1. Yamada Taro Monogatari
Emm..cerita ini menggandingkan dua ahli Arashi iaitu Ninomiya Kazunari dan Sakurai Sho. Nino memegang watak pelajar dari keluarga yang miskin dan Sho pula dari keluarga berada. Rasanya drama ni juga adalah adaptasi manga. Ia berkisarkan perjuangan Yamada Taro (Ninomiya), yang berkerja keras untuk menampung keluarganya, ibu dan 6 adik-breadiknya yang lain. watak yamada Taro ni digambarkan sebagai seorang yang cerdik, tampan, rajin dan bersopan. Bermacam pekerjaan sambilan yang dilakukannya termasuklah menyamar sebagai perempuan untuk berkerja sebagai pembantu rumah di rumah Mimura Takuya (Sho). Banyak adegan lucu dalam drama ini termasuklah ketika atuk Mimura Takuya yang jatuh hati kepada Yamada Taro kerana menyangkakan Yamada Taro adalah seorang gadis. Drama ini juga berteraskan kekeluargaan dan pengorbanan...saksikanlah cerita ini sendiri yer..Memang menarik. Penampilan istimewa ialah Satoshi Ohno sebagai, promoter jualan... dan lagu tema drama ini dipetik daripada single Arashi iaitu Happiness ^_^
Pengajaran: emm... rasa tersentuh dengan kepayahan yamada taro dalam mencapai impian dan cita-citanya membuatkan saya rasa... ok...tiada kejayaan yang mudah dicapai tanpa usaha yang gigih
2. Uta no Oniisan
Bermaksud 'abang yang menyanyi' mengisahkan tentang hidup Yano Kenta (Satoshi Ohno) yang mempunyai impian besar terhadap band rocknya tetapi tanpa diduga telah dikhianat oleh kawan2 bandnya dengan mengatakan bahawa mereka akan bubar. Bermula saat itu, Kenta berusaha untuk mencari pekerjaan sehingga pada satu hari, dia datang ke syarikat TV untuk temuduga pencarian penyanyi rock. Malangnya, Kenta telah tersalah masuk bilik ujibakat di mana dia ditemuduga untuk pencarian 'Kawan menyanyi' untuk satu rancangan musikal kanak-kanak. Kenta yang selalu tidak serius akan kerjanya membuatkan ramai orang sakit kepala dan bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang kerjayanya sebagai Kawan Menyanyi. Namun dengan semangat yang sering diberi oleh ketua, dia akhirnya sedar akan tanggungjawabnya demi menceriakan kanak-kanak. Sehingga satu hari, tanpa disengajakan dia diminta untuk bernyanyi dalam program tersebut sebagai 'Abang yang menyanyi' dan di situlah bermulalah kariernya sebagai 'uta no oniisan'. Namun, satu hari dia mendapat tahu tentang bekas ahli kumpulan rocknya yang kononnya bubar dahulu telah membuat album dan bakal mengadakan konsert. Pada masa yang sama, dia tahu bahawa dia sebenarnya telah dibuang dari kumpulan tersebut. Apakah keputusan Kenta selepas itu? Adakah dia akan merayu untuk kembali menyanyi sebagai kumpulan rock atau kekal sebagai abang yang menyanyi?
Dialog yang paling saya ingat dalam drama ini adalah semasa sesi ujibakat di mana Kenta ditanya bagaimana pendapat anda tentang kanak-kanak zaman sekarang dan jawapan Kenta adalah... kanak-kanak zaman sekarang sangat kasihan. Emm...saya cuba selami jawapan itu dan mungkin kerana itulah juga, karakter Kenta agak 'keras' dan degil...
Lagu tema...single Satoshi Ohno, Kumori Nochi Kaisei. Penampilan istimewa...Sho Sakurai, yatter-man yang dijemput dalam program uta no oniisan ^_^
No comments:
Post a Comment