Wednesday, January 19, 2011

berakhirnya cinta dengan...?

Semalam, lepas balik dari klinik dapatkan ubat diarea.. sepanjang hari saya tengok tv aje. hehe.. habis tu, buat kerja apa pun tak leh nak fokus sbb asyik kluar masuk tandas aje. Entah makanan apa yg sebabkan saya cirit-birit.. tak tahulah. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal cirit-birit atau bak kata pensyarah saya dulu... digelar 'kerusi merah beruang merah = chair red bear red' lol
Sekarang nak cerita tentang dua episod akhir drama yang saya tengok semalam.. both happy ending. Wah, bahagia aje tengok. Drama Taiwan 'easy fortune happy life' dan 'Mahabbah De Laila'... emm seronok gak. Rasa happy aje hati ni bila tengok cerita2 tue berakhir dengan baik.. huhu terharu juga rasa. Tapi, dalam drama Mahabbah De Laila, suami dia (Waad) tu rupanya sakit angin pasang, sebab tu dia tak boleh tunaikan kewajipan dia sebagai suami sebelum ni. Tapi, 1st time saya dengar nama penyakit tu hehe... puaslah fikir apa tu 'angin pasang'. Tanya pada teman serumah, katanya hernia. Emm.. lepas cari dalam internet.. saya jumpalah satu web/blog ni yang cerita pasal 'angin pasang'... http://wwwh46y.com/2009/06/rawatan.html betullah ia hernia yang boleh jadi pada lelaki atau perempuan tapi lebih kerap pada lelaki. Walaupun salah satu faktor penyebab atau perangsangnya disebabkan oleh meneran semasa buang air besar, jangan salah faham... ia tak sama dengan buasir. Hernia disebabkan kelemahan otot yang menyebabkan isi usus terunjur keluar dan membentuk benjolan pada abdomen sama ada di bahagian perut atau pangkal peha. Ok, dalam drama tu lagi dia ada minta seorang pakcik untuk urut angin pasang tu. Emm... urut memang boleh kalau saiz hernia/angin pasang tu kecil. Unjuran isi perut yang terkeluar tu boleh dimasukkan balik ke tempatnya atau disorok tapi ia cuma sementara. Maknanya, kalau disorok tu.. angin pasang tu masih boleh berulang selagi lubangnya tidak ditutup. Kalau nak tutup lubang, kenalah buat pembedahan. Lubang tu pula boleh membesar dengan rangsangan aktiviti fizikal seperti meneran atau angkat beban berat. Jadi, sebelum ia menjadi lebih teruk atau lubang itu menjadi lebih besar, lebih baik buat pembedahan untuk tutup lubang dan kuatkan otot yang lemah.
Apapun, diharap semoga kehidupan kita juga akan berakhir dengan baik dan bahagia macam drama2 dalam tv tu hehe walaupun ramai yang cakap, cerita cinta bahagia hanyalah dalam drama kan... =D

Saturday, January 15, 2011

Aduyaiii...

Aduhai... betullah kata orang. Memang susah nak bahagikan masa betul2. Setiap orang diberi masa sama aje, 24jam sehari.. tak ada kurang, tak ada lebih. Tapi dalam masa 24jam tu, macam2 yang perlu dan wajib kita buat. tu tak termasuk hal yang kita 'nak' buat atau yang tetiba aje muncul dan terpaksa kita buat... hehe complicated tak?

