Saturday, March 27, 2010

3 jam di Pesta Buku

27 Mac 2010 (Sabtu), saya bercadang nak ke Pesta Buku Antarabangsa hari ini bersama kawan satu sekerja. Lepas Zohor, baru bertolak ke PWTC sebab memang dah agak pasti ramai org hari ni. Keluar dari stesen LRT star, haha Sah! Memang berduyun2 orang datang hari ni..maklumlah baru lepas gaji dan esok adalah hari terakhir Pesta Buku. Saya jangka esok pasti lebih ramai pengunjung ke PWTC. Sebelum masuk terus ke PWTC, kami mengisi perut dahulu di The Mall. Mak aii, semua restoran makanan penuh. Sampai ada yang terpaksa beratur menunggu meja kosong. Dari Secret Recipe di luar, sehingga Kenny Rogers...semuanya sesak. Pizza Hut pun sampai dah tak boleh nak ambik order lagi. Kata salah seorang staff di situ, pizza dah habis. Kami tanya, kalau tak makan pizz tapi nak makan makanan lain? Staf tu pula kata tak ada meja kosong. Sedangkan banyak meja tak berpenghuni..cuma mejanya saja penuh dengan pinggan dan gelas yang belum diangkat. Entahlah.
Tak cukup, kami pergi ke level bawah. Konon nak makan di food cour sajalah..penuh jugak! Chicken Rice Shop, KFC..n semualah penuh. Lama kami berdiri di luar restoran Chicken Rice Shop. Pelik. Semua restoran tak ada sediakan emergency table. Rasanya ini bukan kali pertama The Mall sesak dengan orang ramai yang nak mengisi perut. Sambil menunggu mata kami meliar..menjenguk ke setiap restoran berdekatan. Sampai satu waktu, kawan saya ternampak dua tempat kosong di Mr Tenpayaki, berdepan dengan Kiosk kebab. Alamak! Saya bukannya makan taugeh haha tapi sebab tempat lain semua penuh lagi, so bolehlah tu.
Inilah makanan tengahari kami..tapi yang masaknya bukannya Japanese pun huhu..tapi mat Bangladesh hoho..telan sajalah
Habis makan, kami terus menuju ke PWTC. Hoh..sesak dari luar hingga ke dalam. Tanpa buang masa, kami menuju ke booth CESB terlebih dulu. Sebab, beberapa kawan saya yang tak sempat ke PWTC pesan suruh beli buku. Alhamdulillah, booth cesb hari ni pun tak terlepas penuh sesak dengan orang yang berkunjung dan membeli buku2 terbitannya. Berbeza seperti minggu lalu.
Saya mengajak kawan saya meng'karikatur'kan wajah kami..sebagai kenangan. Tapi macam biasalah..kena beratur. Kartunis2 nie memang semuanya sentiasa sibuk dan tak menang tangan melukis. Ramai orang yang beratur menunggu giliran untuk wajah mereka dilukis..termasuklah kami haha. Masa menunggu tu, ada juga beberapa petugas dan promoter cesb yang menegur...bukan tak sudi masuk, tapi kejap eh..lepas abg Nud's lukis gmbr kami hehe
Wah, Abang Nud's ada hair style baru minggu nie...last week lain. Minggu ni dah potong pula ^_^
Sempat juga bergambar dengan abang Nud's wahhh hepinya!!!! Kawan saya pun excited bila dapat autograph abg Nud's siap dengan karikaturnya sekali dalam komik yang dibelinya. Nyesal lak tak beli sama huhu...budget x cukup ;p

Monday, March 22, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (19-28 Mac 2010)

