Monday, June 13, 2011

Hazama Juara AF9

Yeeehaaaaaa!!!!!!!!!


Seronok sangat akhirnya penantian melihat Hazama ni pentas final AF menjadi nyata dan tambah BEST lagi dia jadi juara lah plak kan hehe... you deserved it! Tahniah ler bebanyak kat Hazama ni yerk sebab impian dia kan dah jadi kenyataan. Berbaloilah terima macam2 tohmahan dan kritikan orang kan...buat derk jer. Ko wat jer apa yang rasanya betul.


Apapun, konsert final AF semalam memang gempak. Semua pun ok. Tahniah jugak pada semua finalis. Bukan senang nak bertahan hingga ke final dan memancing undi peminat kan. Putrajaya, macam biasa penuh sesak! Next time wat ajelah kat Bukit Jalil ek...dekat dan senang sikit nak gi. Hahaha takde next time kan hehe



Tahniah..tahniah..tahniah!

사랑으로

Friday, June 10, 2011

Ryeowook and Kyuhyun stopped by to 'The heart of Asia time for Taiwan'

emmm..semalam 8tv ada siarkan sedikit berita hiburan pasal Fahrenheit, boy band dari Taiwan yang meletup2 sekarang ni. Tak berapa nak faham apa yang diorang cakap hehe masa nilah terasa geram sikit sebab tak belajar bahasa Mandarin dulu kan. Tapi kalau tak silap, Fahrenheit datang ke Korea untuk mempromosikan tourism Taiwan disamping berjumpa peminat2 mereka di Seoul. Wah, lain betul rupa diorang...hampir tak cam.


Apa yang menariknya, member Super Junior M iaitu Kyuhyun dan Ryeowook pun ada datang ke majlis tu. rasanya ramai yang tahu mereka ni berkawan kan..hehe... comel betullah. hehe...


Nak baca lebih atau tengok gambar2 menarik? Tinjaulah ryeowookfacts.wordpress.com

사랑으로

Monday, May 30, 2011

SJ-M perfomance at Himpunan Sejuta Belia concert

Last 28 May 2011, although i didn't come to the concert but i'm really sure that the concert was flooded by thousands of ELFs, making the site like a sapphire ocean that nite. I can imagine how powerful the screams at the moment Super Junior-M appear on the stage haha... and after watching the video uploaded by some peoples.... YEAH... its definitely was SO HAPPENING! SJ-M performed Perfection, Super Girl and few solo performances. What is most interesting to me is the interview by Serena C. Eunhyuk say 'Apa khabar' during intro, means 'how are you' or 'anyeong saiyo' haha sooo cute, followed by Kyuhyun and Zhou Mi. The emcee also asked Eunhyuk to say 'aku cinta padamu'...just to say hi instead of apa khabar hahaha i don't think he know what did he had said but he's sooooo cute and lovely. When asked about their feeling as the 1st time SJ-M come and perform in Malaysia... emmm that was so nice and followed with elfs' sreams everytime and everywhere.... you know what, Sungmin and Henry were speaking in english and Henry said that Malaysian girls are hot!!! uwahhhhhh whatever they say or do, i can hear the screams of ELFs.




Between Serena taught them to say sayang, means love and Eunhyuk keep repeating sayang...sayang LOL it was SOOOO funny. He was soooo cute XD makes me wanna hug him when he say sayang-sayang hahaha The emcee also said that he is 'manja' hahaha dont worry Eunhyuk, manja is somthing cute expression =D






I really wish that i have a chance to see at least SJ-M's performances that will be aired on TV but sadly none. Now i'm waiting for the full report by media hehehe....i'll ensure that the magazine that reports on the perfomances that night includes beautiful photos will be one of my collection hehehe

SAYANG SAYANG SAYANG ^_~
사랑으로

Monday, May 9, 2011

emmm...

