Saturday, March 12, 2011

Kowai yo

Lepas saya risau2 bila dengar Korea Utara nak serang Korea Selatan, sekarang hal lain pula yang merisaukan saya... (ceh, risau macam ada sedara jer kat sana. Bukan apa, kita kan hidup atas bumi yang sama. Mestilah saling risau dan ambil berat kan...) Tapi kali ni bukan berlaku dekat negara2 Korea tu tapi dekat negara kelahiran Johnnys idol. Mana lagi, Jepun lah...
Selepas Rabu lalu dilanda gegaran dan tsunami kecil (lebih kurang 60cm), semalam berita sekali lagi dikejutkan dengan bencana kedua yang menimpa timur laut negara matahari terbit tu. Kali ini lebih kuat dengan 8.9 skala Richter hingga menyebabkan berlakunya tsunami setinggi 10 meter. Angka korban semalam lebih 40 orang kalau tak silap... dan terbaru? Mungkin boleh menjangkau seratus atau mungkin ribuan. Tu tak termasuk yang tercedera. Ini adalah gempa paling buruk pernah melanda Jepun selepas 140 tahun, iaitu pada tahun 1871 dengan kekuatan gempa 7.9 skala Richter.
Kesannya juga dirasai di sekitar bandar raya Tokyo dan kata orang di sana, lebih sepuluh kebakaran berlaku lepas gempa tu. Bunyinya memang menakutkan. Apatah lagi orang yang mengalaminya sendiri kan... uish gerun. Negara2 jiran Jepun pun dah mula ambil langkah2 keselamatan untuk berdepan dengan bencana yang bakal melanda negara mereka termasuk Indonesia yang pernah mengalami tsunami 7 tahun lalu yang mengorbankan beribu rakyatnya. Risau juga tentang keadaan kawan2 dan orang yang saya kenal dekat sana.. emmm harap2 dan doa2 semuanya selamat. dan diharap juga Jepun cepat2 lah bangkit dan naikkan balik ekonomi diorang supaya tak menjejas ekonomi global. yalah, Jepun kan dikira sebagai penyumbang ekonomi global yang besar.
Dua hari lepas, China pun mengalami gempa bumi... aduh inilah dugaan dunia. Saya dah mula risau.. gelisah... dalam hati ada juga terselit harapan yang johnny's idol dan kpop artists yang ke sana ke sini wat tour tu selamat.
사랑으로

Friday, March 11, 2011

welComE tO TaiPEi aReNa


I bet SJ already in Taiwan... get ready for their 1st day of SS3 at Taiwan Arena hehe... i guess they are all busy to have a rehearsal...and dun have much time to play-play la lol Okies... bila concertnya.. malam ni kan? Yang atas tu.. bukan gambar masa SS3 tau tapi... kalau elf mesti tau masa bila kan.. tapi kan I wonder lah y SJ slalu wat con kat stadium tertutup... y... y... y... sendiri jawab la ek :p


Kalau tak silap, SJ will b here.. in Malaysia on this 19th March...tapi dalam schedule diorang takde tulis pasal tue lagi. Saya pun tak pastilah sebab saya tak gi pun con diorang.. lum pernah berkesempatan nak pergi... ongkosnya lum pernah cukup ni. Simpan, habis... simpan sikit susut nya banyak hahaha tunggulah saya jadi milionaire nanti ek :p eh, tapi saya tetap sokong korang tau SJ hehe camne saya sokong. Ni tengah dok cerita pasal korang ni kira sokonglah ni hehe... apa yang penting, harap SJ jaga diri baik2 kat tempat orang..tolong ler jgn accident lagi... and elfs dan peminat2 janganlah ekstrim sangat2 ek... jangan sampai cederakan orang lain atau diri sendiri. Please take care of yourself...


