Thursday, November 18, 2010

Stand Up

Emmm...drama Stand Up ni mengisahkan tentang 4 sahabat, pelajar sekolah menengah tinggi yang dikatakan 'suci' dan tidak pernah menjalin hubungan. Lakonan oleh Ninomiya Kazunari (Arashi), Yamapi (NEWS), Oguri Shun dan Hiroki Narimiya. Drama ni lebih kurang American Pie 1...yang ditayangkan sekitar tahun 2003. Kalau tak silap ketika itu, Nino berusia 20 tahun dan Yamapi pula baru berusia 18 tahun. Emmm..saya tak mahu komen banyak tapi bagi saya cerita ni kurang sesuai ditonton oleh remaja dan kanak-kanak. Saya sendiri pun susah betul nak tengok sampai habis. Keseluruhan ceritanya ok saja...cuma ada beberapa babak yang tak sedap dilihat...ops, tapi taklah teruk sangat.Pengajarannya jangan main beli aje DVD walaupun pelakonnya anda minat yerk...

Jalan2 di Singapura

Akhir bulan lepas, saya dan kawan2 ke Singapura atas tujuan untuk melaksanakan beberapa misi. Apa misi itu, hehe...biar kami saja yang tahu. Kat sini, saya nak sharelah beberapa cerita...jika anda berminat nak bercuti di sana. Pertama sekali, rajin2lah buka website singapore tours. Sebab dari situ, boleh tahu tarikan dan festival yang boleh anda lawati. Setiap bulan ada festival yang berbeza. Bagi mereka yang suka shopping, tengoklah kalendar di mana ada mega sale di sana. Jika anda mahukan keunikan perayaan, boleh datang pada bulan perayaan seperti Hari raya, Tahun baru Cina, Pesta Tanglung, atau Deepavali.

Rasanya semua dah tahu tentang tarikan Singapura yang terbaru iaitu Pulau Sentosa kan... emm banyak tarikan dekat pulau tu. rasanya jalan seharian pun tak cukup. Di sana, anda boleh masuk ke Universal Studio, Waterworld, Merlion Walk, etc. Tiket boleh dibeli secara online atau on the spot. Tapi ingat, extra surcharge akan dikenakan untuk Sabtu dan Ahad. Untuk ke Sentosa Island, anda boleh dapatkan bas atau kereta kabel dari Harbour Front. Tiket bas berharga SGD2 dan kereta kabel rsnya dlm SGD12. Dekat Sentosa Island, anda boleh naik bas dan monorail dgn percuma.

Kalau nak jalan2 di sekitar bandar Singapura ni, emm tak susah. jalan kaki pun boleh. Naik MRT pun boleh. Senang sangat. Semua tempat taklah jauh. Bagi yang nak mencari makanan Melayu, datanglah ke kawasan Kampung Glamor dan sepanjang Jalan Arab...banyak gerai makanan Melayu di situ. nak merasakan kehangatan makanan cina...jom ke China Town. Di Little India pula, ala-ala Little India Malaysia juga...nak cari sari, bunga, kalung, barang kemas...semua ada. Kalau nak shopping for sourvenior pula, pergilah ChinaTown, Orchard Road atau Bugis Street. Banyak juak kat situ...dan murah. kalau naik MRT, jika anda beli kad single..jangan buang kad tu lepas guna. Sebab bila anda nak beli kad yang baru, boleh pulangkan kad tu balik dan dapatkan semula SGD1. Semua urusan boleh di buat di mesin. Tak payah pergi kaunter pun tak apa. Senang sangat. Kadang2 ada petugas yang jaga tepi mesin tu.

Harga barang dekat sana tak lah mahal. lebih kurang macam dekat Malaysia. Cuma kalau diconvert kepada mata wang kita, agak tinggilah juga kan harganya. Contohnya, roti canai yang kami makan harganya SGD1, roti telur SGD1.50 (eh, roti dia besar punya tau), nasi beriyani gum SGD5, roti krim (macam Hawaii nya tu) SGD1.60. Lebih kurang jer kan. Tapi kalau dekat Sentosa Island mahal la..contohnya 100plus 500mL harganya dalam SGD2.70 sedangkan dekat kedai luar harganya hanya SGD2-2.20. Ala standardlah tu. Tempat pelancongan. Tambang bas pun murah jer...dalam SGD1 ke atas, ikut jarak.

