Thursday, December 30, 2010

Tewas tapi menang

Fuh! Perlawanan akhir kedua AFF Suzuki Cup di Indonesia semalam memang menggetarkan. Mendebarkan. Seawal minit ke 8, keadaan mula bahaya di kawasan Malaysia. Namun pertahanan Malaysia harus diberi pujian kerana mempunyai benteng yang kukuh dalam membantu penjaga gol, Khairul Fahmi menyelamatkan keadaan. Minit seterusnya NorShahrul memulakan rentak yang cantik di dalam kotak penalti tapi gagal disudahkan dengan kemas oleh rakan sepermainan.
Indonesia galak mengasak sepanjang permainan. Nampaknya kali ni Indonesia pula seperti menguasai permainan sementara Malaysia lebih banyak bertahan. Kalau ikutkan pun kebanyakan pemain seakan berkampung di kawasan sendiri. Mungkin itulah strategi yang diatur jurulatih negara, K Rajagobal kot, 3-5-2? Minit 18, jantung saya dah berdebar kuat sangat bila Indonesia mendapat tendangan penalti apabila bola terkena tangan pemain Malaysia dalam kotak penalti. Namun peluang itu gagal dimanfaatkan Indonesia untuk mendapatkan jaringan apabila sepakan penalti mereka berjaya diselamatkan Khairul Fahmi. Fahmi mempunyai prestasi cemerlang sepanjang perlawanan akhir. Dia punya jangkauan dan refleks yang cepat. Memang kagumlah. Saat2 akhir separuh masa pertama sekali lagi gawang Malaysia hampir bolos bila keadaan nampak kelam kabut di depan gol sedangkan Fahmi sudah keluar untuk menyelamatkan bola di depan. Tapi bola tu sekadar melepasinya dan melantun betul2 depan garisan gol. Nasib baik bola tu melantun tinggi keluar dan tak masuk.. fuhfuh memang bahaya.
Separuh masa kedua tak banyak beza. Indonesia terus mengasak namun semua asakan gagal disudahkan untuk membuahkan jaringan sehinggalah pada minit 53, Safee Sali pula yang menggegar gawang Indonesia, melebarkan sayap Malaysia sekaligus terus menekan Indonesia. Sunyi stadium dibuatnya. Masa tu dia seorang aje kat bahagian atas sedangkan pemain lain semua kat tengah dan bawah untuk bertahan. 20 minit sebelum perlawanan disudahkan akhirnya Indonesia menjaringkan gol apabila bola muntah dari tangkapan Fahmi. Minit 81 gerakan cantik dimulakan oleh Amri ke kawasan Indonesia tapi berjaya ditepis Markus. Wah, gempaklah senior pasukan Malaysia ni. Tapi semalam Malaysia kurang menyerang tapi serangannya berbisa kata Hasbullah. Minit 87, sekali lagi gawang Malaysia bolos hasil tandukan ke gawang sendiri. Apapun mereka harus diberi pujian kerana semua 22 pemain bermain dengan sangat baik.
Kedengaran sorakan apabila wisel penamat dibunyikan. Malaysia menang dengan agregat 4-2. Rasa bergegar pula rumah ni dibuatnya. Jiran2 pun seronok bersorak tapi rasanya stadium sunyi. Walaupun tewas penyokong Indonesia nampaknya menunjukkan sportmanship bila tidak meninggalkan stadium lebih awal dan nampak tenang walaupun sedih. Tak ada insiden tak baik berlaku. Kepada pasukan Malaysia, tahniah dan terima kasih =D... tahun2 depan main lagi yerk memandangkan korang ni muda2 belaka. lain kali saya nak tengok dekat stadium pula..dari dulu nak wat camtu tapi tak berkesempatan juga. Yalah, nak pergi kenalah berteman. hehe

No comments:

Post a Comment