Thursday, January 27, 2011

Lagi makan makan


Hah, jangan tertipu dengan gambar kat atas ni. Tajuk gambar ni memang 'melting building' tapi bukanlah bangunan tu direka untuk bentuk macam tu. Cuba tengok betul2 gambar tu. Kalau korang tengok, mesti korang perasan yang imej bangunan cair tu sebenarnya pantulan bangunan ala-ala cermin. Jadi, yang sebenarnya dekat situ ialah bangunan yang dipenuhi cermin kat luarnya dan memantulkan imej bangunan di seberang jalan tu. Betul tak? Cewah confident aje. Cuba tengok lagi sekali. Kalau imej pantulan, kenapa imej jalan dan kereta yang dok park kat tepi tu tak dipantulkan juga? Hehe... pening sudah. So, sebenarnya apa? Mural ke? Kalau nak tau, jom jalan2 ke Paris dan tengok sendiri 'melting building' ni depan mata. Ataupun korang google aje... wah, memang hebatlah hasil mural ni kan.. kan.

Habis cerita pasal melting building, sekarang nak cerita pasal makan-makan hehe... Makanan yang pernah saya makan. Emm, sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba kurang seminggu lagi, nampaknya kompleks beli-belah pun dah mula buat dekorasi sempena CNY.. tak lupa Prosperity burger McD dah keluar!!! Hehe, rasanya dari Disember lalu dah keluar.. bila CNY aje dia kuar ek. Nyum..nyum, sos lada hitam dia memang menyengat. ditambah sos McD yang agak pedas juga tu menambahkan sakit semua deria rasa haha pedas!!! Apa yang menariknya prosperity burger ni ek? Daging dia ke, sos ke, bahan ke? Kenapa famous sangat dan kemunculannya dinanti2kan sangat2? Sebab dia cuma ada masa CNY aje ke?

Bukan McD aje yang keluarkan produk atau menu baru sempena CNY tapi Pizza Hut pun tak mau ketinggalan juga. Kali ni pizza baru dengan bentuk seperti duit syiling cina kuno dengan kepingan corn flakes pada tepi topingnya... emm, pizza ni (nama tak berapa ingat, bukan tak berapa ingat tapi memang tak ingat pun :p) rasa dia manis sikit sebab ada nenas pada toping dia. Emm... apa ada pada topping dia ek.. nenas, lada benggala, daging/ayam (yang ni tak berapa nak dapat dikenalpasti masa makan tu hehe).. emm apa lagi ek, CHEESE! Wah, seksa juga nak habiskan sebab keju dia banyak dan tebal huhu.. tapi kan, kenapa ek piza yang kitorang dapat ni agaj putih rupa dia, tak macam selalu. memang macam tu ke? Kalau nak compare antara pizza hut dengan domino's pizza, hehe jujurnya saya lebih suka domino's. Kalau domino's pizza, satu set regular pizza pun saya leh habiskan sorang hehe tapi kalau pizza hut, dua slices pun seksa nak habiskan. Mengah. Sebab... mungkin sebab roti dia lebih tebal daripada domino's yang lebih nipis dan satu lagi cheese pizza hut lebih banyak.. jadi saya lebih cepat kenyang dan mengah bila makan pizza hut. Satu lagi, hehe saya lebih suka sos domino's pizza... secret sauce dia memang ummph!

Hah, ni gambar menu domino's pizza yang baru. Prawn sensation. Menu ni ade ekstra caj, jumlah caj ikut saiz piza. Sos dia tak pasti sos apa, tapi rasanya ubahsuai daripada sos tomato tu.. tapi rasa prawn sensation memang best. I like =D ... Tapi kalau korang beli piza ni, makanlah cepat2 ek.. jangan simpan lama2. Nanti tomato ceri tu keluarkan air dan sebabkan piza jadi basah. Apapun rasa piza ni memang juicy, manis..masam... emmm cukup rasalah. Nyum..nyum.. paling best, masa saya beli tu, udang dia boleh tahan besar. Tempat lain saya tak taulah hehe


