Sunday, December 12, 2010

Golden Disc Award

Dua malam lepas saja saya cari video Suju dekat youtube. Sebenarnya nak tengok MV bonamana.. haha walaupun dah lama album tu keluar. Baru semalam berkesempatan melayari youtube. Cari punya cari terjumpa video golden disc award 9 Dec 2010, kiranya sehari sebelum saya online tue. Malam tu, kalau tak silap Suju menang award.. the best asia song ke ek.. wahhh bravo suju oppa. Dan malam tu juga diorang perform lagu sorry sorry and bonama. Wah! Starting diorang memang gempak... dengan tarian Eunhyuk. Melopong jap hehe Bonamana pun best jugak. Kalau tak silap maksud bonamana tu beauty eh??? Cuma ada ler terkucil sikit.. maybe sebab mike ker xtau la kan tapi bila ada satu part Donghae tu, dia macam susah aje nak nyanyi part tue... memang susah pun. So, malam tu, part yang tu terabur sikit. Kalau pernah tengok video kiss the radio, Eunhyuk pernah tanya Donghae pasal part tue la. Yang mana? Emm.. tengoklah video tue, persembahan diorang pada malam anugerah tu, nanti taulah part mana yang saya maksudkan. Bila tengok banyak kali video2 Suju... bila tengok Ryeowook, saya rasa macam nampak Yuya Tegoshi dari kumpulan NewS tu... Leeteuk pula ada sikit macam Keichiro. Emm cara Ryeowook nyanyi dan senyum saling tak tumpah macam Yuya.. tapi suaranya tak samalah. Mungkin taklah sama 100%, bukan mungkin tapi memang tak. 80% ada kot. Hehe... comellah bila dia senyum kan. Siwon pula, wah sejak berlakon drama Oh! My Lady dan terus ditayangkan dekat Malaysia, banyak pula majalah yang siarkan poster dia (poster drama tu la). Padahal drama tu baru aje ditayangkan kat Korea, tahun ni juga. Cepat betul drama tu masuk sini ek. Agak2 apa sebabnya? Sebab Siwon tu Suju ke atau memang Korean drama senang sangat nak masuk sini?
Alamak! Jauh pula melencong. Berbalik pada cerita anugerah tadi... Wah rasa excited bila tengok dan dapat tahu Suju menang anugerah. Sama macam bila Arashi menang awards.. saya punya excited tak payah cakap la. Hepi sesangat. macam saya pula yang dapat kan... hehe. Takdelah.. bila tengok diorang ni menang award, kita pon rasa macam berkobar2 jer semangat nak berjaya cam diorang... tapi bukanlah dapat anugerah artis hehe... nak bergelar artis pun mustahil. Tak kesahlah dalam apa pun yang kita buat, siapa yang tak mahu berjaya kan. Tapi apa rahsia kejayaan? Hehe tepuk dada tanya selera. Mahu kenalah rajin dan berkerja keras. kalau malas... alamatnya angan2 Mat Jenin ajelah.
Kat sini juga nak komen pasal Idola Kecil3... teringin gak nak tengok ada akademi tok budak2 berbakat macam diorang ni... macam SM Entertaiment atau Johnnys wat... lama kan JE bentuk boyband yang ada sekarang ni. Idola Kecil musim kali ni, memang semua hebat2 dan berbakat besar. semuanya boleh pergi jauh. Sampaikan malam semalam minggu keempat yang tiada penyingkiran. Kalau boleh nak semua tu pergi final. Tapi... susah juga nak pilih pemenang macam ni. Semuanya dah memang hebat. Kalau macam tu, siapa pun pemenangnya... walaupun tersingkir, korang memang semuanya adalah pemenang. Kiranya yang menang tu adalah pemenang di kalangan pemenang2. kan... kan. Tapi kan... Mr Alif kita ni.. adeh, bukan nak komen apalah. Cuma janganlah bagi suspen tu lama2 sangat masa nak umumkan penyingkiran. Kesian budak2 tu tau. Kalau kita tengok AF ke, atau mana2 program realiti lain yang pesertanya di kalangan orang dewasa pun dah nangis bila nak umum siapa yang bakal tersingkir, inikan pula budak2 yang punya harapan yang jauh lebih besar. Hati budak2... faham2lah. Sampaikan Mat Rock pun nangis bagai nak rak... nak nyanyi lagu Hidup Penuh Semangat pun dah takleh. So, harap, pendekkanlah sikit babak suspen tu. Cian kat diorang. Good Luck lah pada semua adik2 ya... n kat saya juga ^_~

