Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Han Geng's movie now showing in Malaysia cinema





Recently, i noticed that x-member of Super Junior, Han Geng appear in a movie entittled My Kingdom. Woah... he plays main character in this movie with a Brunei-born Taiwanese actor Wu Chun ( who also a member of Taiwanese boy band, Fahrenheit ). According to summarize and reports of the movie, and after watched their trailer... i believe this action movie is a great movie to watch. Ok..ok.. i want watch this movie. This will be the first time i watch Han Geng in cinema... even i never watch him in drama before haha Anybody want to join me??? ^^

poster credit: taiwan-pop.blogspot.com


사랑으로

Saturday, January 22, 2011

The Shock Labyrinth: House of Horrors

Hah, lama tak tengok filem Jepun dekat panggung.. rasanya macam setahun sekali aje filem dari negara Matahari Terbit tu muncul dekat sini. Dan kali ini menampilkan drama seram... seiring drama seram dari Korea, Thailand, Hong Kong dan filem tempatan. Wah, agaknya tengah musim drama dan filem seram sekarang.. banyak produksi filem yang berlumba2 nak buat filem seram ek. Kalau cerita Hantu Kak Limah balik rumah atau Ngangkung menampilkan tema seram komedi, filem 'The shock labyrinth' ni pula... emm macam biasalah kalo cerita seram daripada Jepun, hantunya taklah menakutkan rupa, jalan cerita pun tak berapa nak seram untuk filem ni... tak macam Ju On dulu... uish naik bulu roma. Tapi filem ni, rasanya yang takut tengok cerita hantu tu... bolehlah tengok. Dia tak ada hantu yang menakutkan pun.. cuma suspen sikit aje. Tu pun ada gak 'guy' yang menjerit masa kitorang gi tengok tu. Dia sorang aje yang jerit.. tak taulah dia memang terkejut atau saja jer nak jerit hehe... Apa yang menarik? Effect 3D dia memang best... oh ya, kalau tak silap sekarang dia cuma tayangkan versi 3D aje... dan filem seram pertama 3D. Effect dia memang lebih berkesan, kalau saya nak bandingkan dengan Narnia... effect 3D filem ni lagi best.

Ops... poster ni bukan poster filem yang ditayangkan dekat sini yerk... dekat sini filem ni baru ditayangkan bermula 13 Januari lepas. Ni poster yang ditayangkan dekat sana, dekat Jepun sendiri. Khabarnya mendapat sambutan yang agak hebat... emm tahniah.. tahniah... omedetou!!! Manalah tau kan, filem ni dapat menarik minat produksi tempatan untuk buat 3D pula lepas ni.. Hah lagi menarik kan! Dengan effect bunyi dan rupa hantu yang sangatlah menggerunkan... mesti bergegar panggung punyalah.

Sekarang ni, saya tengah syok menonton 'Secret Garden' yang saya cerita sebelum ni.. tapi bukan tengok dekat Astro. Sekarang tengok dekat internet lah lagi cepat.. dah siap subbed lagi. Nak download pun boleh, tapi saya tak kuasalah nak memenuhkan hard drive hehe... tengok udahlah. Cerita dia memang best... baru tau kenapa diorang (hero ngan heroin) tertukar badan. Punca yang menyebabkannya berlaku dah tau tapi tak tahu sebab kenapa.. maksudnya apa explanation terbaik untuk kejadian tu ek. wah, tak sabar nak tunggu habis. Apapun lakonan Hyun Bin memang best. Terbaik. You are the best Hyunbin oppa =D

