Monday, May 9, 2011

emmm...

Hari ni pun nak cerita pasal program realiti. First of all, saya cakap dulu pasal konsert Mentor yang berakhir semalam. emm... keputusan yang memang sudah dijangka. Rasanya tuan punya badan pun dah jangka awal-awal lagi tapi tahniah kepada Aiman kerana masih berkerja keras untuk meingkatkan prestasi diri. Emmm macam kata pengkritik atau juri profesional la kan... mungkin teknik nyanyian Aiman masih kurang. Tapi apapun, pakej tu dah ada... ton suara memang boleh jual. Cuma perlu kerja lebih keras lagi la yerk...


Sekarang cerita plak pasal AF. Hah, apa pulak cerita pasal AF ni. Saya bukan nak share gosip ke apa. cuma nak kongsi pendapat bagi mereka yang tak stuju Hazama diserap masuk dalam AF. Wah3... tak habis lagi rupanya cerita ni. Walaupun korang tak terbaca kat @15 or mana2 magazine skalipun, ketahuilah memang ada cakap-cakap pasal ni. Sudah2lah tu yerk. Kalau dah impian Hazama untuk belajar di AF dan dia layak untuk berada di situ, biarkan ajelah. Berilah sokongan tapi jangan kutuk2 pula orang tu. Kalau tak nak sokong, tutup mulut sudahlah kan. Pada saya, tak salah pun Hazama masuk AF. Kenapa salah? Sedangkan Dayang Nurfaiza, Shila Amzah dan Tomok pun pernah masuk program realiti macam OIAM kan walaupun dah bergelar artis. Siapa lagi? Ramai lagi kan. Diorang nak masuk untuk belajar, biar jelah kan. Mencari ilmu tu tak salah kan.. kan.. lagipun, memang dari konsert prelude AF4 lagi saya memang tunggu saat dan ketika Hazama jadi student AF hehe... sekarang dah jadi nyata kan... harap belajarlah leklok yerk...


Terbaru peminat2 fan club Erul menari tarian dengan lagu Sorry2, yang dipopularkan oleh SJ tu. Wah, nampaknya Erul ni banyak peminat yang merupakan peminat kpop ke? Mungkinkah pengaruh itu akan mengangkat nama Erul sebagai juara? Ops! Tak mahu buat statement apa2... No comment la pasal tu kan... tapi khabarnya, Erul paling minal SNSD ngan Wonder Girl? Betul ke? Ramai yang minta supaya pihak pengurusan bagi lagu kpop pada Erul. Haha saya pun nak juga tengok Erul nyanyi lagu kpop sambil menari. Sebelum ni pun, dia tak banyak menarilah.... emm tapi agak2lah kan lagu apa paling sesuai dengan dia? Yang mencabar... emmm apa ek? Bayangkan lagu SJ yang ada 10 member dia tu, erul nak nyanyi sorang? Emmm...

사랑으로

No comments:

Post a Comment