Tuesday, April 26, 2011

WALLIE55555555

Hahaha



post ni untuk apa ek? emm..sebenarnya dah lapar... emmm... mau makan..makan...makan...... kalau korang terasa nak tengok wallies saya yang lain... (walaupun tak la berapa nak cantik kan hahaha... saya buat suka2 aje dan suka2 ati aje nak buat camne haha kalau saya berkesempatan nak belajar photoshop betul2, saya akan cuba buat dengan lebih baik haha). jadi kalau korang rasa nak tengok, pergi ajelah ke linknya... kalau nak ambik pun saya tak kesah pun... original scans credit to the owners =D, tapi ada gak yang orinya saya punya hehe



brooommmm.... brooommmmmm







사랑으로

Wallies


Tak taulah nape saya tetiba aje nak post beberapa walls yang pernah saya buat sekitar dua atau tiga tahun lepas... tapi mungkin kualitinya ada yang kurang elok since masa tu saya baru blaja2 nak guna photoshop. haha sekarang pun saya masih belum pandai guna lagi.. tambah2 bila dah upgrade software saya jadi makin pening pulak. Patutnya jadi lagi senanglah kan haha






















serius susah nak susun dalam post ni... line pulak tak berapa elok haha saya akan kembali lagi nanti XD







original picture scan: credit to owners... from photobucket and my friend Chai-chan ^_~ (i wish you are fine in Tokyo ^^)



사랑으로

Monday, April 25, 2011

Tak perlu persoalkan

Sabtu lepas saya berkesempatanlah tengok konsert AF9 minggu ke3..emm ni kali pertama lah saya tengok konsert tok AF musim baru ni. Malam tu plak ada 'ops gugur' emm gimik baru untuk cari pelajar AF yang terbaik tok musim terakhir ni. Tapi bukan nak komen pasal ops gugur tu atau konsert minggu3 yang banyak sangat komen pedas daripada juri hehe... yolah, komen pedas ke.. membina ke...semua tu tok membakar semangat pelajar2 tu supaya usaha lebih gigih. Tapi bagi saya lah kan... kita xleh nak tuntut pelajar tu tunjukkan prestasi yang HEBAT dalam hanya beberapa minggu atau bulan. Nak blaja ABC pun makan bertahun... tu untuk budak, yang senang nak faham (budak lagi senang tangkap ilmu kan.. betul tak?)... TAPI kenalah tunjukkan peningkatan setiap minggu yerk.. janganlah merosot pula. MASALAHnya... saya terfikir pula, macam mana nak ukur tahap prestasi seorang pelajar ni kalau tiap2 minggu mereka diberi tugasan berbeza dan lagu dari genre berbeza? Hehe... saya tak tahulah pasal tu sebab saya bukan orang seni muzik pun... sebab tu saya terfikir soalan ni emmmm...




Apapun, yang sebenarnya nak cerita kat sini pasal konsert sebelumnya iaitu minggu kedua. Kat sini, nak sentuh sikitlah pasal student AF yang minat sangat ngan kpop and japanese idol ni... xtau la jpop ke? Konsert sebelum ni saya tak pasti... tapi untuk konsert minggu ke2 tu, Erul ada tambah atau ubah beberapa baris lirik lagu 'Nabila' tu jadi bahasa Jepun. Bukan Korea ya... Ada yang komen dekat fb, tak berapa selesa dengan bahasa rojak tu.. dan ada isu yang mengatakan itu merosakkan lagu Melayu... well, juri pun puji persembahan Erul.. tapi bagi peminat atau bukan peminat sekalipun juga mungkin ada pendapat masing2 kan. As for me, kpop is kpop... jpop is jpop... and malay songs remain as malay songs tapi tak bermakna kita tak leh campur adukkan...hehe... sebab lagu boleh jadi banyak makna.. atau fungsi.. ia boleh menunjukkan keindahan bahasa, ia boleh menghubungkan seseorang dengan individu lain, ia boleh menyampaikan rasa hati, ia boleh jadi hiburan dan macam2 lagilah. Kerana sesebuah lagu ada lirik dan melodinya...




