Friday, November 19, 2010

Scrap Teacher

Drama ini mengisahkan tentang sebuah sekolah menengah rendah yang hampir ditutup kerana prestasinya yang semakin merosot dan bilangan pelajar juga semakin sedikit. Malahan, pelajar yang ada juga seakan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka. Bukan pelajar sahaja tapi tenaga pengajar pun tak bersemangat nak mengajar. Sehinggalah muncul Takahata-sensei yang berjiwa dan bersemangat besar mahu mendidik pelajar2 ni. Tapi tak berkesan sebab ramai pelajar tak mahu dengar. Pihak sekolah pun tak beri sokongan. Hanya seorang pelajar bernama Kusaka (Yuto Nakajima, HSJ) yang terus bersemangat. Tapi kalau setakat seorang aje yang nak belajar, apa sangatlah bezanya. Sekolah tu tetap akan tutup kerana prestasi peratusnya rendah.
Tiga lagi ahli HSJ, Ryosuke, Chinen dan Daiki tiba2 muncul dan bertukar ke sekolah ni. Sejak kehadiran mereka, banyak perubahan berlaku. Kiranya macam penyokong kuat Takahata sensei lah. Mereka umpama wira yang merealisasikan apa saja impian pelajar2 lain dan rancangan cikgu takahata yang mahu melihat sekolah itu terus beroperasi. Tapi mampukah impian mereka untuk menghalang penutupan sekolah itu berhasil? Saksikanlah sendiri yer... seuai sangatlah untuk golongan remaja terutamanya ^_^
Pengajaran: jangan putus asa untuk mencapai impian... kalau betul nak impian tu tercapai. tak ada perkara yang mudah, jadi usaha ajelah kuncinya...

Orthros no Inu

Jujurnya, saya sendiri pun tak tahu apa makna 'orthros' tu. Banyak kamus dah saya rujuk tapi masih tak jumpa maknanya. Bila merujuk kepada wikipedia, ia bermaksud upacara sembahyang di gereja sebelah timur. 'Inu' pula bermaksud anjing...jadi, maknanya... emm macam mana nak jelaskan ek.
Kita teruskan ajelah pasal cerita ni. Mesti ramai yang suka tengok drama ni sebab gandingan Hideaki Takizawa dan Nishikido Ryo (NEWS). Tapi, jalan ceritanya juga menarik. Walaupun agak perlahan tapi ada juga babak suspen. Oklah..ceritanya berkenaan dengan seorang pemuda yang memiliki 'Tangan Tuhan' atau God Hand, dimainkan oleh Hideaki. God Hand bermakna, dia boleh menyembuhkan apa juga bentuk penyakit dengan hanya menyentuh orang itu. Sementara Ryo pula membawa watak seorang cikgu (Aoi) yang memiliki Tangan Syaitan di mana dia boleh membunuh orang dengan sentuhan. Tetapi, jika mereka tidak mempunyai niat untuk membunuh atau merawat, sentuhan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.
Ryuzaki Shinji (Hideaki) di tawan dalam sebuah bilik bawah tanah kerana abilitinya itu dan sebab dia dituduh membunuh. Satu hari, dia berjaya melepaskan diri dengan bantuan Ryosuke Aoi (Ryo). Apabila dia menghebahkan keupayaannya untuk merawat, keadaan menjadi sangat kacau bilau. Pesakit di hospital tidak mahu lagi menerima rawatan. Mereka mahukan Ryuzaki menyembuhkan penyakit mereka segera. Ryuzaki menjadikan keadaan seperti trek permainannya. Dia mengarahkan Aoi untuk membunuh orang yang jahat sebagai pengganti nyawa untuk dia menyelamatkan orang lain. Pada mulanya Aoi akur, namun setelah keadaan menjadi semakin teruk, dia mula mahu menentang Ryuzaki dan menghentikan perbuatan Ryuzaki yang terus menghuru-harakan keadaan. Sehingga Aoi-sensei terpaksa bertindak untuk 'membunuh' Ryuzaki. Namun, pada masa yang sama, Aoi mendapati Ryuzaki adalah abang kandungnya. Sanggupkah Aoi meneruskan hasratnya untuk membunuh Ryuzaki setelah menyedari kebenaran itu?
Drama ini juga menampilkan seorang ahli Hey Say Jump iaitu Hikaru Yaotome yang memegang watak anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia ni seorang pengedar dadah atau pil khayal la kiranya cam samsenglah juga. Kehadiran watak ni banyak bawa huru hara... tambahan pula ayahnya orang kuat kepada calon yang bertanding untuk jawatan Perdana Menteri. Jadi, malulah ayah dia bila wartawan dapat tahu perihal anaknya itu. Namun, apapun dia tetap melindungi anaknya. Macam mana pula tu?