Hari ni pun nak cerita pasal program realiti. First of all, saya cakap dulu pasal konsert Mentor yang berakhir semalam. emm... keputusan yang memang sudah dijangka. Rasanya tuan punya badan pun dah jangka awal-awal lagi tapi tahniah kepada Aiman kerana masih berkerja keras untuk meingkatkan prestasi diri. Emmm macam kata pengkritik atau juri profesional la kan... mungkin teknik nyanyian Aiman masih kurang. Tapi apapun, pakej tu dah ada... ton suara memang boleh jual. Cuma perlu kerja lebih keras lagi la yerk...


Sekarang cerita plak pasal AF. Hah, apa pulak cerita pasal AF ni. Saya bukan nak share gosip ke apa. cuma nak kongsi pendapat bagi mereka yang tak stuju Hazama diserap masuk dalam AF. Wah3... tak habis lagi rupanya cerita ni. Walaupun korang tak terbaca kat @15 or mana2 magazine skalipun, ketahuilah memang ada cakap-cakap pasal ni. Sudah2lah tu yerk. Kalau dah impian Hazama untuk belajar di AF dan dia layak untuk berada di situ, biarkan ajelah. Berilah sokongan tapi jangan kutuk2 pula orang tu. Kalau tak nak sokong, tutup mulut sudahlah kan. Pada saya, tak salah pun Hazama masuk AF. Kenapa salah? Sedangkan Dayang Nurfaiza, Shila Amzah dan Tomok pun pernah masuk program realiti macam OIAM kan walaupun dah bergelar artis. Siapa lagi? Ramai lagi kan. Diorang nak masuk untuk belajar, biar jelah kan. Mencari ilmu tu tak salah kan.. kan.. lagipun, memang dari konsert prelude AF4 lagi saya memang tunggu saat dan ketika Hazama jadi student AF hehe... sekarang dah jadi nyata kan... harap belajarlah leklok yerk...


Terbaru peminat2 fan club Erul menari tarian dengan lagu Sorry2, yang dipopularkan oleh SJ tu. Wah, nampaknya Erul ni banyak peminat yang merupakan peminat kpop ke? Mungkinkah pengaruh itu akan mengangkat nama Erul sebagai juara? Ops! Tak mahu buat statement apa2... No comment la pasal tu kan... tapi khabarnya, Erul paling minal SNSD ngan Wonder Girl? Betul ke? Ramai yang minta supaya pihak pengurusan bagi lagu kpop pada Erul. Haha saya pun nak juga tengok Erul nyanyi lagu kpop sambil menari. Sebelum ni pun, dia tak banyak menarilah.... emm tapi agak2lah kan lagu apa paling sesuai dengan dia? Yang mencabar... emmm apa ek? Bayangkan lagu SJ yang ada 10 member dia tu, erul nak nyanyi sorang? Emmm...

사랑으로

Sunday, May 1, 2011

Mentor minggu ke4

Minggu ke4 mentor untuk kump A, nampaknya semua mentor tunjukkan kelainan pada persembahan masing2. Saya tak nafikan kekuatan vokal Syiha tapi rasanya saingan kumpA memang sengit terutama kita dapat lihat antara Ratnah dan juga Ayish. Tapi saya suka persembahan Ayish malam ni. Ini adalah persembahan dia yang terbaik setakat ni. Man... memang gempak. Prob dan susunan cerita memang menarik. Lagu yang dipilih juga memang sesuai dengan vokal Ayish, walaupun lagu dari seberang kan hehe. Tapi yang paling best... hehe saya boleh nampak lah Ayish begitu menjiwai wataknya dalam persembahan malam ni. Boleh nampak dari pandangan matanya cehceh ahaks... ops, mungkin terlalu awal untuk mengulas tentang ini. Sedangkan masih ada kurang sejam lagi sebelum penyingkiran buat kali pertama dibuat. Emm apa2 pun goodluck pada semua... pada yang mungkin tak terpilih tu, teruskanlah usaha di luar pentas pertandingan okies ^_~