Friday, January 14, 2011

Season of the Witch

Hehe... mula2 ingatkan macam cerita Merlin yang kerajaannya tangkap orang yang dicurigai menggunakan ilmu sihir untuk dihukum. Tapi bila dah masuk beberapa minit pertama, nak aje saya cakap kat semua kawan2 jgnlah pergi tengok filem ni kat wayang. Sebab saya rasa geram... permulaan ceritanya bercerita tentang peperangan gereja (rasanya katholik) yang membuka peluang kepada sesiapa aje yang nak tebus dosa mereka dengan berkhidmat dengan gereja atas nama Tuhan. Kononnya dapatlah ampunkan dosa mereka walau dosa besar sekalipun. Siap ada tempoh perkhidmatan bagi setiap dosa yang nak diampunkan tu. Apa pula perkhidmatan yang perlu mereka buat. Hah, berkhidmat dengan gereja untuk membunuh semua orang yang kononnya melanggar suruhan Tuhan mereka. Walaupun perempuan dan anak kecil? Haih... tambahan pula masa peperangan tu, semua peperangan diorang menang dan lawan mereka tu nampak macam... emm.. dia tak cakap tapi dari gaya pakaian mereka, macam tentera Islam. Entah. Kontroversi... kontroversi. Sampailah watak utama cerita ni sedar yang perjuangan mereka selama ni macamlah salah...
Jelajah punya jelajah sampailah satu kerajaan ni. Kerajaan ni pun macam diserang wabak macam dekat tempat lain. Wabak yang bikin orang sakit dan mati. Agak jelik jugalah. Jalan ceritanya banyak juga suspen walaupun tidaklah menggerunkan. Suspen sebab terkejut tapi yang terkejutnya bukan saya... hehe. Sebab tak ramai orang selamba aje saya bersuara halus2.. bila time aksi kejar mengejar ke, saya pun cakap... cepat.. cepat. Kalau panggung penuh, saya duduk tengok diam2 aje... tapi taklah bising sampai ganggu orang lain ok.
Nak dipendekkan cerita, diorang ni kena bawa ahli sihir yang kononnya menyebabkan wabak ni berlaku... nak bawa ke sebuah tempat di mana semua sami kelas atasan berada. Untuk tentukan sama ada ahli sihir itu bersalah ke tak. Jadi, nasib ahli sihir tu terpulanglah pada keputusan sami2 tu nanti... Tapi ahli sihir tu budak perempuan... oh, bukan.. remaja. Tapi muda lagilah. Macam tak ada gaya ahli sihir aje... muka pun macam lurus aje. Dalam perjalanan, macam2 rintangan mereka lalui sampai kami pun percaya yang budak perempuan tu memang ahli sihir. Lepas tu, sorang demi sorang terkorban... emmm...
Rupanya musuh yang mereka berdepan ni bukannya ahli sihir seperti jangkaan mereka. Tapi... demon woah kowai!!! Emm.. apa nak cerita ek. Overall, bolehlah... akhir sekali, terpulanglah nak tengok ke tak... tapi cerita ni banyak tekankan pasal gereja sikit ar.. pastu ada lak bacaan2 kitab dia emmm... fikirkan dan timbang2kanlah sendiri

Friday, December 31, 2010

Meniti hari-hari terakhir 2010...

Krismas seakan masih diraikan di kebanyakan kompleks beli-belah, mungkin sehingga tahun baru. Emm... macam manalah kawan2 saya raikan krismas kan.. tapi bukan nak cerita pasal krismas pun kali ni.
Hari ni terasa macam hari Sabtu sebab cuti umum, cuti yang diberi sempena kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF pada Rabu lalu. Boleh jugalah kalau nak dianggap cuti tahun baru.. memandangkan esok kan tahun baru. Wah, maknanya hari ni hari terakhir untuk 2010. Apa perancangan hari ni? Countdown ke? Apa pula perancangan tahun depan dan azam 2011? Alhamdulillah, banyak misi 2010 sudah berjaya dilaksanakan... yang tak berkesempatan diselesaikan tu kenalah bawa ke tahun depan hehe



Sebelum mengakhiri 2010, saya dan kawan2 semalam menutup aktiviti kami dengan menonton wayang 3D, cerita Narnia tu... macam biasalah cerita tu kan pasal dunia fantasi yang empat beradik tu jadi raja dan permaisuri kerajaan Narnia. Tapi kali ni, tak melibatkan pengembaraan Peter dan Susie. Hanya dua adik diorang aje yang termasuk dalam misi Narnia, Edmund dan Lucy bersama seorang sepupu mereka yang banyak mulut. Hall untuk 3D ni tak besar. kecik aje dan tak banyak sangat kerusi. So, layar dia rasa macam besar sangat. Cuma ikutkan malas betul nak pakai cermin mata 3D dia tu. Susah. Asyik jatuh aje. yalah, hidung tak berapa nak mancung... melurut ajelah bingkai tu ke bawah. Terpaksalah pegang aje sepanjang movie yang hampir dua jam tu. Fuh, letih rasa. Nasib baik kerusi dia besar dan best. Boleh juga baringkan badan sikit, dan takdelah rasa sakit tengkuk sangat kan.


