Monday, March 28, 2011

Don't stop hoping

MINNA-san, hountouni arigatou gozaimasu XD


Many thanks from Malaysia no Arashi team, for all your support, for joining them and buying their stuffs in an effort to collect donation for japan earthquake victims. We wish with your donation may help those in need ^_^


Saya juga berharap sumbangan itu akan sampai pada mereka tidak lama lagi. Emm... walaupun ia mungkin berdepan dengan banyak rintangan. Seperti yang dihadapi oleh pasukan bantuan Putera Malaysia yang terbang ke Jepun untuk menghantar bantuan makanan ke tempat perlindungan mangsa tsunami, kos pengangkutan untuk membawa keluar makanan tersebut dari lapangan terbang saja sudah mencecah hampir RM1 juta ringgit (> USD 300,000). O_O seriously no joke T_T


Apapun, itu tak mematahkan semangat pasukan Putera untuk meneruskan misi bantuan. Tahniah... indeed Jepun berdepan dengan masalah getir berkenaan logistik akibat gempa dua minggu lepas. Mereka kekurangan pengangkutan dan bahan api. Selepas Johnnys & Associates sendiri menghulurkan bantuan dalam bentuk bahan api, agaknya siapa pula yang bermurah hati mahu menyalurkan bantuan lepas ni? Tambah2 dengan cuaca yang agak sejuk sekarang ni... tapi bekalan makanan dan air penting juga kan sebab bekalan air di kawasan loji pun dah tercemar dek radiasi. Emm... lepas satu, satu pula masalahnya...


Gempa kuat yang melanda negara matahari terbit itu tidak berakhir di situ. Malah beberapa gempa susulan dapat dirasai lepas tu. Terbaru gempa berukuran 6.4 skala Richter awal pagi tadi melanda utara Jepun dan dijangka tsunami setinggi 0.5m akan melanda pantai Miyagi. Emm... bila agaknya ia akan berakhir? Mereka masih memerlukan doa kita bersama... saya betul2 harap keadaan di sana stabil dan bertambah baik lepas ni. Disamping, saya juga harap kat mana2 ajelah... harap semua tempat pun selamat... termasuk negara tanah tumpah darah kita ni.
사랑으로

No comments:

Post a Comment