Kalau nak campur aduk, bagi saya.. saya tak berapa kesah. Kalau tuan punya lagu tu tak kesah... kenapa saya pula yang nak sibuk kan. Itu kreativiti dialah nak buat macam tu. Macam lagu kpop yang campur aduk dengan bahasa Inggeris. Tak payah cakap lagu kpop lah... pasang radio and dengar lagu2 tempatan pun ada campur aduk juga. Kalau sebelum ni ada lagu Melayu yang campur bahasa Mandarin atau Tamil, tak ada pula nak kecoh kan... sedangkan sekarang banyak lagu yang dah dibuat versi dalam banyak bahasa. Saya rasa kalau Erul sendiri atau sesiapa aje yang nak nyanyikan balik lagu Melayu dalam bahasa lain dan dapat sambutan dari peminat luar kan ke bagus... selagi lagunya dapat menyentuh jiwa pendengar kan... hehe tu pun kalau diberi kebenaranlah kan. Jadi, bagi saya bab obsesi ni tak patutnya jadi isu besar pun. Sama macam topik artikel yang keluar kat BH baru-baru ni pasal obsesi terhadap kpop. Emm... siapa yang baca tu tahulah apa ceritanya. Rasanya... realitinya semua tu bergantung kepada individu. Soal kpop ke.. jpop ke... artis barat ke... bollywood ke.. semua tu TAK WUJUD. Tak kiralah dia obses kat sape... kat artis tempatan sekalipun, kalau takleh kawal diri tu memanglah PAYAH. Siapa yang seseorang tu nak minat, terpulanglah pada individu tu sendiri kan. Cuma pandai2lah kawal obsesi korang tu... jangan melampaui... berpada2lah yerk. Ni kira samalah kesnya macam kalau dah obses sangat dengan kpop sampai nampak aje muka diorang terus terjah... sampai langgar kereta segala... haihhh. Apapun, setiap yang kita buat mesti ada batas dan sempadannya... pandai2lah tetapkan sempadan tu, jangan sampai menjerat diri pula. Sama juga macam korang makan kan.. pun ada limit, betul tak? kalau obses sangat nak makan.. asyik makan aje... sampai tak muat perut.. lama2 korang juga yang muntah2 dan jatuh sakit... kan ke naya tu.




So, tepuk dada.. tanyalah selera okies. Saya pula... kpop ke.. jpop ke... layan ajelah hehe =D

사랑으로

Monday, April 18, 2011

Permulaan sebuah cerita haha

Kali ni, saya nak bercerita pasal fangurling hehe~~ dah nama pun fangurling, mestilah pasal fanclub among peminat2 perempuan kan. Soalan biasa yang saya dapat bila berborak dengan fangurl ialah, siapa yang paling korang minat dalam boyband tu? Siapa ichiban korang? Haha... dah kata saya ni random... kadang2 saya main cakap sape2 je yang terlintas kat fikiran.. tapi kalo nak kata ichiban yang sebetolnya mestilah orang yang paling menarik perhatian kita kan...orang yang paling kita minat... dalam ramai2 tu, kita cuma nak tengok dia sorang aje. camtu ke? haha Kalo cakap pasal Arashi atau SJ, sama boleh la jawab sape paling saya minat hehe...


Yang sebenarnya, dulu saya tak kenal pun Arashi ni. Saya start kenal diorang ni dalam tahun 2008, lepas habis degree. Dan dalam group Arashi ni saya paling suka kat Ohno Satoshi. Bukan sebab Maou tau..walaupun drama tu pun keluar dalam tahun 2008 kan. Hehe... nak ceritalah kat sini journey saya sampai la saya kenal diorang ni. Nak dijadikan ceritalah kan, 1st sekali saya dengar nama Jun dari seorang senior saya ni. Dia cerita macam2 pasal Jun. Kalau tak silap dia kenal Jun pun pas tengok HYD. Pastu barulah dia kenal Arashi and suka kat diorang ni bagai nak rak haha sampai saya pun terjangkit sama pastu. Tapi mula2 sekali senior saya ni kenalkan Jun kat saya tapi entah kenapa saya tak tertarik langsung nak dengar cerita pasal laki ni haha mungkin sebab dalam HYD rambut dia kerinting. Saya memang ada rasa yang sangat tak best bila tengok laki rambut kerinting ni. Ntah... takde hati langsung la. Tapi sebab senior saya bersungguh2 cerita, saya pun layan jer.. pastu senior tunjukkan game Tokyo Friend Park. Saya suka sangat tengok TFP..sebab dia game show kan. Saya minat sangat tengok program camni. Pastu plak, saya tengah obses ngan cerita Hanakimi (sebab saya tengok Hanakimi versi Taiwan sebelum ni. Minat sangat drama Taiwan ^^)... then saya tanya kat senior kalo ada TFP yang ada Toma Ikuta. Hah! Mestilah ada... Toma ngan Ohno, sempena nak perkenalkan drama Maou tu. Tapi saya tak tahu pape pon pasal Maou tu..and tak kenal pun Ohno tu. Saya cuma nak tengok Toma aje hahaha klakar aje bila ingat balik... masa tu memang tak pandang langsung la si Ohno tu hehe... tak lama pastu senior saya tunjuk pula TFP dengan Arashi... Mula2 saya suka tengok Nino sebab dia pandai main game and Sho sebab dia selalu buat ekspresi yang cute2 especially bila dia takleh buat haha Sedangkan Ohno kan muka dia seposen aje hehe sampai satu part yang dia tunjuk lukisan2 dia... emmm boleh tahan juga mamat ni.


