Friday, January 14, 2011

Season of the Witch

Hehe... mula2 ingatkan macam cerita Merlin yang kerajaannya tangkap orang yang dicurigai menggunakan ilmu sihir untuk dihukum. Tapi bila dah masuk beberapa minit pertama, nak aje saya cakap kat semua kawan2 jgnlah pergi tengok filem ni kat wayang. Sebab saya rasa geram... permulaan ceritanya bercerita tentang peperangan gereja (rasanya katholik) yang membuka peluang kepada sesiapa aje yang nak tebus dosa mereka dengan berkhidmat dengan gereja atas nama Tuhan. Kononnya dapatlah ampunkan dosa mereka walau dosa besar sekalipun. Siap ada tempoh perkhidmatan bagi setiap dosa yang nak diampunkan tu. Apa pula perkhidmatan yang perlu mereka buat. Hah, berkhidmat dengan gereja untuk membunuh semua orang yang kononnya melanggar suruhan Tuhan mereka. Walaupun perempuan dan anak kecil? Haih... tambahan pula masa peperangan tu, semua peperangan diorang menang dan lawan mereka tu nampak macam... emm.. dia tak cakap tapi dari gaya pakaian mereka, macam tentera Islam. Entah. Kontroversi... kontroversi. Sampailah watak utama cerita ni sedar yang perjuangan mereka selama ni macamlah salah...
Jelajah punya jelajah sampailah satu kerajaan ni. Kerajaan ni pun macam diserang wabak macam dekat tempat lain. Wabak yang bikin orang sakit dan mati. Agak jelik jugalah. Jalan ceritanya banyak juga suspen walaupun tidaklah menggerunkan. Suspen sebab terkejut tapi yang terkejutnya bukan saya... hehe. Sebab tak ramai orang selamba aje saya bersuara halus2.. bila time aksi kejar mengejar ke, saya pun cakap... cepat.. cepat. Kalau panggung penuh, saya duduk tengok diam2 aje... tapi taklah bising sampai ganggu orang lain ok.
Nak dipendekkan cerita, diorang ni kena bawa ahli sihir yang kononnya menyebabkan wabak ni berlaku... nak bawa ke sebuah tempat di mana semua sami kelas atasan berada. Untuk tentukan sama ada ahli sihir itu bersalah ke tak. Jadi, nasib ahli sihir tu terpulanglah pada keputusan sami2 tu nanti... Tapi ahli sihir tu budak perempuan... oh, bukan.. remaja. Tapi muda lagilah. Macam tak ada gaya ahli sihir aje... muka pun macam lurus aje. Dalam perjalanan, macam2 rintangan mereka lalui sampai kami pun percaya yang budak perempuan tu memang ahli sihir. Lepas tu, sorang demi sorang terkorban... emmm...
Rupanya musuh yang mereka berdepan ni bukannya ahli sihir seperti jangkaan mereka. Tapi... demon woah kowai!!! Emm.. apa nak cerita ek. Overall, bolehlah... akhir sekali, terpulanglah nak tengok ke tak... tapi cerita ni banyak tekankan pasal gereja sikit ar.. pastu ada lak bacaan2 kitab dia emmm... fikirkan dan timbang2kanlah sendiri

No comments:

Post a Comment