Friday, February 25, 2011

Memang patut pindah

Fuhhh! Syarikat bas ke selatan memang patut pindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Dari awal tahun 2011 sepatutnya mereka berpindah ke TBS tu, tapi tarikh kuatkuasa terpaksa ditunda beberapa kali ekoran beberapa isu berkenaan caj tambahan ke atas syarikat2 bas. Kali ni, tarikh kuat kuasa baru dikeluarkan iaitu 1 Mac ni (Selasa). Emm.. memang patut pun diorang ni pindah ke TBS. Memandang keadaan di Bukit Jalil yang semakin sesak dan lorong bas yang sangatlah dahsyat. Nak tau apa yang dahsyat. Kalau pernah ke sana, mana2 lorong pun mesti jumpa lubang besar kan. Ada pula lopak atau lubang dekat jalan tu yang besar, jangan cakaplah. Bila bas lalu nampak macam terhuyung-hayang aje bas tu. Gerun jugalah tengok. Tambah2 kalau hari hujan. Kowai! Ada pula, pemandu bas sendiri tak berani nak melepasi lubang jalan yang sangat besar dan dalam tu. Sangkut bas tu, terus takleh gerak pula nanti.

Lagipun, TBS pun dah kira lama siap dan buat apa bina terminal bas canggih2 kalau setakat nak biarkan macam tu aje kan. Penumpang pun selesa... tak ada ulat tiket yang nak marah2 dan serbu penumpang sana sini, tak ada caj tambahan oleh agen atau ulat tiket. Betul... saya pun tak berapa faham sistem terminal di Bukit Jalil. Kalau bas yang biasa saya naik, saya tahulah. Kalau saya nak pergi ke tempat lain, yang tak pernah saya pergi dengan bas. Nak baik bas apa... kenalah tanya orang dekat situ kan. Sudahnya rupa2nya entah orang ketiga ke apa yang jaga kaunter tiket tu, harga tiket yang saya bayar lebih daripada harga tiket yang tertulis pada tiket. Dahlah tak bagitau lorong mana bas tu akan tunggu nanti. Bila ditanya, dia kata... 'tunggu aje dekat sini, nanti bas sampai kitorang panggil'. Tapi... tunggu punya tunggu tak juga panggil. Nak suruh orang terpacak depan kaunter berapa lama? Bila orang tanya, barulah dia bagitau bas tu dekat mana. Hampeh tul. dibuatnya orang tak tanya... dia salahkan penumpang juga nanti agaknya konon penumpang lambat la, tak tunggulah... haihhhh... dan bila naik bas, dapat tiket baru... nama bas pun tak sama dengan nama bas pada tiket sebelum ni. Ini dikira apa? Dahlah harga tiket dinaikkan sewenang2nya... ini dikira ulat tiket juga ke? Sedangkan saya beli masa tu dekat kaunter bernombor, di antara kaunter2 bas yang lain... bukan dari orang perantara yang berlambak dekat luar parkir. Adeh... memang tak faham.

Dengan pemindahan semua syarikat bas ke TBS, harap semua tu tak jadi lagilah. Dengan sistem yang lebih canggih, sistematik dan teratur berserta sistem keselamatan yang lebih baik... harap2 semuanya jadi lebih baiklah kan. Janganlah eloknya cuma pada awal pelancaran aje...lama2 pun hampeh juga. Tak mahulah macam tu. Itu belum dicerita tentang khidmat koc wanita yang dah berbulan2 beroperasi tapi masih ada yang tak reti dan tak faham atau buat2 xreti dan buat2 tak faham penggunaan koc wanita tu... aduyaiii. Quote saya hari ni...'tak guna kita ada sistem yang baik kalau kita sengaja buat tak reti'. Samalah macam kita abaikan aje benda tu. So, tak boleh la nak komplen banyak kan. Renung2kanlah...


사랑으로

No comments:

Post a Comment