Apa yang wat tak best tu, awal2 cerita, baru aje nak masuk feel, ada pula satu keluarga ni datang kat kitorang, speaking english dengan riak yang agak kerek tanya kat kawan kitorang yang hujung sekali 'are you sitting here?' tetiba jer... lbh kurang macam tulah bunyinya. Tapi suara dia cam nak marah aje. Macamlah kitorang buat salah. Beriya-iya dia kata kitorang salah tempat. Kononnya tempat kitorang sebelah hujung satu lagi dan tempat yang kitorang duduk tu, tempat dia and family dia. Padahal, dia yang salah. Malas nak kecoh2, sebab orang lain pun nak tengok wayang kitorang berganjak ajelah ke hujung satu lagi. Nanti bising pula. Haih, bikin spoil betul! Kalau ya pun nak tukar tempat atau ada kesilapan sekalipun, cakaplah sopan2 lain kali ok. Budi bahasa kan budaya kita. Lagipun, kitorang pun banyak harga tiket yang sama. Bukannya dia bayar lebih pun kan. So, cakap BAIK-BAIK.


Maaflah yerk, siapa yang terasa... saya memang tak suka orang nak sound dengan guna bahasa asing. Apatah lagi kalau nada suaranya menyakitkan hati... mungkin orang tu tak sedar. Tapi kena fikir yang kita kena tunjuk contoh yang baik kat anak-anak. Kalau anak-anak tengok kita buat macam tu dan tanya orang tiba2 macam nak gaduh, macamlah orang tu buat salah (padahal sendiri yang salah), anak-anak akan ikut kelakuan tu tau. Mereka akan fikir, ok kalau aku buat salah aku tak perlu nak minta maaf.


Ok..enough cerita pasal hal yang tak berapa best. Walaupun rasa geram tapi saya lupakan aje peristiwa tu. Nasib baiklah bukan dekat saya dia cakap. Kalau tak, mesti lagi geram ggrrrr. Sudah.. sudah. Wayang tu habis lebih kurang jam 11 lebih... dengan perut lapar, kitorang terus balik hahaha... sebab dah lewat sangat. Ohhh, semalam hari pertama filem 'Damping Malam' keluar panggung. Tapi kawan saya tak minat nak tengok cerita seram. Banyak pula cerita seram dekat pawagam sekarang. Rasa macam nak keluar panggung sepanjang hari pula hehe... Selamat Tahun Baru :D

Saturday, December 4, 2010

Attack on pin-up boys

Selepas habis menonton drama Oh! My Lady, saya cari link drama yang berkait dengan Siwon. Saja nak tahu sama ada member Suju yang lain pun aktif berlakon juga macam Kibum ke. Tapi harap2 walaupun dah seronok berlakon, janganlah keluar dari Suju ya. Nanti makin berkuranglah ahli SJ T_T


Cari punya cari saya terjumpa 'attack on pin-up boys' tapi ni bukan drama tau. Ini filem yang dibintangi oleh 12 orang ahli Suju yang khabarnya ditayangkan pada tahun 2007, selepas official debut Suju pada tahun 2006. Tapi, dalam filem ni tak ada Khunyun. Dan khabarnya lagi filem ni box office. Wah! Macam best. Masa baca sinopsis filem ni, saya cuma nampak nama Han Geng/ Hankyung, Siwon, Hee-chul, Dong Hae, Kibum dan Kang In. Tapi masa starting dia, nampaklah dia ada tulis nama pelakon lain, termasuk ahli SJ yang lain. Saya tak terlintas pula nak cari maklumat tambahan tentang filem ni. Syok sangat nak tengok... yang lain, belakang kiralah. Habis nanti baru cari ek...


Awal2 aje dah tunjuk Kibum dengan Donghae... lepas tu muncul pula Sungmin, kononnya macam puteralah...disukai ramai gadis, Han Geng, pemain bola keranjang yang terkenal di sekolahnya dan Ye Sung, seorang rockers. Mereka bertiga ni memang famous dekat sekolah masing2 dan sebab mereka terkenal, mereka diserang oleh seorang misteri yang membaling najis ke muka diorang masa diorang jalan sesorang malam2. Semua kejadian tu berlaku lebih kurang 300 meter dari kawasan sekolah masing2. Kecohlah semua sekolah tinggi nak tahu siapa penjenayah misteri tu dan siapa pula mangsa seterusnya.


Dalam filem ni, semua ahli SJ pakai nama sendiri. Kibum dan Donghae sepakat nak siasat hal ni. Tapi sepanjang perjalanan cerita ni tak nampak pun yang diorang ni siasat. Donghae tetap sibuk dengan hidupnya... ahli back dancer kat sekolah tu bersama Shidong dan Hee-chul, ketua kumpulan. Hee-chul dikhabarkan merupakan salah seorang calon yang tersenarai sebagai mangsa seterusnya, disamping ketua judo, Kang In dan Ketua Badan Pelajar, Si Won. Nak diceritakan tentang Si Won ni, dia kira budak yang sangat brilliant lah tapi hati dingin macam ais. Yang peliknya dia macam ada kuasa elektrik kat tangan dia.. dan orang yang selalu kena panahan petir dia tu, ialah pengikut kanannya, Ryeowook. haih... skema jer muka dia.


