Friday, December 31, 2010

Ureshi!!! My Super Show 2 :D

Yeah!!! Yatta!!! Yahoooo!!! Apa lagi yang nak disebut untuk menggambarkan rasa teruja bila DVD yang saya order sebelum ni dah sampai ke tangan haha... seronoknya!!! Ini kali pertama saya beli stuff from Korea dan kali pertama juga stuff SUJU. Sepanjang malam semalam saya tak tidur semata-mata tengok Super Show 2. Lepas aje balik dari menonton Narnia di Mid Valley, lepas solat... saya belek2lah dulu DVD dan photobook yang disertakan sekali. Wah, excited! Cuma ada beberapa gambar photobook tu tak berapa nak clear lah. Dan... Kibum tak ada. Baru perasan. Eh, Super Show 3 yang lepas, Kibum ada tak? Emm... kenalah tunggu DVD Super Show 3 keluar pasaran.


Secara keseluruhan konsert Super Junior memang best dan gempak. Walaupun stadium dia taklah besar macam Tokyo Dome, tapi best jugaklah. Tak pasti tu stadium tertutup atau terbuka, sebab gelap kan. Lagipun camera-man takde fokus kat langit pun hehe... Super Show 2 dimulakan dengan klip video. Memang best. Dan awal2 konsert, mereka nyanyikan kebanyakan lagu fast dan tarian diorang memang synchronize. Bukan senang tu... sebab diorang tu ramai. Nak serentak memang payah. hehe... i like. Tak ketinggalan juga konsert diorang ni buat saya pecah perut ketawa lihat aksi dan telatah mereka. Ada2 aje gelagat yang buat peminat tak kering gusi atau senyum meleret. So much love... so much fun. Siap ada lakonan pula tu bila Kyuhyun nyanyikan lagu 'Puff the magic dragon'. Memang comel. Yang saya perasan banyak lagu mereka yang ada penceritaan, yang kalau saya tak faham sekali pun bahasa Korea, saya boleh tahu cerita lagu tu... susahlah nak cakap. Kena tengok baru tahulah.. tapi memang comel. Kostum diorang pun comel2. Bercakap pasal kostum, saya perasan imej yang ditampilkan lebih kepada warna2 hitam, putih dan kelabu, kecualilah untuk beberapa buah lagu ceria maam Gee atau Rokuko. Keseluruhannya, tak sarat dan ringkas. Sedap mata memandang. Kebanyakan lagu diorang dimulakan dengan video klip khas... hehe, kelakar.. kelakar. Paling kelakar, Super Junior T hahaha, rasa nak tergelak aje.

Paling best, ada di sebalik tabir konsert yang dimuatkan di akhir DVD. Eunhyuk nampak macam tak sihat masa rehearsal... emm. Cian tengok. Nasib baik dia letak last, saya lebih suka macam tu. Kalau dia letak di sebalik tabir sebelum konsert takut spoil pula perasaan nak tengok tanyangan konsert selepas tu. Kalau saya nak bandingkan konsert Super Junior dengan artis Jpop yang saya pernah tonton sebelum ni, macam Arashi atau NewS... mungkin saya boleh cakap macam nilah. Stadium dia taklah besar macam selalu konsert Jpop. Mungin sebab lain tempat lainlah agaknya saiz stadium dia kan. Mungkin ada juga Super Show dekat stadium lebih besar tapi tak dimuatkan dalam DVD Super Show ni. Pentas mereka pun tak adalah bergerak ke sana sini macam konsert Jpop. Tapi dibuatkan panjang ke merata stadium dan member Suju dekat dengan peminat. Dapatlah peminat salam artis kesayangan mereka tu... siap sempat sign autograf dan ambil gambar lagi rasanya. Emm... macam2lah yang diorang ni buat. Tembak peminat dengan senapang airlah, sembur buihlah.. macam2. Ada peminat yang tangan mereka dicium bak puteri tu, apa lagi... tidur tak lenalah agaknya lepas tu haha... Mesti tak mahu cuci tangan yang dicium artis kesayangan kan haha


Apapun, masing2 tak kira Kpop atau Jpop ada kelebihan dan style sendiri. Masing2 juga berusaha untuk menghiburkan dan memuaskan hati peminat mereka. Hehe.. kenapalah saya letak gambar ni... hehe tekalah siapa?


Super Show... rasa tak puas tengok. Boleh tak dipanjangkan lagi konsert korang ni... :p

Meniti hari-hari terakhir 2010...

Krismas seakan masih diraikan di kebanyakan kompleks beli-belah, mungkin sehingga tahun baru. Emm... macam manalah kawan2 saya raikan krismas kan.. tapi bukan nak cerita pasal krismas pun kali ni.
Hari ni terasa macam hari Sabtu sebab cuti umum, cuti yang diberi sempena kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF pada Rabu lalu. Boleh jugalah kalau nak dianggap cuti tahun baru.. memandangkan esok kan tahun baru. Wah, maknanya hari ni hari terakhir untuk 2010. Apa perancangan hari ni? Countdown ke? Apa pula perancangan tahun depan dan azam 2011? Alhamdulillah, banyak misi 2010 sudah berjaya dilaksanakan... yang tak berkesempatan diselesaikan tu kenalah bawa ke tahun depan hehe



Sebelum mengakhiri 2010, saya dan kawan2 semalam menutup aktiviti kami dengan menonton wayang 3D, cerita Narnia tu... macam biasalah cerita tu kan pasal dunia fantasi yang empat beradik tu jadi raja dan permaisuri kerajaan Narnia. Tapi kali ni, tak melibatkan pengembaraan Peter dan Susie. Hanya dua adik diorang aje yang termasuk dalam misi Narnia, Edmund dan Lucy bersama seorang sepupu mereka yang banyak mulut. Hall untuk 3D ni tak besar. kecik aje dan tak banyak sangat kerusi. So, layar dia rasa macam besar sangat. Cuma ikutkan malas betul nak pakai cermin mata 3D dia tu. Susah. Asyik jatuh aje. yalah, hidung tak berapa nak mancung... melurut ajelah bingkai tu ke bawah. Terpaksalah pegang aje sepanjang movie yang hampir dua jam tu. Fuh, letih rasa. Nasib baik kerusi dia besar dan best. Boleh juga baringkan badan sikit, dan takdelah rasa sakit tengkuk sangat kan.


Apa yang wat tak best tu, awal2 cerita, baru aje nak masuk feel, ada pula satu keluarga ni datang kat kitorang, speaking english dengan riak yang agak kerek tanya kat kawan kitorang yang hujung sekali 'are you sitting here?' tetiba jer... lbh kurang macam tulah bunyinya. Tapi suara dia cam nak marah aje. Macamlah kitorang buat salah. Beriya-iya dia kata kitorang salah tempat. Kononnya tempat kitorang sebelah hujung satu lagi dan tempat yang kitorang duduk tu, tempat dia and family dia. Padahal, dia yang salah. Malas nak kecoh2, sebab orang lain pun nak tengok wayang kitorang berganjak ajelah ke hujung satu lagi. Nanti bising pula. Haih, bikin spoil betul! Kalau ya pun nak tukar tempat atau ada kesilapan sekalipun, cakaplah sopan2 lain kali ok. Budi bahasa kan budaya kita. Lagipun, kitorang pun banyak harga tiket yang sama. Bukannya dia bayar lebih pun kan. So, cakap BAIK-BAIK.


Maaflah yerk, siapa yang terasa... saya memang tak suka orang nak sound dengan guna bahasa asing. Apatah lagi kalau nada suaranya menyakitkan hati... mungkin orang tu tak sedar. Tapi kena fikir yang kita kena tunjuk contoh yang baik kat anak-anak. Kalau anak-anak tengok kita buat macam tu dan tanya orang tiba2 macam nak gaduh, macamlah orang tu buat salah (padahal sendiri yang salah), anak-anak akan ikut kelakuan tu tau. Mereka akan fikir, ok kalau aku buat salah aku tak perlu nak minta maaf.


Ok..enough cerita pasal hal yang tak berapa best. Walaupun rasa geram tapi saya lupakan aje peristiwa tu. Nasib baiklah bukan dekat saya dia cakap. Kalau tak, mesti lagi geram ggrrrr. Sudah.. sudah. Wayang tu habis lebih kurang jam 11 lebih... dengan perut lapar, kitorang terus balik hahaha... sebab dah lewat sangat. Ohhh, semalam hari pertama filem 'Damping Malam' keluar panggung. Tapi kawan saya tak minat nak tengok cerita seram. Banyak pula cerita seram dekat pawagam sekarang. Rasa macam nak keluar panggung sepanjang hari pula hehe... Selamat Tahun Baru :D

