Sabtu lepas saya berkesempatanlah tengok konsert AF9 minggu ke3..emm ni kali pertama lah saya tengok konsert tok AF musim baru ni. Malam tu plak ada 'ops gugur' emm gimik baru untuk cari pelajar AF yang terbaik tok musim terakhir ni. Tapi bukan nak komen pasal ops gugur tu atau konsert minggu3 yang banyak sangat komen pedas daripada juri hehe... yolah, komen pedas ke.. membina ke...semua tu tok membakar semangat pelajar2 tu supaya usaha lebih gigih. Tapi bagi saya lah kan... kita xleh nak tuntut pelajar tu tunjukkan prestasi yang HEBAT dalam hanya beberapa minggu atau bulan. Nak blaja ABC pun makan bertahun... tu untuk budak, yang senang nak faham (budak lagi senang tangkap ilmu kan.. betul tak?)... TAPI kenalah tunjukkan peningkatan setiap minggu yerk.. janganlah merosot pula. MASALAHnya... saya terfikir pula, macam mana nak ukur tahap prestasi seorang pelajar ni kalau tiap2 minggu mereka diberi tugasan berbeza dan lagu dari genre berbeza? Hehe... saya tak tahulah pasal tu sebab saya bukan orang seni muzik pun... sebab tu saya terfikir soalan ni emmmm...
Apapun, yang sebenarnya nak cerita kat sini pasal konsert sebelumnya iaitu minggu kedua. Kat sini, nak sentuh sikitlah pasal student AF yang minat sangat ngan kpop and japanese idol ni... xtau la jpop ke? Konsert sebelum ni saya tak pasti... tapi untuk konsert minggu ke2 tu, Erul ada tambah atau ubah beberapa baris lirik lagu 'Nabila' tu jadi bahasa Jepun. Bukan Korea ya... Ada yang komen dekat fb, tak berapa selesa dengan bahasa rojak tu.. dan ada isu yang mengatakan itu merosakkan lagu Melayu... well, juri pun puji persembahan Erul.. tapi bagi peminat atau bukan peminat sekalipun juga mungkin ada pendapat masing2 kan. As for me, kpop is kpop... jpop is jpop... and malay songs remain as malay songs tapi tak bermakna kita tak leh campur adukkan...hehe... sebab lagu boleh jadi banyak makna.. atau fungsi.. ia boleh menunjukkan keindahan bahasa, ia boleh menghubungkan seseorang dengan individu lain, ia boleh menyampaikan rasa hati, ia boleh jadi hiburan dan macam2 lagilah. Kerana sesebuah lagu ada lirik dan melodinya...
Kalau nak campur aduk, bagi saya.. saya tak berapa kesah. Kalau tuan punya lagu tu tak kesah... kenapa saya pula yang nak sibuk kan. Itu kreativiti dialah nak buat macam tu. Macam lagu kpop yang campur aduk dengan bahasa Inggeris. Tak payah cakap lagu kpop lah... pasang radio and dengar lagu2 tempatan pun ada campur aduk juga. Kalau sebelum ni ada lagu Melayu yang campur bahasa Mandarin atau Tamil, tak ada pula nak kecoh kan... sedangkan sekarang banyak lagu yang dah dibuat versi dalam banyak bahasa. Saya rasa kalau Erul sendiri atau sesiapa aje yang nak nyanyikan balik lagu Melayu dalam bahasa lain dan dapat sambutan dari peminat luar kan ke bagus... selagi lagunya dapat menyentuh jiwa pendengar kan... hehe tu pun kalau diberi kebenaranlah kan. Jadi, bagi saya bab obsesi ni tak patutnya jadi isu besar pun. Sama macam topik artikel yang keluar kat BH baru-baru ni pasal obsesi terhadap kpop. Emm... siapa yang baca tu tahulah apa ceritanya. Rasanya... realitinya semua tu bergantung kepada individu. Soal kpop ke.. jpop ke... artis barat ke... bollywood ke.. semua tu TAK WUJUD. Tak kiralah dia obses kat sape... kat artis tempatan sekalipun, kalau takleh kawal diri tu memanglah PAYAH. Siapa yang seseorang tu nak minat, terpulanglah pada individu tu sendiri kan. Cuma pandai2lah kawal obsesi korang tu... jangan melampaui... berpada2lah yerk. Ni kira samalah kesnya macam kalau dah obses sangat dengan kpop sampai nampak aje muka diorang terus terjah... sampai langgar kereta segala... haihhh. Apapun, setiap yang kita buat mesti ada batas dan sempadannya... pandai2lah tetapkan sempadan tu, jangan sampai menjerat diri pula. Sama juga macam korang makan kan.. pun ada limit, betul tak? kalau obses sangat nak makan.. asyik makan aje... sampai tak muat perut.. lama2 korang juga yang muntah2 dan jatuh sakit... kan ke naya tu.
So, tepuk dada.. tanyalah selera okies. Saya pula... kpop ke.. jpop ke... layan ajelah hehe =D
사랑으로
No comments:
Post a Comment