Friday, December 10, 2010

Exploration on the human body

Lepas attack on pin-up boys, demam Suju tersebar terus bila saya terlihat link video exploration on the human body (EHB) oleh member Suju. Apa lagi.. tengoklah sampai episod 13. Memang bikin pecah perut tengok telatah mereka sepanjang menjalankan experimen semua tu... releaselah juga semua tekanan. Kira macam buat terapi gelak terbahak2lah juga. Kalau tak silap, EHB dirakamkan bermula akhir tahun 2007 sehingga 2008. Pada episod awal, eksperimen yang dijalankan taklah mencabar sangat tapi kelakarlah juga tengok gelagat diorang ni. Nampak jelaslah perwatakan masing2. Leeteuk memang kelakar, Siwon lak malu2 kucing rupanya mamat nie... Yesung, aiya... agak control juga mamat ni. Nasib baik comel. Ryeowok, maintain cute. Eunhyuk... comel juga dengan perangai dia yg kdg2 tu confident tahap gaban tapi hampeh hahaha Memang macam2 perangailah diorang ni. kalau nak ceritakan setiap sorang, letih lak rasa. Ramai sangat.. 13 orang kan nak ceritanya. Tapi Kyuhyun hanya join setelah episod pertengahan... yg mana ek, start yang diorang memanah tu kot. Episod berapa tu?
Ada 3 fav episod saya dalam program ni. Episod 4, diorang test gas ketawa iaitu Nitrous Oxide (N2O) yang digunakan di klinik gigi untuk mengurangkan tekanan dan ketakutan kanak2 yang takut sangat nak buat rawatan gigi. Alah, ni semua sebab Siwon nak tau sangat betul ke effect gas tu boleh buat orang gelak macam cerita Mel Gibson tu. Jadi, macam biasa sebelum diorang mulakan eksperimen adalah guest yang dijemput untuk terangkan tentang eksperimen tu. Menurut doktor gigi tu, gas N2O ni memang boleh bagi orang relax sebab dia merangsang apa ntah, tengoklah sendiri yer. Tapi effectnya berbeza pada setiap individu. Ada orang akan alami kesannya cepat. Ada yang lambat. Siwon awal2 lagi dah gelak. Belum sedut gas tawa lagi dia dah ketawa. Macam Shindong dan Eunhyuk yang sekejap aje, dah gelak sampai tergolek2. Tapi Yesung, Hankyung, effect diorang lambat. Ryeowok pon lambat skit. Mula2 diorang akan rasa ngantuk sampai satu tahap, diorang rasa ringan dan macam hepi semacam sampai terus nak tergelak tanpa sebab. Dan tawa mereka tu susah juga dah hilang. Even on music sedih pun, diorang gelak terbahak2. Bila tengok diorang gelak, saya pun nak tergelak sama. Lepas habis test gas ketawa tu, diorang test pula... pengaruh orang gelak pada orang sekelilingnya. 4 orang ahli Suju diminta mainkan watak orang yang gelak ni... Saya tak berapa ingat sape... Leeteuk, Eunhyuk, Sungmin dengan ... ? sape lg sorang ek? Ah, tak kesahlah. So, diorang tunjuk dua session... ramai2 tengok video pasal atlit angkat berat wanita, sampailah atlit tu menang pingat. Tak ada benda yang kelakar pun tiba2 aje budak2 ni gelak tak pasal2. Bagai nak rak pulak tu. Confirmlah kawan dia yang lain fikir.. biar betol budak ni? Sakit ke? Dah tak betul ke kan... Tapi diorang terus aje gelak... Shindong, Siwon yang tak berapa kesah and control aje lama2 pun terikut gelak juga. Ryeowok yang asalnya blur aje pun... dia yang mula2 skali ikut gelak. Walaupun dia tak tau kenapa dia gelak haha Paling susah nak bagi KangIn gelak. Haihh mamat ni serius sikit... puaslah kawan dia gelak dia boleh wat tak tau aje. Jadi terpaksalah Leeteuk wat plan B... buka cerita yang ntah apa2 and disebab cerita Leeteuk yang mengarut tu akhirnya Kangin gelaklah juga. Haha Leeteuk... ko memang kelakarlah beb
Episod eksperimen paling sedih, episod 8 masa diorang uji tentang air mata. Dari mana air mata terhasil? Dekat mana kelenjar air mata tu? Dengan yakinnya some1 jawab kat bawah mata... hahaha SALAH! So, diorang guna speed camera untuk test dari mana dan macam mana air mata menitis dari mata. Dan pada episod kali ini dia panggil seorang gadis yang merupakan pelajar jurusan media dan lakonan... dok lah berlakon dengan member2 suju supaya diorang ni menangis. Tapi hampeh la... macam2. Banyak sangat gangguan bila lakonan tu hampir menjadi. nakal tol diorang ni... Lepas tu, diorang adalah nak test, antara air mata semulajadi sebab emosi dengan airmata yang dirangsang (mungkin sebab bawang atau makanan pedas), yang mana lagi satu lebih masin. Yeah.. jawapannya air mata yang dirangsang jauh