Thursday, February 3, 2011

Alhamdulillah... banjir dah surut

Fuh, sedangkan kat KL hujan sekejap2... rupa2nya dekat kampung dah berhari2 hujan turun tak berhenti hingga sesetengah kawasan ditenggelami air. Masa saya on d way balik tu pun, sungai2 utama dah berada pada tahap berbahaya.. huuuu. Sejuknya lain macam. Menggigil rasa. Sejuk memanglah gigil kan haha.. apalah. Apapun, semalam cuaca mula panas dan banjir pun dah surut dan mangsa2 banjir pun dah dibenarkan balik. Bila meninjau kawasan yang mengalami banjir, kesian juga tengok mangsa2 banjir sibuk basuh rumah. Banyak juga barang yang rosak.
Oleh kerana hari ni Tahun Baru Cina dan banjir pun dah surut.. hujan pun dijangka macam tak turun hari ni... pagi2 lagi parents saya ajak gi kebun. Kebun tu bukannya belakang rumah tapi ambil masa lebih kurang 30-45 minit nak sampai. Fufuh letih betul bersihkan kebun. Tulah rajin sangat exercise kan.. sejak balik kampung hari tu pun asyik makan tidur makan tidur aje. kena sapu satu kebun dah termengah2 hahaha tapi takde musim buahlah. Tak dapat nak petik atau pungut apa2 buah kat kebun... pungut daun kering ajelah jawabnya. Balik dari kebun ingatkan nak lelapkan mata kejap.. yelah penat betol! Tapi bila on tv, kpop hitz... eh, video klip Super Junior Happy baru nak mula and i was like..kyaaaaaa!!! haha lagu 'cooking? cooking!' tu buatkan mata saya terus bulat, segar balik haha pastu apa lagi cuci mata tengok kpop hitz sampai habislah dengan harapan ada lagilah MV SJ kan hehe oh ya, bercakap pasal SJ, masa tengok Athena, alah cerita yang member SJ, Mr Siwon tu berlakonlah... entahlah episod berapa.. ada plak BoA dalam episod tu. Kononnya diorang kena jaga keselamatan BoA yang nak buat konsert kat Jepun. Masa dia pergi pejabat rakaman BoA, terjumpalah dengan 2 ahli ShinEE... alahai i wish SJ will be appeared, barulah best kan.. cuba bayangkan kalo SJ muncul depan Siwon dalam drama tu, ada tak diorang akan cakap 'eh, rupa awak macam member kitorang' haha.. takpun, Siwon jumpa Siwon dalam satu babak hehe... tapi SJ tu satu company ke dengan BoA?haha... ngarut tol
Seronok juga balik kampung ni.. dapat juga tengok astro dan program tv yang dah lama saya tak tengok termasuklah 2days 1night dan lets go dream team. Emm 2d1n kali ni nak pergi bercuti dengan pekerja asing dekat Korea lagi.. macam rancangan yang pernah mereka buat sebelum ni. Walaupun episod minggu lepas tak banyak dapat tengok gelagat diorang tapi jadilah nak lepaskan rindu kan hehe... cuma... frust sikit bila tengok lets go dream team sebab member2 LGDT dah banyak berubah... Danny takde, Junho, Minho dan Eunhyuk pun takde..T_T Sangin dengan Sangchu aje orang lama. Yang lain...? huhu, muka diorang cam serius aje... nak lawak2 sikit.. macam dulu... sape yang rajin wat lawak sekarang ni... nak menang memanglah nak menang tapi enjoy ok... apapun saya tetap rindu LGDT yang sebelum ni...

1 comment:

  1. yup..SJ di bawah satu company yang sama dengan BoA =D
    memang best kalo SJ yang muncul tapi maybe sebab member SJ busy sangat kot hehe

    ReplyDelete