Di luar, pagi2 lagi dah ramai penjaja aiskrim haha...sebab perut dah lapar sangat, saya cakap nak makan aiskrim tapi kawan saya tak bagi =(
Kami plan nak picnic jugak kat sini. Salah seorang kawan bawa sandwich tuna, dan seorang lagi bawa snacks and saya pula bawak air oren n mineral sorang sebotol. Beratnya beg jangan cakap la. Rasa cam pergi hiking pulak. Haha.
Tiket masuk ke Taman Pertanian ni RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2 dan warga emas 55tahun ke atas. Masuk saja, we all naik bas dulu. Tengok pemandangan dari dalam bas untuk cari port yang best nak berkelah. Bas akan bergerak sehingga Empangan Baru dan akan berpatah balik ke pintu masuk. Masa nilah penumpang boleh turun di perhentian2 tertentu.
Tak lupa rumah 4 musim. Tiket berharga RM3 untuk dewasa, RM1 untuk kanak2 dan warga emas. Kali ini musim bunga/spring. Cantik! masuk2 saja, wahhh sejuknya. Rasanya memang tinggi kos nak jaga tempat ni. Dalam rumah 4 musim ni, ada dua bilik yang berbeza probnya...
Sekali rasa macam berada dekat oversea pulak hehe. Ada kincir air lagi...kan best kalo ada japaense house jugak kat sini. hehe
Sekali rasa macam berada dekat oversea pulak hehe. Ada kincir air lagi...kan best kalo ada japaense house jugak kat sini. hehe
Rumah 4 musim ni taklah besar sangat. So kalau masuk tu, masuk lah lama2 sikit and ambik lah byk2 gambar k...dah keluar takleh masuk balik lol
Lepas keluar dari rumah 4 musim, kami menuju ke...toilet. Bersih la jugak. and air dia sejuk!
Pastu we all pergi Fish theraphy spa dekat depan bus-stop, di jalan keluar dari area rumah 4 musim tue.
Harga untuk terapi ikan ni, RM5 untuk 20 minit. Siap dapat percuma sebotol air mineral dan dua biji gula2. Masa mula2, berkira2 juga nak buat ke tidak..tapi alang2 dah sampai, buat jerlah...sambil relax2. Tambahan pula ada sorang bro tue sporting...dia cakap xgeli pon..kalo geli pon sekejap jer. Pakcik owner tu pon cam best jer...baik. Ada dua pilihan sama ada nak ikan besar atau kecil. We all pilih yang kecil dah la..for d 1st time. nanti menjerit pula bila terus terjun kaki dekat ikan besar. Yang kecil tu pun saya dah jerit bila tiba2 banyak ikan hisap kaki saya. Geli semacam. Tapi lepas dua tiga minit..biasa dah.

Sambil2 tu, kami berborak juga dengan pakcik tu. Katanya, ikan tu spesies talapia dari republik China. Lepas salah seorang kawan saya masukkan kaki dia dalam tu, semua ikan lari ke kakinya...yang ada kat kaki saya semua lari wowowo...sampai masa dia tak tahan, dia goyang kaki dalam air, so semua ikan bertempiaran. Kawan saya yang seorang lagi, ikan tak berapa nak pergi ke kakinya..hehe, kaki licin kot hihi. Kata pakcik, ikan ni akan makan kulit mati. Jangka kayatnya lebih kurang tiga bulan jer. Lepas dia besar, dia taknak makan dah..and lama2 akan mati. Kata pakcik lagi, masa beli ikan ni, kena beli secara borong..paling minimum 500 ekor dengan harga lebih kurang RM2 seekor. Pastu, kena latih ikan ni untuk terapi. Kalau tak, masukkan kaki lama mana pun dia tak mau makan kulit mati tu. Latihannya dengan meletakkan makanan pada kaki sehingga ikan tu akan secara automatik makan kulit mati di kaki. Kain lap kaki akan diberi setelah kaki keluar dari bekas air tu.

Lepas tu, kami jalan2 sehingga ke taman mini haiwan. Jalan di tepi tu agak licin sebab lumut, mungkin sebab kawasan tu lembap dan teduh. Di taman haiwan adalah beberapa jenis haiwan di sana seperti burung, landak, rusa, kuda dan kuda padi. Kera pun ada, tapi kawan saya tak berani nak dekat. Dekat depan taman haiwan tu pun ada taman burung, ada beberapa jenis burung, merak dan tak lupa ayam...kesian ayam tu. kena kurung jugak.
Kami terus berjalan sehingga ke pintu utama...dekat situ ada dua buah bangsal basikal yang menyewa basikal kepada pengunjung yang mahu berbasikal. Harga basikal RM3 atau RM5 untuk satu jam pertama dan RM1 bagi jam berikutnya, bergantung kepada jenis basikal yang di sewa. Untuk sewa basikal ni, salah seorang perlu tinggalkan IC dan resit bukti akan diberi. Oastu, kami pun menjelajah dengan menunggang basikal. Melalui taman padi dengan basikal. Wah, rasa macam berada di kampung pulak. Pengunjung2 pun semuanya macam sporting ajer..macam kami kenal sesama sendiri..yeah 1 malaysia =D Tapi tak sampai setengah minit, seorang kawan dah letih dan rasa nak muntah. Mungkin sebab dia minum banyak sangat. Tapi kami tak sempat nak menjelajah ke bahagian kiri taman di mana ada taman buah-buahan. Panas dan letih. Selain aktiviti berbasikal, boleh juga join aktiviti lasak seperti skynet, flying fox dan paintball tapi kena book seminggu awal dan in group. Bagi paintball, group minimum 10 orang (banyak mana pon xpe) dan harga dari RM80 seorang, 200bullets min termasuk lunch. bagi skynet, ada bas yang akan membawa peserta ke tempatnya. Boleh tunggu bas dekat pintu utama.
Lebih kurang jam 3.30, kami ke stesen komuter Shah Alam dengan menelefon En. Nan. Nombornya bole dapat di Pondok Renjer dekat dengan toilet di luar. Komuter ke Sentul penuh sesak. Sampai di KL Sentral kami menukar tren ke Seremban...hoh, sesak!
Walau apapun, aktiviti hari minggu tu memang best XDDD
No comments:
Post a Comment