Tuesday, November 30, 2010

My Girl

Atau kalau anda baca dalam tulisan katakana...bunyinya samalah macam 'mai ga-ru' hehe. Drama ini adalah drama pertama Aiba Masaki (Arashi) pegang watak utama yang ditayangkan sekitar akhir tahun 2009. Lagu tema cerita ni pun dinyanyikan oleh Arashi iaitu 'My Girl' dan pastinya Aiba-kun lah yang paling excited bila nak perform lagu ni esp masa concert arashi tahun lepas. Drama ini mengisahkan Aiba-kun yang memegang watak Kazama Masamune yang tiba-tiba mempunyai anak perempuan, Kazama Koharu (Ishii Momoka) yang berusia lima tahun kot, masa Masamune habis belajar sekolah tinggi. Sebenarnya dia tak tahu pun dia dapat anak setelah menjalin hubungan dengan Yoko masa sekolah tinggi. Rupanya Yoko dah meninggal dunia masa Koharu-chan datang cari Masamune.

Masamune rasa terkejut tapi akhirnya dia ambil kesempatan untuk jaga Koharu sendiri daripada jagaan neneknya. Susahlah juga Masamune nak bahagikan hidup dia bersama seorang anak sedangkan dia sebelum ni kan bujang. Belum sempat kahwin dah ada anak..heee. Tapi dengan kehadiran Koharu dalam hidupnya jugalah Masamune menjadi lebih cekal dan serius dengan impiannya untuk menjadi fotografer yang berjaya. Masamune pun kira beruntung sebab ramai orang di sekelilingnya yang selalu beri nasihat, pendapat dan semangat supaya dia boleh menjadi seorang ayah serta memahami perasaan Koharu-chan. Di akhir drama ini, Sakurai Sho menjadi undangan khas yang memegang watak pengganti Masamune di tempat kerjanya selepas Masamune pergi ke US. Alah, Sho-kun muncul pun tak sampai sepuluh saat pun. Sekali dua kelip jer hehe...
Oh ya... Momoka ada juga hadir sebagai undangan dalam drama kaibutsu-kun sebagai anak werewolf. Comellah budak kecik ni...pandai tol dia berlakon. Tapi watak Momoka dalam My Girl nie memang buat orang terharu. Aiba-kun yang seorang periang ni pun sebenarnya mudah untuk mengalirkan air mata. Kalau tak caya, tanyalah arashic.. atau arashian... Tahniah ler pada Aiba-kun kerna akhirnya memegang watak utama dalam drama setelah bertahun2 juga peminat Arashi menanti penampilannya sebagai lead role =D
Pengajaran... usahalah sungguh2 untuk mencapai impian. Tapi ingatlah bahawa setiap impian itu perlukan pengorbanan. Satu lagi, sebenarnya memang sukar untuk fahami perasaan orang lain...kan.

