Showing posts with label yuri iqmal. Show all posts
Showing posts with label yuri iqmal. Show all posts

Friday, April 15, 2011

PBAKL 2011~> Pesta Buku...yeeha

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi!!!


Wah... bestnya. Memang terasa macam nak pergi..sebab banyak buku ada+karikatur+++ haha tapi mengenangkan PWTC yang pastinya sesak, emm... and The Mall pon sesak juga... emm, kejap fikir dulu hehe Tapi bagi mereka yang nak meninjau buku2 terbaru tu and nak dapatkan diskaun, mailah ramai2 ke pesta buku di PWTC pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ni nanti. Mari menggalakkan hari buku sedunia.. tiap2 hari hehe walaupun saya ni tak berapa suka nak membaca buku... conteng2 saya suka hihi... rasanya nak kena tanam minat membacalah, untuk tambahkan ilmu pengetahuan selain kita belajar dari pengalaman kan... selamat membaca semua ^_^


Jom pergi, sape yang nak pergi.. JOM! JOM!
사랑으로

Saturday, March 27, 2010

3 jam di Pesta Buku

27 Mac 2010 (Sabtu), saya bercadang nak ke Pesta Buku Antarabangsa hari ini bersama kawan satu sekerja. Lepas Zohor, baru bertolak ke PWTC sebab memang dah agak pasti ramai org hari ni. Keluar dari stesen LRT star, haha Sah! Memang berduyun2 orang datang hari ni..maklumlah baru lepas gaji dan esok adalah hari terakhir Pesta Buku. Saya jangka esok pasti lebih ramai pengunjung ke PWTC. Sebelum masuk terus ke PWTC, kami mengisi perut dahulu di The Mall. Mak aii, semua restoran makanan penuh. Sampai ada yang terpaksa beratur menunggu meja kosong. Dari Secret Recipe di luar, sehingga Kenny Rogers...semuanya sesak. Pizza Hut pun sampai dah tak boleh nak ambik order lagi. Kata salah seorang staff di situ, pizza dah habis. Kami tanya, kalau tak makan pizz tapi nak makan makanan lain? Staf tu pula kata tak ada meja kosong. Sedangkan banyak meja tak berpenghuni..cuma mejanya saja penuh dengan pinggan dan gelas yang belum diangkat. Entahlah.
Tak cukup, kami pergi ke level bawah. Konon nak makan di food cour sajalah..penuh jugak! Chicken Rice Shop, KFC..n semualah penuh. Lama kami berdiri di luar restoran Chicken Rice Shop. Pelik. Semua restoran tak ada sediakan emergency table. Rasanya ini bukan kali pertama The Mall sesak dengan orang ramai yang nak mengisi perut. Sambil menunggu mata kami meliar..menjenguk ke setiap restoran berdekatan. Sampai satu waktu, kawan saya ternampak dua tempat kosong di Mr Tenpayaki, berdepan dengan Kiosk kebab. Alamak! Saya bukannya makan taugeh haha tapi sebab tempat lain semua penuh lagi, so bolehlah tu.
Inilah makanan tengahari kami..tapi yang masaknya bukannya Japanese pun huhu..tapi mat Bangladesh hoho..telan sajalah
Habis makan, kami terus menuju ke PWTC. Hoh..sesak dari luar hingga ke dalam. Tanpa buang masa, kami menuju ke booth CESB terlebih dulu. Sebab, beberapa kawan saya yang tak sempat ke PWTC pesan suruh beli buku. Alhamdulillah, booth cesb hari ni pun tak terlepas penuh sesak dengan orang yang berkunjung dan membeli buku2 terbitannya. Berbeza seperti minggu lalu.
Saya mengajak kawan saya meng'karikatur'kan wajah kami..sebagai kenangan. Tapi macam biasalah..kena beratur. Kartunis2 nie memang semuanya sentiasa sibuk dan tak menang tangan melukis. Ramai orang yang beratur menunggu giliran untuk wajah mereka dilukis..termasuklah kami haha. Masa menunggu tu, ada juga beberapa petugas dan promoter cesb yang menegur...bukan tak sudi masuk, tapi kejap eh..lepas abg Nud's lukis gmbr kami hehe
Wah, Abang Nud's ada hair style baru minggu nie...last week lain. Minggu ni dah potong pula ^_^
Sempat juga bergambar dengan abang Nud's wahhh hepinya!!!! Kawan saya pun excited bila dapat autograph abg Nud's siap dengan karikaturnya sekali dalam komik yang dibelinya. Nyesal lak tak beli sama huhu...budget x cukup ;p