Kang In pun ada pengikut iaitu Eunhyuk (wah!!! menjerit jugalah bila nampak dia shhhh) dan seekor panda bear. Sape ker panda bear tu? Adakah...? Rasanya semua watak ahli Suju dah keluar kan kecuali... mana Leeteuk, ketua kumpulan Super Junior tu? Adakah??? Dia ke penjenayah misteri tu? Sah! Akhir cerita tu nanti baru korang akan nampak mana Leeteuk haha.. sudah ku jangka. Kawaii ne!!! Ops ni bukan filem Jepunlah ;p


Ok... berbalik pada cerita ni, lepas ketiga2 orang ni tau (Siwon, Heechul dan Kang In) yang diorang tercalon dalam pilihan mangsa seterusnya, diorang pula sibuk nak berlawan sesama mereka supaya terpilihlah. Adeh, tak rasa geli ke...? Kena baling dengan najis tau! Tapi dalam fikiran diorang kalau kena tu maknanya dialah yang paling famous sebab orang misteri tu cuma akan serang lelaki yang famous dan disukai ramai aje. Macam mangsa2 sebelum ni pun, lepas mereka kena serang makin famous pula lol


Bila Hee-chul tengok gambar Sungmin, mangsa yang pertama, dekat majalah... dia pun rasa cemburu dan minta kawan2 dia ambik gambar dia yang comel2 letak dalam blog. Haha... promot dirilah kiranya tu. Kang In pun apa lagi. Bila nampak blog tu, dia pun rasa nak melawan. Dia nak terpilih jadi mangsa seterusnya. Dia pun sibuk nak ambik gambar tapi...hahaha memang pecah perut jugalah tengok gaya dia. Siwon pun tak ketinggalan tapi cara lawannya agak halus dengan berpura2 kononnya dialah mangsa. Kecoh satu sekolah bila dapat tahu Siwon diserang malam tu. Paling hampeh bila cikgu2 ngan pengetua pun leh main bet sape pilihan mereka , antara Kang In, Siwon dan Hee-chul... haihh. Apalah yang diorang ni fikir kan. Kononnya sape yang jadi mangsa tu paling famouslah tu... dan populariti mereka akan meningkat lagi lepas tu. Aura diorang pun bersinar semacam!
Bila dapat tahu Siwon yang kena serang, Kang In dan Hee-chul apa lagi, frust habis. Tapi bila lakonan Siwon tu dibongkarkan oleh Kibum, misteri itu kembali menjadi persoalan yang masih belum terjawab sehinggalah Donghae dapat tahu siapa penjenayah yang sebenarnya. Siapa penjenayah tu? Leeteuk pun tak keluar2 sedangkan semua ahli Suju yang lain dah diperkenalkan. Adakah Leeteuk penjenayah tu? Hehe.. kalau nak tahu kenalah tengok. Tapi dinasihatkan janganlah cari maklumat pasal filem ni dulu sebelum korang tengok. Nanti tak surpriselah. Masa saya mula2 tengok pun, agak payah juga nak cam muka diorang ni kecuali Eunhyuk hihi. Ok.. last filem ni nanti, baru korang dapat jumpa mana Leeteuk dan diorang semua akan nyanyi lagu Suju, Wonder Boy. Tapi sekarang (2010), ahli Suju dah tinggal 10 orang jer... tanpa Han Geng, Kang In dan Kibum. Sedih gak... tapi adakah Kang In akan dimasukkan semula lepas tamat latihan ek? Sama2lah tunggu...
Dalam kumpulan Suju ni, saya paling minat Eunhyuk...hehe kenapa ek? Padahal dia tu kecik jer orangnya.. tak macam member yang lain, ramai lagi yang handsome kan. Alah, dia cute juga apa walaupun sepet. Kali pertama saya tonton rancangan dia masa Go Dream Team season 2... rasanya start kat situlah kot. Nampak macam dia low profile aje..dan agak nakal... tapi tak taulah. Satu lagi, kan dia salah seorang daripada 4 lead dancer dalam SJ... sebab tu juga kot. Apa yang fan tengok pada idol diorang? Banyak faktorlah kan. Tapi kadang2 boleh jadi juga... just suka aje, xde reason. Apa2 pun, berpada2lah dengan setiap perbuatan. Kalau nak minat tak salah tapi janganlah terlampau fanatik atau ekstrim ok ^_~
Teringat pada lagu mereka Sorry Sorry... rasanya dah dua kali saya tengok drama Korea yang selitkan scene pelakon nyanyi lagu ni, selain dari drama Oh! My Lady, satu lagi ialah My 3 Perfect Sons. Tahun ni, mereka keluar album baru.. Bonamana pada awal tahun. Wah! Meletup! Temanya sama aje tahun ni tapi ditambah beberapa lagu balada... wah, touching jugalah lagu dia. Tapi, dah lama tak tengok diorang perfom. Sekarang ni saingan makin hebat dengan 2pm dan banyak lagi bandboy yang tumbuh macam cendawan. Semuanya berebut2 nak buat konsert dekat Malaysia. Patutlah jboys susah sangat nak masuk market Malaysia ni...