Sabtu dan Ahad yang lalu, saya berada di booth CESB di KLIBF (PWTC). Pada hari pertama (Sabtu), punyalah berdebar. Rasa kekok juga bila saya tersampai awal hari tu. Nampak sangat macam excited. Tapi, kalau boleh memang tak nak datang lewat. Tepati masa lah kononnya haha. Jujurnya saya kekok, rasa seram sejuk dan tak tahu nak buat apa. Nak bercakap dengan petugas kat situ pun saya rasa gelabah, cemas dan segan. Macam lah saya nampak monster haha...jangan cakap masa tu, masa exam pun saya debar sampai demam. Tak kurang peliknya, masa nak buat pasport dulu pun sampai naik temperature. Teruk betul. Tapi nasib baiklah, geng cesb yang ada hari tu semuanya sporting, caring and baik..banyak tolong dan beri saya semangat.
Lebih kurang jam 10.30 pagi, ada seorang pembeli..seorang ahli kelab CESB membeli novel cintaku tabloid dan meminta autograph saya...Ya Allah, masa tu menggigilnya jangan cakap lah tapi cuba juga selindungkan. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Dalam otak pula, tertanya-tanya apa yang patut saya buat masa sesi autograf tu. sign jer ke? Sampai lah senior novelis datang..Fatinilam Sari Ahmad, tunjuk ajar sikit apa yang perlu dibuat. Begitu juga Zana, Editor CESB. Kak Fatin datang dengan anaknya yang berumur 9 tahun..dari Pahang tu. Jauh. Sepanjang mereka ada di situ, sempat juga bermain dengan Danial (anak kak Fatin).
Bab paling best, dapat jumpa dan tengok kartunis2 Gila-gila melukis..wahh, memang seronok. Macam senang jer. Kartunis yang ada masa 2 hari ni, abang One, abang Nud's dan abang Ram. Wah, dapat banyak perhatian mereka ni. Tak lupa ramai yang nak bergambar bersama mereka...busy sepanjang hari ^_^
Lepas kak Fatin datang, saya dah tak ada gelabah sangat. Rasa calm la sikit. Ada yang bertanya bagaimana saya dapat mendapat ilham untuk menulis sedangkan saya belajar dalam bidang sains..dan masih melanjutkan pelajaran di UKM. Jawapan saya senang saja. Sebab minat dan saja nak release tension lepas study kot. OK la cerita panjangnya macam ni. Saya mula menulis sejak belajar di Kolej Matrikulasi. Sebab penat belajar, saya lepaskan dengan berimaginasi atas kertas. Ada kalanya saya melukis. Ada kalanya saya menulis. Kakak saya dulu juga minat menulis dan ada hasilkan beberapa karya. Tapi tak pernah pula cuba untuk hantar kepada mana-mana syarikat. Mungkin itulah perangsang saya untuk menulis.
Ada juga yang bertanya berkenaan cerita cintaku tabloid ini. Cerita ini berkenaan apa. Bagaimana jalan ceritanya? Saya boleh ringkaskan begini, cerita ini mengenai cinta empat segi yang sebenarnya tetapi watak keempat itu tidak saya tonjolkan sama seperti watak-watak utama yang lain. Jadi ia nampak seperti cinta tiga segi. Kisah percintaan tiga segi ini agak ringan dan sesuai bagi mereka yang inginkan bahan bacaan yang ringan dan nak release kan beban kerja, sambil bersantai ke. Tapi, saya faham setiap orang punya citarasa berbeza. Watak utama, Shahrul dan Fazura saling mencintai. Dalam masa sama, Nabila juga menaruh cinta yang dalam terhadap Shahrul tetapi tidak mendapat balasan daripada lelaki itu. Zul pula ialah cinta pertama Fazura yang tidak pernah menerima cinta Fazura dahulu, kini tiba-tiba menagih cinta gadis itu. Namun cintaku tabloid tidak menonjolkan kisah cinta semata-mata, malah ia tidak dibebankan dengan krisis cinta yang mendalam tetapi saya sampaikan secara santai bersama-sama watak-watak sampingan lain yang diharap dapat membuatkan pembaca tertawa. Contohnya watak Mat Born yang tersangat kuat berleter dan selalu menjadikan Shahrul sebagai mangsanya. Nak tahu lebih lanjut, kenalah beli novel ini di pasaran ^_*. Ikuti perjalanan hidup remaja-remaja ini dan kisah cinta mereka dalam cintaku tabloid.
Berbalik pada cerita saya berkenaan KLIBF, ternyata sambutan kurang memberangsangkan. Saya faham, bukan masa yang sesuai sedang kebanyakan kakitangan kerajaan belum dapat gaji. Dan kawan saya yang berkerja di sektor swasta pun kata, mereka belum dapat gaji. InsyaAllah, minggu depan diharap lebih ramai pengunjung yang memeriahkan Pesta Buku tahun ini.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada senior2 novelis yang sempat saya jumpa, yang banyak beri tunjuk ajar..tips2 menulis, tips menghasilkan karya dan tak lupa juga tips promosi (^_^)m
Terima kasih juga pada semua yang banyak beri semangat dan kata-kata perangsang. Biasalah saya penulis baru. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan perlukan masa juga untuk naik. Saya tak nafikan semua itu..kerna itulah lumrah hidup. Tiada perkara yang mudah, dan tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan memerlukan komitmen, usaha, kesabaran dan doa. InsyaAllah, berkat dorongan, sokongan dan doa keluarga, teman-teman dan semua kakitangan juga pembaca.
Kepada teman-teman yang masih belum pergi ke pesta buku, datanglah beramai2 bersama keluarga atau rakan-rakan sehingga 28 Mac 2010. Jangan lupa datang ke booth CESB (Creative Enterprise) di level 2, seberang sungai. Bila anda masuk ke dalam Hall 2 tu, anda akan nampak booth PTS betul-betul depan pintu masuk. Untuk ke booth CESB bolehlah belok ke kiri dan CESB ada tak jauh di depan.