Crazy chicken crunchies pun best. Pedas dan sos keju dengan rasa lime... slurrppp. Meleleh. Hehe... dan sekarang ada promosi baru sempena filem Jay Chou-> Green Hornet, dapat can cooler... nak tengok? kecik aje... memang tok korang letak tin air dalam dia haha tapi sebenarnya jarang pakai pun benda ni kan. haih, cam rasa semak aje. Takpelah, buat koleksi :p

Satu lagi makanan yang saya suka, okonomiyaki. hah, yang ni senang aje nak cari.. pergi aje dekat JJ (Jaya Jusco), korang mesti jumpa dekat bahagian makanan panas tok makanan Jepun. Makna okonomiyaki ni ialah pancake tapi Japanese style. Rasanya memang best, bagi sayalah. Saya pernah juga cuba buat sendiri tapi tak adalah betul2 jadi okonomiyaki sebab tak ada flakes kat atas toping dia dan sos okonomiyaki. Senang aje nak buat... bahan utama dia ialah kobis. Camne nak buat? Silalah google... tapi kalau nak tengok rupa dia, ni hah... kat sebelah ni. Aduhhh, terasa lapar pula bila cerita pasal makanan ni... emm, krak kruk krak kruk... lunch saya pun belum termakan lagi ni... ijom kita makan dulu.... jaa

Monday, January 24, 2011

Wah! Drama baru..?

Lagi demam SJ terus menyerang hehe bukan nak cerita apa pun, cuma excited bila nampak nama Choi Siwon dalam online drama, nampaknya dia bakal muncul lagi dalam drama terbaru tahun ni.. 'Extravagant Challenge' yang juga menampilkan Lee Donghae..wah, excitednya hihi... Apa yang paling mengejutkan, drama ni bukannya drama Korea tapi drama Taiwan. Emm, maknanya? Siwon dengan Donghae ni tak banyak skrip dalam drama ni ke atau diorang ni akan cakap bahasa Taiwan juga? Yalah diorang kan Super Junior M juga, yang selalu menyanyikan lagu2 dalam bahasa Mandarin. Bercakap pasal SJ M, emm lama tak dengar berita diorang ni. Apa jadi pada SJ M lepas Hangeng keluar dari SJ ek? Sedihlah juga bila Hangeng keluar sebab bukan dengan kerelaannya.. T_T Sekarang ni bila saya tengok persembahan SJ atas pentas, saya masih rasa kekok bila rasa macam tak cukup aje orang atas pentas tu.. yalah asal2 ber13, sekarang tinggal 10. Harap2 Kangin akan kembali lepas habis latihan tentera yer... dan bagi ahli SJ yang lain yang sibuk berlakon atau apa2 aje bidang lain yang diorang terlibat tu, harap2 taklah ambil keputusan untuk berundur dari SJ. Nanti makin sedih ELF tau...
Heheh jauh melencong. Apappun, tak sabar nak tunggu tayangan drama terbaru ni.. dan tak sabar juga nak tengok subbednya. Mana yang akan keluar dulu? TV ke online hehe... 8tv kan rajin tunjuk drama baru... barulah rating dia naik kan... kalau dia lambat nanti kuranglah orang tengok tv sebab rata2 dah tengok dulu dekat drama online. Sekarang ni kan banyak website drama online. Betul tak? Macam manalah agaknya cerita dia kan.. kalau ikutkan sinopsis, ceritanya macam berkenaan dunia selebriti juga, macam My Fair Lady tu ke... atau, apa kelainannya? Sama-samalah tunggu yeeehaa