lebih masin. Air mata rangsangan diorang kenalah wat macam2.. ada yang makan peda, tumbuk bawang, makan bawang, guna kipas.. macam2 lah. Yang air mata emosi pula huhu T_T sampai hati diorang. Diorang plan kenakan Eunhyuk dan Ryeowok. Diorang ajak makan sama2.. siap ada pengurus lagi. Hairanlah kawan bila nampak pengurus dia ada skali. Pastu tengah2 makan.. tiba2 Shindong kena panggil. Kononnya Shindong nak keluar dari Suju... Setiap ahli yang lain diberi tugas masing2.. KangIn macam biasalah. tugas dia untuk menghangatkan suasa bikin makin panas. Sampaikan our lovely Eunhyuk crying so hard sebab rasa tertekan bila kawan2 dia gaduh n Ryeowok yang pada mulanya pendam aje perasaan akhirnya juga mengalirkan air mata yang deras bila ditanya pendapatnya. Hah, masa nilah ahli yang ditugaskan untuk mengumpulkan air mata diorang berdua jalankan tugas...keh3. Sampai ler hati korang wat diorang dak comei ni nangis yerk T_T Ada lak ahli yang tak tahan terus keluar... sebab diorang tak tahan nak gelak..dan ada juga yang tak tahan terharu... haihh dahlah siap bagi fake award kat Eunhyuk sebab nak melengah2kan masa ketika diorang sibuk nak wat preparation kat bilik tu, siap pasang hidden camera lagi.
Episod 12.. hehe mouth-to-mouth respiration. Sebelum episod ni, Suju dah dibahagikan kepada 2 kumpulan, group 1 and group 2 (masa eksperimen memanah dan tangkap arrow). Group 1 terdiri drp Kibum, Hee-chul, Kyuhyun, Hankyung (tapi episod ni dia kena masuk group 2 plak), KangIn (pun kena campak ke group 2) dan Shindong. Group 2 pula terdiri daripada Yesung, Ryeowok, Eunhyuk, Sungmin, Donghae (kena tukar masuk group 1) dan Leeteuk (juga masuk group 1). Siwon tak ada dua episod termasuk episod ni. Group 1 kena cari peralatan yang boleh buatkan diorang bernafas lebih lama dalam air dan group 2 kena gunakan teknik mouth-to-mouth respiration hahaha Sedang group 1 pergi membeli-belah, group 2 kenalah paktis n cari pasangan masing2 yang serasi...malu2 kucing la plak diorang ni haha paling kelakar.. Kang In, semua orang dia tak mau.. and tak ramai juga orang yang berani nak dia bagi oksigen kat diorang haha. Tapi sorang aje yang Kangin leh terima iaitu... our lovely Eunhyuk hehe Kalau pada asalnya masing2 rasa kekok dan malu, lama2 semua dah macam profesional plak. Sampai masa diorang bertanding... group 1 menggunakan fish bowl tok donghae bernafas lebih lama kat dalam air.. tp seksa kawan tu dibuatnya. dan group2 plak, Eunhyuk, Sungmin dan kangin yang wat demo. Enhyuk dok dalam air dan Sungmin bagi oksigen. kangin lak standby kalau sungmin dah penat.. tapi bila time Kangin bagi oksigen, Eunhyuk rasa tak selamat kot.. dia tarik balik tangan Sungmin. hehe... sori saya yang tengok pun saya tak rasa selamat masa Kangin beri batuan tu. tak sama masa Eunhyuk beri oksigen pada Kangin.. ;p Akhirnya diorang leh bertahan sampai 6 minit... tu pun hos yang kena tamatkan. kalau tak entah sampai bila diorang nak wat camtu terus haha... sugoi ne =D
Ada juga episod yang mereka panggil DBSK sebagai guest dan masa tu, episodnya agak mimik kepada program Go! Dream Team... wah rindunya nak tengok GDT. Yang terkejutnya, ahli DBSK ni kebanyakannya gila makan pedas. Cili yang pedas tu dia boleh buat macam makan gula2... woah dasat tol. Biar betul diorang ni.. kena ulser perut nanti baru tau. Program EHB ni memang best, lebih kurang Himitsu no Arashi-chan lah juga... tapi lagi pecah perutlah. hehe... Harap sangat program ni akan disambung balik... dan tayangkan dekat KBS ke, mesti best. Tak pun tengok online pun jadilah kan... kalau korang tak ada idea, tanyalah peminat. Mesti macam2 idea eksperimen yang korang leh dapat tau.... Rindu rasanya nak tengok keletah dan gelagat semua ahli suju ni sekaligus... memang macam2 peragai. dahlah diorang ni ramai kan... lagi tak kering gusilah tengok peel masing2. walaupun Hankyung, Kibum dan Kangin dah tak ada dalam Suju lagi... disebabkan Hankyung dan Kibum tak banyak cakap, so tak rasalah sangat bezanya... tapi terfikir juga masa diorang dapat tau yang 3 ahli diorang ni keluar ni kan... ada tak situasinya sama cam, EHB episod 8 tu? rasanya kalau tengok banyak kali pun tak bosan ni.. hehe nak gelak lagi... gelak lagi hahahahahaa

