Disebabkan gempa kuat yang berlaku di Jepun, rangkaian internet dilaporkan terjejas termasuk di seluruh rantau Asia Pacific. Jadi tak hairanlah kalau line internet sejak kebelakangan ni agak teruk. Dan menurut komander US di Korea, penduduk dunia diharap boleh membantu Jepun dengan mengurangkan penggunaan internet. Yalah, kan rangkaian internet terjejas. Kalau perasan, bila serve internet pun asyik error aje. Kita yang nak buat kerja pun sebal hati bila nak buat benda penting tetiba aje error kan. Hal yang perlu disegerakan pun tak dapat nak diselesaikan tepat pada waktu. Apatah lagi bagi kerajaan Jepun yang amat memerlukan rangkaian ini untuk berhubung dengan pihak2 tertentu termasuklah dengan pihak dari negara lain. Mungkin untuk beri maklumat... mungkin untuk minta bantuan. Begitu juga dengan pihak NGO atau hospital misalnya... alah, pendek kata mereka lebih memerlukan di saat2 genting macam ni.
Jadi, dengan kurangkan layari laman sosial seperti facebook, twitter atau mana-mana site yang .com dikatakan leh membantu diorang ni. Dan satu lagi, kena kurangkan tengok email... alamak, jadi saya pun kenalah sama2 beri kerjasama dengan meninggalkan dulu blog saya ni, termasuklah facebook yang memang dah lama saya tak jenguk. Mungkin sekali-sekala ajelah saya jenguk ke sini... and no more youtube for this moment. Ingat tau... any site with .com at the end and other social site, please leave them behind.. just until they (Japan) fully recovered.
사랑으로
No comments:
Post a Comment