Sunday, January 23, 2011

Dua perlawanan dalam sehari... hihi

Yeah! Hari ni ada perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia antara Datuk Lee Chong Wei dengan 'seterunya', Taufik Hidayat. Walaupun Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda China semalam... tapi rasa tak puas hati tu tetap ada, bagi peminat badminton bila Lin Dan sekali lagi menarik diri ekoran kecederaan, katanya. Tapi ini bukan kali pertama pemain handalan China tu menjadikan kecederaan satu alasan untuk memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara. Emm.. apalah sebab musabab sebenar ek. Memang betul dia cedera dan tak mahu memudaratkan lagi kecederaan atau sengaja nak beri laluan dan peluang untuk pemain muda tu merasai kehangatan perlawanan berdepan pemain handalan dari negara lain? Yalah, kalau dia beri kemenangan dengan 'buat-buat kalah', nampak sangatlah dia main-main kan dan sengaja nak kalah. Atau kedudukan dia pula yang tergugat bila memberi kemenangan dengan cara macam tu. Tapi apapun alasannya, janganlah selalu buat macam tu... nampak macam tak ada sportmanship pula tau. Memanglah bagus nak bagi pendedahan pada pemain muda tapi biarlah dia melepasi satu demi satu peringkat. Tak usah nak beri peluang yang terlampau ketara macam tu dan bikin peminat serta penyokong tak puas hati... okei.
Selain pertembungan Chong Wei dengan Chen Long, semalam juga menyaksikan perlawanan hebat Piala Asia bola sepak... pertembungan Korea Selatan dengan Iran. Wah, memang sengit dan seimbang perlawanan semalam. Udahlah tunjuk tengah2 malam... siaran langsung pula tu. Maknanya memanglah dia lawan tengah malam semalam, waktu Malaysia. Ngantuk tersengguk-sengguk tengok. Sudahnya, memang tak habislah saya tengok perlawanan semalam. Khabarnya, pasukan Korea Selatan menang dengan satu gol dalam masa tambahan dan sekaligus melangkah ke perlawanan separuh akhir, dan akan menentang satu lagi pasukan gergasi bola sepak Asia iaitu Jepun. Hehehe... pasti pertembungan dua gergasi ini lebih hebat nanti kan. Ok... bila pula perlawanan separuh akhir bola sepak ni? Jangan bertindih dengan jadual perlawanan badminton udahlah... mau tengok dua-dua... :p

Saturday, January 22, 2011

The Shock Labyrinth: House of Horrors

Hah, lama tak tengok filem Jepun dekat panggung.. rasanya macam setahun sekali aje filem dari negara Matahari Terbit tu muncul dekat sini. Dan kali ini menampilkan drama seram... seiring drama seram dari Korea, Thailand, Hong Kong dan filem tempatan. Wah, agaknya tengah musim drama dan filem seram sekarang.. banyak produksi filem yang berlumba2 nak buat filem seram ek. Kalau cerita Hantu Kak Limah balik rumah atau Ngangkung menampilkan tema seram komedi, filem 'The shock labyrinth' ni pula... emm macam biasalah kalo cerita seram daripada Jepun, hantunya taklah menakutkan rupa, jalan cerita pun tak berapa nak seram untuk filem ni... tak macam Ju On dulu... uish naik bulu roma. Tapi filem ni, rasanya yang takut tengok cerita hantu tu... bolehlah tengok. Dia tak ada hantu yang menakutkan pun.. cuma suspen sikit aje. Tu pun ada gak 'guy' yang menjerit masa kitorang gi tengok tu. Dia sorang aje yang jerit.. tak taulah dia memang terkejut atau saja jer nak jerit hehe... Apa yang menarik? Effect 3D dia memang best... oh ya, kalau tak silap sekarang dia cuma tayangkan versi 3D aje... dan filem seram pertama 3D. Effect dia memang lebih berkesan, kalau saya nak bandingkan dengan Narnia... effect 3D filem ni lagi best.

Ops... poster ni bukan poster filem yang ditayangkan dekat sini yerk... dekat sini filem ni baru ditayangkan bermula 13 Januari lepas. Ni poster yang ditayangkan dekat sana, dekat Jepun sendiri. Khabarnya mendapat sambutan yang agak hebat... emm tahniah.. tahniah... omedetou!!! Manalah tau kan, filem ni dapat menarik minat produksi tempatan untuk buat 3D pula lepas ni.. Hah lagi menarik kan! Dengan effect bunyi dan rupa hantu yang sangatlah menggerunkan... mesti bergegar panggung punyalah.

