Pertama kali juga saya bercerita tentang drama korea di sini. Tiba2 rasa nak bercerita pasal drama Oh! My lady yang sekarang tengah ditayangkan di 8tv jam 8.30 malam. Masa mula2 tengok tu... emm macam best aje cerita ni. Bukan sebab tertarik pada pelakon utamanya tau. tapi sebab saya dah biasa tengok lakonan Presiden Yoon tue. Kebanyakan drama lakonannya sebelum ni boleh katakan semuanya menarik. Jadi, tertariklah juga nak terus tengok drama ni juga. Lagi2 montaj dia pun cam comel jer. Tapi bila lama2 tengok rasa semacam. Hero tu... macam familiar aje. Macam pernah tengok dia sebelum ni. Puas saya fikir drama apa yang dia berlakon..kalau2 saya pernah tonton sebelum ni. Nama pun saya tak sempat nak tengok sebab asyik lupa aje. Lepas seminggu tayangan kat tv baru teringat nak cari maklumat drama ni di internet. Haha...patutlah macam pernah nampak. Laa... Siwon rupanya haha. Memang saya pernah tengok dia dalam klip video Sorry Sorry sebelum ni. Dekat KBS pun banyak kali tengok Suju perfome dalam Music Bank. Oklah..sekarang nak cerita pasal darama oh! my lady...lupakan dulu pasal Super Junior k...
Dalam drama ni, siwon yang pegang watak Sung Min Woo, seorang super star. Entah macam mana, tetiba aje dia ada anak perempuan. Gelabahlah dia sebab nak jaga imej kan dan dia tak mengaku pun budak tu anak dia. Budak perempuan tu pula macam trauma dan tak berkomunikasi dengan orang lain. Nak dijadikan cerita, muncul pula watak ahjumma, Geo Hwa yang 7 tahun lebih tua daripada Min Woo yang menjadi penjaga kepada anak Min Woo. Geo Hwa duduk sebumbung dengan Min Woo tapi secara sembunyi2 supaya tak ada orang tahu. kalau media dapat hidu, habislah periuk nasi Min Woo nanti.
Min Woo ni digambarkan sebagai seorang yang sosial dan playboy. Ops...sebenarnya dia disukai ramai tapi saya tak rasa watak dia ni playboy. Cuma dia suka hidup mewah dan bebas. Yalah... artis ternamalah katakan. Dia ni juga dingin pada pihak media. Dalam pertengahan drama ni dibongkarkan rasa hati Min Woo yang suka pada Yun Ra, pengarah fesyen yang memang dari sekolah lagi Min Woo suka. Yun Ra pun tergedik2 nak ambil peluang supaya semua pihak media tahu akan hubungan mereka. Tapi nampak sangatlah Yun Ra yang macam kejar Min Woo ni. Nak dipendekkan cerita, rahsia Geo Hwa dan Min Woo duduk sebumbung dan kisah anak perempuan Min Woo tu akhirnya terbongkar. jadi, macam2lah berita yang keluar dan macam2 jugalah yang berlaku. tapi semenjak tu, Min Woo banyak berubah. Dia menjadi seorang yang lebih matang dan akhirnya melafazkan cintanya pada ahjumma tu. Ahjumma tu setuju ke? Pada mulanya dia memang tak setuju sebab serik setelah bercerai dengan bekas suaminya. Alah, love story mestilah kesudahannya happy ending. Tak bestlah nak wat sad ending pula... tak kenalah dengan tajuk dia nanti.
Kalau ikutkan dah banyak sebenarnya drama Korea yang mengisahkan lelaki muda bercinta dengan perempuan yang jauh lebih tua. Salah satu contohnya, My Love Samsoon. Satu lagi drama yang saya pernah tonton di KBS... yang mana watak lelaki tu berkerja di restoran heroin tu. Padahal dia sebenarnya seorang peguam. Macam mana cerita tu, saya tak berapa ingatlah. Tajuknya pun saya tak ingat... macam mana nak tengok lagi sekali? Emm.... tapi bukan tu aje cerita tentang cinta antara lelaki muda dan wanita lebih tua. rasanya banyak lagi...
Kalau tak silap episod drama oh! my lady ni ada 16 kesemuanya. Jadi, kalau tak silap kira, ada lagi seminggulah agaknya tayangannya di 8tv. Agak2 lepas ni drama apa pula yang akan ditayangkan ya...? Drama Korea terpaksalah saya tengok online atau kalau malas sangat tunggu aje dekat tv. Sebab kalau nak beli VCDnya... mahal. Kalau dia buat DVD mungkin lebih murah kan... macam Japan dorama. Cepat juga 8tv tayangkan drama ni sedangkan drama ni drama baru.. tahun 2010. Tapi kalau tengok dekat 8tv yang tak bestnya dia akan alih bahasa. Adeh! Tak dapat nak dengar suara asal diorang.
Pengajaran dalam drama ni... pertama, kehidupan seseorang tidak sentiasa di atas sedangkan hidup ini diibaratkan seperti roda. Ada masa kita di atas.. ada masa kita juga kan berada di bawah. Mungkin juga kita bermula di bawah dan akhirnya di atas. tak kiralah di mana saja kita berada, sentiasalah bersedia dan usaha untuk terus maju ke depan. Jangan terus jatuh bila jatuh sekali.. sebab sakitnya nanti lebih parah.
Kedua, tidak salah kita memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Kenapa takut untuk mengambil risiko? Hidup ini tidak akan lari dari risiko.. tapi sentiasa akan berdepan dengan risiko dan cabaran baru. Kalau anda cuba lari bermakna anda sudah mengaku kalah sebelum anda mencubanya. kenapa perlu lari sedangkan anda tak tahu apa kesudahannya. Adakah sebab tidak percaya pada diri sendiri? Kalau diri sendiri pun tak percaya, macam mana nak percaya orang lain?
Ketiga, dari watak bekas suami ahjumma... kalau sebuah pernikahan itu dibeli dengan nafsu, ia pasti akan pudar. Dan bila yang lebih elok itu datang, isteri di depan mata pun boleh diketepikan malah boleh jadi seperti halimunan di mata. Tapi kalau sebuah pernikahan itu dibina dengan kasih sayang dan kesetiaan, ia pasti kukuh dan kekal bahagia selagi kasih sayang dan kesetiaan itu menjadi panji dalam rumah tangga.
Itu pendapat saya... bagi orang lain, terpulang...
No comments:
Post a Comment