(credit: koreanindo.wordpress.com)Dengar khabar, SJ M dah keluarkan album (mini album) yang bertajuk Too Perfect / Perfection... emm Mandarin version sebelum ni. Sekarang nak keluar Korean version pula hehe... belum sempat lagi nak dengar lagu ni. Yang mana lagi best ek.. Mandarin atau Korean? Cubalah tengok dan dengar... baru tahu kan. Apa yang pasti, baru sekarang saya dapat tahu yang ada perubahan pada ahli SJ M ni. Nampak macam Sungmin dan Eunhyuk pun dah terjebak dalam SJ M ni juga... wah, nampak gaya diorang berdua ni terlibat dalam banyak projek sub SJ ek... termasuklah SJ T dan SJ Happy kan. Emm SJ T dan SJ Happy bila lagi nak keluar lagu atau single baru? Atau mungkin album? Hehehe.... Apapun, rasa senang hati juga sebab SJ M masih dikekalkan walaupun Hangeng dah keluar dari SJ (tapi kenapalah keluar dari SJ M sekali ek, sedangkan artis dari China tu masih kekal sama? emmm.... galatlah juga, sebab Hangeng takde). Dan dengan kemasukan Eunhyuk dalam SJ M.... emmm, adakah ada rapping part dalam lagu SJ M ni sebenarnya? tak sabar pula nak dengar lagu Perfection ni lah...
Dengar khabarnya lagi... bukan Leeteuk oppa aje yang akan pergi latihan military tu tapi juga Heechul. Hah? Aduh... maknanya makin sikitlah member SJ dalam beberapa tahun ni? Aduh..lama tu nak tunggu dia balik. Kangin pula bila akan balik ek? T_T

(p/s: mesti rindu persembahan diorang atas pentas dengan bilangan member yang cukup nanti T_T)
Dan ada juga rumor yang menyatakan bahawa Eunhyuk akan diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua sementara untuk SJ sepanjang ketiadaan Leeteuk. Emm, mula2 saya ingatkan Yesung akan ganti tempat Leeteuk tapi kalau Eunhyuk pun ok juga sebab dia pun banyak terlibat dengan kebanyakan program yang Leeteuk terlibat sebelum ni. Lagipun Eunhyuk kan DJ, mesti pandai cakap kan... dan dia boleh dikatakan sebagai seorang yang soft-spoken, bertanggungjawab dan sweet sangat2, loving and caring... ^_^
Tapi apapun, itu cuma rumor aje... belum dilaporkan secara official lagi. Sama2lah tunggu ek, siapa yang akan menaiki takhta sebagai ketua SJ nanti... harap2 semua aktiviti SJ masih berjalan dengan lancar dan elf masih sesak menyerbu tiket supershow akan datang walaupun member SJ tak cukup macam selalu yerk...
Kat sini juga nak menyentuh pasal filem terbaru terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa tu... yang khabarnya akan ditayangkan pada 10 Mac ni. Emm tengok promo dia macam gempak filem tu, dan macam melibatkan kos pembikinan yang tinggi. Wah, memang hebatlah... walaupun cerita sejarah tapi rasanya dapat menarik ramai penonton ke panggung. Tak caya? Tunggu dan lihat... jom pergi tengok. Filem aksi sejarah versi KRU...=D
사랑으로
No comments:
Post a Comment