Saya sebenarnya tak tahu jam berapa perlawanan akhir ni bermula. Tapi bila melihat Berita Nasional disiarkan seawal jam 7.30 malam, saya boleh agak yang perlawanan akhir pertama AFF akan bermula jam 8 malam. Wah, excited... dan snek saya malam tu jeng jeng jeng....
Rocky Road... hehe sambil tengok bola, suap aiskrim dalam mulut... nyum nyum :p
Berbaloi! Perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil semalam menyaksikan perlawanan sengit antara dua pasukan. Walaupun gagal menyempurnakan peluang yang dimiliki masa awal permainan apabila pemain pertahanan Indonesia melakukan kesilapan hantaran kepada pemain Malaysia hampir dengan kotak penalti, gagal dimanfaatkan. Namun, pasukan Malaysia terus menekan Indonesia dengan serangan berterusan tapi kesemua cubaan masih tak menghasilkan gol. Malah pada minit ke 27, gawang Malaysia pula hampir bolos gara-gara kesilapan pertahanan yang membiarkan ruang depan kotak penalti kosong. Mungkin terleka sekejap selepas bola sebelum tu asyik berkampung dekat kawasan Indonesia. Lepas pemain Indonesia yang licik dan lari macam kilat tu sambar bola, kelam kabutlah pertahanan nak turun balik. Permainan semalam agak cepatlah. Bola tu sekejap ke atas.. sekejap ke bawah. Berdebar rasa jantung ni. Kalau tengok dekat stadium, agaknya lagi berderau darah. pada minit ke 39, sekali lagi kotak penalti Malaysia ditawan dan keadaan masa tu memang bahaya. Nasib baiklah pemain Malaysia masih tenang merampas dan mengawal bola untuk dibawa keluar dari kawasan bahaya walaupun diasak beberapa pemain/ penyerang Indonesia. Fuh, memang berdebar betul.
Bila permainan separuh masa pertama hampir tamat, lebih kurang pada minit ke 44, Malaysia dapat tendangan sudut bertalu-talu. Dalam masa sama pemain Indoneisa pula macam nak melengahkan masa dengan membantah tentang laser yang dipancarkan ke muka mereka. Alamak! Siapa pula yang bawa laser ni. Memang saya pun nampak ada laser warna hijau yang dihalakan ke muka pemain, sama macam semasa Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan separuh akhir yang lepas. Haih, nampaknya kenalah tingkatkan keselamatan lepas ni kot. dan bagi penyokong pula silalah berkerjasama, jangan buat kerja-kerja yang tak beretika ni. Ini, sampai mercun pun korang nak baling2. Perbuatan tak beretika seperti ini akan menjejaskan imej sukan negara, sekaligus nama negara juga. Tolonglah tunjukkan semangat kesukanan ya... apa orang kata, sportsmanship. Nak cerita balik pasal apa yang berlaku dalam minit-minit terakhir ni, masa ni jugalah Amirul Hadi dapat kad kuning gara-gara buat sepakan gunting tapi terkena pula pada kepala lawan. Separuh masa pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Masuk babak kedua, kita semua dikejutkan apabila gawang Malaysia dipecahkan oleh sepakan Gonzales seawal dua minit selepas permainan dimulakan. Nasib baik Gonzales dah off-side sebelum buat jaringan. Jadi, gol tu dibatalkan. Tapi itu dikira amaran kepada pasukan Malaysia lah kiranya dan pasukan Indonesia selepas itu terus mengambil alih untuk menekan pasukan Malaysia pula. Sehingga minit ke 54, permainan terpaksa diberhentikan atas alasan keselamatan apabila Markus, penjaga gol Indonesia sekali lagi membantah laser yang dipancarkan ke mukanya. Haish, pancaran laser ni memang boleh ganggu permainan. Masa nilah, penyokong membantah dengan membaling mercun ke padang. Adeh, tak patut betullah diorang ni. Janganlah sampai hanya kerana beberapa orang yang buat silap ni, perlawanan ters dihentikan. Kan ke rugi. Mestilah penyokong lagi bengang kan.
Lama jugalah permainan ni dihentikan. Lebih kurang lima minit, baru permainan disambung semula. Tak lama lepas permainan bermula, Safee Sali menggegar gawang Indonesia pada minit ke 60 setelah mendapat hantaran daripada Nur Shahrul (xtau eja nama ni betul ke tak) kurang seminit selepas permainan dimulakan kembali. Diikuti jaringan Ashaari Samsudin pada minit ke 67, juga hasil hantaran Nur Shahrul dan seterusnya Safee Sali sekali lagi menyumbat gol ketiga Malaysia pada minit ke 71 dengan menanduk kencang hantaran jauh Mahali. Pasukan Indoneisa lepas tu makin tertekan dan terus mengasak kotak penalti Malaysia. Namun usaha mereka masih tidak mendatangkan hasil. Lapan minit masa tambahan (3 minit masa kecedaraan termasuk 5 minit menggantikan masa permainan dihentikan). Lama tu. Macam-macam boleh jadi dalam masa lapan minit tu. Masa ni, ingatkan Malaysia akan dapat tendangan penalti bila Markus menjatuhkan Kunalan dalam kotak penalti. Tapi, tak dapat pun. Jadi, bila wisel penamat dibunyikan maka berakhirlah perlawanan akhir pertama dengan keputusan Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. Teringat pada jangkaan seorang peminat Malaysia yang ditemuramah mengenai jangkaan gol tempoh hari. Katanya kalau separuh akhir hari tu, harga tiket RM20 menang dengan 2-0. Tiket final berharga RM30, jadi 3-0 lah. Haha, walaupun mungkin kebetulan tapi tepatlah juga jangkaan dia tu :D
Dengan bekalan 3 gol, diharap pasukan Malaysia dapat berentap dengan tenang dan lebih bersemangat di Senayan, 29 Disember ni. Harap-harap juga ada siaran langsung yang ditunjukkan di televisyen. Semoga berjaya dan membawa kemenangan yang sudah lama Malaysia dahagakan... ^_^
No comments:
Post a Comment