Thursday, December 30, 2010

Habuan untuk kemenangan Piala Suzuki AFF

Yeeehaaa!!! Ok.. ni bukan cerita pasal habuan berbentuk wang tunai yang dimenangi oleh team Malaysia selepas menang AFF Suzuki Cup. Tapi cerita pasal habuan yang turut diterima oleh semua rakyat Malaysia.. hehe terima tempias juga tau. Apa habuannya? Dapat bonus ke? Taklah... tapi dapat cuti esok. Haha... oklah tu. Kecoh pagi tadi saya datang keje, orang sibuk bercerita pasal esok cuti. Pengumuman cuti tu katanya dibuat jam 12 tengah malam semalam. Saya tak tengoklah pula. Lepas habis aje tengok game, terus saja mata saya ngantuk. Macam saya pula yang main, penat sangat rasa haha mesti kes terover sorak ni :p Tapi nasib baik cutinya esok, bukan hari ni. Dibuatnya hari ni, hah menonong la saya datang keje, sekali tengok semua orang tak ada hahaha... mesti pelik jer kan.
Orang pun tak habis2 bercerita pasal perlawanan semalam. Macam2 cerita yang keluar. Wah famouslah Safee Sali lepas gambarnya terpampang di muka depan akhbar. Banyak jugamulut yang bercerita tentangnya. Habuan yang diterima semalam sebagai penjaring terbanyak perlawanan pun dah cukup berbaloi setelah menyumbang 5 gol sepanjang AFF. Safiq, kapten pasukan pun tak ketinggalan jadi buah mulut. Ok, semua cerita yang saya dengar semua baik2 belaka. Tak ada cerita yang tak best ok, xyah risau. Dalam usia muda dah berjaya mencatat sejarah ketua pasukan yang menjulang piala Suzuki AFF tu. Wah, siapa sangka? Mesti bangga mak ayah dia kan. Siapa lagi? Hah tak ketinggalan... penjaga gol yang beraksi cemerlang sepanjang permainannya... Khairul Fahmi. Barisan pertahanan dan pemain tengah pun tak ketinggalan menjadi topik cerita. Pendek kata, semua namalah ada disebut termasuk semua barisan atasan serta jurulatih sendiri. Hehe... macam2. Yang pasti, semua cerita yang cukup memberangsangkan dan diharap semangat sebegini dapatlah diteruskan... supaya pasukan kita pun lebih bersemangat untuk bermain dengan lebih baik. Kalau ada sokongan mestilah lagi bersemangat kan. takkan nak main syok sendiri aje... kan...kan.
Oh, cerita2 yang sampai ke telinga saya ada juga yang menyentuh tentang pasangan kembar, Zaquan dan Zafuan... yang khabarnya mengalami kecederaan sehingga tidak dapat beraksi dalam pentas AFF. Ada yang kata, tak bestlah dua kembar ni tak ada. Sayangnya mereka tak dapat beraksi... ada juga yang kata, bayang mereka semakin pudar bila muncul ramai pemain baru yang berpotensi yang telah dicungkil bakat mereka oleh jurulatih K Rajagobal. Emm... apapun diharap Zaquan dan Zafuan serta semua pemain lain yang cedera cepat sembuh dan kembali bermain dengan lebih baik dan menguatkan lagi jentera pasukan Malaysia dan negeri. Kita mahukan lebih ramai pemain yang berpotensi. Tindakan bijak K Rajagobal untuk memberi peluang kepada pemain baru memang patut diberi pujian dan perhatian. Itu memang tindakan yang sangat bijak. Sama macam sukan badmintonlah, kalau nak saya berikan contoh. Kalau kita tengok, misalnya negara China. Mereka akan sentiasa dedahkan pemain baru untuk temasya yang besar. Bukan takut untuk turunkan pemain baru dan muda, kononnya mereka belum cukup pengalaman. Tapi, kalau tak diberi peluang macam mana nak cukup pengalaman kan. Pendedahan seperti inilah yang sebenarnya memberi impak yang cukup besar dan pengalaman yang cukup berharga buat mereka dalam menyelami perasaan beraksi dalam pentas yang besar. Kan... kan. Lepas ni, mesti ramai jurulatih yang mencontohi cara K Rajagobal ni kan.
Okeylah... kepada semua, semoga terus berjaya dan teruslah berusaha dengan lebih gigih. Majulah sukan untuk semua (^_~)v

Tewas tapi menang

Fuh! Perlawanan akhir kedua AFF Suzuki Cup di Indonesia semalam memang menggetarkan. Mendebarkan. Seawal minit ke 8, keadaan mula bahaya di kawasan Malaysia. Namun pertahanan Malaysia harus diberi pujian kerana mempunyai benteng yang kukuh dalam membantu penjaga gol, Khairul Fahmi menyelamatkan keadaan. Minit seterusnya NorShahrul memulakan rentak yang cantik di dalam kotak penalti tapi gagal disudahkan dengan kemas oleh rakan sepermainan.
Indonesia galak mengasak sepanjang permainan. Nampaknya kali ni Indonesia pula seperti menguasai permainan sementara Malaysia lebih banyak bertahan. Kalau ikutkan pun kebanyakan pemain seakan berkampung di kawasan sendiri. Mungkin itulah strategi yang diatur jurulatih negara, K Rajagobal kot, 3-5-2? Minit 18, jantung saya dah berdebar kuat sangat bila Indonesia mendapat tendangan penalti apabila bola terkena tangan pemain Malaysia dalam kotak penalti. Namun peluang itu gagal dimanfaatkan Indonesia untuk mendapatkan jaringan apabila sepakan penalti mereka berjaya diselamatkan Khairul Fahmi. Fahmi mempunyai prestasi cemerlang sepanjang perlawanan akhir. Dia punya jangkauan dan refleks yang cepat. Memang kagumlah. Saat2 akhir separuh masa pertama sekali lagi gawang Malaysia hampir bolos bila keadaan nampak kelam kabut di depan gol sedangkan Fahmi sudah keluar untuk menyelamatkan bola di depan. Tapi bola tu sekadar melepasinya dan melantun betul2 depan garisan gol. Nasib baik bola tu melantun tinggi keluar dan tak masuk.. fuhfuh memang bahaya.
Separuh masa kedua tak banyak beza. Indonesia terus mengasak namun semua asakan gagal disudahkan untuk membuahkan jaringan sehinggalah pada minit 53, Safee Sali pula yang menggegar gawang Indonesia, melebarkan sayap Malaysia sekaligus terus menekan Indonesia. Sunyi stadium dibuatnya. Masa tu dia seorang aje kat bahagian atas sedangkan pemain lain semua kat tengah dan bawah untuk bertahan. 20 minit sebelum perlawanan disudahkan akhirnya Indonesia menjaringkan gol apabila bola muntah dari tangkapan Fahmi. Minit 81 gerakan cantik dimulakan oleh Amri ke kawasan Indonesia tapi berjaya ditepis Markus. Wah, gempaklah senior pasukan Malaysia ni. Tapi semalam Malaysia kurang menyerang tapi serangannya berbisa kata Hasbullah. Minit 87, sekali lagi gawang Malaysia bolos hasil tandukan ke gawang sendiri. Apapun mereka harus diberi pujian kerana semua 22 pemain bermain dengan sangat baik.
Kedengaran sorakan apabila wisel penamat dibunyikan. Malaysia menang dengan agregat 4-2. Rasa bergegar pula rumah ni dibuatnya. Jiran2 pun seronok bersorak tapi rasanya stadium sunyi. Walaupun tewas penyokong Indonesia nampaknya menunjukkan sportmanship bila tidak meninggalkan stadium lebih awal dan nampak tenang walaupun sedih. Tak ada insiden tak baik berlaku. Kepada pasukan Malaysia, tahniah dan terima kasih =D... tahun2 depan main lagi yerk memandangkan korang ni muda2 belaka. lain kali saya nak tengok dekat stadium pula..dari dulu nak wat camtu tapi tak berkesempatan juga. Yalah, nak pergi kenalah berteman. hehe

Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup~Final pertama

Saya sebenarnya tak tahu jam berapa perlawanan akhir ni bermula. Tapi bila melihat Berita Nasional disiarkan seawal jam 7.30 malam, saya boleh agak yang perlawanan akhir pertama AFF akan bermula jam 8 malam. Wah, excited... dan snek saya malam tu jeng jeng jeng....

Rocky Road... hehe sambil tengok bola, suap aiskrim dalam mulut... nyum nyum :p
Berbaloi! Perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil semalam menyaksikan perlawanan sengit antara dua pasukan. Walaupun gagal menyempurnakan peluang yang dimiliki masa awal permainan apabila pemain pertahanan Indonesia melakukan kesilapan hantaran kepada pemain Malaysia hampir dengan kotak penalti, gagal dimanfaatkan. Namun, pasukan Malaysia terus menekan Indonesia dengan serangan berterusan tapi kesemua cubaan masih tak menghasilkan gol. Malah pada minit ke 27, gawang Malaysia pula hampir bolos gara-gara kesilapan pertahanan yang membiarkan ruang depan kotak penalti kosong. Mungkin terleka sekejap selepas bola sebelum tu asyik berkampung dekat kawasan Indonesia. Lepas pemain Indonesia yang licik dan lari macam kilat tu sambar bola, kelam kabutlah pertahanan nak turun balik. Permainan semalam agak cepatlah. Bola tu sekejap ke atas.. sekejap ke bawah. Berdebar rasa jantung ni. Kalau tengok dekat stadium, agaknya lagi berderau darah. pada minit ke 39, sekali lagi kotak penalti Malaysia ditawan dan keadaan masa tu memang bahaya. Nasib baiklah pemain Malaysia masih tenang merampas dan mengawal bola untuk dibawa keluar dari kawasan bahaya walaupun diasak beberapa pemain/ penyerang Indonesia. Fuh, memang berdebar betul.


Bila permainan separuh masa pertama hampir tamat, lebih kurang pada minit ke 44, Malaysia dapat tendangan sudut bertalu-talu. Dalam masa sama pemain Indoneisa pula macam nak melengahkan masa dengan membantah tentang laser yang dipancarkan ke muka mereka. Alamak! Siapa pula yang bawa laser ni. Memang saya pun nampak ada laser warna hijau yang dihalakan ke muka pemain, sama macam semasa Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan separuh akhir yang lepas. Haih, nampaknya kenalah tingkatkan keselamatan lepas ni kot. dan bagi penyokong pula silalah berkerjasama, jangan buat kerja-kerja yang tak beretika ni. Ini, sampai mercun pun korang nak baling2. Perbuatan tak beretika seperti ini akan menjejaskan imej sukan negara, sekaligus nama negara juga. Tolonglah tunjukkan semangat kesukanan ya... apa orang kata, sportsmanship. Nak cerita balik pasal apa yang berlaku dalam minit-minit terakhir ni, masa ni jugalah Amirul Hadi dapat kad kuning gara-gara buat sepakan gunting tapi terkena pula pada kepala lawan. Separuh masa pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.