Monday, November 29, 2010

Harry Potter and the Death of Hollow part 1

Emm... ini filem Harry Potter yang ke berapa ek? Rasanya saya tak pernah miss tengok dekat wayang hehe... minat jugalah cerita macam ni. Lain dari kehidupan harian saya yang biasa kan... hihi
Keseluruhan cerita menarik.. lebih hebat daripada dua episod sebelum ni yang agak perlahan. Kali ini menonjolkan lebih banyak aksi. Rasa puas hatilah bila tengok.. tambahan pula ceritanya lebih panjang. Lebih 2jam kalau tak silap tengok jam hihi tak mahu komen banyak...saya suka watak Ron yang kelakar. Ada jugalah diselitkan dialog lucu oleh Ron dan kembar George dan Fred... cuma... alamak! Starting dia aje dah wat saya tertanya2... apa yang berlaku? kenapa tetiba Vendelmort ada dekat dunia dan jadi d lord pula? Apa dah jadi? Dumbledore pula... ehhhh camne leh mati? Kenapa semua jadi huru hara dan perlu lindungi Harry pula ni? Nampaknya kenalah baca novel dia juga untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku agaknya. Sebab seingat saya, filem HP yang lepas tak ada pula citer pasal vendelmort dah dapat jasad kan... Entahlah.
Saya tak terkejut bila nampak Malfoy ada duduk semeja bersama Vendelmort.. yalah dari awal lagi memang dia benci sangat dengan HP. Tamban pula ayah dia memang orang kuat vendelmortlah kiranya. Tapi, yang tak fahamnya Prof. Snape ni... dia ni baik ke jahat? Sekejap nak protect HP, sekejap jadi jahat pula. Dalam aksi kali ni, dia pun ada bersekongkol dengan vendelmort juga.
Tapi nak diceritakan tentang apa itu Death of Hollow tu, ceritanya pasal 3 brother yang nak seberang sungai. Diorg gunakan magik untuk bentuk jambatan untuk seberang sungai. tapi..tiba2 ada makhluk kat tengah2 jambatan tu yang halang mereka...dipanggil Death. Death benarkan mereka seberang dan setiap orang akan dimakbulkan satu permintaan. Kenapa? tengok..baru tahu. Abang 1 minta tongkat sakti yang lebih hebat daripada tongkat sakti yang dia ada sekarang dan death memberikannya tongkat sakti yang terhebat dan tiada tandingannya. Abang ke-2 pula dapat batu suci dan abang ke-3 dapat jubah halimunan yang dapat mengelakkan dirinya dijumpai oleh Death. Ketiga-tiga item yang tiga beradik ni dapat menghasilkan satu simbol yang sering kali menjadi tanda tanya pada HP, Hermonie dan Ron dalam filem kali ini. Ops, Ron tak berapa ambil tahu pun haha
HP, Hemonie dan Ron juga ada dapat harta pusaka daripada Prof Dumbeldore yang diserahkan oleh Menteri Ahli Sihir lah kiranya namanya... Apa dia? Tengoklah ya sebab kesemua harta pusaka itulah yang akan berguna bagi mereka bertiga dalam filem ini... Oh ya, disebabkan ini hanyalah bahagian pertama, nampaknya kenalah tunggu beberapa tahun lagi untuk bahagian kedua. Tapi sayangnya sebab rancangan untuk tayangan HP 3D tidak menjadi.. dan rasanya sudah dibatalkan atas sebab2 tertentu. Harap2 untuk episod akan datang jadilah yer XD Oh...one more thing, ada sedikit scene yang tak berapa best lah...ops.. well, diorg kan masih under age kan...itu ajelah komen saya