Wednesday, December 1, 2010

Zettai Kareshi

Atau dalam Bahasa Inggeris, tajuknya berbunyi 'Absolute Boyfriend'. Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Izawa Riiko yang teringin sangat nak ada teman lelaki. Satu hari, dia pergilah kira macam sesi temuramah tentang teman lelaki idaman oleh sebuah syarikat. Syarikat tu janji boleh carikan teman lelaki yang sangat sesuai mengikut kriteria yang diberi oleh Riiko. Seperti dijanjikan, Riiko terima hadiah teman lelaki daripada syarikat berkenaan dan harga upahnya mencecah sehingga ratusan ribu yen. Wah! Manalah pula Riiko nak cari duit ni. Teman lelaki yang dia dapat tu pun bukannya manusia tetapi robot yang direka oleh syarikat tu. Emm.. tapi handsomelah pula robot tu, dimainkan oleh Hayami Mokomichi. Nama Mokomichi dalam cerita ni diberi oleh Riiko iaitu Tenjo Night (kalau orang Jepun sebut bunyinya macam 'Naito'). Naito ni memang cukup ciri lelaki idaman yang Riiko minta tapi mustahillah kalau Riiko nak jatuh cinta pada robot kan.

Dalam masa yang sama pula, Riiko ni sukalah pada seorang lelaki kat tempat kerja dia. Tapi tak sangka pula lelaki tu cuma permainkan dia aje. Rupa-rupanya lelaki tu ada hubungan dengan kawan rapat Riiko sendiri. Tapi setelah tembelang lelaki tu pecah, kawan rapat Riiko ni pun putuskan hubungan dengan lelaki tu. Haha melepas dua2. Lepas tu, anak bos syarikat tu pula.. Asamoto Soshi ni (Mizushima Hiro) sebenarnya ada hati dekat Riiko dalam diam. Naito pula kerja dekat syarikat yang sama sebagai cleaner untuk membantu Riiko cari duit dan dalam masa sama dia dapat perhati dan lindungi Riiko. Oh ya..lupa nak bagitau. Salah satu ciri lelaki yang Riiko nak ialah lelaki yang sentiasa akan melindungi dirinya. Jadi, sebab tulah Naito akan sentiasa dengan Riiko. Tapi yang peliknya, robot ni macam ada perasaanlah pula. Dia ada rasa cemburu bila Soshi mendekati Riiko atau mereka berdua kena buat kerja sama2. Syarikat yang hasilkan robot Naito ni ada pakaikan gelang dekat tangan Naito. Gelang tu akan tunjukkan perasaan tuannya untuk pemerhatian syarikat tulah. Nak tahu sama ada robot diorang tu berfungsi ke tidak. Selain tu, diorang pun boleh kesan pemikiran Naito. Jadi bila Naito ada perasaan cemburu seperti manusia, mereka sendiri pun rasa pelik dan sangka Naito dah rosak.

Naito banyak membantu Riiko dan selalu selamatkan Riiko bila dia dalam kesusahan. Naito juga damaikan hubungan dingin Riiko dengan ayahnya. Lama-kelamaan, Riiko pun rasa terharu juga pada Naito yang berkerja keras nak tolong cari duit dan lindungi dia sampai tak kesahkan dirinya sendiri. Riiko dah mula ada rasa sayang pada Naito. Tapi akhirnya, Naito faham perasaan Riiko yang serba salah untuk bercinta dengan robot. Naito juga tahu Soshi sukakan Riiko. Jadi, Naito korbankan dirinya dan meminta Soshi menjaga Riiko bagi pihaknya. Macam mana dia korbankan diri..yang tu kenalah tengok sendiri hehe. Tapi terharulah juga tengok ending dia. Ada pula robot macam tu ek kat dunia ni. Jadi, absolute boyfriend tu siapa sebenarnya? Robot Tenjo Night tu ke atau Asamoto Soshi? Tengok dan buatlah pilihan sendiri... =D

Saya tengok drama ni lebih kurang dua tahun lepas... tak lama lepas dorama ni ditayangkan dekat Jepun. Emm...alasannya sebab ada Hiro haha. Kali pertama saya tengok dia berlakon dalam cerita Hanakimi (Hanazakari no Kimitachi) yang ditayangkan sekitar tahun 2007 dan specialnya pada tahun 2008. Dalam cerita tu Hiro pegang watak ketua hostel ke3... alamak watak dia agak hampeh jugalah. Alah, semua watak dalam cerita tu pun agak hampeh. Poyo jer diorang ni. Hampeh kat sini bukan maksudnya teruk tapi klakar... Lepas tu keluar pula cerita dia berlakon dalam siri Kamen Rider Kabuto yang ditayangkan sekitar tahun 2006 dekat Jepun tapi dekat Malaysia tahun 2009, selepas drama hanakimi ditayangkan di 8tv. Kabuto ditayangkan dekat ntv7 setiap ahad..lebih 3 bulan rasanya tayangannya. Memang kalau boleh tak mahu miss lah walau satu episod pun. Cuma tak berapa suka trademark Kabuto ni... sape yang tengok, taulah trademark dia.

Pengajarannya: manusia dengan robot atau makhluk lain xleh bercinta. Manusia ngan manusia ajelah. betullah kan...

No comments:

Post a Comment