Monday, December 6, 2010

Idola Kecil 3

Gempak! Hebat! Sengit! Itulah perkataan yang boleh saya luahkan tentang program realiti kanak2, Idola Kecil musim ke3. Kalau saya yang jadi juri (haha, nasib baik saya takde kelayakan) mesti saya pening kepala. Tambahan pula, tiada undian untuk program ni. Penyingkiran hanya berdasarkan markah daripada juri2. Apalah yang boleh dikomen? Semua2nya bagus2... cuma mungkin kadang2 ada terkucil or tersumbang sikit or tak ada ekspresi muka. Tapi keseluruhannya memang hebat. Kalau ikutkan, persembahan adik2 ni lebih hebat daripada program realiti lain yang pernah saya tengok. maaflah ya... kalau ada yang terasa tapi memang tak boleh disangkalkan kebolehan dan tahap prestasi mereka ni. Pada usia muda, mereka sudah mempunyai imej tersendiri dan kebolehan yang kadang2 melebihi penyanyi yang ada. Rasanya juri pun punya pendapat yang sama kan...
Tahniahlah pada semua peserta dan tenaga pengajar mereka yang telah bertungkus lumus dan berkerja keras. Hasilnya memang tersangatlah puas hati. Tapi kan nak dengar juga komen Pak Nil ke, Adlin ke or juri Malaysian Idol dalam Idola Kecil. Apa agaknya yang mereka akan cakap ek? tapi satu ajelah yang saya risaukan... kalau yang perempuan, mungkin suara diorang tak banyak beza cuma yang lelaki ni... bila diorang dah pecah suara nanti, confirmlah suara diorang berubah kan. Tapi macam Harris, rasanya dah pecah suara. Kalau dengar dia nyanyi tanpa tengok orangnya, saya ingat orang besar yang nyanyi. Bila tengok... kecik aje budaknya. Tapi macam Afif dan Hadi, macam mana? Eh, Afif tu anak cikgu Hajar ke? Okeylah.... tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Siapa pula yang akan tersingkir? Aduh! Susah nak buat pilihan sebab semuanya bagus2

Saturday, December 4, 2010

Attack on pin-up boys

Selepas habis menonton drama Oh! My Lady, saya cari link drama yang berkait dengan Siwon. Saja nak tahu sama ada member Suju yang lain pun aktif berlakon juga macam Kibum ke. Tapi harap2 walaupun dah seronok berlakon, janganlah keluar dari Suju ya. Nanti makin berkuranglah ahli SJ T_T


Cari punya cari saya terjumpa 'attack on pin-up boys' tapi ni bukan drama tau. Ini filem yang dibintangi oleh 12 orang ahli Suju yang khabarnya ditayangkan pada tahun 2007, selepas official debut Suju pada tahun 2006. Tapi, dalam filem ni tak ada Khunyun. Dan khabarnya lagi filem ni box office. Wah! Macam best. Masa baca sinopsis filem ni, saya cuma nampak nama Han Geng/ Hankyung, Siwon, Hee-chul, Dong Hae, Kibum dan Kang In. Tapi masa starting dia, nampaklah dia ada tulis nama pelakon lain, termasuk ahli SJ yang lain. Saya tak terlintas pula nak cari maklumat tambahan tentang filem ni. Syok sangat nak tengok... yang lain, belakang kiralah. Habis nanti baru cari ek...


Awal2 aje dah tunjuk Kibum dengan Donghae... lepas tu muncul pula Sungmin, kononnya macam puteralah...disukai ramai gadis, Han Geng, pemain bola keranjang yang terkenal di sekolahnya dan Ye Sung, seorang rockers. Mereka bertiga ni memang famous dekat sekolah masing2 dan sebab mereka terkenal, mereka diserang oleh seorang misteri yang membaling najis ke muka diorang masa diorang jalan sesorang malam2. Semua kejadian tu berlaku lebih kurang 300 meter dari kawasan sekolah masing2. Kecohlah semua sekolah tinggi nak tahu siapa penjenayah misteri tu dan siapa pula mangsa seterusnya.


Dalam filem ni, semua ahli SJ pakai nama sendiri. Kibum dan Donghae sepakat nak siasat hal ni. Tapi sepanjang perjalanan cerita ni tak nampak pun yang diorang ni siasat. Donghae tetap sibuk dengan hidupnya... ahli back dancer kat sekolah tu bersama Shidong dan Hee-chul, ketua kumpulan. Hee-chul dikhabarkan merupakan salah seorang calon yang tersenarai sebagai mangsa seterusnya, disamping ketua judo, Kang In dan Ketua Badan Pelajar, Si Won. Nak diceritakan tentang Si Won ni, dia kira budak yang sangat brilliant lah tapi hati dingin macam ais. Yang peliknya dia macam ada kuasa elektrik kat tangan dia.. dan orang yang selalu kena panahan petir dia tu, ialah pengikut kanannya, Ryeowook. haih... skema jer muka dia.