Monday, November 29, 2010

Harry Potter and the Death of Hollow part 1

Emm... ini filem Harry Potter yang ke berapa ek? Rasanya saya tak pernah miss tengok dekat wayang hehe... minat jugalah cerita macam ni. Lain dari kehidupan harian saya yang biasa kan... hihi
Keseluruhan cerita menarik.. lebih hebat daripada dua episod sebelum ni yang agak perlahan. Kali ini menonjolkan lebih banyak aksi. Rasa puas hatilah bila tengok.. tambahan pula ceritanya lebih panjang. Lebih 2jam kalau tak silap tengok jam hihi tak mahu komen banyak...saya suka watak Ron yang kelakar. Ada jugalah diselitkan dialog lucu oleh Ron dan kembar George dan Fred... cuma... alamak! Starting dia aje dah wat saya tertanya2... apa yang berlaku? kenapa tetiba Vendelmort ada dekat dunia dan jadi d lord pula? Apa dah jadi? Dumbledore pula... ehhhh camne leh mati? Kenapa semua jadi huru hara dan perlu lindungi Harry pula ni? Nampaknya kenalah baca novel dia juga untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku agaknya. Sebab seingat saya, filem HP yang lepas tak ada pula citer pasal vendelmort dah dapat jasad kan... Entahlah.
Saya tak terkejut bila nampak Malfoy ada duduk semeja bersama Vendelmort.. yalah dari awal lagi memang dia benci sangat dengan HP. Tamban pula ayah dia memang orang kuat vendelmortlah kiranya. Tapi, yang tak fahamnya Prof. Snape ni... dia ni baik ke jahat? Sekejap nak protect HP, sekejap jadi jahat pula. Dalam aksi kali ni, dia pun ada bersekongkol dengan vendelmort juga.
Tapi nak diceritakan tentang apa itu Death of Hollow tu, ceritanya pasal 3 brother yang nak seberang sungai. Diorg gunakan magik untuk bentuk jambatan untuk seberang sungai. tapi..tiba2 ada makhluk kat tengah2 jambatan tu yang halang mereka...dipanggil Death. Death benarkan mereka seberang dan setiap orang akan dimakbulkan satu permintaan. Kenapa? tengok..baru tahu. Abang 1 minta tongkat sakti yang lebih hebat daripada tongkat sakti yang dia ada sekarang dan death memberikannya tongkat sakti yang terhebat dan tiada tandingannya. Abang ke-2 pula dapat batu suci dan abang ke-3 dapat jubah halimunan yang dapat mengelakkan dirinya dijumpai oleh Death. Ketiga-tiga item yang tiga beradik ni dapat menghasilkan satu simbol yang sering kali menjadi tanda tanya pada HP, Hermonie dan Ron dalam filem kali ini. Ops, Ron tak berapa ambil tahu pun haha
HP, Hemonie dan Ron juga ada dapat harta pusaka daripada Prof Dumbeldore yang diserahkan oleh Menteri Ahli Sihir lah kiranya namanya... Apa dia? Tengoklah ya sebab kesemua harta pusaka itulah yang akan berguna bagi mereka bertiga dalam filem ini... Oh ya, disebabkan ini hanyalah bahagian pertama, nampaknya kenalah tunggu beberapa tahun lagi untuk bahagian kedua. Tapi sayangnya sebab rancangan untuk tayangan HP 3D tidak menjadi.. dan rasanya sudah dibatalkan atas sebab2 tertentu. Harap2 untuk episod akan datang jadilah yer XD Oh...one more thing, ada sedikit scene yang tak berapa best lah...ops.. well, diorg kan masih under age kan...itu ajelah komen saya

Police station

VCD police station ni dapat free biler beli dorama amber power. Pada mulanya ingatkan cerita ni tak best...macam vcd free yg pernah saya dapat sebelum ni. Cover luar dia pun tak berapa menarik... nampak macam cerita lama. Tapi rasanya memang cerita lama..mungkin lebih kurang 10tahun lepas.

Cerita dia mengisahkan perjalanan Rumi-chan sebagai seorang anggota polis siasatan setelah di tukarkan dari bahagian trafik. Dia jadi polis pun sebab nak teruskan hasrat suaminya yang terkorban ketika misi menyelamatkan seorang pemuda yang cuba bunuh diri. Rasanya mati lemas kot. Setiap episod biasanya kes yang berbeza... cerita ni kiranya macam versi lama bagi dorama My Boss. Tapi kalau nak dibandingkan dengan My Boss rasanya My Boss lebih menarik dan jalan ceritanya lebih jelas dan ada unsur suspen. Berbanding Police Station, ceritanya agak ringan sedikit dan ada unsur jenaka.


Oleh sebab ia VCD, jadi ada 8cd kesemuanya...mcm biasalah. Kalau nak habiskan tengok seluruh cerita mungkin akan ambil masa sampai seminggu baru habis kot haha... lainlah kalau tengok hujung minggu. Mahu berasap punggung tengok sampai habis. terima kasihlah kat kawan saya yang bagi pinjam cd ni. sekurang-kurangnya dapat jugalah release tension sekejap =D




Apa yang pasti... cerita ni boleh tahan menariklah. Cuma, saya tak berapa pasti cara diorang ni menyiasat. Macamlah ketua Kuroda-san tu hebat sangat (haha.. rasanya memang semua pegawai kat balai dia hebat2 kot ;p orang pun dgr aje nama Rashoumon tu dah kecut perut)...macam psikiklah pula. Sekali pandang dia dah boleh tahu siapa suspek. Itulah kelemahan cerita ni yang saya nampak. Sebab dia tak tunjukkan sangat siasatan atau bahan bukti yang dia ada. tak macam Conan atau jikembo..atau My Boss sendiri. sekurang2nya ada juga intipati berkenaan siasatan yang dijalankan dan membuatkan penonton juga berfikir, menganalisa dan meneka. Tapi Police station ni, senang sangat nak teka siapa suspeknya... walau apapun, ceritanya boleh tahan.

