Hah???!
Itulah reaksi saya bila terbaca tentang komen sesetengah peminat SJ yang mengatakan bahawa member SJ akan berkurang lagi tak lama lagi? EH??? Siapa? Dengar cerita, Leeteuk oppa akan menjalani latihan army, sama seperti Kangin tak lama jer lagi. Tahun ni ke? Alahai... walaupun rasa hairan kenapa Kangin yang pergi latihan dulu sebelum Leeteuk sedangkan Kangin muda setahun daripada Leeteuk... (mungkin sebab randomly kot). Tapi rasa sedih la pula... Kangin pun belum balik lagi. Rasanya ada lebih kurang setahun lagi dan sekarang Leeteuk oppa pun nak pergi... 2 tahun? Huhu... ELFs must be so sad tau.. T_T
Walaupun harap Leeteuk tetap akan kembali lepas tamat latihan, sama juga pada Kangin... tapi rasa frust tu memang ada la.. bila tengok performances diorang atas pentas dengan 10 ahli pun dah mula rasa pelik... janggal sebab sebelum ni selalu tengok diorang perform 12-13 orang terutama MV diorang kan... sekarang kena bersedia untuk melihat hasil kerja ahli yang semakin berkurang? Tambah2 bila Leeteuk, Leader SJ... macam mana ek? Siapa nak jaga SJ lepas ni... he's a very good leader walaupun saya rasa setiap ahli saling menjaga antara satu sama lain. Alahai... nak sedih pun tak guna kan. Buat apa nak berat hati... oppa kan nak berkhidmat untuk negara dia... ELF patut sokong kan. FIGHTING LEETEUK OPPA! Hehe...
Lagipun kena terima kenyataan. Lepas ni mungkin giliran ahli SJ yang lain pula jalani latihan kan... so kenalah bersedia. Asalkan diorang sihat dan akan kembali, rasanya dah cukup kan... kan.. elf? Tapi Leeteuk oppa, boleh tak pergi lepas Kangin balik? (i tried hard to accept this, but still feel awkward)
사랑으로
No comments:
Post a Comment