Itu cerita pasal kpop, kalau nak cerita pasal jpop pula... alahai, apa pula cerita baru ni? Saya tak ada idea plak nak citer hehe.. cuma sedih gak la sebab DVD arashi 10-11 tour saya tak sampai2 sampai sekarang. Awatnya ek? Sedih... sedih... rasa cam dah basi aje nak citer pasal tu.. sebab orang lain pun dah mula cerita topik lain dah... yang bestnya pasal elfs dan arashian yang saya join selama ni, tak pernah pula diorang cerita pasal personal life diorang... maksud saya yang memang betul2 private life laaa... sape gf diorang, scandal diorang.. gosip2 liar... rasanya kurang ada la cerita2 panas camtu di kalangan diorang2 ni... bagus gak ek..walaupun super idol yang boleh dikatakan world wide pun, xde lak citer or rumors yang dasat2... hihi kira cam diorang ni saling melindungi sesama sendirilah kiranya ek... bagus r.. teruskan la dengan rekod bersih korang tu... apa yang saya melalut hari ni? Haha... bye2 la... to all elfs yang dah beli tiket SS3, saya cuma nak cakap... HAVE FUN (^_~)v


(ps: sbnrnya teringin gak nak tgk SS hoho ikutkan hati nak aje tunggu diorang kat airport *wink)
사랑으로

Thursday, March 10, 2011

Heechul->plz get better soon

Alahai... sedih rasanya bila dengar beritani. Muka Heechul oppa yang comel tu dah dicederakan oleh peminat dekat konsert? Aduhai... apa dah jadi? Marah ke ekstrim sangat. Fans.., please dont be too extreme during concert or whenever you c your fav idol okies... sama juga macam SS3 dekat Spore yang lepas, Heechul dan Leeteuk terlibat dalam car accident lepas fans yang langgar kereta diorang? Haih... sigh... sigh... sigh... saya takleh nak stop mengeluh dah ni. Bahaya betul tindakan diorang ni. Kalau suka jangan melampau2 sebab ramai lagi peminat diorang kat luar ni tau... dan kalau benci pun berpada2lah... jangan buat sesuatu di luar jangkaan atau melanggar peratura. Tak baik ok. Kita sama2 manusia... dan kalau dah jadi macam tu kan dah buat keluarga dia risau, company risau termasuklah peminat2 ni semua tau... tau? Tapi dengar khabar insiden tu tak disengajakan..haih.. ntahlah. Nak tau lebih lanjut silalah baca website kat bawah ni ya...



http://www.mb.com.ph/articles/307930/super-juniors-heechul-hurt-fan-shanghai-concert

http://blog.sina.com.cn/parkhaeheeduo

사랑으로

Monday, March 7, 2011

30 is too old to be an idol?

Actually, bukanlah terlalu tua untuk menjadi idol tapi isunya ialah 'adakah 30 itu terlalu tua untuk appear dalam idol magazine?' Itulah yang turut berlaku pada ketua kumpulan Jpop terkenal, Satoshi Ohno. Cerita ni pun saya dapat tahu daripada seorang kawan. Sekarang ni Ohchan tak boleh lagi la muncul dalam Japan idol magazine macam duet, popolo etc. sebab kononnya majalah ni untuk mempopularkan dan memberi publisiti pada artis baru. Jadi, tak mungkin ada wajah kumpulan Arashi berlima jugalah dalam majalah2 ni...memandangkan umur Ohno yang sudah menjangkau 30 tahun pada November tahun lalu. Kalau ada, cuma apperance ahli Arashi yang lain secara individu. Emm... nak buat macam mana. Dah memang itu peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat di mana mereka bernaung, Johnny's. Semua Johnny's idol akan menerima nasib samalah... sama macam apa yang berlaku pada sempai atau senior diorang. Samalah macam penghentian kalendar group mereka selepas menyambut ulang tahun kumpulan ke-10. Tapi... apa yang buat saya confuse ialah wakil majalah tu pula cakap, mereka tak keberatan pun nak bagi slot untuk idol berusia 30 tahun ke atas jika mereka ni ada masa. Masalahnya biasanya super idol ni kan busy... emm, macam mana tu? Adakah Ohno akan muncul lagi dalam idol mag ni? Kalau ikut kata wakil mag, boleh tapi takkan dia nak langgar peraturan yang sekian lamanya dibentuk oleh Johnny's? Tunggu dan lihat ajelah...
사랑으로

