Berita baru tentang perkembangan keadaan di Jepun. Khabarnya pagi tadi dua lagi reaktor nuklear di Fukushima meletup menyebabkan kerajaan Jepun mengeluarkan amaran radiasi. Penduduk di sekitar 20 kilometer dari kawasan nuklear diarahkan supaya tidak keluar dari rumah. Namun kebakaran di penjana nuklear itu dilaporkan telah berjaya dipadamkan dan radiasi di kawasan Fukushima juga dilaporkan menurun. Tapi, angin barat daya dah membawa kesan radiasi tu ke ruang udara dan menuju ke Tokyo, bandar yang kurang terjejas akibat gempa. Dan dilaporkan tahap radiasi di bandar Tokyo meningkat sehingga berita jam 8malam tadi. Penduduk Tokyo mungkin akan berdepan dengan masalah kesihatan namun masih tidak dapat dipastikan lagi tahapnya macam mana. Dan menurut Timbalan Menteri Malaysia, kita masih tidak mendapat apa-apa ulasan serta tak boleh nak buat kesimpulan yang kesan radiasi tersebut akan sampai ke negara kita. Jadi diharap pada semua rakyat supaya tidak membuat spekulasi dan menyebarkan berita yang boleh menakutkan atau mencemaskan orang ramai.
Terbaru di Tokyo lagi, penduduk setempat dah mula membeli barangan keperluan serta stok makanan untuk tempoh masa di mana mereka terpaksa tidak boleh keluar rumah. Gempa kali ni memang dahsyat. Ditambah pula dengan tsunami yang meragut ribuan nyawa dan kini letupan loji nuklear ke empat membawa pelbagai krisis. Termasuklah... ekonomi di mana ia dilaporkan terjejas akibat gempa. Namun setakat ini, mata wang Yen nampak masih lagi stabil.... lepas ni macam mana pula? Sama2lah kita doakan keselamatan semua penduduk yang ada di Jepun termasuk sukarelawan yang datang membantu.
Negara China sudah mengambil langkah memindahkan rakyat mereka dari Jepun pulang ke negara asal secara besar-besaran. Walaupun tsunami sudah berakhir namun mereka mungkin akan terdedah kepada kesan radiasi. Setakat ni pun, negara lain belum mengambil langkah serupa.
사랑으로
No comments:
Post a Comment