Kalau nak shopping, pergilah ke Esplanade Mall atau Suntec. Suntec dekat dengan Fountain of wheel, datanglah masa ada pertunjukan iaitu malam. Kalau tak silap bermula jam 6 petang. Lepas tu, banyak lagi tempat yang boleh dilawati di sekitar situ seperti bangunan parlimen lama, jambatan tertua, tugu peringatan, Sungai Singapura, etc. Oh ya, boleh naik Singapore Cruise di sepanjang Sungai Singapura. Tiket rasanya dekat Merlion (betulkan saya kalo saya silap). Esplanade pula dekat dengan Marina Bay dan merlion. Emm, kalau anda datang ke Singapura pada akhir tahun dan bercadang untuk berjalan sepanjang hari jgn lah lupa bawa payung atau sunglasses...sebab panas terik. Oh sebelum terlupa, jika naik MRT jangan lupa dapatkan kad elink..jd murahlah sikit. Tapi kad ni boleh guna untuk naik bas juga. kalo nak cari hotel budget pula...mmg berlambak hotel budget dekat sana. Kalau tempat tu redlight spot pun, xperlu risau...xterkesan sangat pun. Asalkan tahu jaga diri hehe...satu lagi, tak payah risau orang Singapura masih ramai yang tahu berbahasa Melayu. So, tak payah nak segan silu bantai cakap Melayu haha....selamat berjalan ^_^

Ulasan drama -siri 2

1. Yamada Taro Monogatari
Emm..cerita ini menggandingkan dua ahli Arashi iaitu Ninomiya Kazunari dan Sakurai Sho. Nino memegang watak pelajar dari keluarga yang miskin dan Sho pula dari keluarga berada. Rasanya drama ni juga adalah adaptasi manga. Ia berkisarkan perjuangan Yamada Taro (Ninomiya), yang berkerja keras untuk menampung keluarganya, ibu dan 6 adik-breadiknya yang lain. watak yamada Taro ni digambarkan sebagai seorang yang cerdik, tampan, rajin dan bersopan. Bermacam pekerjaan sambilan yang dilakukannya termasuklah menyamar sebagai perempuan untuk berkerja sebagai pembantu rumah di rumah Mimura Takuya (Sho). Banyak adegan lucu dalam drama ini termasuklah ketika atuk Mimura Takuya yang jatuh hati kepada Yamada Taro kerana menyangkakan Yamada Taro adalah seorang gadis. Drama ini juga berteraskan kekeluargaan dan pengorbanan...saksikanlah cerita ini sendiri yer..Memang menarik. Penampilan istimewa ialah Satoshi Ohno sebagai, promoter jualan... dan lagu tema drama ini dipetik daripada single Arashi iaitu Happiness ^_^
Pengajaran: emm... rasa tersentuh dengan kepayahan yamada taro dalam mencapai impian dan cita-citanya membuatkan saya rasa... ok...tiada kejayaan yang mudah dicapai tanpa usaha yang gigih
2. Uta no Oniisan
Bermaksud 'abang yang menyanyi' mengisahkan tentang hidup Yano Kenta (Satoshi Ohno) yang mempunyai impian besar terhadap band rocknya tetapi tanpa diduga telah dikhianat oleh kawan2 bandnya dengan mengatakan bahawa mereka akan bubar. Bermula saat itu, Kenta berusaha untuk mencari pekerjaan sehingga pada satu hari, dia datang ke syarikat TV untuk temuduga pencarian penyanyi rock. Malangnya, Kenta telah tersalah masuk bilik ujibakat di mana dia ditemuduga untuk pencarian 'Kawan menyanyi' untuk satu rancangan musikal kanak-kanak. Kenta yang selalu tidak serius akan kerjanya membuatkan ramai orang sakit kepala dan bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang kerjayanya sebagai Kawan Menyanyi. Namun dengan semangat yang sering diberi oleh ketua, dia akhirnya sedar akan tanggungjawabnya demi menceriakan kanak-kanak. Sehingga satu hari, tanpa disengajakan dia diminta untuk bernyanyi dalam program tersebut sebagai 'Abang yang menyanyi' dan di situlah bermulalah kariernya sebagai 'uta no oniisan'. Namun, satu hari dia mendapat tahu tentang bekas ahli kumpulan rocknya yang kononnya bubar dahulu telah membuat album dan bakal mengadakan konsert. Pada masa yang sama, dia tahu bahawa dia sebenarnya telah dibuang dari kumpulan tersebut. Apakah keputusan Kenta selepas itu? Adakah dia akan merayu untuk kembali menyanyi sebagai kumpulan rock atau kekal sebagai abang yang menyanyi?
Dialog yang paling saya ingat dalam drama ini adalah semasa sesi ujibakat di mana Kenta ditanya bagaimana pendapat anda tentang kanak-kanak zaman sekarang dan jawapan Kenta adalah... kanak-kanak zaman sekarang sangat kasihan. Emm...saya cuba selami jawapan itu dan mungkin kerana itulah juga, karakter Kenta agak 'keras' dan degil...
Lagu tema...single Satoshi Ohno, Kumori Nochi Kaisei. Penampilan istimewa...Sho Sakurai, yatter-man yang dijemput dalam program uta no oniisan ^_^