Thursday, November 18, 2010

Kaibutsu-kun special

Hah...DVD utk special belum keluar dekat market Malaysia. Tapi kalau beli direct dari Jepun, adalah. Tapi korang boleh download aje dari komuniti yang sub kan cerita ni. tapi kalau nak support, belilah yang ori =D
Special Kaibutsu-kun, diorg buat macam pementasan dan playback...kira macam ceritakan semulalah. Salah satu cerita yang diceritakan masa pementasan tu...ialah kedatangan tunang taro-chan ke dunia. dilakonkan oleh....jeng3...nak bagitau ke? kalo bagitau, xsurprise la nanti...jeng3....Becky. Alah pecah lubang.... masa nilah, utako-chan rasa cemburu sebab dia kan suka dekat kaibutsu-kun ni. Tapi...yang kurang bestlah Utako-chan rasa bila Becky ni cium pipi Taro-chan. Wah! Terkejut dia...dan makin cemburulah dia
Yang paling best bagi saya ialah babak selingan di antara cerita2 ni, di mana Kaibutsu-kun cuba belajar naik basikal. memang kelakar... Akhir sekali ada pula kemunculan Arashi dan sesi teka-tekilah kiranya di akhir cerita. Siapa yang kalah akan didenda makan kari Utako yang sangat pedas haha...

Kosodate play

Drama bersiri ini ala-ala sitkom dan dirakamkan di studio. Jika anda tonton cerita ni, pasti anda perasan...venue scene dia sama aje, dekat ruang tamu rumah. Siap ada suara latar yang ketawa lagi setiap kali dialog mereka ni kelakar. Drama ini mengisahkan, empat sahabat yang tinggal bersama . Seorang sebagai peguam, seorang pelajar research yang bakal jadi profesor, seorang fotografer, dan seorang promoter kelab. Perangai masing2 memang tak sama. Satu hari menerima seorang bayi lelaki di depan rumah mereka. tak tahulah anak siapa. masing-masing sangkakan anak kepada kawan mereka yang berkerja di kelab tetapi dinafikannya. akhirnya mereka putuskan untuk jaga baby tu. Lebih kurang drama Korea, One Mum and Three dadies lah ni. memang kelakar jugalah cerita ni. bayangkan lelaki bujang nak jaga baby tiba2. Kelam kelibut dan haru biru dibuatnya. memang tak rugilah tengok, boleh kata tak kering gusi jugalah. Tapi, anak siapa bayi lelaki tu? Bila dah lama jaga baby tu, masing2 dah timbul rasa sayang tapi tiba2 pula mereka dapat surat daripada ibu bayi tersebut yang mengatakan bahawa dia akan datang mengambil anaknya semula. Apa terjadi lepas tu? Tontonlah yer...

Shabake

Shabake adalah drama pendek lakonan Tegoshi Yuya (NEWS) yang memegang watak seorang budak lelaki yang mempunyai badan yang lemah. Kerana badannya yang lemah, dia hanya duduk di rumah sahaja dan berkawan dengan hantu. Kebetulan pula dia boleh tengok hantu. Oh, bukan kebetulan sebenarnya..tapi ada sebabnya. nak tahu, kenalah tengok sendiri hingga ke penghujung cerita. Drama ni kiranya ala-ala zaman Jepun kunolah dan boleh dikatakan fiksyen. Perjalanan ceritanya agak perlahan tetapi tidaklah begitu membosankan. Jangan salah sangka Tegoshi Yuya sebagai gadis tau...sebenarnya dia ialah seorang lelaki. Ramai yang cakap muka dia ni macam budak perempuan haha dalam cerita ini Yuya dilindungi oleh banyak jenis hantu...dan dia seolah-olah menjadi ketua bagi hantu-hantu ini. Tetapi disebabkan badannya yang lemah, dia tidak dapat berlawan dengan hantu2 jahat...Kalau tak silap drama nya kurang dari 2jam. Bolehlah ditonton untuk santai2...sambil makan tengah malam. memang cerita ni cerita hantu tapi tak seram pun. Rasanya yang takut pun boleh tengok...

Liar Game

Juga daripada adaptasi manga, mengisahkan tentang Kanzaki Nao yang merupakan seorang gadis yang jujur dan mudah percaya pada orang lain. Baginya, dia mahu mencipta dunia yang penuh dengan kepercayaan. Satu hari, dia menerima 100 juta yen sekaligus terpaksa mengikut satu permainan yang dinamakan Liar Game, dianjurkan oleh Liar Game Team (LGT). Wang berserta kad jemputan, diletakkan di depan pintu rumahnya. Bersama itu ada juga diberi satu video berkenaan penerangan tentang game tersebut. Menurut video itu, sebaik dia menontonya bermakna dia telah bersetuju untuk menyertai permainan itu. Jika dia mahu menarik diri, dia perlu memulangkan 100 juta yen itu dan debit 50 juta yen lagi. Akhirnya, Nao-chan terpaksa meneruskan langkahnya dalam permainan Liar game ini.

