Single dad in love, nampak macam tajuk drama kan? Hehe... memang pun. Tajuk Kdrama yang pernah disiarkan dekat 8tv satu masa dulu (kalau tak silap) dan sekarang ditayang sekali lagi dekat astro. Drama ni bukanlah drama baru tapi tahun 2008 dan kalau yang pernah tengok mesti tahu siapa heronya.. hehe Oh Ji-Ho, aktor berkulit agak sawa matang dengan lesung pipit tu. Ala, tak ramai aktor berlesung pipit. Rasanya ramai yang perasan.
Tema cerita ni komedi romantik tapi agak kritikal di pertengahan jalan cerita... ops rasanya belum separuh pun dah rasa konflik cerita tu dan di semester akhir (ceh, macam semester sekolah pulak).. episod 9 ke atas dah mula rasa sebak. Tak dapat nak nafikan, saya asyik menangis aje tengok drama ni semenjak anak Kang Punho, Kang San tu dilaporkan menghidap tumor otak. Walaupun tumor otak tu jarang berlaku... tapi babak cerita ni memang menyentuh perasaan. Semangat anak kecil itu, dan pengorbanan seorang ayah... juga sokongan yang ditunjukkan teman2 buatkan hati saya begitu tersentuh. Bila Kang Punho juga dilaporkan menghidap tumor otak, lagi tambah sedih T_T
Saya memang mudah tersentuh la kalau hal2 yang menyentuh tentang kehidupan atau pengorbanan seorang ayah. Wah, nak nangis. Tapi lama juga masa yang diambil nak habis tengok cerita ni. Nak tengok tapi takut rasa sedih pula. Tak nak tengok... tapi tak sabar nak tahu cerita selanjutnya. Haha. Siapa yang belum tengok tu, silalah try tengok. Korang nangis tak hehe... dulu saya marah kalau kawan saya tengok tv sampai nangis2 tapi bila sampai kat saya, hehe... ada soal yang memang buatkan kita tak boleh nak tahan air mata. Tambah2 lately, saya memang mudah tersentuh. Tak taulah kenapa? Dulu hati keras kot haha
Tapi kan... saya tak faham apa ending cerita ni. Apa jadi kat Kang Punho tu selepas dia setuju untuk membuat pembedahan? Dahlah dia tak tunjuk sama ada Kang Punho tu sempat ke jalani pembedahan? Drama tu ditamatkan dengan semua ahli keluarga dan teman terdekat menonton video terakhir Kang Punho untuk anak lelakinya. Muka diorang cam happy aje tengok video tu tapi apa sebenarnya dah jadi dekat Kang Punho tu? Terbaring atas katil hospital lepas pembedahan atau ... pergi buat selamanya? Sebab doktor ada bagitau yang dia mungkin tak kan bangun walaupun lepas bedah. Maknanya dia akan terbaring jelah atas katil hospital tu. So, apa jadi kat watak Punho tu ek? Tak pastilah pula...
사랑으로
No comments:
Post a Comment