Wednesday, November 17, 2010

Ulasan drama

Pertama kali saya menulis ulasan mengenai drama dan saya memilih untuk mengulas beberapa drama Jepun atau dorama yang pernah saya tonton. Kebanyakannya adalah daripada koleksi saya sendiri. Jadi bolehlah tengok berulang kali bila rasa bosan. Saya mulakan ulasan tentang drama yang dibintangi oleh ahli kumpulan Jpop terkenal, Arashi terlebih dulu.
1. Saigo no Yokusoku
Ini adalah drama kedua yang menggandingkan kelima-lima ahli kumpulan Arasi selepas Yellow Tears. Drama ini adalah sempena ulang tahun Arashi yang ke-10 pada November 2009. Saigo no Yokusoku atau bermakna Misi Terakhir mengisahkan rancangan dan usaha lima sahabat dalam menuntut bela kematian kawan sepermainan mereka di kolej iaitu ketua pasukan bola sepak yang terbunuh akibat kesan sampingan sejenis ubat. Ubat yang diketahui kesan sampingan itu tetap dipasarkan sebagai pain killer. Lima sahabat yang akhirnya tidak dapat melupakan kes kematian kawan mereka akhirnya berpakat untuk menawan bangunan milik ahli perniagaan yang bertanggungjawab atas kematian kawan mereka. Bom yang mampu memusnahkan seluruh bangunan di pasang dan mereka juga menawan pusat sekuriti bangunan serta semua kakitangan yang ada. Stategi dan taktik yang digunakan menjadikan jalan cerita ini menarik dan pasti membuatkan penonton punya banyak persoalan. Namun, apa yang dirancang tidak semuanya berjalan atas landasan. Mampukah misi lima sahabat ini tercapai...siapakah lima sahabat yang menawan bangunan itu dan apakah misi mereka sebenarnya? Tonton...dan tahulah jawapannya. Tak sangka pula, drama pendek ini akan terbitkan DVD. Terkejut juga bila jumpa DVDnya di kedai... Selamat menonton ^_^
Pengajaran daripada cerita ini; emmm...apa yang boleh saya katakan ialah, alangkah baiknya jika persahabatan yang terjalin itu tulus murni dan jujur. Pengorbanan seorang kawan sebenarnya sukar dicari dalam dunia ini... jadi saya agak terharu jugalah menonton drama ni. Bagi mereka yang mengenali dan mengikuti program Arashi... mereka pasti tergelak besar apabila karakter mereka yang sebenar ada diselitkan di akhir cerita di samping, karakter watak yang mereka pernah lakonkan dalam drama lakonan mereka sebelum ini. Contoh... watak Domyoji dan 'Maou'...
2. Hana Yori Dango