Yalah, hidup kita ada masa tidur, masa makan, masa cakap2 kosong, bersosial, dating life, working life... apa lagi, masa tok keluarga, tak lupa masa tok diri sendiri disamping masa2 menunaikan kewajipan yang WAJIB. Kadang2 memang susah nak manage jadual rutin sendiri kan... saya paling risau kalau terlebih tidur. Rasa macam ada aje benda yang tak beres.. cam xbest jer. Tapi kalau xcukup tidur pun risau juga.. takut jadi mata panda pula haha

Tengok ajelah blog saya yang tak dapat saya update setiap hari... cuma hujung minggu aje dapat tinjau2 ke laman blog ni. Kalau hari biasa.. dah kena menghadap buku dan kerja, tak ada maknanyalah nak tulis kat sini. Kalau berkesempatan curi masa kejap, adalah hehe... tambah2 sekarang saya kembali 'menulis' semula... tapi Yuri Iqmal terpaksa direhatkan sementara.. lol rasanya dah lama dia rehat :p takpe.. takpe, bagi dia rehat lagi lama ek

Bulan depan akan datang Tahun Baru Cina... dan saya bercadang untuk cuti panjang masa tu. Heheh nampaknya lama jugaklah saya bercuti dari berkunjung ke sini... hehe, alahai kuranglah post saya tahun ni kalau terus camni kan hehe kenapalah saya risau sangat ek. entah apa2 aje... remeh aje tu.. padahal blog ni saya sendiri juga yang baca haha.. ada ke orang lain yang baca ek? Kalau ada... tunjuk2kanlah diri yer... =D

Adeh, ngantuklah pula. Tulah, asal lepas makan nasi aje.. mata pun rasa berat. Hari2 minggu macam ni, memang best lepak atas katil... beralaskan bantal dan... krohhh krohhhh. Tapi kenalah tunggu sampai rumah dulu yerk...


Snack of the day....

baik tok kesihatan ni... sebagai antioksidan, sebab khasiat dia banyak dan dari luar negara, confirmlah harga dia agak mahal kan.. hehe rasa sakit pula tengok harga dia haha
bye bye (ja mata) ^_^

Friday, January 14, 2011

Season of the Witch

Hehe... mula2 ingatkan macam cerita Merlin yang kerajaannya tangkap orang yang dicurigai menggunakan ilmu sihir untuk dihukum. Tapi bila dah masuk beberapa minit pertama, nak aje saya cakap kat semua kawan2 jgnlah pergi tengok filem ni kat wayang. Sebab saya rasa geram... permulaan ceritanya bercerita tentang peperangan gereja (rasanya katholik) yang membuka peluang kepada sesiapa aje yang nak tebus dosa mereka dengan berkhidmat dengan gereja atas nama Tuhan. Kononnya dapatlah ampunkan dosa mereka walau dosa besar sekalipun. Siap ada tempoh perkhidmatan bagi setiap dosa yang nak diampunkan tu. Apa pula perkhidmatan yang perlu mereka buat. Hah, berkhidmat dengan gereja untuk membunuh semua orang yang kononnya melanggar suruhan Tuhan mereka. Walaupun perempuan dan anak kecil? Haih... tambahan pula masa peperangan tu, semua peperangan diorang menang dan lawan mereka tu nampak macam... emm.. dia tak cakap tapi dari gaya pakaian mereka, macam tentera Islam. Entah. Kontroversi... kontroversi. Sampailah watak utama cerita ni sedar yang perjuangan mereka selama ni macamlah salah...
Jelajah punya jelajah sampailah satu kerajaan ni. Kerajaan ni pun macam diserang wabak macam dekat tempat lain. Wabak yang bikin orang sakit dan mati. Agak jelik jugalah. Jalan ceritanya banyak juga suspen walaupun tidaklah menggerunkan. Suspen sebab terkejut tapi yang terkejutnya bukan saya... hehe. Sebab tak ramai orang selamba aje saya bersuara halus2.. bila time aksi kejar mengejar ke, saya pun cakap... cepat.. cepat. Kalau panggung penuh, saya duduk tengok diam2 aje... tapi taklah bising sampai ganggu orang lain ok.
Nak dipendekkan cerita, diorang ni kena bawa ahli sihir yang kononnya menyebabkan wabak ni berlaku... nak bawa ke sebuah tempat di mana semua sami kelas atasan berada. Untuk tentukan sama ada ahli sihir itu bersalah ke tak. Jadi, nasib ahli sihir tu terpulanglah pada keputusan sami2 tu nanti... Tapi ahli sihir tu budak perempuan... oh, bukan.. remaja. Tapi muda lagilah. Macam tak ada gaya ahli sihir aje... muka pun macam lurus aje. Dalam perjalanan, macam2 rintangan mereka lalui sampai kami pun percaya yang budak perempuan tu memang ahli sihir. Lepas tu, sorang demi sorang terkorban... emmm...
Rupanya musuh yang mereka berdepan ni bukannya ahli sihir seperti jangkaan mereka. Tapi... demon woah kowai!!! Emm.. apa nak cerita ek. Overall, bolehlah... akhir sekali, terpulanglah nak tengok ke tak... tapi cerita ni banyak tekankan pasal gereja sikit ar.. pastu ada lak bacaan2 kitab dia emmm... fikirkan dan timbang2kanlah sendiri

