Tuesday, March 1, 2011

Ayam... ayam... ayam ajeee

Konbawa minna-san, ^_^

Wahhh!!! Sekarang Ayamas pun dah ada khidmat penghataran. Kalau jemu makan fast food bolehlah order ayamas dari restoran rasamas pula lepas ni. Dan semalam, saya dan kawan2 try lah juga order. Delivery charge dia sama je macam McD, iaitu RM3 tapi kena order minimum RM10 lah untuk delivery ok. Kalau rasa nak makan nasi ayam ke, atau apa2 ajelah yang berkisar dengan ayam bolehlah order. Tapi kan, spageti takde tau hehe masa mula2 saya tengok menu dekat website dia pun… alamak apa nak order ni. Semuanya ayam… ayam… dan ayam. Nama pun ayamas kan. Ayam mentah pun dia ada jual tau termasuk produk2 ayamas yang ada dekat pasaran.
Semalam saya order set B, yang ada ayam separuh tu dengan telur merah, angku dan halia. Emm sebenarnya cuma nak tahu apa angku tu aje. Hehehe… tapi tak mahu beli angku semata2 sebab takut tak kena dengan selera, nanti tak ada benda pula saya nak jamah kan. Tapi rupa2nya set yang kitorang tengoj tu dengan kot FM tu maksudnya ‘full moon’… maknanya hari ni order, esok baru dapat. Eh? Ada pula macam tu ek. Sudahnya operator tu pula yang kena terangkan semua menu dan kod yang ada. Masalahnya lagi, order cuma diambil guna kod menu, korang tak payah sebut nama menu tu. Tapi kan.. kena tahulah kod menu tu ek. Kalau tak tau camne nak order ek hehe
Nak dijadikan cerita, rupa2nya banyak lagi menu dan kod menu yang ada. Apsal kitorang tak jumpa ek? Diorang kata kitorang salah buka site.. ye ke? Yelah kot… yang kitorang jumpa cuma menu dengan kot FM tu aje. Haha… sebenarnya kot FM tu ade kat bahagian bawah site tu… agaknya yang operator tu maksudkan yang kat bahagian atas tu kot. Entahlah… bila dah bertukar2 menu tu, sekali bila sampai… set yang saya order cuma jadi separuh ayam aje. Eh, mana pergi telur merah dengan angku? Saya cuma nak tengok apa angku tu aje tapi angku pula yang takde… T_T Tak taulah.. yang tepon bukan saya. Kawan saya pun dah pening…. Maybe sebab angku dengan telur merah tu takde kot sebab tu operator tu tepon kawan saya balik dan cadangkan menu lain. Emm… lepas tu, tak ada pula diorang bagi pamphlet. Kot2 lepas ni kitorang nak order kan… mana nak tau menu yang ada kat situ kan. Terpaksa jugalah mencari dalam website kan… Oh ya… ayam tu boleh pilih sama ada nak perisa golden (madu), percik atau lada hitam. Semalam saya pilih golden. Tapi hehe… not my taste la plak. Terasa masin sangat bagi saya. Sakit kepala. Maybe lain tempat lain rasanya. Yelah, memanglah resepi dia sama tapi orang yang masaknya kan lain. Lain tangan lainlah rasa. Betul tak. Apapun… sos dia boleh tahan sedaplah. Rasa halia memang sangat terasa… chinese taste gitu hihi
Satu lagi nak komplen… bole tak? Hehe… apsal la diorang tak bagi tisu ek? Oh, kempen hijau agaknya kot. Apapun, saya tetap nak tahu apa tu angku… dan macam mana rupa dalam telur merah tu. Lain kali tak pedulilah, nak order dua benda tu aje. Yoooo

사랑으로

No comments:

Post a Comment