Yeah! Hari ni ada perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia antara Datuk Lee Chong Wei dengan 'seterunya', Taufik Hidayat. Walaupun Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda China semalam... tapi rasa tak puas hati tu tetap ada, bagi peminat badminton bila Lin Dan sekali lagi menarik diri ekoran kecederaan, katanya. Tapi ini bukan kali pertama pemain handalan China tu menjadikan kecederaan satu alasan untuk memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara. Emm.. apalah sebab musabab sebenar ek. Memang betul dia cedera dan tak mahu memudaratkan lagi kecederaan atau sengaja nak beri laluan dan peluang untuk pemain muda tu merasai kehangatan perlawanan berdepan pemain handalan dari negara lain? Yalah, kalau dia beri kemenangan dengan 'buat-buat kalah', nampak sangatlah dia main-main kan dan sengaja nak kalah. Atau kedudukan dia pula yang tergugat bila memberi kemenangan dengan cara macam tu. Tapi apapun alasannya, janganlah selalu buat macam tu... nampak macam tak ada sportmanship pula tau. Memanglah bagus nak bagi pendedahan pada pemain muda tapi biarlah dia melepasi satu demi satu peringkat. Tak usah nak beri peluang yang terlampau ketara macam tu dan bikin peminat serta penyokong tak puas hati... okei.
Selain pertembungan Chong Wei dengan Chen Long, semalam juga menyaksikan perlawanan hebat Piala Asia bola sepak... pertembungan Korea Selatan dengan Iran. Wah, memang sengit dan seimbang perlawanan semalam. Udahlah tunjuk tengah2 malam... siaran langsung pula tu. Maknanya memanglah dia lawan tengah malam semalam, waktu Malaysia. Ngantuk tersengguk-sengguk tengok. Sudahnya, memang tak habislah saya tengok perlawanan semalam. Khabarnya, pasukan Korea Selatan menang dengan satu gol dalam masa tambahan dan sekaligus melangkah ke perlawanan separuh akhir, dan akan menentang satu lagi pasukan gergasi bola sepak Asia iaitu Jepun. Hehehe... pasti pertembungan dua gergasi ini lebih hebat nanti kan. Ok... bila pula perlawanan separuh akhir bola sepak ni? Jangan bertindih dengan jadual perlawanan badminton udahlah... mau tengok dua-dua... :p
No comments:
Post a Comment