사랑으로

Saturday, April 30, 2011

PBAKL 2011

UwaHHHHHHH!!! PBAKL kat PWTC memang sesak! Dari luar sampai ke dalam penuh sesak. Tapi tahun ni xde booth kat dewan seberang sungai..semua kat situ jer. Masuk aje dah letih hahahaha... mula2 saya tak berniat pun nak beli apa2. cuma teman kawan dan saja nak tengok2 aje. Entah kenapa saya singgah pula ke booth Fajar Pakeer...and beli novel 'dibius cinta' karya Qash Irdina. Saya tak taulah kenapa saya beli buku ni sebab buku2 novel sebelum ni saya beli pun tak baca2 haha sebab saya ni malas nak membaca lol Kebetulan penulis tu ada kat situ dan saya pun mintak la autograf hahaha itu ke sebabnya saya beli ek? Cuma nak sign aje ? haha... teruk kan. Qash Irdina muda lagi orangnya, baru habis belajar... eh, tak pe ke saya bagitau ni ek? Saya tau umur dia... tapi takleh la nak bagitau kat sini tapi umur dia sama ngan saya masa debut pertama saya keluar dulu..hehe tapi saya tak famous pun :p Saya harap sangat novel ke2 saya akan diterbitkan tapi sampai sekarang belum ada lagi hehe sebenarnya saya masih tak berkesempatan nak hasilkan sepenuhnya sebab sibuk main2 haha...taklah sebab saya pun dah mula sambung belajar semula. Saya harap dapat tumpukan perhatian pada pelajaran.


Tapi kan... lepas tengok penulis2 muda ni saya pun rasa bersemangat balik nak tulis. Saya harap saya dapat aturkan masa saya dengan lebih ketat supaya saya boleh menulis semula...haha.. GAMBARIMASU (^^,)


Rasa nak komen juga...heeheeee masa nak cari novel yang dipesan kawan saya... adoyaiiiii... susah betul sebab novel dah campur aduk. Kan senang kalau diorang susun ikut abjad nama penulis. Senang sikit nak cari kan. takde lah penuh sesak depan rak buku tu sebab nak cari buku yang diorang nak. Bila tanya staff ada pula yang jawab...cari ajelah kat rak tu. Hah? Tapi ada jugalah yang membantu.... tapi emmm... camtulah.

사랑으로

Tuesday, April 26, 2011

Tunjuk ajarku Sifu...!

Kalau tempoh hari saya komen pasal AF, kali ni pula saya nak cakap pasal satu lagi program realiti iaitu Mentor yang sudah pun memasuki musim ke 5. Dah sampai konsert ke 3 untuk kedua2 kump lagi huh... tapi, saya tetap nak komen hal yang sama. Dalam hanya beberapa minggu tu, memang susah nak mengharapkan perubahan yang begitu besar pada peserta. Kalau dah diorang ni berbakat sekalipun, kita akan rasa... emm dia ni dah bagus. Macam dah tak ada perubahan atau perbezaan dari persembahan sebelum ni. Bagi peserta yang kurang menyerlah pula, mungkin akan kelihatan terlalu lemah bila berdiri sebaris peserta yang hebat2 ni. Saya bukanlah kata tak hebat... tapi yelah ada yang di atas, ada yang di bawah. Dah terpilih menjadi protege ni pun dah kira hebat sebab terpilih daripada ribuan orang yang datang uji bakat kan.