Friday, March 19, 2010

Yuri Iqmal di Book Fair 2010

Uwahhh!!! excited bila dapat panggilan dan surat jemputan daripada pihak CE untuk bersama-sama mereka melibatkan diri semasa Pesta Buku yang diadakan di PWTC sekitar 19-28 Mac 2010. Yuri Iqmal akan berada di sana pada 20 dan 21 Mac iaitu Sabtu (esok) dan Ahad ni. Tak tahulah apa yang patut dibuat pada hari tu nanti, memang tak ada pengalaman pun. Berdebar pun ada..sebab mesti PWTC crowded dgn org ramai dan aku tak kenal pun sesiapa di sana. Rasa janggal la pulak..kecut perut pun ada. Hahaha.
Yang pasti, esok kena bangun awal pagi ,,, dan bersiap sedia. Apalah yang kena buat nanti yerk....Jumpa di sana!!! (^_^)

Mural..mural on the wall Part4

Week 3
Day 1
Ingat lagi dinding yang comot dulu tu haha xde la comot mana kan...minggu ini, tugas aku untuk siapkan tiga dinding yang masih berbaki termasuk la dinding yang comot tu hehe. Kali ini aku pergi lewat sikit..hampir tengahari, my sis yang hantar. Sampai2 ustzah dah lama tunggu smp dia kata..'ingatkan tak datang' and aku pun cuma beri respon, senyum jer like i always do ^_^ withour further any due, aku pun mulakan kerja aku tanpa endahkan perbualan between ustazah n my sis. ejam aku cuba cari rentak, since aku guna berus baru hari ni, Sudahnya, sumbat telinga dgn earphone n listened to jpns songs haha Aku tak ingat bila ustazah balik..rasanya b4 zohor..n tak lama lepas tu mural pada dinding yang aku tengah buat tu pon siap. Dan inilah hasilnya...





Lepas solat Zohor, aku mula melakar lukisan pada bilik belakang yang dijadikan kelas untuk adik2 berumur 4 tahun. Inilah tema yang aku sediakan untuk adik2..berupa pengenalan kepada huruf vokal dan konsanan. Lukisan kali ini dibuat tanpa mengubah warna background yang sudah sedia orange. Cerita pasal buat lukisan ni, punya la khusyuk nak siapkan..khusyuk sangat mewarna and pilih warna yang sesuai nak ditampal pada warna background yang dah memang terang tu...aku tak sedar langsung ada orang masuk haha. minggu ni kan cuti sekolah, so tak budget saper2 yang akan datang hujung minggu. Tambahan pula, aku dah memang kunci pintu depan siap2. Tengah kusyuk mewarna sambil dengar lagu, bila aku toleh belakang tok ambik warna lain..terkejutnya rupa2nya ada dua orang kat belakang aku. Nasib baik tak dekat sangat. Kalau tak mau merah padam muka kot haha....alamak! aku ada menyanyi kecil tak masa diorang dok perhatikan aku masa tu? aiseh....


Sampai petang, jam 7 petang...nak balik, mural ni tak siap lagi..n aku decide nak proceed esoknya ajelah. Abang ipar aku ada tanya, nak sambg malam tuke? tapi, aku xleh nak buat keputusan serta merta. Tak rasa nak buat pun sebab badan dah terasa sangat letih. Since aku memang dah tak cukup rehat beberapa minggu ni sebab selesaikan macam2 hal. So ingat nak rehat la malam tu. Tapi, diorang ajak g jalan2 la pula malam tu...ikut sajalah. Boleh jugak aku cuci mata. Haha lagipun bukan aku yang drive ;p


Day 2

Ahad 14 Mac 2010


Siapkan mural untuk kelas 4 tahun yang tertangguh semalam. Hari ni pun aku kunci pintu sebab tak nak sesiapa masuk hehe...kalau ustazah2 mesti la diorang ada kunci kan. Tak berapa ingat bila exactly aku siapkan mural ni. Kalau tak silap aku tak ambil masa yang lama tuk siapkan mural yang ni. Sebab kan tingggal sikit jer semalam.