Drama bersiri ini adalah aplikasi drama popular Taiwan, Meteor Garden. Drama ini terdiri daripada season 1 dan 2, dan special di New York. Drama ini dibintangi oleh seorang ahli Arashi iaitu Matsumoto Jun yang memegang watak sebagai Domyoji (atau Dong Meng Si dalam Meteor Garden) di samping Inoue Mao, Oguri Shun, Matsuda Shota dan Abe Tsuyoshi. Rasanya ramai orang tahu jalan ceritanya. Bezanya tak banyak dengan Meteor Garden. Sekarang ni pun dah ada versi Korea yang mula ditayangkan tahun lalu, bertajuk Boys Over Flower dan khabarnya akan keluar pula versi Filipina dan China kelak. Bagi peminat cerita ini pasti ada yang tertunggu-tunggu juga kan versi yang berbeza...? Oh, lagu tema drama HYD ni dinyanyikan oleh Arashi sendiri. Salah satunya berjudul... Wish.
3. Maou
Setelah Korea menayangkan The Luciper, Jepun pula sekali lagi menghasilkan drama dari drama manga terkenal berjudul Maou. Maou mengisarkan tentang kisah seorang peguam dua muka yang menyimpan rahsia dan dendam di sebalik wajah tulusnya. Watak peguam ini dimainkan oleh Ohno Satoshi (Riida Arashi) yang mahu menuntut bela atas kematian adik dan ibunya terhadap keluarga budak lelaki yang bertanggungjawab (dimainkan oleh Toma Ikuta). Pada awalnya, dia hanyalah seorang budak biasa. Tetapi setelah kematian adik dan ibunya, dia berazam tidak akan berdiam diri setelah lelaki yang membunuh adiknya terlepas daripada hukuman. Dia bertekad mahu memusnahkan keluarga itu dan mahu mereka rasakan apa yang dirasainya selama ini. Lantas dia menukar identiti dan menjadi seorang peguam. Rancangannya berjalan lancar, dengan menggunakan kad tarot sebagai amaran kepada mangsa. Namun, rahsianya hampir terbongkar dengan kehadiran seorang wartawan yang menyelidik asal usulnya. Dalam masa yang sama, muncul pula perasaan cinta yang memujuknya untuk berhenti. Tetapi dia (Ohno Satoshi) menolak dan terus dengan tekadnya. Undangan istimewa drama ini ialah Ninomiya Kazunari, juga ahli Arashi...yang memegang watak sebagai anak seorang peguam keluarga Toma yang mati dibunuh. Penampilannya hanya dalam 15 saat sahaja...
Secara jujur, saya dah menonton kedua-dua versi Jepun serta Korea. Pada saya, penyampaian watak seorang pelakon adalah penting dan pada saya penyampaian watak bagi Maou lebih berkesan, oleh semua pelakon yang terlibat. Jadi saya lebih terkesan menonton Maou berbanding The Lucifer. Bagi mereka yang minat manga atau minat drama mengisarkan tentang penyiasatan...emm rasanya sesuai juga menonton drama ini. Lagu tema bagi Maou juga dinyanyikan oleh Arashi dari single mereka... Truth. Gandingan merah dan hitam dalam setiap persembahan dan PV lagu ini menonjolkan rasa misteri....
Pengajaran yang dapat saya lihat di sini, setiap perbuatan ada balasannya sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya. Keadilan seharusnya dipertahankan... jika buka di dunia, di akhirat kelak pasti ada balasan yang menanti. sama-samalah renungkan...
Setakat ini dulu ulasan saya... drama lain akan saya ulaskan di lain waktu. Selamat menonton ^_^