Sekarang ni, saya tengah syok menonton 'Secret Garden' yang saya cerita sebelum ni.. tapi bukan tengok dekat Astro. Sekarang tengok dekat internet lah lagi cepat.. dah siap subbed lagi. Nak download pun boleh, tapi saya tak kuasalah nak memenuhkan hard drive hehe... tengok udahlah. Cerita dia memang best... baru tau kenapa diorang (hero ngan heroin) tertukar badan. Punca yang menyebabkannya berlaku dah tau tapi tak tahu sebab kenapa.. maksudnya apa explanation terbaik untuk kejadian tu ek. wah, tak sabar nak tunggu habis. Apapun lakonan Hyun Bin memang best. Terbaik. You are the best Hyunbin oppa =D

Friday, January 21, 2011

Legend of Hyang Dan

Last weekend saya tengok drama pendek Korea bertajuk 'Legend of Hyang Dan'.. boleh tak kalau saya nak bagi dia tajuk legend of love gak hehee... cerita ni nampak macam cerita lama2, zaman kuno dulu la tapi sebabkan heronya Choi Siwon.. member Suju tu, hehe tengok jugalah. Lagipun 2 episod aje, tak ada la lama sangat nak menghadap drama online kan. Tapi bila tengok, best jugalah cerita dia.. kelakar lah juga. Dipendekkan cerita ni berkenaan kisah Hyang Dan yang jatuh hati pada anak majistret, Mo Ryong (Siwon) dan dalam masa sama Siwon pun suka kat Hyang Dan.. tapi Hyang Dan hanya seorang hamba kepada seorang gadis bernama Chun Hyang. Chun Hyang pula suka dekat Siwon dan mak dia bertungkus-lumus nak satukan anak gadisnya tu dengan Siwon. Lepas tu pula ayah Siwon, tuan majistret tu pula suka pada Chun Hyang hahaha... comlicated betul cerita ni. Tapi ada jugalah adegan sedih dan lucunya... akhirnya... emmm... nak cerita ke... tengok sendirilah ek.. pendek jer

Habis aje tengok, saya g jalan2 ngan kawan, dalam misi mencari harta karun haha takdelah, nak cari 'paper comb' sebenarnya. Ceh, alasan... sambil2 tu explore la juga makanan.. dekat... dekat Mid. 1st sekali kitorang beli Beard Papa's puff perisa choc dan durian... lepas tu pergi ke food junction. Kawan saya makan korean food (set makanan yang sentiasanyalah panas... mendidih huuu) dan saya memilih Little Wok Cuisine, rasanya nama dia curry chicken drumstick hehe suka2 aje bagi nama... ni hah gambo dia. Mak ai, sekali tengok besar betol bekasnya. Mengah jugalah nak menghabiskan. Tapi boleh tahanlah.. kari dia memang best. Nasib baik tak beli air sebab sebelum tu baru lepas minum... kalo tak lagi tak muat perut nak sumbat air pula. Lepas sejam baru boleh minum kot. Yang sebenarnya set ni ada 3 jenis, curry, mushroom atau apa satu lagi ek, tak ingat plak. Harga sebelum tax RM12.90, sekali-sekala nak cuba apa salahnya. Tapi rasanya kalau dapat harga pelajar, ada diskaun juga. Yang tak bestnya.. misi nak cari comb tak berjaya.. sebab tak jumpa comb besar. Comb kecik aje yang jumpa... takpe2.. hari Ahad ada lagi