Sunday, March 6, 2011

Bartender

Bartender, drama terbaru lakonan Aiba Masaki.. alaaaa member Arashi tu. Lama rasanya saya tak tengok jdorama...dan lepas tengok drama nilah kali pertama saya dengar single terbaru Arashi berjudul Lotus hehe... memang lama tak layan jpop ni. Mula-mula tengok Bartender, saya rasa macam Aiba ni masih terperangkap dengan watak Masamune-kun dalam dramanya yang lepas iaitu My Girl. Tapi bila dah tengok beberapa episod, rasanya saya boleh nampak perbezaan dalam pembawakan watak Masamune dengan Sasakura Ryu (dalam Bartender). Kat mana saya tengok? Hehe... kalau tak silap DVDnya belum release. Jadi, saya tengok onlinelah. Tapi baru sampai episod 3. Lagipun, drama ni baru lagi ditayangkan dekat Jepun. Faham2lah hehe
Memandangkan drama Bartender ni bukan dalam genre kegemaran saya, jadi saya kuranglah enjoy cerita ni. Tambah2 bila banyak sangat nama koktel dan kisah di sebalik koktel2 tu. Tapi bagus lah juga kan... sebab ada juga pengetahuan tambahan... dan ada mesej yang nak disampaikan dalam drama ni. Banyak juga mesej yang terselit sebenarnya. Contoh, jangan berpura-pura dengan menunjukkan kehebatan diri untuk menarik perhatian orang lain supaya menyukai kita, sedangkan semua tu cuma dusta aje. Setiap orang mesti berusaha dan punya identiti sendiri untuk menjadi 'seseorang' terutamanya jika nak jadi profesional kan... mestilah kerja keras, bukan asyik nak jeles tak menentu. Apapun, kisah Bartender ni lebih banyak mengisarkan tentang kehidupan khasnya hidup si Bartender nilah. Macam mana nak jadi Bartender yang sebenar... dan punya imej sebagai Bartender, bukan setakat diri dekat kaunter dan serve pelanggan. Kerja sebagai Bartender bukan setakat pekerjaan tetapi meletakkan ia sebagai kehidupannya sendiri. Emm... dalam maksudnya kan. Rasanya bukan Bartender aje yang patut ada ciri begitu. Setiap pekerjaan yang kita buat, kalau kita anggap ia hanya sekadar satu pekerjaan... adakah kita akan gembira dengan kerja tu? Adakah kita sanggup berkorban demi kerja yang kita buat tu? Kerja lebih masa, kerja dengan beban kerja yang bertambah walau gaji tak bertambah... sanggup? Sebaliknya, kalau kita letakkan kerja itu sebagai sebahagian daripada kehidupan kan lebih seronok. Kan lebih rasa bertanggungjawab untuk selesaikan kerja tu... macam kita patut makan setiap hari, patut mandi setiap hari... macam tulah perasaannya dengan kerja. Kita takkan berkira dengan kerja macam kita tak berkira nak mandi, tak berkira untuk isi perut... sebab kalau tak mandi -> busuk, tak makan -> lapar. Sama juga kalau mandi ala kadar, wanginya cuma sementara aje... kalau kerja buat sambil lewa atau ala kadar, kan hasilnya pun tak memuaskan. Kan... kan... =D hehe... panjang pula cerita
Hah, itu baru habis sampai episod 3, kalau sampai habis nanti berapa banyak pula mesej yang ada dalam keseluruhan drama ni ek? Jadi saya rasa walaupun ceritanya agak perlahan tapi bagus untuk ditonton sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat (kalau nampaklah :p). Apa yang pasti, saya tak sabar nak tunggu kemunculan cameo dalam drama ni. Ada tak? Kalau ada, siapa pula... sekaligus memberi maksud lepas ni drama dia lah pula...macam serah baton pula hihi... siapa... siapa... siapa ek???

사랑으로

Wednesday, March 2, 2011

Super Junior M - Perfection (Too Perfect) MV.mp4 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Super Junior M - Perfection (Too Perfect) MV.mp4

Super Junior M - Perfection (Too Perfect) MV.mp4 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/video/-v_BeuO5/Super_Junior_M_-_Perfection__T.html" target="_blank">Super Junior M - Perfection (Too Perfect) MV.mp4</a>
credited to qiqi ^_^