Monday, May 31, 2010

Thomas & Uber Cup 2010


12 Mei 2010~ tgk piala thomas dan uber suku akhir di stadium putra bukit jalil, dengan yana. Bila fikir balik plan nak tgk tu cam haru jer. at first nk beli tiket online...tp xde kad credit la plak. msg2 studnt..xde kad kredit. dpt pnjm kad kredit ngn senpai, tb2 tgk terms & conditions...tuan punya kad tu yg kena g bik tiket selewt2nya 2 jam sblm perlwnn mula. Adoi! Senpai nak tgk semi..saya lak nk tgk quarter. Lastly plan g li sndr kat outlet ampang point. Adoi, kalo tahu kat stadium pun ada jual on the spot baik beli jer kat stadium lg sng. dah la xtau nk g ampang point tu. tmbh2 ms tu tgh pokai...kena li tiket tok 8 org. ngan sesat lagi..ngan xckp duit nk mkn hahahaha klakar jer. sorg2 lak tu keh3..tp xpela..dh lps dh pon. ps dpt tiket x sbr tol nk tgg 12 mei


Perlawann tghr tu Uber Msia turun gelanggang...ms tu beli tiket silver ngan harga RM63. adoi! ms beli pilih seat 2nd row dr dpn..tp tb2 smp stadium, aik...2nd row blkg? alamak! tp xpe la...seb baik btol2 dpn court yg msia main. puas ati gak la. mata pon sekejap ke knn, sekejap ke kiri. iyelah empat2 court ada game..ntah yg mana satu nk tgk. sekejap sorak tok sana..sekejap sorak tok sini. tp sorakan penyokong msia mmg kalah pd penyorak indonesia. aduyaii. game plg best ms regu pertama...mmg sengit. tp tetap kalah pd indonesia 3-0. baru kol 3pm..nk tgg next match kol 6, thomas lak. so, we all jln2 dulu...bik gambar, mkn. ops, cerita psl mkn, kat sini ada byk mknn jual. xyah la ssh2 nk bwk mknn dr rmh. kat luar stadium pun ada lori kfc n pizza hut..pastu ada lg kafeteria xjauh dr stadium putra.


Dekat pintu masuk pula ada booth yg tayangkan video thomas cup 1992 ms msia menang lwn indonesia. Harapkan sejarah berulang tahun ni. Masa undian semalam pun dh rs debar semcm...seb baik x jumpa china terus ms quarter. risau la juga. tp denmark pun tough juga tu. tmbhn lg bila team msia kurg pelapis yg boleh memberi cbrn. emmmm...Jam 6 petang, uish stadium dh mula penuh. mata tumpu dekat court 1 jer...msia vs denmark. wah mmg sengit. Dan perlawanan berlarutan smp hampir tengah malam. seb baik sempat naik tren terakhir...uishhh. tp puas ati la tgk match mlm tu...mmg sakit tekak n happening. plg sronok biler players melambai tgn kat we all hahaha..walaupun tau, dia bkn nmpk pon muka2 kat atas ni keh3

Jom Jalan-jalan

24 April 2010~ Meronda KLCC bersama kawan2 'U' dulu. Khai, Sue, Leeda n Yanie. Niat asal mmg plan nk ke aquaria KLCC hehe...pagi2 dah keluar keluar jumpa yanie n mekda kat klcc. Tak boleh luper masa yanie rampas belon dr tgn sue. belon tu sue dpt dr sorg promoter kosmetik hahaha...rupa dia cam kids kot ;p

Tiket masuk RM35 and biler tunjuk kad student dptlah diskaun RM10 (eh betul ke hrg nie??? hehe). masuk2 jer dh jumpa ikan pirana...ops jaga2. jgn ketuk gelas akuarium tue. pastu di sebelah kanan ada kolam kecil tok bbrp jenis ikan n belangkas...ikan jerung spesies kecik pon ada. ada juga petugas yang dok explain kat c2. aquaria ni ada 2 level..level atas, lebh kpd ikan darat atau sungai..n hidupan2 tepi sg la termsuklah serangga. eh, ada tikus besar!
Sampai pintu nk masuk level bawah (hidupan laut dalam)...ada lightning and bunyi guruh yg sgt bising (xde la bsg sgt pon). petugas kat c2 kata bunyi guruh tu utk takutkan labi2 yg maybe gigit tgn org. contohnya kalo ada org yg termasuk jari dlm kolam labi2 tu, pastu labi2 tu gigit jari dia. buat la apa pon..xmau lepas punya. bunyi guruh tu, baru labi2 tu takut n lepaskan jari.so, jgn la mskkan jari dlm kolam tu yerk. dh tmpl notis dh pon...jgn masukkan jari anda ke dalam kolam. boleh putus tau.


Dekat bawah ni jugak ada laluan bergerak melalui akuarium dasar laut yg ada byk jenis hidupan laut dlm termasuk pari dan jerung. wah, excited betul we all bik gambar. mcm2 gaya. smp nak tergolek pon ada sbb laluan tu bergerak kan...so gmbr pon byk gak yg blur. hehehe...amartur. tp ingat, xleh on flash tau..sbb akan butakan mata ikan nanti. Jam 2.30 kalo x silap ada pertunjukan makan ikan (nama lupa) dan diikuti dengan bg ikan jerung makan jam 3.00 petang.