Ahad tu, misi mencari comb berjaya, dekat kedai buku hehe... pastu petangnya pula kitorang pergi makan dekat Madam Lee, makan nasi goreng kampung... dan... saya order air vanila with passion fruit.. nyum..nyum. suka sangat nak cuba menu air yang baru.. dekat sini, menu air dia aje yang best. macam2 ada.. tapi makanan dia bagi saya biasa aje. Nilah air dia yang saya cakap tu... yang color putih tu. Nampak best tak? jangan meleleh air liur tau... rasanya masam2 berlemak.. lemak vanila tu la. Harga dia kalau tak silap ingat RM5.90, oklah kan. Ada macam2 lagi jenis air yang korang mesti cuba dekat sini.. yang dekat sebelah dia pula desert yang kitorang try, apa ke namanya... choco delight. Hah kali ni bukan saya bayar... orang belanja hehe. Ok.. lepas ni dekat mana pula nak explore makanan atau minuman yang best ek... ada cadangan?

Cerita pasal makanan, saya nak cerita lah juga pasal aiskrim terbaru keluaran Walls ni.. Walls Gold Selection, choc, berry strawberries dengan hazel ni.. ingatkan bekas dia sama macam Rocky Road, rupanya lagi kecik... comel aje rupanya. Saya suka perisa strawbei tu sebab ada ketulan buah strawberi dalamnya tapi coklat.. ada juga kepingan cam rasa coklat dalam tu tapi sebab aiskrim dia bagi saya terlampau creamy buatkan rasa coklat tu tak berapa terasa. So, saya tak berapa sukalah yang coklat nyer. Yang hazel saya tak rasa lagi... agak2 best ke tak ek... emm

Cerita pasal en. Siwon balik, hehe wah nampak gayanya makin laku en. Siwon kita ni berlakon yerk... terbaru saya tertengok drama lakonan dia dalam Athena: Goddes of the war, yang sekarang sedang ditayangkan di Astro. Cerita dia lebih kurang cerita Iris, Siwon menjadi salah seorang agen dalam NTS (National anti-Terrorist Service), walaupun dia bukan watak utam hehe... tapi rasanya watak dia kali ni berbezalah dengan watak dia sebelum ni kan... kan. Siapa yang ada melanggan channel S One @ 393 di Astro, selamatlah menonton drama aksi ni ek... Khabarnya drama Secret Garden lakonan Hyun Bin pun boleh tahan juga menariknya. Saya belum berkesempatan nak tengok lagi sebab di rumahku tiada astro haha.. kalo nak tengok astro, terpaksa tunggu balik kampung lol Kalau ada online, tengok online ajelah dulu yerk... nak beli VCD dia, haha korean drama punya VCD mahal laaa, so faham2 ajelah :p

Wednesday, January 19, 2011

berakhirnya cinta dengan...?

Semalam, lepas balik dari klinik dapatkan ubat diarea.. sepanjang hari saya tengok tv aje. hehe.. habis tu, buat kerja apa pun tak leh nak fokus sbb asyik kluar masuk tandas aje. Entah makanan apa yg sebabkan saya cirit-birit.. tak tahulah. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal cirit-birit atau bak kata pensyarah saya dulu... digelar 'kerusi merah beruang merah = chair red bear red' lol
Sekarang nak cerita tentang dua episod akhir drama yang saya tengok semalam.. both happy ending. Wah, bahagia aje tengok. Drama Taiwan 'easy fortune happy life' dan 'Mahabbah De Laila'... emm seronok gak. Rasa happy aje hati ni bila tengok cerita2 tue berakhir dengan baik.. huhu terharu juga rasa. Tapi, dalam drama Mahabbah De Laila, suami dia (Waad) tu rupanya sakit angin pasang, sebab tu dia tak boleh tunaikan kewajipan dia sebagai suami sebelum ni. Tapi, 1st time saya dengar nama penyakit tu hehe... puaslah fikir apa tu 'angin pasang'. Tanya pada teman serumah, katanya hernia. Emm.. lepas cari dalam internet.. saya jumpalah satu web/blog ni yang cerita pasal 'angin pasang'... http://wwwh46y.com/2009/06/rawatan.html betullah ia hernia yang boleh jadi pada lelaki atau perempuan tapi lebih kerap pada lelaki. Walaupun salah satu faktor penyebab atau perangsangnya disebabkan oleh meneran semasa buang air besar, jangan salah faham... ia tak sama dengan buasir. Hernia disebabkan kelemahan otot yang menyebabkan isi usus terunjur keluar dan membentuk benjolan pada abdomen sama ada di bahagian perut atau pangkal peha. Ok, dalam drama tu lagi dia ada minta seorang pakcik untuk urut angin pasang tu. Emm... urut memang boleh kalau saiz hernia/angin pasang tu kecil. Unjuran isi perut yang terkeluar tu boleh dimasukkan balik ke tempatnya atau disorok tapi ia cuma sementara. Maknanya, kalau disorok tu.. angin pasang tu masih boleh berulang selagi lubangnya tidak ditutup. Kalau nak tutup lubang, kenalah buat pembedahan. Lubang tu pula boleh membesar dengan rangsangan aktiviti fizikal seperti meneran atau angkat beban berat. Jadi, sebelum ia menjadi lebih teruk atau lubang itu menjadi lebih besar, lebih baik buat pembedahan untuk tutup lubang dan kuatkan otot yang lemah.
Apapun, diharap semoga kehidupan kita juga akan berakhir dengan baik dan bahagia macam drama2 dalam tv tu hehe walaupun ramai yang cakap, cerita cinta bahagia hanyalah dalam drama kan... =D