Masuk babak kedua, kita semua dikejutkan apabila gawang Malaysia dipecahkan oleh sepakan Gonzales seawal dua minit selepas permainan dimulakan. Nasib baik Gonzales dah off-side sebelum buat jaringan. Jadi, gol tu dibatalkan. Tapi itu dikira amaran kepada pasukan Malaysia lah kiranya dan pasukan Indonesia selepas itu terus mengambil alih untuk menekan pasukan Malaysia pula. Sehingga minit ke 54, permainan terpaksa diberhentikan atas alasan keselamatan apabila Markus, penjaga gol Indonesia sekali lagi membantah laser yang dipancarkan ke mukanya. Haish, pancaran laser ni memang boleh ganggu permainan. Masa nilah, penyokong membantah dengan membaling mercun ke padang. Adeh, tak patut betullah diorang ni. Janganlah sampai hanya kerana beberapa orang yang buat silap ni, perlawanan ters dihentikan. Kan ke rugi. Mestilah penyokong lagi bengang kan.


Lama jugalah permainan ni dihentikan. Lebih kurang lima minit, baru permainan disambung semula. Tak lama lepas permainan bermula, Safee Sali menggegar gawang Indonesia pada minit ke 60 setelah mendapat hantaran daripada Nur Shahrul (xtau eja nama ni betul ke tak) kurang seminit selepas permainan dimulakan kembali. Diikuti jaringan Ashaari Samsudin pada minit ke 67, juga hasil hantaran Nur Shahrul dan seterusnya Safee Sali sekali lagi menyumbat gol ketiga Malaysia pada minit ke 71 dengan menanduk kencang hantaran jauh Mahali. Pasukan Indoneisa lepas tu makin tertekan dan terus mengasak kotak penalti Malaysia. Namun usaha mereka masih tidak mendatangkan hasil. Lapan minit masa tambahan (3 minit masa kecedaraan termasuk 5 minit menggantikan masa permainan dihentikan). Lama tu. Macam-macam boleh jadi dalam masa lapan minit tu. Masa ni, ingatkan Malaysia akan dapat tendangan penalti bila Markus menjatuhkan Kunalan dalam kotak penalti. Tapi, tak dapat pun. Jadi, bila wisel penamat dibunyikan maka berakhirlah perlawanan akhir pertama dengan keputusan Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. Teringat pada jangkaan seorang peminat Malaysia yang ditemuramah mengenai jangkaan gol tempoh hari. Katanya kalau separuh akhir hari tu, harga tiket RM20 menang dengan 2-0. Tiket final berharga RM30, jadi 3-0 lah. Haha, walaupun mungkin kebetulan tapi tepatlah juga jangkaan dia tu :D


Dengan bekalan 3 gol, diharap pasukan Malaysia dapat berentap dengan tenang dan lebih bersemangat di Senayan, 29 Disember ni. Harap-harap juga ada siaran langsung yang ditunjukkan di televisyen. Semoga berjaya dan membawa kemenangan yang sudah lama Malaysia dahagakan... ^_^

Sunday, December 26, 2010

Bravo little bro~ 'Sampai ke Bulan'

Pentas akhir IK3@ Idola Kecil 3 semalam memang bergegar. Persembahan kelima-lima finale memang gempak... kalau tak tengok siapa yang nyanyi memang ingatkan orang dewasa yang nyanyi. Masing-masing memiliki ton yang berbeza dan suara yang matang. Kalau IK1 dan IK2 dimenangi oleh peserta perempuan, di mana peserta lelaki memenangi tempat ke3 dalam IK1 dan naib johan dalam IK2, tapi dalam IK3 tradisi penguasaan peserta wanita telah pun berjaya dipecahkan. Seperti dijangka, Harris memenangi Idola Kecil musim ke3 setelah membawa lagu Drama King dan Sampai ke Bulan (lagu baru). You Rock Bro... hehe tapi Mat Rock ni kuat nangis gak :p
Naib Johan dimenangi oleh Puteri dengan membawa pulang RM5000 dan medal. Tempat ketiga IK3 pula, Balqis... membawa pulang RM3000 dan medal. Hah, bolehlah simpan duit tu untuk belajar ya hehe sibuk jer saya ni. Bagi yang tak menang tu, janganlah hampa dan kecewa. Korang semua memang best. Korang semua berbakat besar. Memang tak dapat nafikan, dunia seni kita pasti mengalu-alukan kehadiran mereka. Jadi, lepas ni bolehlah mereka mendaftar untuk 'berkerja' kan... since kanak-kanak di bawah umur kan perlu mendapatkan kebenaran kerajaan untuk berkerja. Good luck ya semua... peminat IK nie bukan saja terdiri daripada kanak-kanak tapi juga orang dewasa dan sebagai orang dewasa, saya mengaku dunia seni dahagakan bakat-bakat baru yang besar dan IK telah membuktikan dapat mencungkil bakat BESAR yang dicari. Dari peringkat inilah kita perlu bentuk mereka untuk menjadi selebriti lebih baik di masa depan. Melentur buluh kan biar dari rebungnya hehe... tapi jangan sampai mengabaikan pelajaran tau. Rasanya semua perlu mainkan peranan kalau tak mahu pelajaran mereka terganggu dan bukan menyekat bakat mereka ni. Bukannya tak ada jalan penyelesaian kan. Nak seribu daya... sebenarnya saya pernah mengimpikan... kalaulah ada akademi untuk budak2 ni, macam sekolah bestari yang kita cipta untuk kanak-kanak yang mempunyai kelebihan akademik atau sekolah sukan untuk mereka yang berbakat dalam sukan. Jadi, kenapa tidak diwujudkan akademi untuk mereka yang berbakat dalam bidang seni juga? Tak kiralah seni nyanyian ke, visual ke, menulis skrip/lirik, batik, ukir, atau mungkin juga animasi (eh, ni seni ke?). Akademi seni ni mungkin boleh bentuk aktivas seni yang berbakat, kreatif dan inovatif untuk masa depan... tapi bermula dengan kanak-kanaklah. Kan... kan...

Friday, December 24, 2010

aja-aja fighting...!!!

Aja aja fighting... itulah yang selalu saya dengar dalam drama Korea, atau dalam cerita Jepun kita akan dengar diorang cakap Ganbare yo! Tak pun, samalah maksudnya dengan chaiyo2 atau 'jia you' kan... Sebut perkataan 'fighting' ni teringat pada satu drama Taiwan bertajuk 'Mr Fighting', lakonan dua ahli dari kumpulan 5566. Kalau tak silap ada juga drama berbahasa lain yang punya tajuk yang sama. Alah, biasalah tu... Tapi sekarang ni saya bukannya nak cerita pasal drama Mr Fighting atau perkataan aja aja fighting tu pun. Sebaliknya, nak berkongsi tentang single pertama yang saya beli dari Jepun hehe... Mungkin inilah kali pertama dan terakhir kot. Saja nak tengok, macam mana rupa 'single' ni... Rupanya hanya sekeping audio CD yang hanya mempunyai beberapa buah lagu aje, xsampai 10 lagu pun. Lain kali beli aje album ya. Apapun, nasib baiklah dapat booklet sekali dengan 12 helaian, walaupun nipis... tapi rasa puas hatilah juga. Tajuk single terbaru NewS ni ialah 'Fighting Man'.



Saya beli dengan harga 952 yen... bila ditambah dengan kos penghantaran dan diconvertkan dalam MYR jadilah RM49. Oh luper nak bagitau... single yang saya beli nie versi 'limited edition'. Jadi ia mengandungi empat buah lagu... Fighting Man, Gamushara Cha Cha Cha, Wake Up dan karaoke track 'fighting man' dengan 12 helai booklet tu la. Ala, muka depan dia tu muka depan booklet dia lah tu. Kalau regular edition ada lagu Winter Moon dan Ai wa Simple na Curry Rice (comel kan tajuk dia hehe) dengan booklet 6 muka surat. Kalau 6 muka surat... maksudnya setiap sorang 1 page jer ke.. kan member diorang ni ada 6 orang. Woah, gaya imej kali ni nampak simple dan sporty la.. hehe i like. Sekarang ni pun DVD konsert Dome Party Live! Live! Live! NewS (yang saya nak beli tapi tak jadi tu) dah release 22 hb hari tu. Alaa... rasa sayang pula tak dapat beli. Tak apa yer.. lain kali saya kumpul duit lagi.. tahun depan kiter jumpa lagi yer NewS haha macamlah diorang tu kenal :p Bayangkanlah harga regular edition saja dah menjangkau RM210. Tu tak termasuk shipping cost lagi. Mahu 300+ kot kos keseluruhannya nanti. Tapi daripada beli yang regular, baik beli yang limited dengan tambahan 65 minit bonus tour documentary konsert diorang dan booklet 48 muka surat. Beza harganya tak sampai RM50.. dalam RM 235, tak termasuk shipping. Kos shipping limited edition lebih mahal sikit rasanya sebab beratnya yang lebih 100g daripada regular edition. Tapi kalau tak silap saya... harga tak berubah selagi tak lebih 500g kan? Eh, tak tahulah pula pasal bab kos berat ni... alah, kalau beza pun tak banyak. Dulu, saya beli photobook 500g.. kos penghantaran lebih kurang 100 jugalah. Selalunya kos shipping tu yang lagi mahal dari harga barang, kalau beli majalah atau photobook ni. Tapi kalau DVD, rasanya kos DVD tu lebih tinggi. Shipping cost taklah mahal sangat sebab dia lebih ringan daripada photobook. Kalau ada booklet pun, alah booklet nipis aje. Tak macam photobook yang kertas tebal tu.
Macam DVD SuperShow2 yang baru saya order, harganya lebih kurang USD49.90 (selepas diskaun). Katanya ada free shipping tapi free shipping tu untuk standard shipping. Kalau kita nak barang tu terjamin selamat dan tak kemik dek parcel2 lain yang berat2 dan nak cepat... kenalah ambil pilihan express shipping. Hah, yang ni kena caj yer. Boleh tahanlah juga harga dia... bergantung kepada jumlah unit barangan dan berat barang2 tu. Mahu tiga bulan kumpul duit untuk beli ni kot haha... alah, bukan tak boleh simpan kan. jadi koleksi sendiri dan untuk hiburan sekali sekala... bukannya pakai habis. Kalau ada yang mengata 'membazir' katanya... bagi saya, setiap orang ada minat mereka masing2. Ada orang suka beli baju sampai tak muat almari, ada orang suka beli kasut branded... ada orang suka melabur untuk kecantikan... ada orang suka makan... macam2lah jenis orang dekat dunia ni kan. Tepuk dada, tanya diri sendiri suka 'buang duit' dekat mana hehe

Excited!!!