Saturday, November 20, 2010

The Final Stage

Drama special atau filem? Khabarnya telah ditayang di pawagam sekitar Singapura pada bulan puasa yang lepas. Tapi dekat Malaysia jarang sekali filem negara Matahari Terbit masuk ke sini. Nak tak nak... kenalah tunggu DVDnya. Sekarang ni dah ada dekat pasaran. Tapi limitedlah. The Final Stage, macam biasalah..permainan liar game yang boleh memenangi wang yang banyak jika menang tapi sebaliknya menanggung hutang yang banyak jika tewas. Bukan sembarangan... sebutnya sampai berjuta yen.
Kali ini, lebih dahsyat. Silap langkah, boleh menanggung hutang 1 bilion yen. Wah! Bukan melopong aje masa tu. Memang rasa macam hilang nyawalah kalau tetiba ada hutang banyak tu. Tema kali berbeza sikit. Kalau dulu, pemain kena saling menipu tapi kali ini mereka digalakkan saling mempercayai. Jangan tepesong ya dengan konsep Adam Hawa yang mereka cerita tu. tumpu kan aje pada permainan dia. Permainan kali ini mereka terpaksa mengundi tiga jenis buah epal. Emas, perak dan merah. Bagi undian yang paling banyak, kumpulan itu yang menang dan setiap orang akan menerima habuan 100juta. Yang kalah, macam biasalah, tolak 100juta. Tapi kalau semua orang undi epal yang sama sm ada emas atau perak, semua org akan ditolak 100juta. Cuma kalau semua orang undi epal merah, mereka akan menanglah. tapi tak ramai yang berani undi epal merah sebab takut ada pembelot yang undi epal lain. Sebab kalau ada org undi epal lain, org tu akan menang dan yang undi epal merah akan tanggung hutang 100 juta lagi. Emmm...memang ada pembelot pun. kalau tak, tak jadilah cerita liar game nie kan.
Sampai di pertengahan cerita, akiyama-san telah tewas kerana cuba melindungi nao-chan. Alamak, hero kalah? Tapi, lepas tu dia bermain semula. Macam mana dia boleh main semula sedangkan telah menanggung hutang 1.3 bilion? kalau ikut peraturan, pemain yang berhutang lebih drp 500juta akan automatik keluar permainan. Emm...nak tau jawapan, tengoklah sendiri ya. Kalau cerita banyak sangat.. xbest la pula nanti.
Pemenang keseluruhan akan memenangi 5 bilion yen. Apa jadi pada hadiah tu nanti? Siapa yang menang? Tapi kesudahannya masa nao-chan dan akiyama pergi jumpa penaja...hah yang tu, saya xberapa nak faham sangat. Apa maksud dia, penaja tak wujud? Selamat menontonlah ya. Siapa dah tahu jawapannya nanti jangan lupa beritahu saya ^_^
Pengajaran daripada cerita ni, memang baik jadi orang yang jujur...tapi janganlah jadi orang jujur yang bodoh. Bukan sepanjang masa kita perlu percaya pada orang. Kalau macam tu, kita sebenarnya mencampakkan diri ke lembah kesusahan. Silap2..kita yang merana. Berpada2lah dalam setiap perbuatan. Fikirlah baik buruknya walaupun nak sangat percaya kat orang tu...

Friday, November 19, 2010

Scrap Teacher

Drama ini mengisahkan tentang sebuah sekolah menengah rendah yang hampir ditutup kerana prestasinya yang semakin merosot dan bilangan pelajar juga semakin sedikit. Malahan, pelajar yang ada juga seakan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka. Bukan pelajar sahaja tapi tenaga pengajar pun tak bersemangat nak mengajar. Sehinggalah muncul Takahata-sensei yang berjiwa dan bersemangat besar mahu mendidik pelajar2 ni. Tapi tak berkesan sebab ramai pelajar tak mahu dengar. Pihak sekolah pun tak beri sokongan. Hanya seorang pelajar bernama Kusaka (Yuto Nakajima, HSJ) yang terus bersemangat. Tapi kalau setakat seorang aje yang nak belajar, apa sangatlah bezanya. Sekolah tu tetap akan tutup kerana prestasi peratusnya rendah.
Tiga lagi ahli HSJ, Ryosuke, Chinen dan Daiki tiba2 muncul dan bertukar ke sekolah ni. Sejak kehadiran mereka, banyak perubahan berlaku. Kiranya macam penyokong kuat Takahata sensei lah. Mereka umpama wira yang merealisasikan apa saja impian pelajar2 lain dan rancangan cikgu takahata yang mahu melihat sekolah itu terus beroperasi. Tapi mampukah impian mereka untuk menghalang penutupan sekolah itu berhasil? Saksikanlah sendiri yer... seuai sangatlah untuk golongan remaja terutamanya ^_^
Pengajaran: jangan putus asa untuk mencapai impian... kalau betul nak impian tu tercapai. tak ada perkara yang mudah, jadi usaha ajelah kuncinya...

