum ini. Contoh... watak Domyoji dan 'Maou'...
2. Hana Yori Dango
Drama bersiri ini adalah aplikasi drama popular Taiwan, Meteor Garden. Drama ini terdiri daripada season 1 dan 2, dan special di New York. Drama ini dibintangi oleh seorang ahli Arashi iaitu Matsumoto Jun yang memegang watak sebagai Domyoji (atau Dong Meng Si dalam Meteor Garden) di samping Inoue Mao, Oguri Shun, Matsuda Shota dan Abe Tsuyoshi. Rasanya ramai orang tahu jalan ceritanya. Bezanya tak banyak dengan Meteor Garden. Sekarang ni pun dah ada versi Korea yang mula ditayangkan tahun lalu, bertajuk Boys Over Flower dan khabarnya akan keluar pula versi Filipina dan China kelak. Bagi peminat cerita ini pasti ada yang tertunggu-tunggu juga kan versi yang berbeza...? Oh, lagu tema drama HYD ni dinyanyikan oleh Arashi sendiri. Salah satunya berjudul... Wish.
3. Maou
Setelah Korea menayangkan The Luciper, Jepun pula sekali lagi menghasilkan drama dari drama manga terkenal berjudul Maou. Maou mengisarkan tentang kisah seorang peguam dua muka yang menyimpan rahsia dan dendam di sebalik wajah tulusnya. Watak peguam ini dimainkan oleh Ohno Satoshi (Riida Arashi) yang mahu menuntut bela atas kematian adik dan ibunya terhadap keluarga budak lelaki yang bertanggungjawab (dimainkan oleh Toma Ikuta). Pada awalnya, dia hanyalah seorang budak biasa. Tetapi setelah kematian adik dan ibunya, dia berazam tidak akan berdiam diri setelah lelaki yang membunuh adiknya terlepas daripada hukuman. Dia bertekad mahu memusnahkan keluarga itu dan mahu mereka rasakan apa yang dirasainya selama ini. Lantas dia menukar identiti dan menjadi seorang peguam. Rancangannya berjalan lancar, dengan menggunakan kad tarot sebagai amaran kepada mangsa. Namun, rahsianya hampir terbongkar dengan kehadiran seorang wartawan yang menyelidik asal usulnya. Dalam masa yang sama, muncul pula perasaan cinta yang memujuknya untuk berhenti. Tetapi dia (Ohno Satoshi) menolak dan terus dengan tekadnya. Undangan istimewa drama ini ialah Ninomiya Kazunari, juga ahli Arashi...yang memegang watak sebagai anak seorang peguam keluarga Toma yang mati dibunuh. Penampilannya hanya dalam 15 saat sahaja...
Secara jujur, saya dah menonton kedua-dua versi Jepun serta Korea. Pada saya, penyampaian watak seorang pelakon adalah penting dan pada saya penyampaian watak bagi Maou lebih berkesan, oleh semua pelakon yang terlibat. Jadi saya lebih terkesan menonton Maou berbanding The Lucifer. Bagi mereka yang minat manga atau minat drama mengisarkan tentang penyiasatan...emm rasanya sesuai juga menonton drama ini. Lagu tema bagi Maou juga dinyanyikan oleh Arashi dari single mereka... Truth. Gandingan merah dan hitam dalam setiap persembahan dan PV lagu ini menonjolkan rasa misteri....
Pengajaran yang dapat saya lihat di sini, setiap perbuatan ada balasannya sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya. Keadilan seharusnya dipertahankan... jika buka di dunia, di akhirat kelak pasti ada balasan yang menanti. sama-samalah renungkan...
Setakat ini dulu ulasan saya... drama lain akan saya ulaskan di lain waktu. Selamat menonton ^_^

No comments:

Post a Comment