Saturday, January 15, 2011

Aduyaiii...

Aduhai... betullah kata orang. Memang susah nak bahagikan masa betul2. Setiap orang diberi masa sama aje, 24jam sehari.. tak ada kurang, tak ada lebih. Tapi dalam masa 24jam tu, macam2 yang perlu dan wajib kita buat. tu tak termasuk hal yang kita 'nak' buat atau yang tetiba aje muncul dan terpaksa kita buat... hehe complicated tak?

Yalah, hidup kita ada masa tidur, masa makan, masa cakap2 kosong, bersosial, dating life, working life... apa lagi, masa tok keluarga, tak lupa masa tok diri sendiri disamping masa2 menunaikan kewajipan yang WAJIB. Kadang2 memang susah nak manage jadual rutin sendiri kan... saya paling risau kalau terlebih tidur. Rasa macam ada aje benda yang tak beres.. cam xbest jer. Tapi kalau xcukup tidur pun risau juga.. takut jadi mata panda pula haha

Tengok ajelah blog saya yang tak dapat saya update setiap hari... cuma hujung minggu aje dapat tinjau2 ke laman blog ni. Kalau hari biasa.. dah kena menghadap buku dan kerja, tak ada maknanyalah nak tulis kat sini. Kalau berkesempatan curi masa kejap, adalah hehe... tambah2 sekarang saya kembali 'menulis' semula... tapi Yuri Iqmal terpaksa direhatkan sementara.. lol rasanya dah lama dia rehat :p takpe.. takpe, bagi dia rehat lagi lama ek

Bulan depan akan datang Tahun Baru Cina... dan saya bercadang untuk cuti panjang masa tu. Heheh nampaknya lama jugaklah saya bercuti dari berkunjung ke sini... hehe, alahai kuranglah post saya tahun ni kalau terus camni kan hehe kenapalah saya risau sangat ek. entah apa2 aje... remeh aje tu.. padahal blog ni saya sendiri juga yang baca haha.. ada ke orang lain yang baca ek? Kalau ada... tunjuk2kanlah diri yer... =D

Adeh, ngantuklah pula. Tulah, asal lepas makan nasi aje.. mata pun rasa berat. Hari2 minggu macam ni, memang best lepak atas katil... beralaskan bantal dan... krohhh krohhhh. Tapi kenalah tunggu sampai rumah dulu yerk...


Snack of the day....

baik tok kesihatan ni... sebagai antioksidan, sebab khasiat dia banyak dan dari luar negara, confirmlah harga dia agak mahal kan.. hehe rasa sakit pula tengok harga dia haha
bye bye (ja mata) ^_^