Haha hari ni rasa excited semacam. Bukan sebab esok cuti. Bukan juga sebab esok krismas, bukan saya sambut krismas pun hehe. Tapi semalam kat apartmen saya tinggal, ada buat majlis makan sempena krismas. Wah, siap panggang kambing lagi. Kambinglah agaknya yang tergolek2 tue... hehe tak tanyalah pula kan. Sana sini meriah nak sambut krismas. Kompleks membeli-belah pun macam berlumba2 menunjukkan bakat masing2 mendekorasikan kawasan mereka sempena krismas. Macam ada pertandingan pula. Malah dekorasi dan sambutannya sudah dibuat sebulan ke dua bulan lebih awal. Fuiyoooo awalnya. Semangat betul mereka nak sambut krismas. Tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal kehangatan sambutan krismas yang sepatutnya pada musim sejuk ni kan (hehe kat Malaysia tak ada winter ok.. tapi boleh tahanlah juga sejuk sebab musim hujan). Yang buat saya excited semacam, akhirnya berjaya meminta tolong kawan (atau lebih mesra kalau saya panggil dia sempai hihi) order DVD konsert through online. Yeehaa... lama kumpul duit nak beli DVD konsert NewS tapi akhirnya saya buat keputusan untuk beli SuperShow2. Hehe walaupun tahun ni baru lepas SuperShow3 tapi nak tunggu DVD konsertnya lama lagilah. Jadi, tengoklah dulu konsert tahun lepas kan. Saja nak tengok, beza konsert Kpop dengan Jpop yeeehaaaa. (padahal memang minat SJ pon :p) Siap dengan photobook and poster lagi tu. Tu yang tak mau lepaskan peluang tue. Bukannya selalu kan. Ada satu, cukuplah buat cuci mata time bosan2 hahahaha
Sepatutnya items yang saya order tu keluar dari setor 25 Disember, esoklah tu. Tapi pagi tadi dapat invois yang menyatakan order saya dah dalam shipment. So, akan sampai tak lama aje lagi. Yahoooo.... tak sabarnya nak tengok. Sekarang ni, tiap2 malam saya akan cuci mata tengok video perfomance dan MV diorang before start writing. Hehe.. cari inspirasi :D Lepas ni menghitung harilah... nak tunggu barang2 itu sampai fuhfuh XD

Sunday, December 19, 2010

Idola Kecil Grand Finale vs AFF final

Walaupun semalam sampai rumah jam 9.30pm, sempat juga tengok semi final kedua perlawanan bola sepak AFF antara Malaysia dan Vietnam. Yeehaaa, perlawanan semalam berakhir dengan keputusan seri. Jadi maknanya, Malaysialah yang layak melangkah ke pentas final dengan agregat 2-0 menerusi dua gol di Bukit Jalil. Siapa agaknya lawan di perlawanan akhir? Indonesia atau Filipina? Siapa pun lawannya, pasukan Malaysia perlu berkerja lebih gigih dan pastinya penyokong Malaysia akan setia menyokong kan... walau diorang tak dapat tiket masuk stadium =D Tapi rasanya kalau jangkaan Malaysia lawan Indonesia tu tepat... uwah! Sengit dan sesaklah nampaknya kan... Oklah, tunggu ajelah perlawanan akhir nanti. Tutup cerita pasal AFF... nak cerita pula tentang Idola Kecil musim ketiga. Sempat juga tengok semalam. Persembahan semua peserta memang hebat2 belaka. Tapi masih ada penyingkiran yang diumumkan. Pengumuman penyingkiran taklah panjang macam selalu. Namun ia agak memeritkan apabila terpaksa mendengar tiga nama peserta sekaligus diumumkan tersingkir. Selangkah saja lagi mereka akan melangkah ke pentas akhir tapi perjuangan mereka dalam Idola Kecil berakhir semalam. Apa pun tahniah buat semua.. walaupun tersingkir, mereka semua sudah buat dan tunjukkan yang terbaik. Sedangkan juri sendiri pun akui betapa sukarnya keputusan yang perlu dibuat. Semuanya boleh jadi pelapis untuk artis yang sedia ada sekarang. Jadi dengan penyingkiran tiga peserta iaitu Farah, Afif dan Angel maka hanya lima orang peserta yang akan beraksi di pentas akhir... kalau tak silap pada 25 Disember depan. Oh, Christmas Day! Tak sabar nak tunggu persembahan akhir oleh adik2 cilik Hadi, Harris, Puteri, Balqis dan Shazlin. Selamat berjuang yer (^_~)v

Thursday, December 16, 2010

You're beautiful

Emm.. tak taulah tajuk asal drama ni You're beautiful ke He's beautiful. Tapi drama ni menggantikan Oh! My Lady lepas drama Oh! My Lady habis ditayangkan di 8tv. Boleh tahanlah drama ni walau baru tengok beberapa episod. Ia berkenaan seorang biarawati (Gemma) yang perlu menggantikan abang kembarnya, Go Mi Nam yang terpilih menyertai ahli baru adalm kumpulan terkenal di Korea, A.N.Jell. Disebabkan berlaku kesilapan dalam pembedahan plastik Go Mi Nam, jadi dia tak dapat nak sain kontrak dan perlu menjalani satu lagi pembedahan. Pengurusnya pun carilah kembar dia untuk gantikan sementara waktu untuk menutup kisah sebenar yang berlaku ke atas Go Mi Nam. Tapi, saya tak sabar nak tengok Go Mi Nam yang sebenarnya.
Sampai episod tiga, sekali lagi... drama ini juga menggunakan lagu sorry sorry dalam satu scene. Haha famous tol ler lagu tu yerk. Dan baru episod 3, rahsia Go Mi Nam palsu ni dah terbongkar. Tapi cuma Tae Kyung aje yang tahu. Ops... 2nd hero pun dah tau dari awal. Tapi sweet lah dia sebab pura2 tak tau jer. Tapi Tae Khyung tu camne la plak kan. Entahlah Tae Kyung akan buat apa lepas ni. Bongkarkan rahsia yang Go Mi Nam tu perempuan ke? Sudahlah dia memang anti kat Go Mi Nam ni... emm kenalah tengok sampai habis baru leh tahu kesudahannya kan. Ada ke Go Mi Nam yang asal muncul lepas ni? Sama2lah tengok hihi.....

Monday, December 13, 2010

My Con Goodies

Hehe.. kalau beberapa hari ni excited dengan Suju (ntah kenapa la tetiba aje demam Suju ni), teringat masa saya ambik barang yang dipesan dekat kawan saya yang pergi Jepun untuk beli concert goodies Arashi dekat Tokyo Dome. Lama tak dengar cerita Arashi hehe... sibuk sangat ngan Suju. Sebenarnya saya kenal kawan ni pun dari kawan saya, jadi yang sebenarnya saya baru pertama kali jumpa dia masa tu. Itupun tak sempat nak borak sangat. Tapi dalam banyak2 yang saya pesan, barang saya cuma ni aje...



Walaupun dah ambik Sabtu lepas tapi baru semalam saya berkesempatan nak belek2 hehe... bese r, orang busy :p Tetiba juga rasa excited semacam hehe... yalah bukan senang nak beli. Udahlah mahal... memang kena kumpul duit awal2 kalau nak beli concert goodies diorang ni. Ikutkan hati macam2 nak hehe Nak pakai pun rasa sayang. Biar ajelah dia dok dalam plastik tu kan hahaha... baik tak payah beli macam tu. Wat pekasam jer. Emm... pasni kena kumpul duit lagilah... T-shirt concert sape lak saya nak cuba beli ek... hari tu tengok T-shirt concert Kanjani pun cam ok jer.. yalah, jarang orang wat color kelabu. Cam cantik jer warna dia. Design dia pun ok. Simple but nice. Tapi... hah, ada soklan cepumas yang selalu jpop fans akan tanya. Bilalah agaknya diorang ni nak sampai ke sini? Jangan kata wat concert, entah2 memang tak pernah sampai sini. Suju dah sampai, Wonder Girl pun dah sampai, 2PM pun sama.. saper lagi? U-kiss? Ada kawan ajak tengok super show tahun depan... emm, sounds interesting tapi duitnya, hehe kena kumpul dari sekarang. Tapi.. emm... super show tahun depan kurang 3 oranglah kan. Tinggal 10 orang aje? Takpelah.. asalkan Eunhyuk, Ryeowook n Sungmin ada lagi ;p Suju juga pernah wat video klip tok MV Dancing Out dekat Malaysia... wah, terang btol video tue.. almaklum Malaysia kan agak panas.
Banyaklah artis Korea mahupun Taiwan yang dah sampai sini dan wat konsert kat sini tapi Jpop? huhu... alaaa, saya ni cakap berabuk la tapi kalau diorang wat pun concert kat sini, ada ke money nak beli tiket dia? Kalau nak ke konsert Arashi dekat Jepun, nak dapatkan tiket masuk aje dah beribu2... mungkin 3 atau 4 ribu. Itupun bukanlah port yang dekat dengan stage. Kalau yang dekat dengan stage, berapa? 10k? T_T
Tapi mungkin kalau buat kat sini, kuranglah kot kosnya, sebab xde shipping. Bayar dan dapatlah tiket tu. Tak payah nak pos2. Satu lagi, agak2 kalau buat konsert diorang ni dekat Bukit Jall, penuh tak? Emm jujurlah saya cakap, tak ramai fans artis Jepun dekat sini. Kalau Korea, tak payah cakaplah. Memang jamin penuh. Tak kiralah sape yang datang, memang berpusu2 peminat yang serbu. Sebabnya promosi diorang kat sini dah memang meluas. Tak kira singer atau pelakon. Kadang2 teringin juga nak balik kepada zaman drama Jepun famous, masa saya sekolah dulu... sebelum drama Korea masuk market sini. Dan nak juga dengar berita konsert artis Matahari terbit tu kat sini.. walaupun saya tak pergipun. Hehe... dan teringin juga nak Astro tayangkan siaran Jepun selain daripada NHK. Pe kata masukkan TBS, tak pun Fuji TV. Hah, baru best... macam KBS. Bukan nak pertahankan sesape... cuma hehe fair n square. Peminat artis Jepun nak juga cuci mata depan tv tue...hihi kan..kan. Tapi saya ni boleh kata tak kesah jer. Jepun ke Korea, saya layan aje kalau berkenan. Boleh kata 'neutral' tak tue =D