Bagi Kump A, saya nak cakap pasal protege Aflin Shauki... tahniah la sebab dah berjaya memenangi konsert ke3 dan melonjakkan diri ke tempat kedua keseluruhan bagi kump A. Saya paling suka gimik yang cuba ditonjolkan oleh Edry. Wah, memang gempak. Tapi... apapun, kat sini saya nak cerita pasal Aiman, peserta yang agak selalu juga dapat kritikan pedas. Ya! Saya tak nafikan agak kecewa melihat persembahan Aiman. Lebih-lebih lagi bila suara Aiman selalu tenggelam dek muzik yang gah menggegar pentas. Sedih lah juga tapi tak nafikan juga Aiman ada ton suara yang sedap di dengar. Tak sakit telingalah. Betul kata Datuk Ramli MS, kalau nak belajar memanglah kena belajar dari basic. Tapi, mungkin ia makan masa. Takkan dalam beberapa minggu dah boleh tangkap semua. Sedangkan ada artis yang sudah lama duduk dalam dunia seni ni pun masih belajar... masih ada masalah yang mungkin juga dihadapi oleh peserta2 ni. Saya pun tak berapa faham pasal 'bunyi tak akan tipu'... maaf. Tapi bagi saya bunyi yang terhasil daripada sebuah lagu adalah satu keindahan seni. Keindahan sesebuah lagu, melodi, lirik... semuanya bagi saya adalah bersifat subjektif. Begitu juga kecantikan paras rupa. Setiap orang ada penilaian sendiri. Macam minyak wangi juga... ada orang suka bau ni, ada yang suka haruman tu. Alah, guna minyak wangi sebagai contoh payah jugalah. Saya guna makananlah. Misalnya durian... haha... durian raja buah.. baunya pun boleh tahan kuat kan. Ada orang suka durian and akan kata durian tu sedap. Dapat bau pun dah rasa syok. Tapi ada juga yang tak suka. Bau pun dia rasa nak muntah. Jadi sebab tulah saya rasa banyak hal dalam dunia ni subjektif. Susah nak cakap kan.


Jadi, bagi saya apapun genre atau macam mana pun suara mahupun imej yang diorang ni nak ketengahkan... siapapun mereka, mereka masih ada pengikut mereka sendiri. Mereka akan ada peminat mereka sendiri. Ini hanyalah satu pertandingan. Perjuangan sebenar akan bermulasebaik mereka keluar dari pentas pertandingan. Jangan harapkan sokongan hanya masa bertanding tapi lepas tu senyap sepi. Rasanya itu yang banyak berlaku sekarang ni kan... disebabkan terlampau banyak program realiti macam ni. Saya pun tak nak komen banyaklah sebab saya kurang arif tentang muzik ok... cuma nak tekankan kat sini yang saya nampak kesungguhan Aiman. Kenapa saya cakap camni? Bukan sebab dia ada rupa dan saya pun nak bela dia haha... janganlah nak salah faham pula ek. Sebabnya, bagi saya saya ada dengar perubahan pada suara Aiman. yelah... suara yang dilontarkan tu lebih jelas berbanding konsert2 sebelum ni. Sekurang2nya konserta terbaru ni taklah tenggelam sangat kan hehe... Walau apapun kritikan tu, anggapkan ajelah sebagai kritikan membina. Pasal markah tu, tak payahlah ambik hati sangat. Tutup mata aje and teruskan usaha. Belajar ni memang makan masa. Kalau tewas sekalipun, janganlah putus asa. Sekali kalah bukan bererti kalah selamanya. Tewas di medan pertandingan tak bermakna tewas dalam perjuangan hidup.


Kita ambik contoh yang terlintas kat fikiran saya sekarang eh... cam Aizat yang terkeluar awal dari AF dulu. Tengok! Sekarang kan dia dah berjaya dan namanya sudah dikenali ramai berkat usaha gigihnya. Siapa yang tak kenal? hehe... So, tak kira kat mana kita teruskan ajelah usaha. Saya cakap ni bukan untuk Aiman sorang aje.. tapi sebagai peringatan tuk diri saya sendiri jugak dan kepada sesiapa ajelah yang nak haha...


Ingat! U got a packages! Jadi, jangan sia-siakan pakej yang dah dianugerahkan Tuhan tu. Jangan jatuh sebelum berjaya... jangan undur sebelum terus cuba yang terbaik.

사랑으로