Friday, January 7, 2011

Yamato Nadeshiko Shichi Henge

Maknanya...lebih kurang cam nak bentuk seorang 'lady' lah nie... dorama ini adaptasi daripada anime yang bertajuk sama jer... berkisarkan 4 orang pemuda yang terpaksa mengubah seorang gadis horror supaya menjadi sekurang2nya seorang gadis normal. Payah jugalah tugas mereka ni tapi disebabkan habuannya tak payah bayar sewa rumah, bukan main bersemangat dan bersungguh2 mereka nak merealisasikan tugas tersebut. Agak2 macam manalah mereka buat kan... dah lah diorang ni memang ramai peminat dikalangan anak gadis. Kira macam putera idamanlah. Yang Sunako-chan, anak saudara pemilik rumah yang mereka duduk tu... merangkap gadis horror yang perlu mereka ubah tu pula pantang nampak orang yang mukanya berseri atau bercahaya. Asyik sebut... 'bright'.. pastu mulalah nak hantuk kepala ke kepala orang yang 'bright' tu. Haihhh.... sampai ke sudah ler camtu.

Tarikan cerita ni, mungkin sebab dia anime. So, peminat anime mesti tak sabar nak tonton dorama adaptasi anime kan... kan. Macam dorama adaptasi manga juga. Kedua, mungkin juga sebab barisan pelakonnya. Terutamanya bila penyanyi yang memainkan watak utama dalam drama tu... dalam dorama ni, watak utama dibawa oleh Kame, member kumpulan Kat-Tun tu, dan Yuya Tegoshi dari NewS pun ada juga, macam biasalah dia bawa watak comel2. Emm.. sebelum ni ada rumor yang mengatakan Ryo Nishikido akan bawa watak Takenaga, lelaki cool dan tradisional dalam anime ni. Tapi, minta maaflah... orang lain hehe huhu... oklah juga. Handsome juga apa... dan dia pun dah bawa watak dengan baik. Siapa? Carilah sendiri kat bawah ni:p

Tapi kan... dorama ni agak pendeklah. Ataupun saya yang sejak kebelakangan ni terbiasa tengok drama Korea yang panjang.. yang biasanya 16 episod... bila tiba2 tengok dorama 10 episod rasa pendeklah pula. Tapi sebenarnya itulah standard drama Jepun kan... 10 episod. Tak pun 11.. paling panjang pun 12. Ada yang lebih tak? Keseluruhannya, ceritanya boleh tahan. Susah nak komen sebab bagi saya ceritanya biasa aje. Pengajaran yang cuba diketengahkan pun macam biasa ditunjukkan dalam drama lain. Jadi, apa nak komen. Boleh tahan jelah. Mungkin saya boleh ambil sikit contohlah yang saya ingat daripada dorama ni... jujurlah pada hati sendiri dan jujurlah dalam sesuatu hubungan itu. Kalau marah, kata marah... kalau sayang, ucapkan sayang. Jangan nak main sorok-sorok dan berharap orang akan faham walaupun tak diluahkan. Mungkin betul ada orang yang faham tapi orang tu pun takut dia sebenarnya tersalah faham. Jadi masing2 buat2 tak tahu. So, tak ada penyelesaianlah. Dont aspect orang akan faham... senang.

