YATTA!!! I got mine... hahaha i goy my ARASHI 10-11 TOUR, finally kyaaa!!! haha... walaupun agak kelam kabut juga la masa nak dapatkan DVD ni semalam, dengan manusia yang penuh sesak kat sana sini... well i blamed nobody but my cellphone yang tetiba aje nak habis bateri. Padahal pagi2 tu, cantik aje bar dia full kan. Time2 ni lah dia nak 'kong' ceh... Tapi pas dapat tu, hati ni berbungalah jugak... yolah, bukan murah beb walaupun beli lambat kan. Bukan dapat diskaun 70% kan haha.... tapi belum sempat tengok lagi... ni pun baru sempat nak post kat sini walaupun dari semalam cam tak sabar nak bagitau semua orang hahaha pelah kan, ntah pape jer...
Tengok booklet dia lagi rasa cam nak berhenti aje jantung dia... tengok pentas dia fufuh... gempak. Sugoi!!! apa lagi nak cakap? hehe... saya tau, SS pon best... tapi con Arashi pon best jugak. Senang citer semua bestlah!
Nilah DVD nya wahhhh...rasa nak jerit and lompat2 aje tgk DVD ni tau. Tu baru tengok cover tu... tapi ni Korean version punya... yang Japan version saya tak ingat cover dia camne. Dulu senpai saya pernah tunjuk dia punya tapi saya lupa. Saya ni kalau nak beli, terpaksa beli Korean version sebab laptop saya tak boleh play DVD Japan version... cam sedih aje. Takpe juga, boleh jimat duit sikit sebab harga Korean version lagi murah dari Japan version kan hehe... cuma lambat sikit lah dapat. Lagipun kena tunggu yes asia punya sebab cdjapan biasanya tak ada jual Korean versionlah.
Alamak... tak leh tidur malam la pasni hahaha (jangan harap! letak aje kepala kat bantal confirm lelap hahaha) Inilah DVD konsert arashi yang ke4 dalam koleksi saya... tapi, DVD konsert yang 10 anniversary tu tak berkesempatan plak nak jadikan koleksi. Satu apa pun takde... concert goodies pun takde. Cuma yang 10-11 tour ni plak, saya beli skali ngan concert goods dia kan... sebab... sebab apa ek? mungkin sebab dah lama saya kumpul duit tok semua ni... mungkin gak sebab saya baru dapat cari orang yang leh tolong belikan concert goods hehe... mana2lah
Ne..ne.. nak tengok pentas dia watak malam?
Fuh, punyalah ramai orang cam semut aje nampak. Kalaulah saya ada di antara celah-celah manusia tu kan. Huh, nak dapat tiket aras atas tu pun, mahu beribu tahu harganya. Tu tak masuk tiket flight tu. Tapi kan... tak tahulah sama ada tahun ni ada konsert ke tak kan... since apa yang dah jadi kat Jepun la ni... kelmarin pun, ada gempa lagi kan yang berukuran 7.4 skala Richter... kuat jugak tu tapi sekarang ni saya tak maulah cerita pasal hal sedih ni...Emm... hari ni pun ada agihan Tshirt MnA kat Mid sampai kul 2-3 petang ni... tapi saya tak pergilah hari ni. Saya akan memunculkan diri minggu depan ok ^_^ Sayang juga sebab petang ni diorang siap plan nak tengok Gantz ramai-ramai, alah filem yang Nino, member Arashi berlakon tu. Tayangannya dah bermula sejak Khamis lepas. Tapi nampaknya saya cuma akan tengok dalam mimpi ajelah. Lainlah kalau diorang ajak tengok lagi minggu depan atau sesape je ajak kan hehe... macamlah pesan Donghae yang suruh peminat dia jumpa dia dalam mimpi dia kan haha melencong dah saya ni. Ok... ok ni cerita pasal Arashi plak ok
Emm... excited nak tengok DVD ni. Harap2 tak ada masalah lah dengan DVD ni. Sepatutnya DVD ni dah lama sampai tapi nak dijadikan cerita, kurier kat sini pula pi hilangkan bungkusan ni. Jadi, terpaksalah kawan saya berurusan dengan syarikat yang keluarkan DVD dan syarikat tu terpaksalah hantar yang baru. Tu sebablah lambat. Patutnya Februari lepas dah dapat dah. Siapa yang kena bayar ganti rugi, saya tak tahu... dah tentulah kurier tu kot. Asalkan barang yang saya beli, saya dapat. Malas nak fikir banyak =D
Oh, ni nak selit sikit cerita pasal buah plum manis yang saya beli dua minggu lepas. Hehe.. tak habis makan lagi. elok lagi tau... tak rosak pun ^_^ Seingat saya masa saya pilih dulu semuanya bentuk bulat tapi semalam bila saya ambik sebiji nak makan, bentuk plum tu bujur. Sekali tengok macam buah pic plak... macam rupa 'love' pun ada hehe... tapi rasanya tawar sikit. Masa makan tu, buat2lah macam makan buah pic, buah yang dah lama saya nak tengok tapi sampai sekarang saya tak pernah tengok depan mata saya kecuali dalam cerita. Haha
사랑으로
No comments:
Post a Comment