Hehe... seperti dijangka, kalau dah ada Eunhyuk dalam Super Junior M, mestilah ada rapping part. Ternyata benar! Walaupun tak banyak... bolehlah. Wah, lagu Perfection ni memang rancak. Saya dah dengar kedua-dua versi Mandarin dan Korea. Emm.. susah nak pilih. Dua-dua pun best... sebab melodinya sama hehe

p/s: Eunhyuk dan Kyuhyun potong rambutlah... tapi yang bestnya dapat tengok rambut Eunhyuk hitam balik hihi (hitam ke dark brown ek?). Ryeowook pula maintain aje style rambut dia. Eh jap, Siwon pon potong rambut kan... sudahlah. Yang sebenarnya saya tak berapa pasti bila MV ni dibuat. Potong rambut ke tak, diorang ajelah yang tau.. and sesaper yang follow perkembangan diorang dekat2 tu taulah, berbanding saya yang jarang2 ni kan haha. Tapi kan, part Sungmin cam tak banyak aje. ke saya yang tak perasan ek

사랑으로

Tuesday, March 1, 2011

Ayam... ayam... ayam ajeee

Konbawa minna-san, ^_^

Wahhh!!! Sekarang Ayamas pun dah ada khidmat penghataran. Kalau jemu makan fast food bolehlah order ayamas dari restoran rasamas pula lepas ni. Dan semalam, saya dan kawan2 try lah juga order. Delivery charge dia sama je macam McD, iaitu RM3 tapi kena order minimum RM10 lah untuk delivery ok. Kalau rasa nak makan nasi ayam ke, atau apa2 ajelah yang berkisar dengan ayam bolehlah order. Tapi kan, spageti takde tau hehe masa mula2 saya tengok menu dekat website dia pun… alamak apa nak order ni. Semuanya ayam… ayam… dan ayam. Nama pun ayamas kan. Ayam mentah pun dia ada jual tau termasuk produk2 ayamas yang ada dekat pasaran.
Semalam saya order set B, yang ada ayam separuh tu dengan telur merah, angku dan halia. Emm sebenarnya cuma nak tahu apa angku tu aje. Hehehe… tapi tak mahu beli angku semata2 sebab takut tak kena dengan selera, nanti tak ada benda pula saya nak jamah kan. Tapi rupa2nya set yang kitorang tengoj tu dengan kot FM tu maksudnya ‘full moon’… maknanya hari ni order, esok baru dapat. Eh? Ada pula macam tu ek. Sudahnya operator tu pula yang kena terangkan semua menu dan kod yang ada. Masalahnya lagi, order cuma diambil guna kod menu, korang tak payah sebut nama menu tu. Tapi kan.. kena tahulah kod menu tu ek. Kalau tak tau camne nak order ek hehe
Nak dijadikan cerita, rupa2nya banyak lagi menu dan kod menu yang ada. Apsal kitorang tak jumpa ek? Diorang kata kitorang salah buka site.. ye ke? Yelah kot… yang kitorang jumpa cuma menu dengan kot FM tu aje. Haha… sebenarnya kot FM tu ade kat bahagian bawah site tu… agaknya yang operator tu maksudkan yang kat bahagian atas tu kot. Entahlah… bila dah bertukar2 menu tu, sekali bila sampai… set yang saya order cuma jadi separuh ayam aje. Eh, mana pergi telur merah dengan angku? Saya cuma nak tengok apa angku tu aje tapi angku pula yang takde… T_T Tak taulah.. yang tepon bukan saya. Kawan saya pun dah pening…. Maybe sebab angku dengan telur merah tu takde kot sebab tu operator tu tepon kawan saya balik dan cadangkan menu lain. Emm… lepas tu, tak ada pula diorang bagi pamphlet. Kot2 lepas ni kitorang nak order kan… mana nak tau menu yang ada kat situ kan. Terpaksa jugalah mencari dalam website kan… Oh ya… ayam tu boleh pilih sama ada nak perisa golden (madu), percik atau lada hitam. Semalam saya pilih golden. Tapi hehe… not my taste la plak. Terasa masin sangat bagi saya. Sakit kepala. Maybe lain tempat lain rasanya. Yelah, memanglah resepi dia sama tapi orang yang masaknya kan lain. Lain tangan lainlah rasa. Betul tak. Apapun… sos dia boleh tahan sedaplah. Rasa halia memang sangat terasa… chinese taste gitu hihi
Satu lagi nak komplen… bole tak? Hehe… apsal la diorang tak bagi tisu ek? Oh, kempen hijau agaknya kot. Apapun, saya tetap nak tahu apa tu angku… dan macam mana rupa dalam telur merah tu. Lain kali tak pedulilah, nak order dua benda tu aje. Yoooo

사랑으로