Apapun, trademark yang saya suka.. emm bukan perkataan 'mabushii' Sunako-chan tu, tapi 'ayoyo' yang selalu disebut oleh Kame... hehe

Thursday, January 6, 2011

Fufuh~

Cuaca sejuk hari ni. Dari pagi hujan.. berhenti.. hujan.. teduh.. hujan...teduh. rasa macam berjalan dekat oversea pula haha. Hari ni seharian merayap dekat luar, tak lekat kat lab. Petang pukul 4.30 baru balik lepas keluar seawal jam 9 dari sini. Alah, bukannya pergi jalan2 pun. Pergi print poster dekat kedai, lepas tu..kena tunggulah pula sampai poster tu siap. Nak siap lebih kurang 2 jam. Itupun nasib baik dia nak buat cepat. Kalau tak petang baru boleh ambik. Sementara nak tunggu siap, pergi makan dulu. Emm.. dahlah sorang2 aje. Kedai pula banyak yang belum buka lagi. Plan asal nak lepak aje dekat KFC tapi pukul 10.30, KFC pun tak buka lagi? Terpaksalah menapak ke Times Square dan merayap aje dekat situ. Banyak kedai pun masih sibuk, baru nak buka. Last2 pergi aje makan dekat subway, sebab tak ramai orang.Haha padahal semua tempat pun tak ramai orang masa tu. Tapi saja nak merasa, tak pernah makan subway sebelum ni. Tak tahu pula yang kena pilih roti sendiri dan sayur apa, sos apa yang kita nak hehe, ingatkan macam fast food biasa yang minta aje set, nanti dia buat ajelah. Rupanya boleh pilih. Bagus juga kan... Inilah 2nd breakfast saya merangkap makan tengah hari.. masa ni pun dah dekat pukul 12. Kira lunchlah ni kan. Ini pun dah RM14... wah, mahal gak ek. Tapi takperlah, sekadar nak merasa. Yang bestnya finally dapat juga makan turkey, walaupun cuma daging turkey proses aje... lama jugaklah saya lepak kat subway sorang2. Nasib baik tak ada caj tambahan hehe... orang kat situ pun kebanyakan makan sambil membacalah.. main gamelah, masing2 memang duk lama2. Saya pun, apa lagi..lepak sampai agak2 dua jam sebelum pergi balik ambil poster dekat kedai. Sambil2 tue... tangan menulis pada buku nota. Tulis apa? Rahsia... masa mula2 tu tension la jugak sebab lagu yang sama aje diulang banyak kali dekat subway ni... lagu jiwang karat zaman 80-an dulu. Tak kesah aje nak ulang tapi satu lagu aje diulang2... bosan gak. Lepas habis satu lagu tu, dengar ada lagu lain tapi tak main lama, lagu tadi diulang lagi. Aik, kenapa lak macam tu? Lepas dekat sejam saya kat situ, barulah dengar lagu lain dimainkan... haihh




Lebih kurang pukul satu, saya pun bergerak keluar nak ke kedai yang saya print poster tadi.. menapak lagilah jawabnya. Sampai dekat satu traffic light, dengar bunyi geseran yang kuat dari belakang. Fuh, bas brek mengejut... kuat betul bau tayar! Kenapalah agaknya, tak berapa nampak... sebab dekat belakang kan. Tak perasan lampu merah ke apa? Ish3... kalau dah kuning tu pun sepatutnya dah get ready nak berhenti tau. Awak tu bawa banyak penumpang.. nyawa tu. walaupun bukan ahli keluarga, sayangilah penumpang2 anda.. cewah. Buat iklan keselamatan jalan raya jap. Masa saya nak ke sini pun saya naik bas. Satu lagi benda yang tak sepatutnya berlaku... ada ke patut nak conteng2 bas..macam papan hitam sekolah aje tengok. Kalau papan hitam sekolah yang warnanya hijau tu, bolehlah juga dipadam contengannya. Ini pakai permanent marker... tak cukup dekat kerusi, dekat bumbung baspun dicontengnya. Ish3, siapa punya kerjalah ni. Macamlah xde tempat lain nak muncurahkan idea dan nak menonjolkan bakat seni dia... *sigh.