Monday, March 22, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (19-28 Mac 2010)

Sabtu dan Ahad yang lalu, saya berada di booth CESB di KLIBF (PWTC). Pada hari pertama (Sabtu), punyalah berdebar. Rasa kekok juga bila saya tersampai awal hari tu. Nampak sangat macam excited. Tapi, kalau boleh memang tak nak datang lewat. Tepati masa lah kononnya haha. Jujurnya saya kekok, rasa seram sejuk dan tak tahu nak buat apa. Nak bercakap dengan petugas kat situ pun saya rasa gelabah, cemas dan segan. Macam lah saya nampak monster haha...jangan cakap masa tu, masa exam pun saya debar sampai demam. Tak kurang peliknya, masa nak buat pasport dulu pun sampai naik temperature. Teruk betul. Tapi nasib baiklah, geng cesb yang ada hari tu semuanya sporting, caring and baik..banyak tolong dan beri saya semangat.
Lebih kurang jam 10.30 pagi, ada seorang pembeli..seorang ahli kelab CESB membeli novel cintaku tabloid dan meminta autograph saya...Ya Allah, masa tu menggigilnya jangan cakap lah tapi cuba juga selindungkan. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Dalam otak pula, tertanya-tanya apa yang patut saya buat masa sesi autograf tu. sign jer ke? Sampai lah senior novelis datang..Fatinilam Sari Ahmad, tunjuk ajar sikit apa yang perlu dibuat. Begitu juga Zana, Editor CESB. Kak Fatin datang dengan anaknya yang berumur 9 tahun..dari Pahang tu. Jauh. Sepanjang mereka ada di situ, sempat juga bermain dengan Danial (anak kak Fatin).
Bab paling best, dapat jumpa dan tengok kartunis2 Gila-gila melukis..wahh, memang seronok. Macam senang jer. Kartunis yang ada masa 2 hari ni, abang One, abang Nud's dan abang Ram. Wah, dapat banyak perhatian mereka ni. Tak lupa ramai yang nak bergambar bersama mereka...busy sepanjang hari ^_^
Lepas kak Fatin datang, saya dah tak ada gelabah sangat. Rasa calm la sikit. Ada yang bertanya bagaimana saya dapat mendapat ilham untuk menulis sedangkan saya belajar dalam bidang sains..dan masih melanjutkan pelajaran di UKM. Jawapan saya senang saja. Sebab minat dan saja nak release tension lepas study kot. OK la cerita panjangnya macam ni. Saya mula menulis sejak belajar di Kolej Matrikulasi. Sebab penat belajar, saya lepaskan dengan berimaginasi atas kertas. Ada kalanya saya melukis. Ada kalanya saya menulis. Kakak saya dulu juga minat menulis dan ada hasilkan beberapa karya. Tapi tak pernah pula cuba untuk hantar kepada mana-mana syarikat. Mungkin itulah perangsang saya untuk menulis.
Ada juga yang bertanya berkenaan cerita cintaku tabloid ini. Cerita ini berkenaan apa. Bagaimana jalan ceritanya? Saya boleh ringkaskan begini, cerita ini mengenai cinta empat segi yang sebenarnya tetapi watak keempat itu tidak saya tonjolkan sama seperti watak-watak utama yang lain. Jadi ia nampak seperti cinta tiga segi. Kisah percintaan tiga segi ini agak ringan dan sesuai bagi mereka yang inginkan bahan bacaan yang ringan dan nak release kan beban kerja, sambil bersantai ke. Tapi, saya faham setiap orang punya citarasa berbeza. Watak utama, Shahrul dan Fazura saling mencintai. Dalam masa sama, Nabila juga menaruh cinta yang dalam terhadap Shahrul tetapi tidak mendapat balasan daripada lelaki itu. Zul pula ialah cinta pertama Fazura yang tidak pernah menerima cinta Fazura dahulu, kini tiba-tiba menagih cinta gadis itu. Namun cintaku tabloid tidak menonjolkan kisah cinta semata-mata, malah ia tidak dibebankan dengan krisis cinta yang mendalam tetapi saya sampaikan secara santai bersama-sama watak-watak sampingan lain yang diharap dapat membuatkan pembaca tertawa. Contohnya watak Mat Born yang tersangat kuat berleter dan selalu menjadikan Shahrul sebagai mangsanya. Nak tahu lebih lanjut, kenalah beli novel ini di pasaran ^_*. Ikuti perjalanan hidup remaja-remaja ini dan kisah cinta mereka dalam cintaku tabloid.
Berbalik pada cerita saya berkenaan KLIBF, ternyata sambutan kurang memberangsangkan. Saya faham, bukan masa yang sesuai sedang kebanyakan kakitangan kerajaan belum dapat gaji. Dan kawan saya yang berkerja di sektor swasta pun kata, mereka belum dapat gaji. InsyaAllah, minggu depan diharap lebih ramai pengunjung yang memeriahkan Pesta Buku tahun ini.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada senior2 novelis yang sempat saya jumpa, yang banyak beri tunjuk ajar..tips2 menulis, tips menghasilkan karya dan tak lupa juga tips promosi (^_^)m
Terima kasih juga pada semua yang banyak beri semangat dan kata-kata perangsang. Biasalah saya penulis baru. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan perlukan masa juga untuk naik. Saya tak nafikan semua itu..kerna itulah lumrah hidup. Tiada perkara yang mudah, dan tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan memerlukan komitmen, usaha, kesabaran dan doa. InsyaAllah, berkat dorongan, sokongan dan doa keluarga, teman-teman dan semua kakitangan juga pembaca.
Kepada teman-teman yang masih belum pergi ke pesta buku, datanglah beramai2 bersama keluarga atau rakan-rakan sehingga 28 Mac 2010. Jangan lupa datang ke booth CESB (Creative Enterprise) di level 2, seberang sungai. Bila anda masuk ke dalam Hall 2 tu, anda akan nampak booth PTS betul-betul depan pintu masuk. Untuk ke booth CESB bolehlah belok ke kiri dan CESB ada tak jauh di depan.

