Wednesday, January 19, 2011

berakhirnya cinta dengan...?

Semalam, lepas balik dari klinik dapatkan ubat diarea.. sepanjang hari saya tengok tv aje. hehe.. habis tu, buat kerja apa pun tak leh nak fokus sbb asyik kluar masuk tandas aje. Entah makanan apa yg sebabkan saya cirit-birit.. tak tahulah. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal cirit-birit atau bak kata pensyarah saya dulu... digelar 'kerusi merah beruang merah = chair red bear red' lol
Sekarang nak cerita tentang dua episod akhir drama yang saya tengok semalam.. both happy ending. Wah, bahagia aje tengok. Drama Taiwan 'easy fortune happy life' dan 'Mahabbah De Laila'... emm seronok gak. Rasa happy aje hati ni bila tengok cerita2 tue berakhir dengan baik.. huhu terharu juga rasa. Tapi, dalam drama Mahabbah De Laila, suami dia (Waad) tu rupanya sakit angin pasang, sebab tu dia tak boleh tunaikan kewajipan dia sebagai suami sebelum ni. Tapi, 1st time saya dengar nama penyakit tu hehe... puaslah fikir apa tu 'angin pasang'. Tanya pada teman serumah, katanya hernia. Emm.. lepas cari dalam internet.. saya jumpalah satu web/blog ni yang cerita pasal 'angin pasang'... http://wwwh46y.com/2009/06/rawatan.html betullah ia hernia yang boleh jadi pada lelaki atau perempuan tapi lebih kerap pada lelaki. Walaupun salah satu faktor penyebab atau perangsangnya disebabkan oleh meneran semasa buang air besar, jangan salah faham... ia tak sama dengan buasir. Hernia disebabkan kelemahan otot yang menyebabkan isi usus terunjur keluar dan membentuk benjolan pada abdomen sama ada di bahagian perut atau pangkal peha. Ok, dalam drama tu lagi dia ada minta seorang pakcik untuk urut angin pasang tu. Emm... urut memang boleh kalau saiz hernia/angin pasang tu kecil. Unjuran isi perut yang terkeluar tu boleh dimasukkan balik ke tempatnya atau disorok tapi ia cuma sementara. Maknanya, kalau disorok tu.. angin pasang tu masih boleh berulang selagi lubangnya tidak ditutup. Kalau nak tutup lubang, kenalah buat pembedahan. Lubang tu pula boleh membesar dengan rangsangan aktiviti fizikal seperti meneran atau angkat beban berat. Jadi, sebelum ia menjadi lebih teruk atau lubang itu menjadi lebih besar, lebih baik buat pembedahan untuk tutup lubang dan kuatkan otot yang lemah.
Apapun, diharap semoga kehidupan kita juga akan berakhir dengan baik dan bahagia macam drama2 dalam tv tu hehe walaupun ramai yang cakap, cerita cinta bahagia hanyalah dalam drama kan... =D

No comments:

Post a Comment