Done with that mural, i proceed to the last one, dekat tangga, tema dasar laut. Aku berkira2 macam mana nak lukis supaya haiwan tu semua jadi tak cukup sifat? Emmm...but someone told me...yang ni tak apalah. So aku pun juz sketch ikut draft lama with some changes. Oleh sebab warna dinding warna biru yang agak gelap, so tak perlulah aku warnakan lagi background yang dah memang sedia warna air tu kan. Tapi masalahnya, susah juga nak pilih warna yang sesuai untuk warna oblek lain. Warna lembut tak kan dapat cover warna yang gelap. Walau apapun masalah dan cabarannya, semuanya ada jalan penyelesaiannya ^__^


Petang tu, hujan lebat...like dog and cat...tersangat la lebat sampai kan tingkap terbuka sendiri..n bersihlah semua tingkap kena cuci dengan hujan lebat tu. Aku cuak juga bila hujan tu mengenai pada dinding yang sudah siap muralnya haha tapi tak apa...lukisannya tak luntur ^__*


Sebabkan hujan lebat, aku balik lewat hari tu. Malamnya aku datang balik untuk siapkan juga mural tu. And dalam hujan lebat, aku redah ajer balik rumah. Hey, malam tu kan Chong Wei lawan for final All England. Nak tengok sangat and support him from here although he cant able hear my hails. haha



Inilah sebahagian part tema dasar laut tu. Takdela macam pakar pun..dah memang aku seorang amartur. Melukis ni pun sekadar hobi. And mural ni pun aku hanya dapat buat hujung minggu. Itu pun kalau tak ada aral, takde konferen or seminar atau kursus. Kalau ada hal lain yang melibatkan study aku, tak adapatlah aku buat mural. Terima kasih kepada semua pihak yang memahami status saya sebagai seorang pelajar dan tidak sekali2 mendesak supaya kerja2 ini siap dengan segera. Jangan risau, aku memang akan siapkan sesegera mungkin kalau berkesempatan.
Lepas tu, esoknya aku demam..sebab main hujan malam sebelumnya kot haha demam lagi....and aku study dekat rumah ajer. Dapat juga aku study for d becoming conference '(^__^)m





Monday, March 8, 2010

Mural..mural on the wall Part3

Week 2
Day 1

Hari Sabtu, lepas saja Subuh aku nak keluar rumah n kononnya nak bertolak ke rumah my sis lebih kurang jam 6.30 pagi. Tapi sebabkan lampu jalan tak on, aku pun terlepas bas sebab tak nampak nombor bas. Bengang jugak la bila jam 8.40 baru aku dapat naik bas dan sampai PJ lebih kurang sejam lepas tu. Pagi tu hujan lebat dekat KL dan buatkan aku makin ngantuk. Malam semalam dah la aku tidur lewat sebab syok sangat tengok pak cik Hodong and his geng in 2days 1night haha...kelakar la diorg ni.
Sampai saja kat rumah my sis, kebetulan my sis tengah goreng cekodok..wah, apa lagi..jamah la dulu sebelum bertolak ke Pasti. Emm aku memang target nak siapkan bulan ni..tapi itu cuma perancangan jer. Sebab tetiba 21 and 28 Mac aku kena pergi Book Fair..so tak dapat la aku nak buat mural pada hari tu.
Lebih kurang 10 pagi, aku mengayuh ke kelas dan start color lukisan kat atas nie...sampai petang, siap jugak la lukisan.


Inilah hasil akhirnya...haha tapi lambat juga aku nak siapkan sebab berus pula dah hancur..hai..macam2 hal la pula. Lepas siap lukisan ni, aku sambung terus mewarna pada dinding2 lain jugak...hey, hari ni sabtu 6 Mac...today is my special day hahaha...shhhh
Sambil2 tue...bila rasa penat ajer...aku makan bento yang akak aku sediakan...cekodok dengan kari daging..emm yummi. Hari ni panas terik..and kebetulan pula, xde air masak pun kat dapur..alamak, air bekal pun tak cukup.....