Friday, March 19, 2010

Yuri Iqmal di Book Fair 2010

Uwahhh!!! excited bila dapat panggilan dan surat jemputan daripada pihak CE untuk bersama-sama mereka melibatkan diri semasa Pesta Buku yang diadakan di PWTC sekitar 19-28 Mac 2010. Yuri Iqmal akan berada di sana pada 20 dan 21 Mac iaitu Sabtu (esok) dan Ahad ni. Tak tahulah apa yang patut dibuat pada hari tu nanti, memang tak ada pengalaman pun. Berdebar pun ada..sebab mesti PWTC crowded dgn org ramai dan aku tak kenal pun sesiapa di sana. Rasa janggal la pulak..kecut perut pun ada. Hahaha.
Yang pasti, esok kena bangun awal pagi ,,, dan bersiap sedia. Apalah yang kena buat nanti yerk....Jumpa di sana!!! (^_^)

Thursday, December 24, 2009

Dapatkan novel saya di pasaran ^^

Last August (or June ops cant remember), I got a call from one of the editor from CE (Creative Enterprise). We were discussed about the manuscript I sent to them almost last year. They promised me to publish my manuscript and yeah, it was two months later.


Seriously, this is not my first novel. I wrote a lot, but never publish yet till this is the first, and I was so excited..since this is one of my dream. Please support me okie.... ^.^

(katak hijau and yuri iqmal are the same person as yatie ^_*)

Oh yeah, Aiba-kun...otanjoubi omedetou ^__^