Orthros no Inu

Jujurnya, saya sendiri pun tak tahu apa makna 'orthros' tu. Banyak kamus dah saya rujuk tapi masih tak jumpa maknanya. Bila merujuk kepada wikipedia, ia bermaksud upacara sembahyang di gereja sebelah timur. 'Inu' pula bermaksud anjing...jadi, maknanya... emm macam mana nak jelaskan ek.
Kita teruskan ajelah pasal cerita ni. Mesti ramai yang suka tengok drama ni sebab gandingan Hideaki Takizawa dan Nishikido Ryo (NEWS). Tapi, jalan ceritanya juga menarik. Walaupun agak perlahan tapi ada juga babak suspen. Oklah..ceritanya berkenaan dengan seorang pemuda yang memiliki 'Tangan Tuhan' atau God Hand, dimainkan oleh Hideaki. God Hand bermakna, dia boleh menyembuhkan apa juga bentuk penyakit dengan hanya menyentuh orang itu. Sementara Ryo pula membawa watak seorang cikgu (Aoi) yang memiliki Tangan Syaitan di mana dia boleh membunuh orang dengan sentuhan. Tetapi, jika mereka tidak mempunyai niat untuk membunuh atau merawat, sentuhan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.
Ryuzaki Shinji (Hideaki) di tawan dalam sebuah bilik bawah tanah kerana abilitinya itu dan sebab dia dituduh membunuh. Satu hari, dia berjaya melepaskan diri dengan bantuan Ryosuke Aoi (Ryo). Apabila dia menghebahkan keupayaannya untuk merawat, keadaan menjadi sangat kacau bilau. Pesakit di hospital tidak mahu lagi menerima rawatan. Mereka mahukan Ryuzaki menyembuhkan penyakit mereka segera. Ryuzaki menjadikan keadaan seperti trek permainannya. Dia mengarahkan Aoi untuk membunuh orang yang jahat sebagai pengganti nyawa untuk dia menyelamatkan orang lain. Pada mulanya Aoi akur, namun setelah keadaan menjadi semakin teruk, dia mula mahu menentang Ryuzaki dan menghentikan perbuatan Ryuzaki yang terus menghuru-harakan keadaan. Sehingga Aoi-sensei terpaksa bertindak untuk 'membunuh' Ryuzaki. Namun, pada masa yang sama, Aoi mendapati Ryuzaki adalah abang kandungnya. Sanggupkah Aoi meneruskan hasratnya untuk membunuh Ryuzaki setelah menyedari kebenaran itu?
Drama ini juga menampilkan seorang ahli Hey Say Jump iaitu Hikaru Yaotome yang memegang watak anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia ni seorang pengedar dadah atau pil khayal la kiranya cam samsenglah juga. Kehadiran watak ni banyak bawa huru hara... tambahan pula ayahnya orang kuat kepada calon yang bertanding untuk jawatan Perdana Menteri. Jadi, malulah ayah dia bila wartawan dapat tahu perihal anaknya itu. Namun, apapun dia tetap melindungi anaknya. Macam mana pula tu?

Thursday, November 18, 2010

Kaibutsu-kun special

Hah...DVD utk special belum keluar dekat market Malaysia. Tapi kalau beli direct dari Jepun, adalah. Tapi korang boleh download aje dari komuniti yang sub kan cerita ni. tapi kalau nak support, belilah yang ori =D
Special Kaibutsu-kun, diorg buat macam pementasan dan playback...kira macam ceritakan semulalah. Salah satu cerita yang diceritakan masa pementasan tu...ialah kedatangan tunang taro-chan ke dunia. dilakonkan oleh....jeng3...nak bagitau ke? kalo bagitau, xsurprise la nanti...jeng3....Becky. Alah pecah lubang.... masa nilah, utako-chan rasa cemburu sebab dia kan suka dekat kaibutsu-kun ni. Tapi...yang kurang bestlah Utako-chan rasa bila Becky ni cium pipi Taro-chan. Wah! Terkejut dia...dan makin cemburulah dia
Yang paling best bagi saya ialah babak selingan di antara cerita2 ni, di mana Kaibutsu-kun cuba belajar naik basikal. memang kelakar... Akhir sekali ada pula kemunculan Arashi dan sesi teka-tekilah kiranya di akhir cerita. Siapa yang kalah akan didenda makan kari Utako yang sangat pedas haha...