Sabtu dan Ahad yang lalu, saya berada di booth CESB di KLIBF (PWTC). Pada hari pertama (Sabtu), punyalah berdebar. Rasa kekok juga bila saya tersampai awal hari tu. Nampak sangat macam excited. Tapi, kalau boleh memang tak nak datang lewat. Tepati masa lah kononnya haha. Jujurnya saya kekok, rasa seram sejuk dan tak tahu nak buat apa. Nak bercakap dengan petugas kat situ pun saya rasa gelabah, cemas dan segan. Macam lah saya nampak monster haha...jangan cakap masa tu, masa exam pun saya debar sampai demam. Tak kurang peliknya, masa nak buat pasport dulu pun sampai naik temperature. Teruk betul. Tapi nasib baiklah, geng cesb yang ada hari tu semuanya sporting, caring and baik..banyak tolong dan beri saya semangat.
Lebih kurang jam 10.30 pagi, ada seorang pembeli..seorang ahli kelab CESB membeli novel cintaku tabloid dan meminta autograph saya...Ya Allah, masa tu menggigilnya jangan cakap lah tapi cuba juga selindungkan. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Dalam otak pula, tertanya-tanya apa yang patut saya buat masa sesi autograf tu. sign jer ke? Sampai lah senior novelis datang..Fatinilam Sari Ahmad, tunjuk ajar sikit apa yang perlu dibuat. Begitu juga Zana, Editor CESB. Kak Fatin datang dengan anaknya yang berumur 9 tahun..dari Pahang tu. Jauh. Sepanjang mereka ada di situ, sempat juga bermain dengan Danial (anak kak Fatin).
Bab paling best, dapat jumpa dan tengok kartunis2 Gila-gila melukis..wahh, memang seronok. Macam senang jer. Kartunis yang ada masa 2 hari ni, abang One, abang Nud's dan abang Ram. Wah, dapat banyak perhatian mereka ni. Tak lupa ramai yang nak bergambar bersama mereka...busy sepanjang hari ^_^
Lepas kak Fatin datang, saya dah tak ada gelabah sangat. Rasa calm la sikit. Ada yang bertanya bagaimana saya dapat mendapat ilham untuk menulis sedangkan saya belajar dalam bidang sains..dan masih melanjutkan pelajaran di UKM. Jawapan saya senang saja. Sebab minat dan saja nak release tension lepas study kot. OK la cerita panjangnya macam ni. Saya mula menulis sejak belajar di Kolej Matrikulasi. Sebab penat belajar, saya lepaskan dengan berimaginasi atas kertas. Ada kalanya saya melukis. Ada kalanya saya menulis. Kakak saya dulu juga minat menulis dan ada hasilkan beberapa karya. Tapi tak pernah pula cuba untuk hantar kepada mana-mana syarikat. Mungkin itulah perangsang saya untuk menulis.
Ada juga yang bertanya berkenaan cerita cintaku tabloid ini. Cerita ini berkenaan apa. Bagaimana jalan ceritanya? Saya boleh ringkaskan begini, cerita ini mengenai cinta empat segi yang sebenarnya tetapi watak keempat itu tidak saya tonjolkan sama seperti watak-watak utama yang lain. Jadi ia nampak seperti cinta tiga segi. Kisah percintaan tiga segi ini agak ringan dan sesuai bagi mereka yang inginkan bahan bacaan yang ringan dan nak release kan beban kerja, sambil bersantai ke. Tapi, saya faham setiap orang punya citarasa berbeza. Watak utama, Shahrul dan Fazura saling mencintai. Dalam masa sama, Nabila juga menaruh cinta yang dalam terhadap Shahrul tetapi tidak mendapat balasan daripada lelaki itu. Zul pula ialah cinta pertama Fazura yang tidak pernah menerima cinta Fazura dahulu, kini tiba-tiba menagih cinta gadis itu. Namun cintaku tabloid tidak menonjolkan kisah cinta semata-mata, malah ia tidak dibebankan dengan krisis cinta yang mendalam tetapi saya sampaikan secara santai bersama-sama watak-watak sampingan lain yang diharap dapat membuatkan pembaca tertawa. Contohnya watak Mat Born yang tersangat kuat berleter dan selalu menjadikan Shahrul sebagai mangsanya. Nak tahu lebih lanjut, kenalah beli novel ini di pasaran ^_*. Ikuti perjalanan hidup remaja-remaja ini dan kisah cinta mereka dalam cintaku tabloid.
Berbalik pada cerita saya berkenaan KLIBF, ternyata sambutan kurang memberangsangkan. Saya faham, bukan masa yang sesuai sedang kebanyakan kakitangan kerajaan belum dapat gaji. Dan kawan saya yang berkerja di sektor swasta pun kata, mereka belum dapat gaji. InsyaAllah, minggu depan diharap lebih ramai pengunjung yang memeriahkan Pesta Buku tahun ini.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada senior2 novelis yang sempat saya jumpa, yang banyak beri tunjuk ajar..tips2 menulis, tips menghasilkan karya dan tak lupa juga tips promosi (^_^)m
Terima kasih juga pada semua yang banyak beri semangat dan kata-kata perangsang. Biasalah saya penulis baru. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan perlukan masa juga untuk naik. Saya tak nafikan semua itu..kerna itulah lumrah hidup. Tiada perkara yang mudah, dan tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan memerlukan komitmen, usaha, kesabaran dan doa. InsyaAllah, berkat dorongan, sokongan dan doa keluarga, teman-teman dan semua kakitangan juga pembaca.
Kepada teman-teman yang masih belum pergi ke pesta buku, datanglah beramai2 bersama keluarga atau rakan-rakan sehingga 28 Mac 2010. Jangan lupa datang ke booth CESB (Creative Enterprise) di level 2, seberang sungai. Bila anda masuk ke dalam Hall 2 tu, anda akan nampak booth PTS betul-betul depan pintu masuk. Untuk ke booth CESB bolehlah belok ke kiri dan CESB ada tak jauh di depan.
No comments:
Post a Comment