Sebelum balik, aku warna sikit mural pada dinding sebelah. Sampai pinggang aku pun dah rasa cam bengkak jer..terbongkok2 nak mewarna lukisan nie haha.
Lebih kurang jam 6 petang, aku mengayuh pulang dan malamnya aku datang balik..tapi bukan naik basikal lagi. Kononya nak siapkan juga lukisan pada dinding tu malam tu juga. Tapi tangan dah menggigil kepenatan dan aku terus hilang fokus. Kalau dengar lagu pun tak dapat nak membantu...pinggang pun dah terasa teramat la sakit...oohhhh cant stand anymore. Hampir 2 pagi, aku pun balik..tapi tak tidur jugak. Sebab badan dah letih sangat..sampai susah nak tidur. Perut pun terasa lapar..tapi dah lewat, emmm xmau la makan.....
Day 2

Disebabkan malam tadi aku susah nak lelapkan mata..hah, terlajak bangun la pagi ni...lewat aku ke kelas..hampir tengahari baru aku bersiap2 nak ke sana tapi hari ni aku tak larat nak mengayuh.
Aku terus tanam tekad nak siapkan juga lukisan ni. Tak tau la kenapa rasa macam payah sangat nak siapkan mural yang satu ni. Dalam pada tu, aku edit juga mural yang aku dah buat minggu lepas. Haha..mural ni pun asalnya aku tak rasa nak buat background pun tapi sebabkan..makin banyak contengan yang ada, aku terus decide tambah ajer la background untuk tutup kesan conteng tu. Maybe..sedikit sebanyak dpat cover la jugak. Haha, adik2 nak belajar melukis eh....hehe bagus2. Takpe, nanti ustazah bagi kertas lukisan..kita lukis sama2 eh ^_^



Mural..mural on the wall Part2

Selesai menyiapkan mural di Pasti Al-Ikhwan, tiba masanya untuk aku mulakan mural di Pasti As-Siddiq pula. Tema utama yang diminta adalah hidupan laut. Tapi yang tu, belum aku lakarkan atas dinding lagi. Sengaja aku nak buat last sekali sebab masih dalam proses ubahsuai draft. Kalau ikutkan, ada 8 area yang aku kena lukis kat kelas ni. Seminggu lepas aku siapkan mural sebelum nie, aku dah serahkan draft utk mural As-Siddiq. Inilah antara draft yg aku buat..emm lama juga la aku nak siapkan. Dalam 2-3 jam juga. Tu pun nasib baik ada bantuan IT kan ;p




Week 1
Day1


Hari Jumaat, cuti Maulidur Rasul..selepas waktu solat Jumaat aku mula sketching pada 5 dinding. Masa mula2 aku masuk kelas ni, fuiyoo...macam2 color ada. Memang colorful. Ada dinding warna light purple, biru, orange, merah, hijau, kuning pun ada. Oleh kerana kelas tu memang dah digunakan untuk sesi pembelajaran, almaklum sajalah dindingnya memang banyak kesan2 conteng dan tapak kasut. Contohnya macam dinding kat sebelah ni. Ternganga jugak lah aku nak cover kesan comot tu. Haha, padahal tak la teruk mana pun comotnya. Dah namanya pun budak2, memang payah nak kawal. Dan oleh kerana sesetengah warna dinding gelap, aku buat keputusan tak perlu lah untuk aku warnakan background. Siap aku sketch 5 dinding tue, aku pun balik...hari pun dah hampir senja. Esok adalah hari penting =D


Day 2

Hah, hari kedua aku mula coloring. Kelas pun dah bersepah sebab hari sebelumnya Ustazah2 ada tolong aku alih barang2 dan perabot ke tengah untuk mudahkan aku lukis pada dinding. Hari ni aku color tema ladang dulu sebab, lukisan ni pada dinding yang dikatakan utama kat kelas ni. Katanya, area lapang ni nak dijadikan tempat ibubapa berjumpa guru. Warna cat asal dah memang biru..yang agak gelap. Itulah sebab aku tak buat background. Dari pagi hingga ke petang, akhirnya siap juga dan inilah sebahagian daripada tema ladang untuk sudut ni.


Gambar asalnya sebenarnya xde pun rumput and bunga pada haiwan2 ni, tapi sebabkan pihak Pasti minta aku ubahsuai haiwan tersebut supaya jadi tak cukup sifat, aku tambah sajalah rumput2 pada badan haiwan. Lepas tu mereka minta pula supaya aku letak sekali nama haiwan..emmmm. Mural ni siap lebih kurang jam 4 petang dan masa tulah, sekali lagi, aku modified lukisan ini menjadi seperti ...


Day 3


Ahad, aku mulakan mural pada dinding baru. Kali ini tepi tangga dengan tema...transport. Oleh sebab badan dah rasa sangat letih..yang tinggal cuma semangat jer ni. Sebab aku nak somethng to encourage myself, i listened to music in my hp la...sampai hbs bateri hp aku haha. Seriously, kalau tengah buat mural, memang xkesah nak makan pun haha bukannya tak lapasr tapi syok sangat melukis kot haha...kdg2 tue sbb malas nk cuci tangan smp sanggup tahan jer lapar hahaha