Lepas tu, senior saya pun mulalah tunjuk macam2 program Arashi macam AnS, Mago2 and HnA.. lama2 tak tahulah nape saya mula suka tengok karakter Ohno tu hehe and lepas tu barulah saya mula cari maklumat pasal dia... and baru sedar pasal drama Maou tu haha padahal berbuih la senior saya cerita sebelum ni tapi saya tak ingat langsung...or tak bik peduli ek hehe... samalah macam kalo kawan2 saya cerita pasal drama2 lama Nino ke, Sho ke or Jun, saya tak tahu pun... Bagi saya past is past haha Kiranya Arashi la artis pertama yang saya betul2 nak tahu banyak pasal diorang ni sampailah saya join vox, lj and jumpa ramai peminat diorang dari macam2 negara. Wah, terasa luasnya dunia ni hehe Itulah bermulanya pengetahuan saya pasal diorang... tapi saya tak follow sangat la.. walaupun cuba untuk jadi Arashian yang aktif, tapi rasa banyak komitmen lain yang perlu saya laksanakan. hehe... kira saya pun nak jadi busy cam diorang gak... saya pun nak habiskan masa tok hobi macam Ohno habiskan masa dia ngan memancing berjam2 or sehari suntuk kan


Tapi sebelum saya kenal Arashi, saya ni peminat kpop... kalau Jpop ni, saya tak berapa tahu..yang saya tahu cuma lagu Sorafune aje haha... kalau cerita pasal kpop, saya paling suka SJ. Hah, tapi saya tak tahulah pula nickname2 atau perkataan bese yang peminat kpop guna macam gzaa... apa lagi ek? Kalau jpop saya dah mula taulah sebab banyak chatting juga ngan arashian dulu. Saya minat SJ dah lama, sejak 1st debut diorang lagi... tahun 2005 kalau tak silap. Kata minat kan, tapi tak sure plak ek haha... 1st saya mula suka masa diorang dapat award apa ntah...tak sengaja tengok kat tv masa tu...and kalahkan SS501 (saya suka SS501 masa tu)..pastu tengok SJ ni ramai sangat member diorang, saya jadik tertarik lah pula. Tapi saya tak la taksub sampai nak cari macam2 maklumat pasal diorang macam yang saya buat masa saya mula minat Arashi. Maybe sebab masa tu, saya belum ada laptop and kalau nak tengok tenet, kenalah gi CC. Maleh r. haha. So, saya just minat gitu2 jer la. Yang saya tahu Super Junior aje... bila nampak Eunhyuk kat LGDT, saya suka tengok dia sebab karakter dia tu haha... hah, tu sebab saya suka Hyukie sampai sekarang. Dan bila saya tahu yang dia tu SJ, lagilah saya minat kan... tapi masa tu, masih takde usaha nak bik tahu pasal member SJ yang lain...yang saya tahu Eunhyuk aje haha sampailah drama My Fair Lady lakonan Choi Siwon tu ditayangkan kat 8tv... barulah saya sibuk nak cari maklumat SJ dan mula kenal semua member dalam SJ. Selama ni saya just download aje lagu and video diorang...sebab minat tapi saya tak tau pon sape2 walaupun Eunhyuk pun saya tak cam haha teruk betul kan. Walaupun sampai album bonamana..saya masih tak kenal diorang sorang2 sampai drama tu dah nak habis baru saya kenali SJ ni dengan lebih dekat dan pastu barulah saya jumpa ramai elf hehe