Memang mencacatkan pemandangan. Kalau dia lukis comel2 or ada color2 macam apa orang panggil tu... alaa, yang lukis kat dinding tue... hah, kalau yang tu cantiklah jugak kot. Kalau rasa nak menconteng sangat2, sentiasalah bawa buku conteng.. contenglah puas2 dekat buku sendiri. Tak sape nak tengok hasil karya yang merosakkan harta awam ni. Ok... hehe bebel lagi.

Ambik aje poster, saya naik LRT. Kawan tunggu dekat satu tempat tok pergi ke Hospital Putrajaya.. nak pulang blok. Tapi sesatlah pula dalam Putrajaya, cari hospital. Lama tak pergi sana... lupa jalan hihi. Itu ini itu ini, lepas beres semua hal... dekat pukul lima jugaklah sampai lab.. orang lain pun ada yang dah get ready nak balik. Tapi ada juga hal yang tak dapat nak dibereskan... calling... keje calling2 ni pula kena tangguh minggu depanlah nampaknya. Sebab esok tak ada...

Esok ada konferens dekat Sunway. Poster yang saya print tu pun kena present dekat sana.. fufuh, berdebarnya rasa. Walaupun ni bukan kali pertama tapi rasa debar tu tetap ada... Malam ni kena lah study untuk present dekat konferens tu, bermula esok sampai Ahad. Emmm... hari mingguku kali ni kena diisi dengan mendengar lecture? Alahai... jia you! jangan malas2... kata nak berjaya, kenalah usaha kan. Tak ada kejayaan yang datang bergolek kan..kan... =D

Wednesday, January 5, 2011

Dugaan, ujian, ingatan

Tahun baru 2011, baru saja mahu menjangkau usia 5 hari sudah bermacam2 hal yang saya lalui. Nampaknya cabaran tahun baru ni sudah mula memunculkan diri dan hampir menguasai hidup ni. Bukan saya aje, tapi juga teman terdekat. Diharap kami akan terus dan lebih tabah menghadapi semua cabaran mendatang... =D


Dalam tension2 tu, beleklah kejap poster SuperShow2 yang baru saya terima dua hari lepas, sebaik kembali berkerja selepas tahun baru... (haha, berkerja ke? bila pula tukar status ni :p) Mau tengok ka? Hehe... sama aje macam cover DVD dan photobook dia. Ikutkan hati mau aje tampal tepi katil tapi sayang pula. Nanti kalau tampal rosak lah pula kan... Tak pun pudar dan berhabuk. So, simpan aje dalam tiub dia, dok diam2 dekat dalam tu yer. Hehe... Agaknya apalah cerita terbaru Suju... dan Arashi. Ikutkan rasa memang nak jadi member ELF dan Arashian yang aktif atau jadi aje member club or family club diorang tapi... haih, jadual sendiri pun kadang2 tak terikut. Nape? Ingat artis cam diorang aje busy? Hehe, kitorang pun busy jugak tau... bukan nak mengadu atau mengeluh dekat sini, tapi mungkin orang lain nampak orang macam saya ni, macam free memanjang. Tapi cuma orang yang macam saya ni aje yang faham jadual kitorang ni macam mana... maksudnya, kawan2 seperjuangan ajelah yang faham, macam mana keje kitorang, macam mana hidup kitorang, apa masalah kitorang... hanya kitorang2 aje yang faham hehe... alah, biasalah tu, kalau kita tak terlibat dengan satu team, mana kita nak faham kan. Contohnya, saya pun tak faham kerja orang lain. Saya tak faham kesusahan orang lain. Kalau orang cerita pun, saya tak mungkin boleh imagin kesusahan daripada cerita mereka tu melainkan saya yang alaminya sendiri. Betul tak? Tak? Hehe.. terpulanglah. lain orang lain pendapat. Saya pun dah konfius ni...