Sunday, December 12, 2010

Golden Disc Award

Dua malam lepas saja saya cari video Suju dekat youtube. Sebenarnya nak tengok MV bonamana.. haha walaupun dah lama album tu keluar. Baru semalam berkesempatan melayari youtube. Cari punya cari terjumpa video golden disc award 9 Dec 2010, kiranya sehari sebelum saya online tue. Malam tu, kalau tak silap Suju menang award.. the best asia song ke ek.. wahhh bravo suju oppa. Dan malam tu juga diorang perform lagu sorry sorry and bonama. Wah! Starting diorang memang gempak... dengan tarian Eunhyuk. Melopong jap hehe Bonamana pun best jugak. Kalau tak silap maksud bonamana tu beauty eh??? Cuma ada ler terkucil sikit.. maybe sebab mike ker xtau la kan tapi bila ada satu part Donghae tu, dia macam susah aje nak nyanyi part tue... memang susah pun. So, malam tu, part yang tu terabur sikit. Kalau pernah tengok video kiss the radio, Eunhyuk pernah tanya Donghae pasal part tue la. Yang mana? Emm.. tengoklah video tue, persembahan diorang pada malam anugerah tu, nanti taulah part mana yang saya maksudkan. Bila tengok banyak kali video2 Suju... bila tengok Ryeowook, saya rasa macam nampak Yuya Tegoshi dari kumpulan NewS tu... Leeteuk pula ada sikit macam Keichiro. Emm cara Ryeowook nyanyi dan senyum saling tak tumpah macam Yuya.. tapi suaranya tak samalah. Mungkin taklah sama 100%, bukan mungkin tapi memang tak. 80% ada kot. Hehe... comellah bila dia senyum kan. Siwon pula, wah sejak berlakon drama Oh! My Lady dan terus ditayangkan dekat Malaysia, banyak pula majalah yang siarkan poster dia (poster drama tu la). Padahal drama tu baru aje ditayangkan kat Korea, tahun ni juga. Cepat betul drama tu masuk sini ek. Agak2 apa sebabnya? Sebab Siwon tu Suju ke atau memang Korean drama senang sangat nak masuk sini?
Alamak! Jauh pula melencong. Berbalik pada cerita anugerah tadi... Wah rasa excited bila tengok dan dapat tahu Suju menang anugerah. Sama macam bila Arashi menang awards.. saya punya excited tak payah cakap la. Hepi sesangat. macam saya pula yang dapat kan... hehe. Takdelah.. bila tengok diorang ni menang award, kita pon rasa macam berkobar2 jer semangat nak berjaya cam diorang... tapi bukanlah dapat anugerah artis hehe... nak bergelar artis pun mustahil. Tak kesahlah dalam apa pun yang kita buat, siapa yang tak mahu berjaya kan. Tapi apa rahsia kejayaan? Hehe tepuk dada tanya selera. Mahu kenalah rajin dan berkerja keras. kalau malas... alamatnya angan2 Mat Jenin ajelah.
Kat sini juga nak komen pasal Idola Kecil3... teringin gak nak tengok ada akademi tok budak2 berbakat macam diorang ni... macam SM Entertaiment atau Johnnys wat... lama kan JE bentuk boyband yang ada sekarang ni. Idola Kecil musim kali ni, memang semua hebat2 dan berbakat besar. semuanya boleh pergi jauh. Sampaikan malam semalam minggu keempat yang tiada penyingkiran. Kalau boleh nak semua tu pergi final. Tapi... susah juga nak pilih pemenang macam ni. Semuanya dah memang hebat. Kalau macam tu, siapa pun pemenangnya... walaupun tersingkir, korang memang semuanya adalah pemenang. Kiranya yang menang tu adalah pemenang di kalangan pemenang2. kan... kan. Tapi kan... Mr Alif kita ni.. adeh, bukan nak komen apalah. Cuma janganlah bagi suspen tu lama2 sangat masa nak umumkan penyingkiran. Kesian budak2 tu tau. Kalau kita tengok AF ke, atau mana2 program realiti lain yang pesertanya di kalangan orang dewasa pun dah nangis bila nak umum siapa yang bakal tersingkir, inikan pula budak2 yang punya harapan yang jauh lebih besar. Hati budak2... faham2lah. Sampaikan Mat Rock pun nangis bagai nak rak... nak nyanyi lagu Hidup Penuh Semangat pun dah takleh. So, harap, pendekkanlah sikit babak suspen tu. Cian kat diorang. Good Luck lah pada semua adik2 ya... n kat saya juga ^_~