Sekarang ni, nak sangat jadik elf and arashian yang aktif... bukanlah aktif mana pun. Asalkan kehadiran saya di kalangan elf dan arashian disedari oleh fans yang lain hehehe...ceh, cam giler glamor lak. haha... tak.. tak... sebab saya ni malas sikit nak back to the past kalau saya terlepas update idols ni... so, kalau kawan ramai dalam elf and arashian, mesti dapat update juga kan.. and seronok sebenarnya kawan dengan diorang ni. Sporting gitu! =D


Selain jpop atau kpop, saya suka juga artis Taiwan terutama 5566 haha... sebabkan saya ni banyak minat selebriti dari Jepun, Korea, Taiwan dan HK, family saya pun naik risau. Saya pun tak tahu kenapa. Saya rasa sama aje kalau akak saya minat Bollywood kan... apa salahnya kalau saya suka tengok drama2 Korea, Jepun, Taiwan atau anime2 tu semua... kan. Dan saya tak kesah juga kalau kawan saya tak sama minat dengan saya. Eh, saya pernah jumpa orang yang sangat obses sampai tak nak kawan ngan saya sebab saya ni random sangat... semua pun leh minat. Bagi saya, tiap orang ada minat sendiri dan mereka berhak untuk memilih siapa yang mereka suka. Tak perlulah memaksa orang untuk menyukai apa yang kita suka. Kan persahabatan itu tak perlu diukur dengan perkara remeh macam tu... lagi banyak kenalan lebih luas dunia yang kita nampak sebenarnya. Sebab lebih ramai yang kita lihat, lebih banyak yang kita nampak... lebih banyak yang boleh kita belajar... emmm mungkin dengar macam complicated. Macam mana ak ringkaskan ek... senang cerita, kalau nak berkawan boleh memilih tapi jangan meletakkan syarat.


Oh ya, tengah malam ni akan berakhirlah undian untuk Sportchosun tu... setakat ni SJ-M masih lagi leads.. keep your voting elf ^^, Esok akan bermulalah undian baru yerk... Hehe ^_~
사랑으로

Friday, April 15, 2011

PBAKL 2011~> Pesta Buku...yeeha

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi!!!


Wah... bestnya. Memang terasa macam nak pergi..sebab banyak buku ada+karikatur+++ haha tapi mengenangkan PWTC yang pastinya sesak, emm... and The Mall pon sesak juga... emm, kejap fikir dulu hehe Tapi bagi mereka yang nak meninjau buku2 terbaru tu and nak dapatkan diskaun, mailah ramai2 ke pesta buku di PWTC pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ni nanti. Mari menggalakkan hari buku sedunia.. tiap2 hari hehe walaupun saya ni tak berapa suka nak membaca buku... conteng2 saya suka hihi... rasanya nak kena tanam minat membacalah, untuk tambahkan ilmu pengetahuan selain kita belajar dari pengalaman kan... selamat membaca semua ^_^


Jom pergi, sape yang nak pergi.. JOM! JOM!
사랑으로

Monday, April 11, 2011

2011 musician power ranking

As you know... SJ-M won the 1st round of sportchosun 2011 musician power ranking with such a huge number of votes (30,950 votes) and now.. time for 2nd round and will be end on 18th April 2011. For the moment, SJ-M leads the poll (tapi apsal la gambar diorang ni lain ek.. ni gambar lama masa Hangeng ada lagi kan). Keep voting guys... ^_^


vote here

사랑으로

Kyaaa-> SJ appeareance in ePop magazine issue 19

Wahhh!!! Apa lagi yang saya nak cakap ek? Shocked! Suprised! My heart was like... dup! dup! dup! when reading this issue with about 4 pages full with Super Junior huahuahuaaaa (the report during SS3 in Malaysia hehe) SS3 was totally amazing.. hehe if last Saturday i was talking about Arashi 10-11 tour, that was SUGOI!!! Then after read ePOP huahhhh i cant denied, like i said before... they both are really great! I cant choose or compare who's the best.... both are LOVE =D and i'm in preparing to keep my budget for buying SS3 DVD soon hehee (huahuahua terbalik... terbalik...)


Besides, the issue also contains the stories and interviews with the SJ-M... regarding their new album, Perfection and their two new members. ELF, you must have this issue... haha lets raid the bookshops and buying the epop hahahaha
사랑으로