Kang In pun ada pengikut iaitu Eunhyuk (wah!!! menjerit jugalah bila nampak dia shhhh) dan seekor panda bear. Sape ker panda bear tu? Adakah...? Rasanya semua watak ahli Suju dah keluar kan kecuali... mana Leeteuk, ketua kumpulan Super Junior tu? Adakah??? Dia ke penjenayah misteri tu? Sah! Akhir cerita tu nanti baru korang akan nampak mana Leeteuk haha.. sudah ku jangka. Kawaii ne!!! Ops ni bukan filem Jepunlah ;p


Ok... berbalik pada cerita ni, lepas ketiga2 orang ni tau (Siwon, Heechul dan Kang In) yang diorang tercalon dalam pilihan mangsa seterusnya, diorang pula sibuk nak berlawan sesama mereka supaya terpilihlah. Adeh, tak rasa geli ke...? Kena baling dengan najis tau! Tapi dalam fikiran diorang kalau kena tu maknanya dialah yang paling famous sebab orang misteri tu cuma akan serang lelaki yang famous dan disukai ramai aje. Macam mangsa2 sebelum ni pun, lepas mereka kena serang makin famous pula lol


Bila Hee-chul tengok gambar Sungmin, mangsa yang pertama, dekat majalah... dia pun rasa cemburu dan minta kawan2 dia ambik gambar dia yang comel2 letak dalam blog. Haha... promot dirilah kiranya tu. Kang In pun apa lagi. Bila nampak blog tu, dia pun rasa nak melawan. Dia nak terpilih jadi mangsa seterusnya. Dia pun sibuk nak ambik gambar tapi...hahaha memang pecah perut jugalah tengok gaya dia. Siwon pun tak ketinggalan tapi cara lawannya agak halus dengan berpura2 kononnya dialah mangsa. Kecoh satu sekolah bila dapat tahu Siwon diserang malam tu. Paling hampeh bila cikgu2 ngan pengetua pun leh main bet sape pilihan mereka , antara Kang In, Siwon dan Hee-chul... haihh. Apalah yang diorang ni fikir kan. Kononnya sape yang jadi mangsa tu paling famouslah tu... dan populariti mereka akan meningkat lagi lepas tu. Aura diorang pun bersinar semacam!
Bila dapat tahu Siwon yang kena serang, Kang In dan Hee-chul apa lagi, frust habis. Tapi bila lakonan Siwon tu dibongkarkan oleh Kibum, misteri itu kembali menjadi persoalan yang masih belum terjawab sehinggalah Donghae dapat tahu siapa penjenayah yang sebenarnya. Siapa penjenayah tu? Leeteuk pun tak keluar2 sedangkan semua ahli Suju yang lain dah diperkenalkan. Adakah Leeteuk penjenayah tu? Hehe.. kalau nak tahu kenalah tengok. Tapi dinasihatkan janganlah cari maklumat pasal filem ni dulu sebelum korang tengok. Nanti tak surpriselah. Masa saya mula2 tengok pun, agak payah juga nak cam muka diorang ni kecuali Eunhyuk hihi. Ok.. last filem ni nanti, baru korang dapat jumpa mana Leeteuk dan diorang semua akan nyanyi lagu Suju, Wonder Boy. Tapi sekarang (2010), ahli Suju dah tinggal 10 orang jer... tanpa Han Geng, Kang In dan Kibum. Sedih gak... tapi adakah Kang In akan dimasukkan semula lepas tamat latihan ek? Sama2lah tunggu...
Dalam kumpulan Suju ni, saya paling minat Eunhyuk...hehe kenapa ek? Padahal dia tu kecik jer orangnya.. tak macam member yang lain, ramai lagi yang handsome kan. Alah, dia cute juga apa walaupun sepet. Kali pertama saya tonton rancangan dia masa Go Dream Team season 2... rasanya start kat situlah kot. Nampak macam dia low profile aje..dan agak nakal... tapi tak taulah. Satu lagi, kan dia salah seorang daripada 4 lead dancer dalam SJ... sebab tu juga kot. Apa yang fan tengok pada idol diorang? Banyak faktorlah kan. Tapi kadang2 boleh jadi juga... just suka aje, xde reason. Apa2 pun, berpada2lah dengan setiap perbuatan. Kalau nak minat tak salah tapi janganlah terlampau fanatik atau ekstrim ok ^_~
Teringat pada lagu mereka Sorry Sorry... rasanya dah dua kali saya tengok drama Korea yang selitkan scene pelakon nyanyi lagu ni, selain dari drama Oh! My Lady, satu lagi ialah My 3 Perfect Sons. Tahun ni, mereka keluar album baru.. Bonamana pada awal tahun. Wah! Meletup! Temanya sama aje tahun ni tapi ditambah beberapa lagu balada... wah, touching jugalah lagu dia. Tapi, dah lama tak tengok diorang perfom. Sekarang ni saingan makin hebat dengan 2pm dan banyak lagi bandboy yang tumbuh macam cendawan. Semuanya berebut2 nak buat konsert dekat Malaysia. Patutlah jboys susah sangat nak masuk market Malaysia ni...