Friday, December 10, 2010

Exploration on the human body

Lepas attack on pin-up boys, demam Suju tersebar terus bila saya terlihat link video exploration on the human body (EHB) oleh member Suju. Apa lagi.. tengoklah sampai episod 13. Memang bikin pecah perut tengok telatah mereka sepanjang menjalankan experimen semua tu... releaselah juga semua tekanan. Kira macam buat terapi gelak terbahak2lah juga. Kalau tak silap, EHB dirakamkan bermula akhir tahun 2007 sehingga 2008. Pada episod awal, eksperimen yang dijalankan taklah mencabar sangat tapi kelakarlah juga tengok gelagat diorang ni. Nampak jelaslah perwatakan masing2. Leeteuk memang kelakar, Siwon lak malu2 kucing rupanya mamat nie... Yesung, aiya... agak control juga mamat ni. Nasib baik comel. Ryeowok, maintain cute. Eunhyuk... comel juga dengan perangai dia yg kdg2 tu confident tahap gaban tapi hampeh hahaha Memang macam2 perangailah diorang ni. kalau nak ceritakan setiap sorang, letih lak rasa. Ramai sangat.. 13 orang kan nak ceritanya. Tapi Kyuhyun hanya join setelah episod pertengahan... yg mana ek, start yang diorang memanah tu kot. Episod berapa tu?
Ada 3 fav episod saya dalam program ni. Episod 4, diorang test gas ketawa iaitu Nitrous Oxide (N2O) yang digunakan di klinik gigi untuk mengurangkan tekanan dan ketakutan kanak2 yang takut sangat nak buat rawatan gigi. Alah, ni semua sebab Siwon nak tau sangat betul ke effect gas tu boleh buat orang gelak macam cerita Mel Gibson tu. Jadi, macam biasa sebelum diorang mulakan eksperimen adalah guest yang dijemput untuk terangkan tentang eksperimen tu. Menurut doktor gigi tu, gas N2O ni memang boleh bagi orang relax sebab dia merangsang apa ntah, tengoklah sendiri yer. Tapi effectnya berbeza pada setiap individu. Ada orang akan alami kesannya cepat. Ada yang lambat. Siwon awal2 lagi dah gelak. Belum sedut gas tawa lagi dia dah ketawa. Macam Shindong dan Eunhyuk yang sekejap aje, dah gelak sampai tergolek2. Tapi Yesung, Hankyung, effect diorang lambat. Ryeowok pon lambat skit. Mula2 diorang akan rasa ngantuk sampai satu tahap, diorang rasa ringan dan macam hepi semacam sampai terus nak tergelak tanpa sebab. Dan tawa mereka tu susah juga dah hilang. Even on music sedih pun, diorang gelak terbahak2. Bila tengok diorang gelak, saya pun nak tergelak sama. Lepas habis test gas ketawa tu, diorang test pula... pengaruh orang gelak pada orang sekelilingnya. 4 orang ahli Suju diminta mainkan watak orang yang gelak ni... Saya tak berapa ingat sape... Leeteuk, Eunhyuk, Sungmin dengan ... ? sape lg sorang ek? Ah, tak kesahlah. So, diorang tunjuk dua session... ramai2 tengok video pasal atlit angkat berat wanita, sampailah atlit tu menang pingat. Tak ada benda yang kelakar pun tiba2 aje budak2 ni gelak tak pasal2. Bagai nak rak pulak tu. Confirmlah kawan dia yang lain fikir.. biar betol budak ni? Sakit ke? Dah tak betul ke kan... Tapi diorang terus aje gelak... Shindong, Siwon yang tak berapa kesah and control aje lama2 pun terikut gelak juga. Ryeowok yang asalnya blur aje pun... dia yang mula2 skali ikut gelak. Walaupun dia tak tau kenapa dia gelak haha Paling susah nak bagi KangIn gelak. Haihh mamat ni serius sikit... puaslah kawan dia gelak dia boleh wat tak tau aje. Jadi terpaksalah Leeteuk wat plan B... buka cerita yang ntah apa2 and disebab cerita Leeteuk yang mengarut tu akhirnya Kangin gelaklah juga. Haha Leeteuk... ko memang kelakarlah beb
Episod eksperimen paling sedih, episod 8 masa diorang uji tentang air mata. Dari mana air mata terhasil? Dekat mana kelenjar air mata tu? Dengan yakinnya some1 jawab kat bawah mata... hahaha SALAH! So, diorang guna speed camera untuk test dari mana dan macam mana air mata menitis dari mata. Dan pada episod kali ini dia panggil seorang gadis yang merupakan pelajar jurusan media dan lakonan... dok lah berlakon dengan member2 suju supaya diorang ni menangis. Tapi hampeh la... macam2. Banyak sangat gangguan bila lakonan tu hampir menjadi. nakal tol diorang ni... Lepas tu, diorang adalah nak test, antara air mata semulajadi sebab emosi dengan airmata yang dirangsang (mungkin sebab bawang atau makanan pedas), yang mana lagi satu lebih masin. Yeah.. jawapannya air mata yang dirangsang jauh lebih masin. Air mata rangsangan diorang kenalah wat macam2.. ada yang makan peda, tumbuk bawang, makan bawang, guna kipas.. macam2 lah. Yang air mata emosi pula huhu T_T sampai hati diorang. Diorang plan kenakan Eunhyuk dan Ryeowok. Diorang ajak makan sama2.. siap ada pengurus lagi. Hairanlah kawan bila nampak pengurus dia ada skali. Pastu tengah2 makan.. tiba2 Shindong kena panggil. Kononnya Shindong nak keluar dari Suju... Setiap ahli yang lain diberi tugas masing2.. KangIn macam biasalah. tugas dia untuk menghangatkan suasa bikin makin panas. Sampaikan our lovely Eunhyuk crying so hard sebab rasa tertekan bila kawan2 dia gaduh n Ryeowok yang pada mulanya pendam aje perasaan akhirnya juga mengalirkan air mata yang deras bila ditanya pendapatnya. Hah, masa nilah ahli yang ditugaskan untuk mengumpulkan air mata diorang berdua jalankan tugas...keh3. Sampai ler hati korang wat diorang dak comei ni nangis yerk T_T Ada lak ahli yang tak tahan terus keluar... sebab diorang tak tahan nak gelak..dan ada juga yang tak tahan terharu... haihh dahlah siap bagi fake award kat Eunhyuk sebab nak melengah2kan masa ketika diorang sibuk nak wat preparation kat bilik tu, siap pasang hidden camera lagi.
Episod 12.. hehe mouth-to-mouth respiration. Sebelum episod ni, Suju dah dibahagikan kepada 2 kumpulan, group 1 and group 2 (masa eksperimen memanah dan tangkap arrow). Group 1 terdiri drp Kibum, Hee-chul, Kyuhyun, Hankyung (tapi episod ni dia kena masuk group 2 plak), KangIn (pun kena campak ke group 2) dan Shindong. Group 2 pula terdiri daripada Yesung, Ryeowok, Eunhyuk, Sungmin, Donghae (kena tukar masuk group 1) dan Leeteuk (juga masuk group 1). Siwon tak ada dua episod termasuk episod ni. Group 1 kena cari peralatan yang boleh buatkan diorang bernafas lebih lama dalam air dan group 2 kena gunakan teknik mouth-to-mouth respiration hahaha Sedang group 1 pergi membeli-belah, group 2 kenalah paktis n cari pasangan masing2 yang serasi...malu2 kucing la plak diorang ni haha paling kelakar.. Kang In, semua orang dia tak mau.. and tak ramai juga orang yang berani nak dia bagi oksigen kat diorang haha. Tapi sorang aje yang Kangin leh terima iaitu... our lovely Eunhyuk hehe Kalau pada asalnya masing2 rasa kekok dan malu, lama2 semua dah macam profesional plak. Sampai masa diorang bertanding... group 1 menggunakan fish bowl tok donghae bernafas lebih lama kat dalam air.. tp seksa kawan tu dibuatnya. dan group2 plak, Eunhyuk, Sungmin dan kangin yang wat demo. Enhyuk dok dalam air dan Sungmin bagi oksigen. kangin lak standby kalau sungmin dah penat.. tapi bila time Kangin bagi oksigen, Eunhyuk rasa tak selamat kot.. dia tarik balik tangan Sungmin. hehe... sori saya yang tengok pun saya tak rasa selamat masa Kangin beri batuan tu. tak sama masa Eunhyuk beri oksigen pada Kangin.. ;p Akhirnya diorang leh bertahan sampai 6 minit... tu pun hos yang kena tamatkan. kalau tak entah sampai bila diorang nak wat camtu terus haha... sugoi ne =D
Ada juga episod yang mereka panggil DBSK sebagai guest dan masa tu, episodnya agak mimik kepada program Go! Dream Team... wah rindunya nak tengok GDT. Yang terkejutnya, ahli DBSK ni kebanyakannya gila makan pedas. Cili yang pedas tu dia boleh buat macam makan gula2... woah dasat tol. Biar betul diorang ni.. kena ulser perut nanti baru tau. Program EHB ni memang best, lebih kurang Himitsu no Arashi-chan lah juga... tapi lagi pecah perutlah. hehe... Harap sangat program ni akan disambung balik... dan tayangkan dekat KBS ke, mesti best. Tak pun tengok online pun jadilah kan... kalau korang tak ada idea, tanyalah peminat. Mesti macam2 idea eksperimen yang korang leh dapat tau.... Rindu rasanya nak tengok keletah dan gelagat semua ahli suju ni sekaligus... memang macam2 peragai. dahlah diorang ni ramai kan... lagi tak kering gusilah tengok peel masing2. walaupun Hankyung, Kibum dan Kangin dah tak ada dalam Suju lagi... disebabkan Hankyung dan Kibum tak banyak cakap, so tak rasalah sangat bezanya... tapi terfikir juga masa diorang dapat tau yang 3 ahli diorang ni keluar ni kan... ada tak situasinya sama cam, EHB episod 8 tu? rasanya kalau tengok banyak kali pun tak bosan ni.. hehe nak gelak lagi... gelak lagi hahahahahaa

Monday, December 6, 2010

Idola Kecil 3

Gempak! Hebat! Sengit! Itulah perkataan yang boleh saya luahkan tentang program realiti kanak2, Idola Kecil musim ke3. Kalau saya yang jadi juri (haha, nasib baik saya takde kelayakan) mesti saya pening kepala. Tambahan pula, tiada undian untuk program ni. Penyingkiran hanya berdasarkan markah daripada juri2. Apalah yang boleh dikomen? Semua2nya bagus2... cuma mungkin kadang2 ada terkucil or tersumbang sikit or tak ada ekspresi muka. Tapi keseluruhannya memang hebat. Kalau ikutkan, persembahan adik2 ni lebih hebat daripada program realiti lain yang pernah saya tengok. maaflah ya... kalau ada yang terasa tapi memang tak boleh disangkalkan kebolehan dan tahap prestasi mereka ni. Pada usia muda, mereka sudah mempunyai imej tersendiri dan kebolehan yang kadang2 melebihi penyanyi yang ada. Rasanya juri pun punya pendapat yang sama kan...
Tahniahlah pada semua peserta dan tenaga pengajar mereka yang telah bertungkus lumus dan berkerja keras. Hasilnya memang tersangatlah puas hati. Tapi kan nak dengar juga komen Pak Nil ke, Adlin ke or juri Malaysian Idol dalam Idola Kecil. Apa agaknya yang mereka akan cakap ek? tapi satu ajelah yang saya risaukan... kalau yang perempuan, mungkin suara diorang tak banyak beza cuma yang lelaki ni... bila diorang dah pecah suara nanti, confirmlah suara diorang berubah kan. Tapi macam Harris, rasanya dah pecah suara. Kalau dengar dia nyanyi tanpa tengok orangnya, saya ingat orang besar yang nyanyi. Bila tengok... kecik aje budaknya. Tapi macam Afif dan Hadi, macam mana? Eh, Afif tu anak cikgu Hajar ke? Okeylah.... tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Siapa pula yang akan tersingkir? Aduh! Susah nak buat pilihan sebab semuanya bagus2

Saturday, December 4, 2010

Attack on pin-up boys

Selepas habis menonton drama Oh! My Lady, saya cari link drama yang berkait dengan Siwon. Saja nak tahu sama ada member Suju yang lain pun aktif berlakon juga macam Kibum ke. Tapi harap2 walaupun dah seronok berlakon, janganlah keluar dari Suju ya. Nanti makin berkuranglah ahli SJ T_T


Cari punya cari saya terjumpa 'attack on pin-up boys' tapi ni bukan drama tau. Ini filem yang dibintangi oleh 12 orang ahli Suju yang khabarnya ditayangkan pada tahun 2007, selepas official debut Suju pada tahun 2006. Tapi, dalam filem ni tak ada Khunyun. Dan khabarnya lagi filem ni box office. Wah! Macam best. Masa baca sinopsis filem ni, saya cuma nampak nama Han Geng/ Hankyung, Siwon, Hee-chul, Dong Hae, Kibum dan Kang In. Tapi masa starting dia, nampaklah dia ada tulis nama pelakon lain, termasuk ahli SJ yang lain. Saya tak terlintas pula nak cari maklumat tambahan tentang filem ni. Syok sangat nak tengok... yang lain, belakang kiralah. Habis nanti baru cari ek...


Awal2 aje dah tunjuk Kibum dengan Donghae... lepas tu muncul pula Sungmin, kononnya macam puteralah...disukai ramai gadis, Han Geng, pemain bola keranjang yang terkenal di sekolahnya dan Ye Sung, seorang rockers. Mereka bertiga ni memang famous dekat sekolah masing2 dan sebab mereka terkenal, mereka diserang oleh seorang misteri yang membaling najis ke muka diorang masa diorang jalan sesorang malam2. Semua kejadian tu berlaku lebih kurang 300 meter dari kawasan sekolah masing2. Kecohlah semua sekolah tinggi nak tahu siapa penjenayah misteri tu dan siapa pula mangsa seterusnya.


