
Selesai menyiapkan mural di Pasti Al-Ikhwan, tiba masanya untuk aku mulakan mural di Pasti As-Siddiq pula. Tema utama yang diminta adalah hidupan laut. Tapi yang tu, belum aku lakarkan atas dinding lagi. Sengaja aku nak buat last sekali sebab masih dalam proses ubahsuai draft. Kalau ikutkan, ada 8 area yang aku kena lukis kat kelas ni. Seminggu lepas aku siapkan mural sebelum nie, aku dah serahkan draft utk mural As-Siddiq. Inilah antara draft yg aku buat..emm lama juga la aku nak siapkan. Dalam 2-3 jam juga. Tu pun nasib baik ada bantuan IT kan ;p
Week 1
Day1

Hari Jumaat, cuti Maulidur Rasul..selepas waktu solat Jumaat aku mula sketching pada 5 dinding. Masa mula2 aku masuk kelas ni, fuiyoo...macam2 color ada. Memang colorful. Ada dinding warna light purple, biru, orange, merah, hijau, kuning pun ada. Oleh kerana kelas tu memang dah digunakan untuk sesi pembelajaran, almaklum sajalah dindingnya memang banyak kesan2 conteng dan tapak kasut. Contohnya macam dinding kat sebelah ni. Ternganga jugak lah aku nak cover kesan comot tu. Haha, padahal tak la teruk mana pun comotnya. Dah namanya pun budak2, memang payah nak kawal. Dan oleh kerana sesetengah warna dinding gelap, aku buat keputusan tak perlu lah untuk aku warnakan background. Siap aku sketch 5 dinding tue, aku pun balik...hari pun dah hampir senja. Esok adalah hari penting =D
Day 2
Hah, hari kedua aku mula coloring. Kelas pun dah bersepah sebab hari sebelumnya Ustazah2 ada tolong aku alih barang2 dan perabot ke tengah untuk mudahkan aku lukis pada dinding. Hari ni aku color tema ladang dulu sebab, lukisan ni pada dinding yang dikatakan utama kat kelas ni. Katanya, area lapang ni nak dijadikan tempat ibubapa berjumpa guru. Warna cat asal dah memang biru..yang agak gelap. Itulah sebab aku tak buat background. Dari pagi hingga ke petang, akhirnya siap juga dan inilah sebahagian daripada tema ladang untuk sudut ni.

Gambar asalnya sebenarnya xde pun rumput and bunga pada haiwan2 ni, tapi sebabkan pihak Pasti minta aku ubahsuai haiwan tersebut supaya jadi tak cukup sifat, aku tambah sajalah rumput2 pada badan haiwan. Lepas tu mereka minta pula supaya aku letak sekali nama haiwan..emmmm. Mural ni siap lebih kurang jam 4 petang dan masa tulah, sekali lagi, aku modified lukisan ini menjadi seperti ...

Day 3

Ahad, aku mulakan mural pada dinding baru. Kali ini tepi tangga dengan tema...transport. Oleh sebab badan dah rasa sangat letih..yang tinggal cuma semangat jer ni. Sebab aku nak somethng to encourage myself, i listened to music in my hp la...sampai hbs bateri hp aku haha. Seriously, kalau tengah buat mural, memang xkesah nak makan pun haha bukannya tak lapasr tapi syok sangat melukis kot haha...kdg2 tue sbb malas nk cuci tangan smp sanggup tahan jer lapar hahaha
No comments:
Post a Comment