Friday, December 3, 2010

Oh! My Lady

Pertama kali juga saya bercerita tentang drama korea di sini. Tiba2 rasa nak bercerita pasal drama Oh! My lady yang sekarang tengah ditayangkan di 8tv jam 8.30 malam. Masa mula2 tengok tu... emm macam best aje cerita ni. Bukan sebab tertarik pada pelakon utamanya tau. tapi sebab saya dah biasa tengok lakonan Presiden Yoon tue. Kebanyakan drama lakonannya sebelum ni boleh katakan semuanya menarik. Jadi, tertariklah juga nak terus tengok drama ni juga. Lagi2 montaj dia pun cam comel jer. Tapi bila lama2 tengok rasa semacam. Hero tu... macam familiar aje. Macam pernah tengok dia sebelum ni. Puas saya fikir drama apa yang dia berlakon..kalau2 saya pernah tonton sebelum ni. Nama pun saya tak sempat nak tengok sebab asyik lupa aje. Lepas seminggu tayangan kat tv baru teringat nak cari maklumat drama ni di internet. Haha...patutlah macam pernah nampak. Laa... Siwon rupanya haha. Memang saya pernah tengok dia dalam klip video Sorry Sorry sebelum ni. Dekat KBS pun banyak kali tengok Suju perfome dalam Music Bank. Oklah..sekarang nak cerita pasal darama oh! my lady...lupakan dulu pasal Super Junior k...
Dalam drama ni, siwon yang pegang watak Sung Min Woo, seorang super star. Entah macam mana, tetiba aje dia ada anak perempuan. Gelabahlah dia sebab nak jaga imej kan dan dia tak mengaku pun budak tu anak dia. Budak perempuan tu pula macam trauma dan tak berkomunikasi dengan orang lain. Nak dijadikan cerita, muncul pula watak ahjumma, Geo Hwa yang 7 tahun lebih tua daripada Min Woo yang menjadi penjaga kepada anak Min Woo. Geo Hwa duduk sebumbung dengan Min Woo tapi secara sembunyi2 supaya tak ada orang tahu. kalau media dapat hidu, habislah periuk nasi Min Woo nanti.
Min Woo ni digambarkan sebagai seorang yang sosial dan playboy. Ops...sebenarnya dia disukai ramai tapi saya tak rasa watak dia ni playboy. Cuma dia suka hidup mewah dan bebas. Yalah... artis ternamalah katakan. Dia ni juga dingin pada pihak media. Dalam pertengahan drama ni dibongkarkan rasa hati Min Woo yang suka pada Yun Ra, pengarah fesyen yang memang dari sekolah lagi Min Woo suka. Yun Ra pun tergedik2 nak ambil peluang supaya semua pihak media tahu akan hubungan mereka. Tapi nampak sangatlah Yun Ra yang macam kejar Min Woo ni. Nak dipendekkan cerita, rahsia Geo Hwa dan Min Woo duduk sebumbung dan kisah anak perempuan Min Woo tu akhirnya terbongkar. jadi, macam2lah berita yang keluar dan macam2 jugalah yang berlaku. tapi semenjak tu, Min Woo banyak berubah. Dia menjadi seorang yang lebih matang dan akhirnya melafazkan cintanya pada ahjumma tu. Ahjumma tu setuju ke? Pada mulanya dia memang tak setuju sebab serik setelah bercerai dengan bekas suaminya. Alah, love story mestilah kesudahannya happy ending. Tak bestlah nak wat sad ending pula... tak kenalah dengan tajuk dia nanti.
Kalau ikutkan dah banyak sebenarnya drama Korea yang mengisahkan lelaki muda bercinta dengan perempuan yang jauh lebih tua. Salah satu contohnya, My Love Samsoon. Satu lagi drama yang saya pernah tonton di KBS... yang mana watak lelaki tu berkerja di restoran heroin tu. Padahal dia sebenarnya seorang peguam. Macam mana cerita tu, saya tak berapa ingatlah. Tajuknya pun saya tak ingat... macam mana nak tengok lagi sekali? Emm.... tapi bukan tu aje cerita tentang cinta antara lelaki muda dan wanita lebih tua. rasanya banyak lagi...
Kalau tak silap episod drama oh! my lady ni ada 16 kesemuanya. Jadi, kalau tak silap kira, ada lagi seminggulah agaknya tayangannya di 8tv. Agak2 lepas ni drama apa pula yang akan ditayangkan ya...? Drama Korea terpaksalah saya tengok online atau kalau malas sangat tunggu aje dekat tv. Sebab kalau nak beli VCDnya... mahal. Kalau dia buat DVD mungkin lebih murah kan... macam Japan dorama. Cepat juga 8tv tayangkan drama ni sedangkan drama ni drama baru.. tahun 2010. Tapi kalau tengok dekat 8tv yang tak bestnya dia akan alih bahasa. Adeh! Tak dapat nak dengar suara asal diorang.
Pengajaran dalam drama ni... pertama, kehidupan seseorang tidak sentiasa di atas sedangkan hidup ini diibaratkan seperti roda. Ada masa kita di atas.. ada masa kita juga kan berada di bawah. Mungkin juga kita bermula di bawah dan akhirnya di atas. tak kiralah di mana saja kita berada, sentiasalah bersedia dan usaha untuk terus maju ke depan. Jangan terus jatuh bila jatuh sekali.. sebab sakitnya nanti lebih parah.
Kedua, tidak salah kita memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Kenapa takut untuk mengambil risiko? Hidup ini tidak akan lari dari risiko.. tapi sentiasa akan berdepan dengan risiko dan cabaran baru. Kalau anda cuba lari bermakna anda sudah mengaku kalah sebelum anda mencubanya. kenapa perlu lari sedangkan anda tak tahu apa kesudahannya. Adakah sebab tidak percaya pada diri sendiri? Kalau diri sendiri pun tak percaya, macam mana nak percaya orang lain?
Ketiga, dari watak bekas suami ahjumma... kalau sebuah pernikahan itu dibeli dengan nafsu, ia pasti akan pudar. Dan bila yang lebih elok itu datang, isteri di depan mata pun boleh diketepikan malah boleh jadi seperti halimunan di mata. Tapi kalau sebuah pernikahan itu dibina dengan kasih sayang dan kesetiaan, ia pasti kukuh dan kekal bahagia selagi kasih sayang dan kesetiaan itu menjadi panji dalam rumah tangga.
Itu pendapat saya... bagi orang lain, terpulang...