Dalam filem ni, semua ahli SJ pakai nama sendiri. Kibum dan Donghae sepakat nak siasat hal ni. Tapi sepanjang perjalanan cerita ni tak nampak pun yang diorang ni siasat. Donghae tetap sibuk dengan hidupnya... ahli back dancer kat sekolah tu bersama Shidong dan Hee-chul, ketua kumpulan. Hee-chul dikhabarkan merupakan salah seorang calon yang tersenarai sebagai mangsa seterusnya, disamping ketua judo, Kang In dan Ketua Badan Pelajar, Si Won. Nak diceritakan tentang Si Won ni, dia kira budak yang sangat brilliant lah tapi hati dingin macam ais. Yang peliknya dia macam ada kuasa elektrik kat tangan dia.. dan orang yang selalu kena panahan petir dia tu, ialah pengikut kanannya, Ryeowook. haih... skema jer muka dia.


Kang In pun ada pengikut iaitu Eunhyuk (wah!!! menjerit jugalah bila nampak dia shhhh) dan seekor panda bear. Sape ker panda bear tu? Adakah...? Rasanya semua watak ahli Suju dah keluar kan kecuali... mana Leeteuk, ketua kumpulan Super Junior tu? Adakah??? Dia ke penjenayah misteri tu? Sah! Akhir cerita tu nanti baru korang akan nampak mana Leeteuk haha.. sudah ku jangka. Kawaii ne!!! Ops ni bukan filem Jepunlah ;p


Ok... berbalik pada cerita ni, lepas ketiga2 orang ni tau (Siwon, Heechul dan Kang In) yang diorang tercalon dalam pilihan mangsa seterusnya, diorang pula sibuk nak berlawan sesama mereka supaya terpilihlah. Adeh, tak rasa geli ke...? Kena baling dengan najis tau! Tapi dalam fikiran diorang kalau kena tu maknanya dialah yang paling famous sebab orang misteri tu cuma akan serang lelaki yang famous dan disukai ramai aje. Macam mangsa2 sebelum ni pun, lepas mereka kena serang makin famous pula lol


Bila Hee-chul tengok gambar Sungmin, mangsa yang pertama, dekat majalah... dia pun rasa cemburu dan minta kawan2 dia ambik gambar dia yang comel2 letak dalam blog. Haha... promot dirilah kiranya tu. Kang In pun apa lagi. Bila nampak blog tu, dia pun rasa nak melawan. Dia nak terpilih jadi mangsa seterusnya. Dia pun sibuk nak ambik gambar tapi...hahaha memang pecah perut jugalah tengok gaya dia. Siwon pun tak ketinggalan tapi cara lawannya agak halus dengan berpura2 kononnya dialah mangsa. Kecoh satu sekolah bila dapat tahu Siwon diserang malam tu. Paling hampeh bila cikgu2 ngan pengetua pun leh main bet sape pilihan mereka , antara Kang In, Siwon dan Hee-chul... haihh. Apalah yang diorang ni fikir kan. Kononnya sape yang jadi mangsa tu paling famouslah tu... dan populariti mereka akan meningkat lagi lepas tu. Aura diorang pun bersinar semacam!
Bila dapat tahu Siwon yang kena serang, Kang In dan Hee-chul apa lagi, frust habis. Tapi bila lakonan Siwon tu dibongkarkan oleh Kibum, misteri itu kembali menjadi persoalan yang masih belum terjawab sehinggalah Donghae dapat tahu siapa penjenayah yang sebenarnya. Siapa penjenayah tu? Leeteuk pun tak keluar2 sedangkan semua ahli Suju yang lain dah diperkenalkan. Adakah Leeteuk penjenayah tu? Hehe.. kalau nak tahu kenalah tengok. Tapi dinasihatkan janganlah cari maklumat pasal filem ni dulu sebelum korang tengok. Nanti tak surpriselah. Masa saya mula2 tengok pun, agak payah juga nak cam muka diorang ni kecuali Eunhyuk hihi. Ok.. last filem ni nanti, baru korang dapat jumpa mana Leeteuk dan diorang semua akan nyanyi lagu Suju, Wonder Boy. Tapi sekarang (2010), ahli Suju dah tinggal 10 orang jer... tanpa Han Geng, Kang In dan Kibum. Sedih gak... tapi adakah Kang In akan dimasukkan semula lepas tamat latihan ek? Sama2lah tunggu...
Dalam kumpulan Suju ni, saya paling minat Eunhyuk...hehe kenapa ek? Padahal dia tu kecik jer orangnya.. tak macam member yang lain, ramai lagi yang handsome kan. Alah, dia cute juga apa walaupun sepet. Kali pertama saya tonton rancangan dia masa Go Dream Team season 2... rasanya start kat situlah kot. Nampak macam dia low profile aje..dan agak nakal... tapi tak taulah. Satu lagi, kan dia salah seorang daripada 4 lead dancer dalam SJ... sebab tu juga kot. Apa yang fan tengok pada idol diorang? Banyak faktorlah kan. Tapi kadang2 boleh jadi juga... just suka aje, xde reason. Apa2 pun, berpada2lah dengan setiap perbuatan. Kalau nak minat tak salah tapi janganlah terlampau fanatik atau ekstrim ok ^_~
Teringat pada lagu mereka Sorry Sorry... rasanya dah dua kali saya tengok drama Korea yang selitkan scene pelakon nyanyi lagu ni, selain dari drama Oh! My Lady, satu lagi ialah My 3 Perfect Sons. Tahun ni, mereka keluar album baru.. Bonamana pada awal tahun. Wah! Meletup! Temanya sama aje tahun ni tapi ditambah beberapa lagu balada... wah, touching jugalah lagu dia. Tapi, dah lama tak tengok diorang perfom. Sekarang ni saingan makin hebat dengan 2pm dan banyak lagi bandboy yang tumbuh macam cendawan. Semuanya berebut2 nak buat konsert dekat Malaysia. Patutlah jboys susah sangat nak masuk market Malaysia ni...

Friday, December 3, 2010

Oh! My Lady

Pertama kali juga saya bercerita tentang drama korea di sini. Tiba2 rasa nak bercerita pasal drama Oh! My lady yang sekarang tengah ditayangkan di 8tv jam 8.30 malam. Masa mula2 tengok tu... emm macam best aje cerita ni. Bukan sebab tertarik pada pelakon utamanya tau. tapi sebab saya dah biasa tengok lakonan Presiden Yoon tue. Kebanyakan drama lakonannya sebelum ni boleh katakan semuanya menarik. Jadi, tertariklah juga nak terus tengok drama ni juga. Lagi2 montaj dia pun cam comel jer. Tapi bila lama2 tengok rasa semacam. Hero tu... macam familiar aje. Macam pernah tengok dia sebelum ni. Puas saya fikir drama apa yang dia berlakon..kalau2 saya pernah tonton sebelum ni. Nama pun saya tak sempat nak tengok sebab asyik lupa aje. Lepas seminggu tayangan kat tv baru teringat nak cari maklumat drama ni di internet. Haha...patutlah macam pernah nampak. Laa... Siwon rupanya haha. Memang saya pernah tengok dia dalam klip video Sorry Sorry sebelum ni. Dekat KBS pun banyak kali tengok Suju perfome dalam Music Bank. Oklah..sekarang nak cerita pasal darama oh! my lady...lupakan dulu pasal Super Junior k...
Dalam drama ni, siwon yang pegang watak Sung Min Woo, seorang super star. Entah macam mana, tetiba aje dia ada anak perempuan. Gelabahlah dia sebab nak jaga imej kan dan dia tak mengaku pun budak tu anak dia. Budak perempuan tu pula macam trauma dan tak berkomunikasi dengan orang lain. Nak dijadikan cerita, muncul pula watak ahjumma, Geo Hwa yang 7 tahun lebih tua daripada Min Woo yang menjadi penjaga kepada anak Min Woo. Geo Hwa duduk sebumbung dengan Min Woo tapi secara sembunyi2 supaya tak ada orang tahu. kalau media dapat hidu, habislah periuk nasi Min Woo nanti.
Min Woo ni digambarkan sebagai seorang yang sosial dan playboy. Ops...sebenarnya dia disukai ramai tapi saya tak rasa watak dia ni playboy. Cuma dia suka hidup mewah dan bebas. Yalah... artis ternamalah katakan. Dia ni juga dingin pada pihak media. Dalam pertengahan drama ni dibongkarkan rasa hati Min Woo yang suka pada Yun Ra, pengarah fesyen yang memang dari sekolah lagi Min Woo suka. Yun Ra pun tergedik2 nak ambil peluang supaya semua pihak media tahu akan hubungan mereka. Tapi nampak sangatlah Yun Ra yang macam kejar Min Woo ni. Nak dipendekkan cerita, rahsia Geo Hwa dan Min Woo duduk sebumbung dan kisah anak perempuan Min Woo tu akhirnya terbongkar. jadi, macam2lah berita yang keluar dan macam2 jugalah yang berlaku. tapi semenjak tu, Min Woo banyak berubah. Dia menjadi seorang yang lebih matang dan akhirnya melafazkan cintanya pada ahjumma tu. Ahjumma tu setuju ke? Pada mulanya dia memang tak setuju sebab serik setelah bercerai dengan bekas suaminya. Alah, love story mestilah kesudahannya happy ending. Tak bestlah nak wat sad ending pula... tak kenalah dengan tajuk dia nanti.
Kalau ikutkan dah banyak sebenarnya drama Korea yang mengisahkan lelaki muda bercinta dengan perempuan yang jauh lebih tua. Salah satu contohnya, My Love Samsoon. Satu lagi drama yang saya pernah tonton di KBS... yang mana watak lelaki tu berkerja di restoran heroin tu. Padahal dia sebenarnya seorang peguam. Macam mana cerita tu, saya tak berapa ingatlah. Tajuknya pun saya tak ingat... macam mana nak tengok lagi sekali? Emm.... tapi bukan tu aje cerita tentang cinta antara lelaki muda dan wanita lebih tua. rasanya banyak lagi...
Kalau tak silap episod drama oh! my lady ni ada 16 kesemuanya. Jadi, kalau tak silap kira, ada lagi seminggulah agaknya tayangannya di 8tv. Agak2 lepas ni drama apa pula yang akan ditayangkan ya...? Drama Korea terpaksalah saya tengok online atau kalau malas sangat tunggu aje dekat tv. Sebab kalau nak beli VCDnya... mahal. Kalau dia buat DVD mungkin lebih murah kan... macam Japan dorama. Cepat juga 8tv tayangkan drama ni sedangkan drama ni drama baru.. tahun 2010. Tapi kalau tengok dekat 8tv yang tak bestnya dia akan alih bahasa. Adeh! Tak dapat nak dengar suara asal diorang.
Pengajaran dalam drama ni... pertama, kehidupan seseorang tidak sentiasa di atas sedangkan hidup ini diibaratkan seperti roda. Ada masa kita di atas.. ada masa kita juga kan berada di bawah. Mungkin juga kita bermula di bawah dan akhirnya di atas. tak kiralah di mana saja kita berada, sentiasalah bersedia dan usaha untuk terus maju ke depan. Jangan terus jatuh bila jatuh sekali.. sebab sakitnya nanti lebih parah.
Kedua, tidak salah kita memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Kenapa takut untuk mengambil risiko? Hidup ini tidak akan lari dari risiko.. tapi sentiasa akan berdepan dengan risiko dan cabaran baru. Kalau anda cuba lari bermakna anda sudah mengaku kalah sebelum anda mencubanya. kenapa perlu lari sedangkan anda tak tahu apa kesudahannya. Adakah sebab tidak percaya pada diri sendiri? Kalau diri sendiri pun tak percaya, macam mana nak percaya orang lain?
Ketiga, dari watak bekas suami ahjumma... kalau sebuah pernikahan itu dibeli dengan nafsu, ia pasti akan pudar. Dan bila yang lebih elok itu datang, isteri di depan mata pun boleh diketepikan malah boleh jadi seperti halimunan di mata. Tapi kalau sebuah pernikahan itu dibina dengan kasih sayang dan kesetiaan, ia pasti kukuh dan kekal bahagia selagi kasih sayang dan kesetiaan itu menjadi panji dalam rumah tangga.
Itu pendapat saya... bagi orang lain, terpulang...

