Saturday, March 12, 2011

Kowai yo

Lepas saya risau2 bila dengar Korea Utara nak serang Korea Selatan, sekarang hal lain pula yang merisaukan saya... (ceh, risau macam ada sedara jer kat sana. Bukan apa, kita kan hidup atas bumi yang sama. Mestilah saling risau dan ambil berat kan...) Tapi kali ni bukan berlaku dekat negara2 Korea tu tapi dekat negara kelahiran Johnnys idol. Mana lagi, Jepun lah...
Selepas Rabu lalu dilanda gegaran dan tsunami kecil (lebih kurang 60cm), semalam berita sekali lagi dikejutkan dengan bencana kedua yang menimpa timur laut negara matahari terbit tu. Kali ini lebih kuat dengan 8.9 skala Richter hingga menyebabkan berlakunya tsunami setinggi 10 meter. Angka korban semalam lebih 40 orang kalau tak silap... dan terbaru? Mungkin boleh menjangkau seratus atau mungkin ribuan. Tu tak termasuk yang tercedera. Ini adalah gempa paling buruk pernah melanda Jepun selepas 140 tahun, iaitu pada tahun 1871 dengan kekuatan gempa 7.9 skala Richter.
Kesannya juga dirasai di sekitar bandar raya Tokyo dan kata orang di sana, lebih sepuluh kebakaran berlaku lepas gempa tu. Bunyinya memang menakutkan. Apatah lagi orang yang mengalaminya sendiri kan... uish gerun. Negara2 jiran Jepun pun dah mula ambil langkah2 keselamatan untuk berdepan dengan bencana yang bakal melanda negara mereka termasuk Indonesia yang pernah mengalami tsunami 7 tahun lalu yang mengorbankan beribu rakyatnya. Risau juga tentang keadaan kawan2 dan orang yang saya kenal dekat sana.. emmm harap2 dan doa2 semuanya selamat. dan diharap juga Jepun cepat2 lah bangkit dan naikkan balik ekonomi diorang supaya tak menjejas ekonomi global. yalah, Jepun kan dikira sebagai penyumbang ekonomi global yang besar.
Dua hari lepas, China pun mengalami gempa bumi... aduh inilah dugaan dunia. Saya dah mula risau.. gelisah... dalam hati ada juga terselit harapan yang johnny's idol dan kpop artists yang ke sana ke sini wat tour tu selamat.
사랑으로

No comments:

Post a Comment