Lawannya yang pertama adalah bekas cikgu sekolahnya dan naochan sangat mempercayai cikgunya itu. Tanpa dia sedari, cikgu itu telah menipunya dan membelot kononnya mahu membantunya menyimpan wang 100 juta yen itu bagi pihak Nao-chan. Tetapi sebenarnya cikgu tu mahu memenangi wang itu. Nao-chan hilang arah dan seseorang mencadangkan dia supaya meminta bantuan daripada seorang genius penipuan, Akiyama-san. Akiyama-san mengatur strategi licik bagi memastikan kemenangan Nao-chan sehinggalah mereka berjaya memperdayakan cikgu itu. Kekalahan cikgu itu menyebabkan dia menanggung hutang kepada LGT. Namun, nao-chan yang baik hati telah menyerahkan kesemua wang yang dimenanginya kepada cikgunya untuk melangsaikan hutang.

Kisah Liar Game tidak berhenti sampai di situ saja. Liar Game round 2 muncul kembali dan kali ini, Akiyama-san mengganti seorang pemain untuk terus berada di sisi Nao-chan supaya dia dapat melindungi gadis itu. Strategi kali ini menyebabkan Nao-chan tewas pada round2 dan terpaksa berentap kembali dalam satu lagi game sebelum bermain untuk round3. tapi akhirnya nao-chan berjaya membawa kemenangan kepada kumpulannya dan juga lawannya dengan prinsip yang dipegang..iaitu kepercayaan supaya tiada siapa yang pulang dengan hutang. jalan cerita ini memang menarik dan suspen. Cuba test IQ anda sama ada anda boleh terpedaya akan penipuan dalam drama ini...

Setelah dua tahun, Nao-chan sangkakan hidupnya telah aman..tetapi dengan tak semena-mena dia sekali lagi menerima kad undangan Liar Game round 4 dalam Liar Game 2. Dalam LG2, muncul watak Ryo Katsuragi iaitu profesor muda yang licik dan lawan kepada Akiyama-san. Namun, sebenarnya sasaran utama katsuragi ialah nao-chan. Mampukah Akiyama menyelamatkan Nao-chan hingga ke akhirnya? Jawapannya...tonton dan anda ankan tahu jawapannya.

walaupun banyak watak antagonis dalam drama ini, tapi saya paling rimas dengan watak Fukunaga. Ish, sakit kepala dengan lelaki kepala cendawan nilah... Drama special cerita ini ialah paradise...the last ... lom tengok lagilah. Tunggu saya tengok nanti baru bagitaulah....

Selamat menonton ^_~

Kaibutsu-kun


adaptasi daripada manga...cerita ini mengenai seorang Putera raksasa (kaibutsu-kun) lakonan Satoshi Ohno dari Kaibutsu Land. Dia ni keras kepala dan Raja (Daio-sama) risaulah untuk menyerahkan takhta kepadanya. Tambahan pula ada pula demon Land yang bercadang untuk merampas kuasa dan memerintah 3 dunia, Demon Land, kaibutsu Land dan dunia manusia. Jadi daio-sama hantarlah taro-chan (kaibutsukun) ke dunia untul belajar bersama dracula, frankenstein dan werewolf. Dekat dunia, mereka berkawan dengan Hiroshi dan Utako. Datang jer rumah adik beradik Hiroshi dan Utako ni, mereka mesti nak makan kari. haihhh. Puak Demon Land pula ada buat kejahatan di dunia bagi tujuan menghidupkan semula putera mereka yang ditewaskan oleh daio-sama seratus tahun lalu...setiap episod, kaibutsukun akan belajar sesuatu yang baru...ikutilah perjalanan misi mereka...adakah putera demon-land berjaya dihidupkan semula dan apa akan terjadi seterusnya....yang pasti, banyak adegan lucu dan buatkan penonton sakit perut nak gelak dengan mimik muka kaibutsukun ni. kalau anda pernah tengok kartun kaibutsukun, percayalah...ia berbeza.

Hailah kaibutsukun...kalau semua nya terbaik..apa yang terbaik daripada yang terbaik~> berkorban untuk orang lain. Oh, ada satu episod yang mengharukan dalam drama ni..huhu...sedih...granny...

Pengajaran: jangan keras kepala...walau kita di atas, pandanglah ke bawah supaya kita sedar yang kita berpijak di tanah bumi yang sama. Pandanglah ke atas, supaya kita sedar betapa tingginya langit itu...jadi kedudukan kita taklah tinggi mana pun.

Soundtrack: Monster (Arashi) dan penampilan istimewa ialah Matsumoto Jun