Thursday, December 2, 2010

let's have fun

Beberapa hari ni saya agak tertekan dengan beberapa perkara... masa2 nilah teringat pada cerita uta no oniisan, yang pernah saya ceritakan dulu. Emm..yalah. Kenta tu kan tension juga dengan kerjaya barunya sebagai teman menyanyi. Tapi bukanlah bermakna saya tak suka dengan kerja saya. Cuma mungkin tahap ketensionannya tu hampir samalah kot :p

Apapun, tak ada kerja yang senang dekat dunia ni. Semua kerja ada risiko dan cabarannya. Macam mana kita tangani dan berdepan dengan cabaran itulah yang menjadi persoalan. Walaupun acap kali menemui jalan buntu, kenalah terus berusaha untuk mencari jalan keluar. Dengan usaha gigih, pasti akan berjaya juga akhirnya kan. Bezanya cuma cepat atau lambat... itu bergantunglah pada... emm banyak faktor. Rujukan artikel atau internet, bantuan orang lebih arif, atau nasib?

So, time tension2 nie... sengaja releasekan dengan buat gabungan ekspresi Ohchan (Satoshi Ohno) dalam uta no oniisan tu. Memang banyaklah ekspresi muka dia dalam drama tu. Tak terkira banyaknya. Dari awal sampai akhir... macam2 ekspresi. Yang pelik pun ada...

Oklah... kalau Kenta dalam uta no oniisan akhirnya akan bangkit dan berusaha, saya pun boleh! Haha... saya juga teringat pada pesan seorang teman... kita tak semesti dapat apa yang kita inginkan. samalah juga dengan kehidupan. Kehidupan yang ditentukan untuk kita tak semestinya sama seperti kehidupan yang kita harapkan. Mungkin kehidupan yang ditentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita minta. Cuma kita aje yang butakan mata atau butakan hati, tak nampak sinar yang bakal menyinar di hujung perjalanan hidup tu. Jadi, terimalah seadanya dan teruskan usaha untuk terus perbaiki diri dan maju ke depan...