Satu dua quote yang boleh saya ungkapkan di sini... kita tak boleh harap semua orang akan fahami kita melainkan diri sendiri... luahkanlah segala masalah anda pada orang yang anda ingini tetapi jangan berharap terlalu tinggi untuk orang itu memahaminya...

Jadi, apapun jadi... nikmatilah hidup ini selagi punya masa. Semoga semuanya akan berjalan lebih lancar... setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya..kan..kan ^_~ kepada semua kawan2, atau sesiapa saja yang membaca... teruslah cekal dalam menjalani apa saja ujian dan rintangan tahun 2011 sebelum menyambut kedatangan tahun2 seterusnya... ganbare masho ne (^_^)v


Jom layan lagu... lalala

Tuesday, January 4, 2011

Irrashaimase 2011 (^_~)


Hehe... lambat sikit tulis blog tahun ni. Tahun 2011, saya dan kawan2 mulakan dengan percutian ke Perak, saja nak release tension lepas struggle sepanjang tahun 2010. Destinasi kami kali ni ke The Lost World of Tambun. Memang best. Dari KL, kami bertolak jam 8pagi dan sampai sana lebih kurang jam 10 lebih la. Kami pilih tiket Super Saver dengan harga RM56 (termasuk tiket masuk, kupon set makanan, kupon swan paddle boat, makanan ikan dan free gift).



Boleh katakan semua permainan yang ada dekat LWOH tu kitorang main hehe, amusement park.. ada 3 game jer kat situ. Kira macam mini theme park la. Pastu, ada Kepura Cave dan Gua Datuk. Tapi Gua Datuk, ada caj lain untuk buat jungle tracking. Dekat kolam koi (ikan) boleh main swan paddle boat dan bagi makan ikan. Kalau tak beli tiket super saver, bolehlah bayar RM5 untuk naik boat swan ni. Pastu kitorang ada masuk petting zoo. Kat sini, lebih kurang macam mini zoo lah, ada beberapa haiwan yang jarang saya jumpa macam rakun. Yang paling best, kandang kambing hehe... comel jer. Bila orang bawa makanan, bukan main lagi kambing tu kejar. Wah, kambing kat sini tak makan rumput tapi makan pelet...




Waterpark lah yang jadi tumpuan ramai. Kalau ikutkan memang tak puas nak main sampai park yang tutup jam 6 petang. Kitorang balik pun lebih kurang 5 lebih. Memang best.. view nya pun best, boleh cuci mata... rasa macam nak main lagi hehe... barang cenderahati dekat bazar pun harganya berpatutan.




Dari Tambun, kitorang ke Jeti Lumut untuk ke Pangkor. Kitorang stay kat sana. Esoknya, kitorang turun pantai dan naik bot ke pulau kecil (tak ingatlah pula nama pulau tu). Kawan2 saya buatlah snorkeling dekat situ tapi katanya tak berapa puas sebab tak banyak sangat ikan. lagipun, tak lama... setengah jam, hujan pun turun dengan lebatnya. huhuuuu. Apapun itu pengalaman pertama dan berhargalah untuk kitorang dan inilah kali pertama kitorang pergi pulau. Macam2lah yang kitorang sempat buat dekat sana walaupun sekejap. Kesimpulannya, percutian tahun baru ni memang best walaupun meletihkan. Selamat datang 2011... semoga tahun ini perjalanan kami lebih lancar dan memberansangkan. =D




Love u all ^_^












snack of the day...