Thursday, December 2, 2010

let's have fun

Beberapa hari ni saya agak tertekan dengan beberapa perkara... masa2 nilah teringat pada cerita uta no oniisan, yang pernah saya ceritakan dulu. Emm..yalah. Kenta tu kan tension juga dengan kerjaya barunya sebagai teman menyanyi. Tapi bukanlah bermakna saya tak suka dengan kerja saya. Cuma mungkin tahap ketensionannya tu hampir samalah kot :p

Apapun, tak ada kerja yang senang dekat dunia ni. Semua kerja ada risiko dan cabarannya. Macam mana kita tangani dan berdepan dengan cabaran itulah yang menjadi persoalan. Walaupun acap kali menemui jalan buntu, kenalah terus berusaha untuk mencari jalan keluar. Dengan usaha gigih, pasti akan berjaya juga akhirnya kan. Bezanya cuma cepat atau lambat... itu bergantunglah pada... emm banyak faktor. Rujukan artikel atau internet, bantuan orang lebih arif, atau nasib?

So, time tension2 nie... sengaja releasekan dengan buat gabungan ekspresi Ohchan (Satoshi Ohno) dalam uta no oniisan tu. Memang banyaklah ekspresi muka dia dalam drama tu. Tak terkira banyaknya. Dari awal sampai akhir... macam2 ekspresi. Yang pelik pun ada...

Oklah... kalau Kenta dalam uta no oniisan akhirnya akan bangkit dan berusaha, saya pun boleh! Haha... saya juga teringat pada pesan seorang teman... kita tak semesti dapat apa yang kita inginkan. samalah juga dengan kehidupan. Kehidupan yang ditentukan untuk kita tak semestinya sama seperti kehidupan yang kita harapkan. Mungkin kehidupan yang ditentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita minta. Cuma kita aje yang butakan mata atau butakan hati, tak nampak sinar yang bakal menyinar di hujung perjalanan hidup tu. Jadi, terimalah seadanya dan teruskan usaha untuk terus perbaiki diri dan maju ke depan...

Wednesday, December 1, 2010

Zettai Kareshi

Atau dalam Bahasa Inggeris, tajuknya berbunyi 'Absolute Boyfriend'. Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Izawa Riiko yang teringin sangat nak ada teman lelaki. Satu hari, dia pergilah kira macam sesi temuramah tentang teman lelaki idaman oleh sebuah syarikat. Syarikat tu janji boleh carikan teman lelaki yang sangat sesuai mengikut kriteria yang diberi oleh Riiko. Seperti dijanjikan, Riiko terima hadiah teman lelaki daripada syarikat berkenaan dan harga upahnya mencecah sehingga ratusan ribu yen. Wah! Manalah pula Riiko nak cari duit ni. Teman lelaki yang dia dapat tu pun bukannya manusia tetapi robot yang direka oleh syarikat tu. Emm.. tapi handsomelah pula robot tu, dimainkan oleh Hayami Mokomichi. Nama Mokomichi dalam cerita ni diberi oleh Riiko iaitu Tenjo Night (kalau orang Jepun sebut bunyinya macam 'Naito'). Naito ni memang cukup ciri lelaki idaman yang Riiko minta tapi mustahillah kalau Riiko nak jatuh cinta pada robot kan.

Dalam masa yang sama pula, Riiko ni sukalah pada seorang lelaki kat tempat kerja dia. Tapi tak sangka pula lelaki tu cuma permainkan dia aje. Rupa-rupanya lelaki tu ada hubungan dengan kawan rapat Riiko sendiri. Tapi setelah tembelang lelaki tu pecah, kawan rapat Riiko ni pun putuskan hubungan dengan lelaki tu. Haha melepas dua2. Lepas tu, anak bos syarikat tu pula.. Asamoto Soshi ni (Mizushima Hiro) sebenarnya ada hati dekat Riiko dalam diam. Naito pula kerja dekat syarikat yang sama sebagai cleaner untuk membantu Riiko cari duit dan dalam masa sama dia dapat perhati dan lindungi Riiko. Oh ya..lupa nak bagitau. Salah satu ciri lelaki yang Riiko nak ialah lelaki yang sentiasa akan melindungi dirinya. Jadi, sebab tulah Naito akan sentiasa dengan Riiko. Tapi yang peliknya, robot ni macam ada perasaanlah pula. Dia ada rasa cemburu bila Soshi mendekati Riiko atau mereka berdua kena buat kerja sama2. Syarikat yang hasilkan robot Naito ni ada pakaikan gelang dekat tangan Naito. Gelang tu akan tunjukkan perasaan tuannya untuk pemerhatian syarikat tulah. Nak tahu sama ada robot diorang tu berfungsi ke tidak. Selain tu, diorang pun boleh kesan pemikiran Naito. Jadi bila Naito ada perasaan cemburu seperti manusia, mereka sendiri pun rasa pelik dan sangka Naito dah rosak.

Naito banyak membantu Riiko dan selalu selamatkan Riiko bila dia dalam kesusahan. Naito juga damaikan hubungan dingin Riiko dengan ayahnya. Lama-kelamaan, Riiko pun rasa terharu juga pada Naito yang berkerja keras nak tolong cari duit dan lindungi dia sampai tak kesahkan dirinya sendiri. Riiko dah mula ada rasa sayang pada Naito. Tapi akhirnya, Naito faham perasaan Riiko yang serba salah untuk bercinta dengan robot. Naito juga tahu Soshi sukakan Riiko. Jadi, Naito korbankan dirinya dan meminta Soshi menjaga Riiko bagi pihaknya. Macam mana dia korbankan diri..yang tu kenalah tengok sendiri hehe. Tapi terharulah juga tengok ending dia. Ada pula robot macam tu ek kat dunia ni. Jadi, absolute boyfriend tu siapa sebenarnya? Robot Tenjo Night tu ke atau Asamoto Soshi? Tengok dan buatlah pilihan sendiri... =D

Saya tengok drama ni lebih kurang dua tahun lepas... tak lama lepas dorama ni ditayangkan dekat Jepun. Emm...alasannya sebab ada Hiro haha. Kali pertama saya tengok dia berlakon dalam cerita Hanakimi (Hanazakari no Kimitachi) yang ditayangkan sekitar tahun 2007 dan specialnya pada tahun 2008. Dalam cerita tu Hiro pegang watak ketua hostel ke3... alamak watak dia agak hampeh jugalah. Alah, semua watak dalam cerita tu pun agak hampeh. Poyo jer diorang ni. Hampeh kat sini bukan maksudnya teruk tapi klakar... Lepas tu keluar pula cerita dia berlakon dalam siri Kamen Rider Kabuto yang ditayangkan sekitar tahun 2006 dekat Jepun tapi dekat Malaysia tahun 2009, selepas drama hanakimi ditayangkan di 8tv. Kabuto ditayangkan dekat ntv7 setiap ahad..lebih 3 bulan rasanya tayangannya. Memang kalau boleh tak mahu miss lah walau satu episod pun. Cuma tak berapa suka trademark Kabuto ni... sape yang tengok, taulah trademark dia.

Pengajarannya: manusia dengan robot atau makhluk lain xleh bercinta. Manusia ngan manusia ajelah. betullah kan...