Tuesday, March 15, 2011

Pray for Japan

Ramai orang sibuk melaungkan 'Pray for Japan' setelah negara matahari terbit itu dilanda gempa diikuti tsunami. Semalam, gempa kecil terasa lagi di Jepun. Saya sendiri pun terkejut, dalam masa sehari angka korban meningkat begitu ketara. Dua hari lepas di berita (malam) angka korban mencecah 1800 orang tetapi semalam di akhbar tempatan mencatatkan 10,000 orang hanya di satu daerah sahaja. Terkejut dan menyedihkan. Tambah menyedihkan ada pula slot komik (penerbit dirahsiakan) yang menyentuh sensitiviti tentang bencana alam tersebut. Apa-apa pun editor keluaran akhbar tersebut telah pun memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Dalam kesedihan tu, banyak juga pihak yang menghulurkan bantuan. Laungan 'Pray for Japan' boleh dilihat di mana-mana... twitter, facebook, akhbar atau laman sosial lain. Selebriti terkenal, Lady Gaga juga ada buat wristband khas dan menggesa peminat-peminatnya untuk membeli produk tersebut bagi mengisi tabung mangsa tsunami Jepun. Ternyata ramai yang masih prihatin di dunia ni kan. Dan saya yakin, banyak lagi pihak-pihak lain sama ada badan kerajaan, NGO atau individu yang menyumbang untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Apa yang nak dikongsi dekat sini termasuklah rasa bersyukur dan gembira bila dapat tahu yang Johnny's Idol semuanya selamat dari bencana tu setelah laman rasmi mereka melaporkan tentang keadaan selebriti di bawah naungan mereka. Tapi, dengar khabar... keluarga Hikaru Yaotome terlibat sama. Betul ke? Macam mana keadaan mereka kalau betul ura-ura yang saya dengar ni? Saya tumpang sedih juga bagi yang kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal atau orang mahupun benda tersayang dalam bencana yang mengganap sebahagian bumi Jepun hanya dalam sekelip mata. Tapi harap-harap korang teruskan hidup dengan baik. Please cheer up, bak kata Sungmin.

Lagipun, sejak akhir-akhir ni saya 'demam' novel grafik atau selalu kita panggil komik. Jadi, saya juga tertanya-tanya apalah nasib pelukis-pelukis komik ni semua ek... cam Nakamura Sayumi, Nakahara An, Kikuchi Kamaro, Motomi Kyousuke etc. Emmm... semoga diorang pun baik-baik ajelah.

Kata-kata 'Pray for Japan' bukan saja kepada mangsa tsunami tapi juga seluruh rakyat Jepun yang berkemungkinan akan berdepan dengan gempa lagi akan datang atau kesan radiasi yang juga mungkin berlaku setelah reaktor nuklear di Fukushima bocor tapi yang ini saya tak berani nak komen. Sebab belum keluar apa-apa laporan rasmi mengenai kesan kebocoran tersebut. Cuma, saya harapkan semuanya selamat. Begitu juga dengan negara-negara jiran mereka yang berisiko mengalami kesan gempa atau ombak besar. Kalau boleh, memang nak doakan untuk semua... termasuk Malaysia. Semoga negara kita ni terus aman dan selamat ^_^

Saya pun harap SJ yang bakal buat SS3 kat Malaysia minggu ni selamat juga yerk (hehe, keluar topik sikit)... harap tiada kemalangan kereta mahupun di konsert... no extreme attitude... okies



사랑으로

No comments:

Post a Comment