Wednesday, December 1, 2010

Zettai Kareshi

Atau dalam Bahasa Inggeris, tajuknya berbunyi 'Absolute Boyfriend'. Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Izawa Riiko yang teringin sangat nak ada teman lelaki. Satu hari, dia pergilah kira macam sesi temuramah tentang teman lelaki idaman oleh sebuah syarikat. Syarikat tu janji boleh carikan teman lelaki yang sangat sesuai mengikut kriteria yang diberi oleh Riiko. Seperti dijanjikan, Riiko terima hadiah teman lelaki daripada syarikat berkenaan dan harga upahnya mencecah sehingga ratusan ribu yen. Wah! Manalah pula Riiko nak cari duit ni. Teman lelaki yang dia dapat tu pun bukannya manusia tetapi robot yang direka oleh syarikat tu. Emm.. tapi handsomelah pula robot tu, dimainkan oleh Hayami Mokomichi. Nama Mokomichi dalam cerita ni diberi oleh Riiko iaitu Tenjo Night (kalau orang Jepun sebut bunyinya macam 'Naito'). Naito ni memang cukup ciri lelaki idaman yang Riiko minta tapi mustahillah kalau Riiko nak jatuh cinta pada robot kan.

Dalam masa yang sama pula, Riiko ni sukalah pada seorang lelaki kat tempat kerja dia. Tapi tak sangka pula lelaki tu cuma permainkan dia aje. Rupa-rupanya lelaki tu ada hubungan dengan kawan rapat Riiko sendiri. Tapi setelah tembelang lelaki tu pecah, kawan rapat Riiko ni pun putuskan hubungan dengan lelaki tu. Haha melepas dua2. Lepas tu, anak bos syarikat tu pula.. Asamoto Soshi ni (Mizushima Hiro) sebenarnya ada hati dekat Riiko dalam diam. Naito pula kerja dekat syarikat yang sama sebagai cleaner untuk membantu Riiko cari duit dan dalam masa sama dia dapat perhati dan lindungi Riiko. Oh ya..lupa nak bagitau. Salah satu ciri lelaki yang Riiko nak ialah lelaki yang sentiasa akan melindungi dirinya. Jadi, sebab tulah Naito akan sentiasa dengan Riiko. Tapi yang peliknya, robot ni macam ada perasaanlah pula. Dia ada rasa cemburu bila Soshi mendekati Riiko atau mereka berdua kena buat kerja sama2. Syarikat yang hasilkan robot Naito ni ada pakaikan gelang dekat tangan Naito. Gelang tu akan tunjukkan perasaan tuannya untuk pemerhatian syarikat tulah. Nak tahu sama ada robot diorang tu berfungsi ke tidak. Selain tu, diorang pun boleh kesan pemikiran Naito. Jadi bila Naito ada perasaan cemburu seperti manusia, mereka sendiri pun rasa pelik dan sangka Naito dah rosak.

Naito banyak membantu Riiko dan selalu selamatkan Riiko bila dia dalam kesusahan. Naito juga damaikan hubungan dingin Riiko dengan ayahnya. Lama-kelamaan, Riiko pun rasa terharu juga pada Naito yang berkerja keras nak tolong cari duit dan lindungi dia sampai tak kesahkan dirinya sendiri. Riiko dah mula ada rasa sayang pada Naito. Tapi akhirnya, Naito faham perasaan Riiko yang serba salah untuk bercinta dengan robot. Naito juga tahu Soshi sukakan Riiko. Jadi, Naito korbankan dirinya dan meminta Soshi menjaga Riiko bagi pihaknya. Macam mana dia korbankan diri..yang tu kenalah tengok sendiri hehe. Tapi terharulah juga tengok ending dia. Ada pula robot macam tu ek kat dunia ni. Jadi, absolute boyfriend tu siapa sebenarnya? Robot Tenjo Night tu ke atau Asamoto Soshi? Tengok dan buatlah pilihan sendiri... =D

Saya tengok drama ni lebih kurang dua tahun lepas... tak lama lepas dorama ni ditayangkan dekat Jepun. Emm...alasannya sebab ada Hiro haha. Kali pertama saya tengok dia berlakon dalam cerita Hanakimi (Hanazakari no Kimitachi) yang ditayangkan sekitar tahun 2007 dan specialnya pada tahun 2008. Dalam cerita tu Hiro pegang watak ketua hostel ke3... alamak watak dia agak hampeh jugalah. Alah, semua watak dalam cerita tu pun agak hampeh. Poyo jer diorang ni. Hampeh kat sini bukan maksudnya teruk tapi klakar... Lepas tu keluar pula cerita dia berlakon dalam siri Kamen Rider Kabuto yang ditayangkan sekitar tahun 2006 dekat Jepun tapi dekat Malaysia tahun 2009, selepas drama hanakimi ditayangkan di 8tv. Kabuto ditayangkan dekat ntv7 setiap ahad..lebih 3 bulan rasanya tayangannya. Memang kalau boleh tak mahu miss lah walau satu episod pun. Cuma tak berapa suka trademark Kabuto ni... sape yang tengok, taulah trademark dia.

Pengajarannya: manusia dengan robot atau makhluk lain xleh bercinta. Manusia ngan manusia ajelah. betullah kan...