Yeeehaaa!!! Ok.. ni bukan cerita pasal habuan berbentuk wang tunai yang dimenangi oleh team Malaysia selepas menang AFF Suzuki Cup. Tapi cerita pasal habuan yang turut diterima oleh semua rakyat Malaysia.. hehe terima tempias juga tau. Apa habuannya? Dapat bonus ke? Taklah... tapi dapat cuti esok. Haha... oklah tu. Kecoh pagi tadi saya datang keje, orang sibuk bercerita pasal esok cuti. Pengumuman cuti tu katanya dibuat jam 12 tengah malam semalam. Saya tak tengoklah pula. Lepas habis aje tengok game, terus saja mata saya ngantuk. Macam saya pula yang main, penat sangat rasa haha mesti kes terover sorak ni :p Tapi nasib baik cutinya esok, bukan hari ni. Dibuatnya hari ni, hah menonong la saya datang keje, sekali tengok semua orang tak ada hahaha... mesti pelik jer kan.
Orang pun tak habis2 bercerita pasal perlawanan semalam. Macam2 cerita yang keluar. Wah famouslah Safee Sali lepas gambarnya terpampang di muka depan akhbar. Banyak jugamulut yang bercerita tentangnya. Habuan yang diterima semalam sebagai penjaring terbanyak perlawanan pun dah cukup berbaloi setelah menyumbang 5 gol sepanjang AFF. Safiq, kapten pasukan pun tak ketinggalan jadi buah mulut. Ok, semua cerita yang saya dengar semua baik2 belaka. Tak ada cerita yang tak best ok, xyah risau. Dalam usia muda dah berjaya mencatat sejarah ketua pasukan yang menjulang piala Suzuki AFF tu. Wah, siapa sangka? Mesti bangga mak ayah dia kan. Siapa lagi? Hah tak ketinggalan... penjaga gol yang beraksi cemerlang sepanjang permainannya... Khairul Fahmi. Barisan pertahanan dan pemain tengah pun tak ketinggalan menjadi topik cerita. Pendek kata, semua namalah ada disebut termasuk semua barisan atasan serta jurulatih sendiri. Hehe... macam2. Yang pasti, semua cerita yang cukup memberangsangkan dan diharap semangat sebegini dapatlah diteruskan... supaya pasukan kita pun lebih bersemangat untuk bermain dengan lebih baik. Kalau ada sokongan mestilah lagi bersemangat kan. takkan nak main syok sendiri aje... kan...kan.
Oh, cerita2 yang sampai ke telinga saya ada juga yang menyentuh tentang pasangan kembar, Zaquan dan Zafuan... yang khabarnya mengalami kecederaan sehingga tidak dapat beraksi dalam pentas AFF. Ada yang kata, tak bestlah dua kembar ni tak ada. Sayangnya mereka tak dapat beraksi... ada juga yang kata, bayang mereka semakin pudar bila muncul ramai pemain baru yang berpotensi yang telah dicungkil bakat mereka oleh jurulatih K Rajagobal. Emm... apapun diharap Zaquan dan Zafuan serta semua pemain lain yang cedera cepat sembuh dan kembali bermain dengan lebih baik dan menguatkan lagi jentera pasukan Malaysia dan negeri. Kita mahukan lebih ramai pemain yang berpotensi. Tindakan bijak K Rajagobal untuk memberi peluang kepada pemain baru memang patut diberi pujian dan perhatian. Itu memang tindakan yang sangat bijak. Sama macam sukan badmintonlah, kalau nak saya berikan contoh. Kalau kita tengok, misalnya negara China. Mereka akan sentiasa dedahkan pemain baru untuk temasya yang besar. Bukan takut untuk turunkan pemain baru dan muda, kononnya mereka belum cukup pengalaman. Tapi, kalau tak diberi peluang macam mana nak cukup pengalaman kan. Pendedahan seperti inilah yang sebenarnya memberi impak yang cukup besar dan pengalaman yang cukup berharga buat mereka dalam menyelami perasaan beraksi dalam pentas yang besar. Kan... kan. Lepas ni, mesti ramai jurulatih yang mencontohi cara K Rajagobal ni kan.
Okeylah... kepada semua, semoga terus berjaya dan teruslah berusaha dengan lebih gigih. Majulah sukan untuk semua (^_~)v
No comments:
Post a Comment