Monday, March 7, 2011

30 is too old to be an idol?

Actually, bukanlah terlalu tua untuk menjadi idol tapi isunya ialah 'adakah 30 itu terlalu tua untuk appear dalam idol magazine?' Itulah yang turut berlaku pada ketua kumpulan Jpop terkenal, Satoshi Ohno. Cerita ni pun saya dapat tahu daripada seorang kawan. Sekarang ni Ohchan tak boleh lagi la muncul dalam Japan idol magazine macam duet, popolo etc. sebab kononnya majalah ni untuk mempopularkan dan memberi publisiti pada artis baru. Jadi, tak mungkin ada wajah kumpulan Arashi berlima jugalah dalam majalah2 ni...memandangkan umur Ohno yang sudah menjangkau 30 tahun pada November tahun lalu. Kalau ada, cuma apperance ahli Arashi yang lain secara individu. Emm... nak buat macam mana. Dah memang itu peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat di mana mereka bernaung, Johnny's. Semua Johnny's idol akan menerima nasib samalah... sama macam apa yang berlaku pada sempai atau senior diorang. Samalah macam penghentian kalendar group mereka selepas menyambut ulang tahun kumpulan ke-10. Tapi... apa yang buat saya confuse ialah wakil majalah tu pula cakap, mereka tak keberatan pun nak bagi slot untuk idol berusia 30 tahun ke atas jika mereka ni ada masa. Masalahnya biasanya super idol ni kan busy... emm, macam mana tu? Adakah Ohno akan muncul lagi dalam idol mag ni? Kalau ikut kata wakil mag, boleh tapi takkan dia nak langgar peraturan yang sekian lamanya dibentuk oleh Johnny's? Tunggu dan lihat ajelah...
사랑으로

No comments:

Post a Comment