Ada seorg petugas rajin melayan kami. Maybe dia tgk kami sibuk ambik gmbr kot hahaha. Pastu dia pon terangkan n tunjukkan mcm2 benda. And terpaksalah juga dia terima mcm2 soklan pelik dr kitorang ni hehe. Satu nk tegur sikit...rsnya korg kena tau nama saintifik ikan2 tu atau label la eh. kekdg tgk label satu jer tp sbnrnya ada 2-3 spesis dlm tu. Paling ssh nk perasan kehdrn..ikan batu. ceh, menyamar jd batu lak dia. Pastu beracun. Petugas tu kata, sekali sentuh saja, sebabkan jantung akan berhenti. Uish scary. Di laluan keluar, ada kedai jual cenderahati aquaria. Harganya berpatutan la juga.

Balik, we all makan dulu dekat Nando's..alamak, serik dah nk mkn. pedas dia lain mcm. sebab rs semua sos x pedas, saya try pulak sos extra spicy tu...hahaha eksen tol. byk plak tu. mula2 xrs apa2 pon...cam bese jer. tp rupanya respon lmbt sikit...pas seploh mnt...alamak nk air!!! bantai minum air yanie bergelas2..haha, seb baik yanie order air lemon tea..so leh top-up. Wahhh..sronok bila dh lama x hang out dgn kwn2. pas ni apa plak plan =D

Monday, April 5, 2010

Berbasikal di Bukit Cahaya




Jam 7.00 pagi, saya dah keluar dari rumah untuk bertolak ke Komuter terdekat ke KL Sentral. Janji dengan dua orang kawan di sana pukul 8.30 pagi. Tepat2 saja sampai sana tapi dua org kawan lom lagi tiba. Tapi tak lama pun tunggu. Lepas mereka sampai, kami borak2 sikit...yelah, lama tak jumpa salah seorang tu. Kami bertolak dari KL Sentral jam 9pagi ke Shah Alam. Tiket komuter ke Shah Alam harga nya RM2.50 dan lebih kurang setengah jam hingga 40 mnt smp la sana. Di sana, kami mengambil teksi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam dan kosnya lebih kurang RM10. Lebih kurang 10.30 pagi, dah ramai orang di sana. Dan ada juga yang dah nk pulang. Taman ni buka seawal 7.30 pagi, kalau tak silap ^_^
Di luar, pagi2 lagi dah ramai penjaja aiskrim haha...sebab perut dah lapar sangat, saya cakap nak makan aiskrim tapi kawan saya tak bagi =(
Kami plan nak picnic jugak kat sini. Salah seorang kawan bawa sandwich tuna, dan seorang lagi bawa snacks and saya pula bawak air oren n mineral sorang sebotol. Beratnya beg jangan cakap la. Rasa cam pergi hiking pulak. Haha.
Tiket masuk ke Taman Pertanian ni RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2 dan warga emas 55tahun ke atas. Masuk saja, we all naik bas dulu. Tengok pemandangan dari dalam bas untuk cari port yang best nak berkelah. Bas akan bergerak sehingga Empangan Baru dan akan berpatah balik ke pintu masuk. Masa nilah penumpang boleh turun di perhentian2 tertentu.


Ada banyak tempat yang boleh dilawati. Ada Taman kaktus, taman cendawan, taman tanaman hiasan, taman padi, taman herba, rumah budaya, rumah idaman, taman perikanan, taman arnab, taman mini haiwan dan banyak lagi tempat yang boleh dikunjung. Banyak juga pemandangan indah di sini. Ada empangan, tasik dan anak sungai.
Tak lupa rumah 4 musim. Tiket berharga RM3 untuk dewasa, RM1 untuk kanak2 dan warga emas. Kali ini musim bunga/spring. Cantik! masuk2 saja, wahhh sejuknya. Rasanya memang tinggi kos nak jaga tempat ni. Dalam rumah 4 musim ni, ada dua bilik yang berbeza probnya...


Sekali rasa macam berada dekat oversea pulak hehe. Ada kincir air lagi...kan best kalo ada japaense house jugak kat sini. hehe

