Tuesday, April 26, 2011

Tunjuk ajarku Sifu...!

Kalau tempoh hari saya komen pasal AF, kali ni pula saya nak cakap pasal satu lagi program realiti iaitu Mentor yang sudah pun memasuki musim ke 5. Dah sampai konsert ke 3 untuk kedua2 kump lagi huh... tapi, saya tetap nak komen hal yang sama. Dalam hanya beberapa minggu tu, memang susah nak mengharapkan perubahan yang begitu besar pada peserta. Kalau dah diorang ni berbakat sekalipun, kita akan rasa... emm dia ni dah bagus. Macam dah tak ada perubahan atau perbezaan dari persembahan sebelum ni. Bagi peserta yang kurang menyerlah pula, mungkin akan kelihatan terlalu lemah bila berdiri sebaris peserta yang hebat2 ni. Saya bukanlah kata tak hebat... tapi yelah ada yang di atas, ada yang di bawah. Dah terpilih menjadi protege ni pun dah kira hebat sebab terpilih daripada ribuan orang yang datang uji bakat kan.


Bagi Kump A, saya nak cakap pasal protege Aflin Shauki... tahniah la sebab dah berjaya memenangi konsert ke3 dan melonjakkan diri ke tempat kedua keseluruhan bagi kump A. Saya paling suka gimik yang cuba ditonjolkan oleh Edry. Wah, memang gempak. Tapi... apapun, kat sini saya nak cerita pasal Aiman, peserta yang agak selalu juga dapat kritikan pedas. Ya! Saya tak nafikan agak kecewa melihat persembahan Aiman. Lebih-lebih lagi bila suara Aiman selalu tenggelam dek muzik yang gah menggegar pentas. Sedih lah juga tapi tak nafikan juga Aiman ada ton suara yang sedap di dengar. Tak sakit telingalah. Betul kata Datuk Ramli MS, kalau nak belajar memanglah kena belajar dari basic. Tapi, mungkin ia makan masa. Takkan dalam beberapa minggu dah boleh tangkap semua. Sedangkan ada artis yang sudah lama duduk dalam dunia seni ni pun masih belajar... masih ada masalah yang mungkin juga dihadapi oleh peserta2 ni. Saya pun tak berapa faham pasal 'bunyi tak akan tipu'... maaf. Tapi bagi saya bunyi yang terhasil daripada sebuah lagu adalah satu keindahan seni. Keindahan sesebuah lagu, melodi, lirik... semuanya bagi saya adalah bersifat subjektif. Begitu juga kecantikan paras rupa. Setiap orang ada penilaian sendiri. Macam minyak wangi juga... ada orang suka bau ni, ada yang suka haruman tu. Alah, guna minyak wangi sebagai contoh payah jugalah. Saya guna makananlah. Misalnya durian... haha... durian raja buah.. baunya pun boleh tahan kuat kan. Ada orang suka durian and akan kata durian tu sedap. Dapat bau pun dah rasa syok. Tapi ada juga yang tak suka. Bau pun dia rasa nak muntah. Jadi sebab tulah saya rasa banyak hal dalam dunia ni subjektif. Susah nak cakap kan.


Jadi, bagi saya apapun genre atau macam mana pun suara mahupun imej yang diorang ni nak ketengahkan... siapapun mereka, mereka masih ada pengikut mereka sendiri. Mereka akan ada peminat mereka sendiri. Ini hanyalah satu pertandingan. Perjuangan sebenar akan bermulasebaik mereka keluar dari pentas pertandingan. Jangan harapkan sokongan hanya masa bertanding tapi lepas tu senyap sepi. Rasanya itu yang banyak berlaku sekarang ni kan... disebabkan terlampau banyak program realiti macam ni. Saya pun tak nak komen banyaklah sebab saya kurang arif tentang muzik ok... cuma nak tekankan kat sini yang saya nampak kesungguhan Aiman. Kenapa saya cakap camni? Bukan sebab dia ada rupa dan saya pun nak bela dia haha... janganlah nak salah faham pula ek. Sebabnya, bagi saya saya ada dengar perubahan pada suara Aiman. yelah... suara yang dilontarkan tu lebih jelas berbanding konsert2 sebelum ni. Sekurang2nya konserta terbaru ni taklah tenggelam sangat kan hehe... Walau apapun kritikan tu, anggapkan ajelah sebagai kritikan membina. Pasal markah tu, tak payahlah ambik hati sangat. Tutup mata aje and teruskan usaha. Belajar ni memang makan masa. Kalau tewas sekalipun, janganlah putus asa. Sekali kalah bukan bererti kalah selamanya. Tewas di medan pertandingan tak bermakna tewas dalam perjuangan hidup.


Kita ambik contoh yang terlintas kat fikiran saya sekarang eh... cam Aizat yang terkeluar awal dari AF dulu. Tengok! Sekarang kan dia dah berjaya dan namanya sudah dikenali ramai berkat usaha gigihnya. Siapa yang tak kenal? hehe... So, tak kira kat mana kita teruskan ajelah usaha. Saya cakap ni bukan untuk Aiman sorang aje.. tapi sebagai peringatan tuk diri saya sendiri jugak dan kepada sesiapa ajelah yang nak haha...


Ingat! U got a packages! Jadi, jangan sia-siakan pakej yang dah dianugerahkan Tuhan tu. Jangan jatuh sebelum berjaya... jangan undur sebelum terus cuba yang terbaik.

사랑으로

No comments:

Post a Comment