Rumah 4 musim ni taklah besar sangat. So kalau masuk tu, masuk lah lama2 sikit and ambik lah byk2 gambar k...dah keluar takleh masuk balik lol
Lepas keluar dari rumah 4 musim, kami menuju ke...toilet. Bersih la jugak. and air dia sejuk!
Pastu we all pergi Fish theraphy spa dekat depan bus-stop, di jalan keluar dari area rumah 4 musim tue.
Harga untuk terapi ikan ni, RM5 untuk 20 minit. Siap dapat percuma sebotol air mineral dan dua biji gula2. Masa mula2, berkira2 juga nak buat ke tidak..tapi alang2 dah sampai, buat jerlah...sambil relax2. Tambahan pula ada sorang bro tue sporting...dia cakap xgeli pon..kalo geli pon sekejap jer. Pakcik owner tu pon cam best jer...baik. Ada dua pilihan sama ada nak ikan besar atau kecil. We all pilih yang kecil dah la..for d 1st time. nanti menjerit pula bila terus terjun kaki dekat ikan besar. Yang kecil tu pun saya dah jerit bila tiba2 banyak ikan hisap kaki saya. Geli semacam. Tapi lepas dua tiga minit..biasa dah.

Sambil2 tu, kami berborak juga dengan pakcik tu. Katanya, ikan tu spesies talapia dari republik China. Lepas salah seorang kawan saya masukkan kaki dia dalam tu, semua ikan lari ke kakinya...yang ada kat kaki saya semua lari wowowo...sampai masa dia tak tahan, dia goyang kaki dalam air, so semua ikan bertempiaran. Kawan saya yang seorang lagi, ikan tak berapa nak pergi ke kakinya..hehe, kaki licin kot hihi. Kata pakcik, ikan ni akan makan kulit mati. Jangka kayatnya lebih kurang tiga bulan jer. Lepas dia besar, dia taknak makan dah..and lama2 akan mati. Kata pakcik lagi, masa beli ikan ni, kena beli secara borong..paling minimum 500 ekor dengan harga lebih kurang RM2 seekor. Pastu, kena latih ikan ni untuk terapi. Kalau tak, masukkan kaki lama mana pun dia tak mau makan kulit mati tu. Latihannya dengan meletakkan makanan pada kaki sehingga ikan tu akan secara automatik makan kulit mati di kaki. Kain lap kaki akan diberi setelah kaki keluar dari bekas air tu.
Lepas tu, kami jalan2 sehingga ke taman mini haiwan. Jalan di tepi tu agak licin sebab lumut, mungkin sebab kawasan tu lembap dan teduh. Di taman haiwan adalah beberapa jenis haiwan di sana seperti burung, landak, rusa, kuda dan kuda padi. Kera pun ada, tapi kawan saya tak berani nak dekat. Dekat depan taman haiwan tu pun ada taman burung, ada beberapa jenis burung, merak dan tak lupa ayam...kesian ayam tu. kena kurung jugak.
Kami terus berjalan sehingga ke pintu utama...dekat situ ada dua buah bangsal basikal yang menyewa basikal kepada pengunjung yang mahu berbasikal. Harga basikal RM3 atau RM5 untuk satu jam pertama dan RM1 bagi jam berikutnya, bergantung kepada jenis basikal yang di sewa. Untuk sewa basikal ni, salah seorang perlu tinggalkan IC dan resit bukti akan diberi. Oastu, kami pun menjelajah dengan menunggang basikal. Melalui taman padi dengan basikal. Wah, rasa macam berada di kampung pulak. Pengunjung2 pun semuanya macam sporting ajer..macam kami kenal sesama sendiri..yeah 1 malaysia =D Tapi tak sampai setengah minit, seorang kawan dah letih dan rasa nak muntah. Mungkin sebab dia minum banyak sangat. Tapi kami tak sempat nak menjelajah ke bahagian kiri taman di mana ada taman buah-buahan. Panas dan letih. Selain aktiviti berbasikal, boleh juga join aktiviti lasak seperti skynet, flying fox dan paintball tapi kena book seminggu awal dan in group. Bagi paintball, group minimum 10 orang (banyak mana pon xpe) dan harga dari RM80 seorang, 200bullets min termasuk lunch. bagi skynet, ada bas yang akan membawa peserta ke tempatnya. Boleh tunggu bas dekat pintu utama.

Lebih kurang jam 3.30, kami ke stesen komuter Shah Alam dengan menelefon En. Nan. Nombornya bole dapat di Pondok Renjer dekat dengan toilet di luar. Komuter ke Sentul penuh sesak. Sampai di KL Sentral kami menukar tren ke Seremban...hoh, sesak!


Seorang kawan balik ke Klang, mungkin lah tak sesak sangat. Tapi ke Seremban, memang dah jadi sandwich sardin lah.
Walau apapun, aktiviti hari minggu tu memang best XDDD